Monday, December 6, 2010

.:: Ahlan Wasahlan Muharam ::.


Assalamualaikum..(tak jawab dosa..itu korg dah tau kan?kan?kan?)


Sebelum saya mula, saya nak bagitau azam saya (hanya utk entry nih jerk). Saya nak tulis entry ni tanpa ada sebarang salah ejaan, sebab ade orang suke komen komen aka komplen saya suke taip ikot dan..tak ape..nanti nanti sebelum post saya baca proof sebelum post yer.(bajet macam nak buat majalah Anjung Seri).

Ya, dalam sedar tak sedar dah masuk tahun baru islam iaitu 1 Muharam 1432H. Dulu mase kite umur kanak kanak Ribena tengah makan Nini cekelat celop celop time baru jerk 1416H la neh dahsekejap jerk dah 1432h. Owh, saya dah tua. Maka, wajib bagi saya mengingat akan mati. Ya. MATI. Dalam pada kita mengingat mati, ada terselit satu maksud (minor) iaitu titik perubahan dimana persediaan sebelum mati. Amal? Iman? Ade cukup??? (Berdebar weh bile tanya soklan nih banayk kali kat diri sendiri) Malaikat kiri kanan dok catit. Mana mau lari bro??

Masa balik kerja, adik saya tanya saya " kakak, Abang Kudin cakap Muharam tuh hari mati. Betol ke? Tak kan? Memandai jerk tipu. " Macam biasa, saya selagi boleh tak nak adik saya yang kecik neh tuduh abang dia pentipu. Dan dan jer tereka cerite " Betol la dik. Tapi kan Abg Kudin cicir 2 perkataan. HAri mengingati mati." Dapat agak dah. Mesti dia tanya lagi. Maka saya pon pergi dapur amik air masak gelas mesarrr munyerrr sebab kompom bertubi tubi soklan dia akan tnaya. Budak budak baru nak membesar. Segala macam dia nak tau. Padan muka. Reka cerite lagi.

"Nabi Muhammad dulu mana cakap pasal mati. Cik Mimah tak cakap camtu pon kat adik. Akak saje kelentong adik.." Acik Mimah tneh guru ngaji adik aku. Dia duduk kat tingkat 6. Saya bukan taknak ajar adik mengaji tapi saya geram kalau dia taknak dengar cakap saya. Kita ajar dia pastu dia ajar kite balik. Mulalah tangan tuh laju jerk kt peha. " Betol dik, adik dengar sini. Hijrah tuh bukan macam lagu maal hijrah yang adik nyanyi miming miming kat radio mak tuh..(saje aku tegas sikit bg mak dengar..) tp hijrah tuh mcm insaf. " Sebenarnyer nak cakap berubah perangai tapi kang dia tanya lagi. " Insaf? Insaf tu ape?" Pulak dah....tak kan nak bukak kamus kot cari bahasa paling sesuai. Aduh..

Anatomi.." yela, konon konon la adik nakal, macam adik selalu buat, akak tengah landing katil adik gusti akak. Pastu akak sakit, adik tetibe jerk diam tengok akak nanges. Time tuh adik nanges jugak kan?" " Memangla dah akak cubit adik." Sape suruh adik nakal sangat. Time aku landing men lompat lompat..senak perot aku. Dapat sebijik. " Tapi adik mintak maap balik kan?" "Haaa, tuh la dia insaf. Rasa macam sedar buat akak nanges tuh dosa kan?" Dia nagguk angguk. nasib tak geleng. Kalau geleng memang mintak penampor. "Bile adik ingat dosa, adik ingat ape?" " Neraka." "Haa..cmtuh la..cmne nak masuk syurga kalau tak nak dok bertempek kat neraka?" " Errr...buat pahala." "Erm..cari pahala. Salah tatabahasa tuh. Adik tau tak bile adik nak mati?" " Tak tau." "Sama macam akak, akak mana tau akak mati bile. Entah entah esok adik tak jumpa akak dah. Time mesti adik rindu kat akak kan?" Dan dan dia pelok lengan saya pastu pelok kuat kuat lak tuh. Kebas wehhh..

" Sebab kita tak tahu bile kita mati la kita kena ingat bile kite mati dik. Sebab tu sekarang adik kena berubah. Hati adik neh lembut lagi. kalau macam ABANG KUDIN tuh..liat..nak kene smackdown dulu baru nak dengar kata." Saje caplslock sebab time neh saya jerit kuat dari radio mak kat dapur. bagi bahasa sikit kat adik yang second last tuh. "Hahaha, padan muka. Kene setempek dengan akak. Dah la kantoi jumpa awek anak Cik Minah jual nasi lemak kat tingkat 2 dengan mak semalam." Ngaaa??? Ermm..malas nak sambung cerite dah sebab bab dengan adik yang meningkat remaja neh kena cakap slow slow..kang dia sentap kang payah. Dahlah hensem adik saya sorang neh. Raja kompang, raja boria, raja nasyid. Semua terlambak dia hamek.

Dialog kat atas sebenarnya bagis aya memang ada kaitan. YES! Berubah. Berubah untuk masa depan. Masa depan nih banyak, tapi yang kekal MATI la. Takde saape sape yang akan kekal kt muka bumi neh. Termasuk Planet Kacang sekalipon. Kalau budak kecik boleh paham erti berubah, malu la kita yang dah dah meningkat tua neh. Apa apa pun Salam Maal Hijrah. Kita belum terlambat untuk berubah. Moga ALLAH permudahkan. InsyaALLAH. (sebaik baik janji tau..)

--<@ sayang kamu @>--

No comments:

Post a Comment