Sunday, December 19, 2010

.:: Syukur ::.

Alhamdulillah syukur pada Yang Esa lagi Maha Kuasa. Ingat nak update semalam. Tapi macam excited melampau. Semalam Keluarga arwah sampi dari Amsterdam. Pukul 7 aku dah terpacak kat KLIA tapi pkol 9 kot baru dorang sampai. Tunggu luggage katanya. Haishhh. Lamenyer. Macam luggage tuh jalan terkedek kedek.

After jemput parent arwah iaitu mummy & daddy, we all balik ke Shah Alam dulu. Umah dia depan Tesco tuh. Lepas Zohor terus ke Grand Blue Wave. Mewah jugak tempat tuh. Suke tengok deco dorang. Cantik. Luar bese jerk. Dalam kekalutan tuh, sebelum kuar rumah, boleh pulak aku pakai selipar terbalik. Kaget sebab memula mummy daddy cakap nak g Royal Club. MAcam tebabow jerk nama. Last last g Grabd Blue Wave. Tak payah jejauh. Check in duduk dalam satu bilik. Berhadapan dengan godaan duit beratus ribu depan mata yang bakal diserah milik pada yang sepatutnya. Syukur alhamdulillah Allah bagi istoqomah dalam hati nih supaya tidak mengambil sesen pon dari harta peninggalan arwah yang langsung aku tak tau. Sedar sedar jerk 13% untuk aku. Seram jerk dengar.

After sign itu ini, angkat sumpah dan aku janji...segalanya setel dalam 3 jam 23 minit. Perghhh...nama jerk hotel tapi rasa panas. Air sejuk pon rasa panas. Maklumlah godaan. Bila dapat tau 3% pon dah almost 500k duit Malaysia. Rambang mata. rasa macam nak jadi tamak. tapi tuh semua dunia. Dugaan dan cobaan terbesar setakat ni lepas di sahkan menjadi pesakit kanser tahap 4 tahun lepas. Syukru padaMu Ya ALLAH. Selamat datang ujian. Kamu menguji imanku dan aku jadi rindu bila takde ujian. Dah terbiasa dengan ujian maka kalau datang lagi satu ujian kita akan jadi kuat. Takde ujian maka bukan hiduplah namanye.

Erm, bile dah iasa hidup dengan protokol, semalam aku broke the rules of that family. Ajak lepak Kedai Kopi kat tasek. Rilek jerk daddy. Aku jerk macam takot kot kot dorang tak biasa. Auntie lagi selamber kodok. Macam aku jugak. Bersila atas kerusi. Jalan kat atas rumput tak pakai selipar tebal 3 inci dia tuh. Rilek jerk..

Tapi ade sorang jerk tak bape suke or senang dengan aku kat situ. Ko kenapa haa Oppie? Aku geli la dengan perangai mengada ngada ko. Nasib la mummy & daddy ade. Kalau takde aku baling kura kura ke tong tong yang ada kt tasek tuh. Mengada! SAket jerk hati.

Erm, dekat dekat Maghrib baru balik. Rindu pulak rasa bile dah sampi kat Batu 3. YEla PAgi tadi dorang dah ke Sandakan. Stay sana sampi new year. Erm, senang jerk jadi orang kaya kan? G jerk mana dorang suke. Tapi jadi sederhana macam sekarang lagi beruntung sebbab tak payah pikir hal harta yang bertimbun. Lek lek jerk. Tinggal umah tak berkunci pon takpe. Senang jerk. <--banyakla..try tak kunci tengok.

Neway, tahniah kat badan badan kebajikan yang bakal dapat saluran bantuan awal tahun nih nanti. Moga doa doa kalian dapat tenangkan roh arwah disana. Buat Kusyairie Hamdan kamu tetap dalam hati aku. Damailah kamu disana. Nanti kita jumpe. InsyaALLAH. Bantuan dari kamu dalam mimpi aku meme benar. Makasih ya.

Kepada yang lain lain seperti Abg Ngah saya, Raihan Aini...aku dah berjaya lalui liku hidup paling besar....korang banyak tolong bagi nasihat. Seronok kenal korang. Tak menyesal lah kalau mati sekarang. <--macam banyak jerk amal. TApi mengingat mati itu wajib untuk setiap umat islam kan? Ok ok..malas nak menaip. Nak tengok Ongbak 3 kat astro. layan beb.. Jumpe lagi nanti after tengok Ong bak.

2 comments: