Sunday, April 29, 2012

.:: Fenomena UAI ::.

Assalamualaikum. Haiiii.. (gembira dapat update blog lagi) Alhamdulillah. Boleh lagi hirup udara ALLAH ni tanpa kena bayar.

Ingata lagi tak post kita yang lepas? Alaa, pasal kita cakap nak pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Taman Medan.. Haa...Kita dapat pergi tengok dan dengar ceramah beliau. Takbir! ALLAHu Akbar! Alhamdulilah, perancangan kali ni menjadi. Nak dapat parking pun senang. Even kena jalan sikit dan berpeluh-peluh tapi syukur. Masih hidup. Thanks juga untuk my cousin, Siti Zulaikha because she accompanied me. Kita selalu baak dia ni pergi majlis-majlis agama. At least dia tahu nanti kat mana dia boleh basahkan hati dia.

Kita dapat tengok skrin je baris kedua. Yela, takkan nak duduk depan ustaz kot. Gile? Ikhwan yang lain nak campak mana. Dorang je penuh dalam masjid tuh. Padat gile semalam. Hebatkan ustaz ni. 2 jam duduk terjelepuk kat masjid. Sikit pun tak bosan. Rasa beruntung. Tajuk ceramah semalam 'Anak kunci ke Syurga'. Ustaz kaitkan dengan rukun iman. Sangat seronoklah. Kata ustaz lagi, kalau orang puji "Untung kamu, ada anak gaji ribu-ribu." Kata beliau ini bukan rahmat tapi nikmat. Kalian tau tak rahmat tuh macam mane? Rahmat tu macam kita sebagai anak-anak, buat ibadah, secara tak langsung mak ayah dapat pahala. Itulah rahmat. Point kat sini, kita boleh post pahala pada mak ayah kita kalau mereka dah jadi arwah. Inilah yang dikatakan anak kunci ke syurga. Untungkan ada anak. (berangan) Tapi tak paham kenapa sesetengah tak mahu anak (merancang dengan paling baik supaya tidak dapat anak), buang anak (anak luar nikah). Kalian tahu tak, anak-anak kecil yang mati aau dibuang ini yang bawa kita masuk neraka. Camne? Sebab mase ALLAH hantar anak-anak ni pergi syurga, dorang akan berhenti depan pintu syurga. Dorang tunggu mak ayah dorang. Crita ini ustazah pernah cerita tapi tak ingat dari hadith ke apa ke. Tak ingat sanadnya juga. Maafkan saya. Kalau ada update, saya betulkan kemudian ye. Sama-samalah kita update. InsyaALLAH.

Ustaz sebut semalam ada 80 soalan. Gile? Memai je kot. Tapi yang tak bestnya, tak banyak soalan yang kontroversi (mantap maksud saya). Since takde soalan yang menarik atau kekeliruan yang ketara, nampak sangat Islam itu mudah. Agama kita bukan agama terrorist (pengganas) macam warga Barat label kat kita. We are not. We're just better than them. Kpukulita kena jaga hati. Ingat, kita yang boleh bantu maka ayaha kita masuk syurga. Anak-anak kita yang bantu kita nanti. InsyaALLAH. Kalau nak anak-anak bantu kita, kita kena didik anak-anak kita dengan betul. Tak salah pukul, tapi berpada-pada. Bukan sampai cedera. Hairan tengok newspaper sokmo ada kes penderaan budak-budak. Kes culik yang terbaru. Kenapa mesti libatkan budak-budak. Yang comel pulak tuh. Bila bercakap pasal comey, budak-budak nih comel sebab takde dosa lagi. Budak-budak mane yang tak comel? Even berkulit gelap pun dorang tetap comel sebab dorang budak-budak. Kata ustaz lagi, budak-budak belum ade cas. Siapa yang pergi dengar atau pernah dengar ceramah beliau mesti tahu ape maksud cas ni. (tergelak sensorang weh).

Umm, macam dah takde ape nak update dah pasal semalam. Just nak share ape point menarik. Siapa ingat penenrangan ni? "Ibu-ibu melahirkan tuannya sendiri.." dai hadith kan? Maafkan saya, saya tak ingat sanadnya lagi. Tapi inilah yang terjadi. Anak-anak jadi tuan kepada orang tuanya sendiri. Nauzubillah. Peringatan untuk diri sendiri jugak. InsyaALLAH. Maafkan saya mak abah sebab bila saya buat dosa, mak abah tanggung sama. Harap ALLAh terima taubat kakak so that I wont send you to the place both of you not belong to.

~wassalam~



Thursday, April 26, 2012

.:: my 100th posts ::.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Masih menghirup udara ALLAH bagi tanpa kena bayar sesen pun. Sayangnyer ALLAH kat kita kan? Ke korang kena bayar? Takde kan? Kan? Kan? Free jerk. Tapi sebagai balasan kena lah solat. Solat tuh tanda kita berterima kasih pada ALLAH. 

Ahha, lupa pulak post nih adalah post yang ke 100. Hurray. Dulu kita ingat kita tak sempat update blog sampai 100 posts. Belum sampai waktunya untuk pergi. Belum lagi. Alhamdulilah. Hehe. Kita saja letak ltest pic kita neh untuk tatapan kawan-kawan yang ambil berat pasal kita. Asyik asyik asyik tanya je bila nak jumpa bagai. Tak payah jumpalah. Kalian sudah ada tanggungjawab yang lagi penting. Hidup berkeluarga tak sama dengan yang bujang macam kita. Ngeee.. (sengih cute). Tapi memang cute pun kan muka kita? Baik mengaku sekarang. Aitcheh. Paksa-paksa orang lak kan? =) (sengih lagi)

Hari ni, 1st day masuk kerja after a month. Hebat tak? Cuti sebulan dengan gaji berjalan-jalan? Wakaka. Berjalan-jalan tu der. Lepas nih, ada lagi banyak cuti-cuti Malaysia. Tak tahu dah nak pergi mana. Apa yang bermain kat kepala ni nak ikut Alang Sya'arani Supandi g kelas agama & join ceramah para ulama'. Lately Malaysia dibanjiri kunjungan ulama' dari tanah Arab. Macam Habib Umar. Kita tak kenal siapa dia. Nak sangat kenal & tengok sendiri depan mata. Belum ada rezeki. Tapi perancangan terdekat, nak pergi masjid Taman Medan 28hb ni sebab Ustaz Azhar Idrus nak datang. Wahhhh!!! Finally, dapat jugak datang. Takkan ade aktiviti lain aritu selain iktikaf dari Asar sampai majlis habis. Permudahkan segaanya Ya ALLAH. Aminn.

Eh, dah masuk 3rd paragraph. Hebatlah. Sambil chat kat FB sambil update. Even dah 1 jam baru masuk perenggan 3. Hebat apekebenda la kan? Tak hebat.... Err, nak bagitau, kita dah pandai tulis skrip. Hehe. Nanti kita bagi link aftr dah habis shooting drama pendek ni. Kita tak berani nak bagi sekarang sebab nanti takde seri. Eh, boleh ke taip gini? Halal jela kan. Dan muka cute ni jugaklah pelakonnya. Wah! Promot diri sendiri. Takpe. Kalau bukan diri sendiri, takkan ada siapa yang sudi promot kan. Macam ikan kat pasar lak nak promot-promot. Haishh. (sengih lagi)

As usual, bila dah menaip, kita takkan baca balik selagi tak post. Normally bila dah post then kita akan baca. Pastu kita akan gelak sendiri sebab kita taksangka kita boleh update blog dengan kata-kata gini. Wakaka. Selalunya banyak gelak dengan typo dan monolog-monolog yang ntahpapentah. Kita dah mengantuk. Sila baca dan gelak dan gelak dan gelak. Padahal takde menda lucu pun kat post nih.

Suka hadith nih. Nak share kat sini jugak.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud
 ~ wassalam~



Friday, April 13, 2012

.:: 1 Litre of Tears ::.

 


Umm, arini aku banyak habiskan masa dalam bilik. Aku kan baru lepas kimo. Mak masak best arini. Aku tak tolong pun. Tolong habiskan apa yang mak masak je sebagai tanda menghargai ape mak masak. (air mata aku bertakung). Aku tengok cerita jepun tajuk One Litre of Tears. Berjuraai-jurai airmata aku tengk cerita ni dari episod pertama sampai akhir. Sebab cerita ni hampir saaa dengan cerita tentang hidup aku. Bezanya dia sakit berkaitan dengan otak bahagian sereblum dan aku kanser paru-paru tahap akhir yang dh metastasis ke otak. Pergerakan aku kadang-kadang pun terganggu. Trmasuklah percakapan aku. Penglihatan aku pun sama. Isk9.

Aku tahu bukan kat sini patutnya aku mengadu tapi tak salahkan nak share apa perasaan aku dengan korang yang sudi bace. Sebenarnya, perit tau jadi orang yang sakit kronik nih. Tengahari tadi,segenggam rabut aku gugur. Aku mampu tengok & dalam hati aku menangis teresak-esak. Aku tau mak tengok. Mak pun sedih macam aku tai mak uat-buat tak nampak. Aku pun diam. Lari masuk ilik air then bukak paip. Air yang bertakung dalam baldi separuh so, seanjang tunggu baldi penuh, aku nanges dalam bilik air. Aku takkan nanges depan family aku unless aku dah tak tahan sangat.

Dah tak boleh menaip. Sebak.. bye.