Tuesday, December 28, 2010

.:: Kamu, kamu dan kamu. ::.

Ok. Macam biasa, kalau update blog jerk tajuk lain cerite kadang kadang pun lain.Tapi arini aku update jugak since ati neh rasa sedih dan sakit sebenarnyer. EGO. YES! Nak cakap pasal ego. Aku tak malu la nak ngaku aku neh pon ade EGO. Ramai ke yang sekapal dan sebasikal dengan aku. Masing masing ada ego sendiri. Besar dan kecik jerk beza. Honestly hari nih aku terus terang dengan seseorang yang aku ade hati kat dia. Besela kan. Gaduh pastu meletop tebabow. Habis semua kuar pastu menyesal tak sudah. Padanlah muka.

At least aku dapat lawan ego aku. At least k. Lepas nih aku tak janji aku boleh buat lagi. Sebab seksa jugak sebenarnya nak lawan ego. Macam nak angkat kapal selam jerk rasa. Bapak berat nak cakap or mengaku sesuatu.<--Tipu ..aku taip SMS jerk tadi. Takde cakap cakap pon. Kitorang mane pernah cakap kat tipon. Gile kan? Jaga gile gile punya. Tapi kadang kadang SMS bapak jiwang. Jaga lah sangat. Ceyh.

So, after aku dah cakap ape aku rasa. No response after that. Last last habis camtu jerk. Macam main tarik tali. Aku tarik ko lepas. Bile aku buat tak tahu ko taruk umpan. Aku tarik ko lepas. Ehhh..macam nak pancing ikan flower horn jerk lagaknyer. Camtuhla. Takde jalan penyelesaian. Habis camtuh. Sebab ego.

Saya tahu kamu akan baca ini blog. Sebab kamu selalu mintak adik kamu Si Aqilah tengok blog saya kan? Ok. Post ini untuk kamu. Sampai bile yer kamu nak macam ni?? Susah sangat ke nak mengaku yang kamu pun suke dengan luahan hati saya tuh? Kalau kamu tak cakap, macam mana saya nak tahu? Saya bukan ahli nujum or David Copperfield. Tarak boleh baca itu hati.

Takpela. malas nak paksa. Hati kamu. Hati aku nih hati cap ayam jerk. Boleh main pass pass kat orang kan? Kan? Kan? Suke hatilah. Kamu dah buat keputusan. Sebagai seorang perempuan, saya turutkan kehendak kamu walaupun tak rela sangat dengan keputusan tuh. Sepatutnya boleh diperbaiki sebab saya tak lupa janji saya dengan kamu. 5 years. I'll wait for that but since kamu sendiri yang tak mahu. Apa lagi harus saya buat. Terima. Terime seadanya. Tuhan tahu mengatur.

Harap kamu sihat, belaja bersungguh sungguh. Saya tetap ade kat sini. Nombor telefon still sama. Tak berubah. Roger roger jerk la. Jangan ikut hati sangat sebab kalau saya takde, kompom kompomla hidup awak sunyi. Sape lagi yang rajin reply SMS kamu time kamu bosan study, balik kelas tapi takde mende nak buat kalau bukan ini orang? <--tunjuk diri sendiri. tapi **** mungkin ada. Kamu kan still sayang dia lagi. Erm. (Jeles tetibe.)

Saya sehabis jujur dengan kamu. Saya tak rahsiakan ape ape. Dengan siapa saya ber'kawan' saya still bagitahu kamu kan? Maka adil lah. Saya bukan pendustekkk. Jangan tuduh saya cenggitu. Sob sob saya nanti. Ape yang saya bagi SMS malam semalam tuh, itulah yang sebenarnyer. Ade sebab kenapa saya mintak kita jage 'ruang' yang ada. Harap awak paham. Saya bukan mintak sebab suka suka.

Akhir kata, kamu masih kawan saya. Saya tunggu kalau kamu masih mahu kawan dengan saya. Ok. Sekian.


No comments:

Post a Comment