Friday, December 20, 2013

.:: Mari menjiwang ::.

Assamualaikum.

Just wanna post this best lyric that might related to our relationship.
This song just makes me remind you.
You know who you are.
People will change but everything needs time.
I just need your DOA & appreciate your patience on waiting.
If you are not willing to wait, then just let me know.
I'll leave. 

Love you.  ♥

Kertas- Kekasih yang Tak Dianggap

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah 





Tuesday, December 3, 2013

.:: LAIN ::.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, ALLAH bagi pinjam lagi udara & bumi dia untuk menumpang hidup.
LAIN. Yer lain. Sekarang ni banyak benda yang lain. Haa, abah kita pun dah lain. Hahaha. Bukan lain tapi kereta lain. Rezeki abah dapat beli kereta baru.

Dah tak naik dah Cik Puteh. Cik Puteh pun sekarang hanya tuan sebenar dia je guna. Kuda dakwah, ibadah Cik Puteh ni. Mohon dia sihat. Kalau pape jadi mohon ada orang jaga & tak jual Cik Puteh. I never sell anything of my things. Especially the first thing yang kita beli. 

LAIN. Ha'ah lain. Sekarang banyak yang lain. Suasana kerja dah lain. Dah tukar kerja. Bukan lagi tukang jawab tipon orang & dengar orang menyumpah seranah. Hati pun sakit & tambah dosa sumpah orang dalam hati. Nauzubillah. 

LAIN. Yer lain. Ntah. Rasa something yang lain. tengok muka mak abah je hati jadi lain. Ntah. Macam tengok je muka, hati tertanya-tanya. "Camne mak dengan abah nanti lepas aku takda?" Soklan ni tak pernah lekang dalam kepala otak.

LAIN. Betul lain. Balik rumah je rasa macam kalau keluar dari rumah macam takkan balik-balik. So, rasa takut nak keluar rumah.


Tuesday, November 12, 2013

.:: Lagu somey ::.

Assalamualaikum.

Wahhh.. dah lama tak update vlog titew yang somey ni. Wahahaha. geli je. OK. Kita nak bagitau kita jumpa lagu somey. Macam cute je. Lagu ni dah lama tapi kita ni jarang dengar radio. Dan dan lak jumpa kat YouTube. 

Haaa, nak habaq, titew dah tak adew FB. hebat tak? Badge pun dah tunjuk lambang FB je. Mesti Mark Zuckerberg cari kiat nih. <-- div="" perasan.="">

Rindu kat FB titew tu. tapi dah sebulan kot ke hampir sebulan tak ada Fb boleh je hidup. Tapi macam tak jugak, titew gune FB adik titew. Hahaha. Dah dia bukak gune tablet titew, tompangla tengok pastu bahan sebab pictures sume macam kelakar. Sememeh. Wahahaha. 

Haaa...kembali ke lagu somey. Dinyanyikan oleh Tasha Manshahar & Syed Syamim. Wallaweh. Cute je lirik dia. Rentak pun chunky2. 




Kita suka part, ♫♪ sikit-sikit aku merajuk, kau selalu sabar pujuk. ♫♪ Hikhik. Rasa macam budak sekolah lak titew. Wekkk.. Apesal cakap mcam ni neh. Ok. Tukar. Matang sikit. lagu ni sweet. Karya yang boleh di bagi tahap 5 bintang out of 6 stars. Tapi end dia je tak best. Baru berangan dah pulak khayalan. Tapi kalu jadi best2....wallaweh. Macam Alice in Wonderland lah.

Ok. Nak break. Sangat penat hari ini terkejar-kejar siapkan kerja. Adios, amigos, sayonara, zaijian.  Assalamualaikum.

Saturday, October 19, 2013

.:: Dugaan Aidil Adha ::.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hidup lagi setakat hari ini. Esok lusa tak tahu. Umm, nak habaq, raya haji tahun ni kami raya kat sepital. Hebat tak? Hebat tak? Abah kita masuk sepital sebab masalah prostat. At the same time darah tinggi. So, banyakla jugak hari kita tak pergi kerja sebab abah kita tak paham apa doktor cakap. So kita tolong dengar & explain kat dia bahasa doktor ni. <-- alien..haha.="" bahasa="" doktor="" macam="" ni="" p="" pulak.="" translator="" wah="">

So, doktor akan buat operation (minor). Mereka akan memasang "stand" dalam salur kecing abah supaya bukaan lebih luas. Tak delah kencing abah sangkut2 & sebabkan tersangkut tuh ginjal abah bengkak. So far bacaan dah cecah 220 compared to normal people with reading of 130. Haa kau bacaan untuk fungsi ginjal. Ape ntah bahasa doktor dia. 

So, by right nak mintak transfer ke PPUM sebab cost dia, RM10-RM15k tapu bila transfer, ada waiting list lak kat PPUM untuk operate. So, untuk tak nak amik risiko, we have decided to proceed in KJMC next week. Then , MEDILINK will cover for this. Mujur ada MEDILINK. Proses pun cepat. Taopi servis kat KJMC sangat2 teruk. 

Ini bukan nak jatuhkan KJMC tapi feedback. Last 2 days, supposed my dad kena buat ultrasound untuk tengok ginjal & rasanya. Kot la ada karang dilautan tersadai kat situ kan. Then nurse2 suruh dia taha kecning Kalau da nak terkencing bagitahu dorang. WTH??? 1st time nak terkucil bagai tahu nurse kat kaunter, dia cakap nurse on duty dalam bilik dengan SISTER. Time tu 10 lebih in the morning time. Abah kita buang je air bertakung tu siap passing mition. Then, lagi sekalai terjadi. Nurse tak ada lagi, then nurse kaunter cakap nanti dia datang. 10 minit abah kita cangok tunggu, tak datang2. Then kita cakap buang je. No need to tahan2 anymore. He was really suffering at that time. Then the 3rd time coming, nurse was there but they said doctor tengah rehat. LUNCH TIME!!! Only available after 2pm. WTF???? 

Climax.

Then at 2pm the 4th times coming. I went to the counter, then the nurse said sorry, 2.30pm. Wow! Totally irresponsible. Hello, we pay you RM215 for the room, RM322 for the nursing, RM1100 for the laboratory just for 1 day. Why you keep saying SORRY & nothing happen after that. Seems like sorry can neutral every feeling. For you maybe yes but not for me. You think my dad is WHITE MOUSE? I cant control my self & suddenly blew up. I said 2.30pm is the last. If cannot I will report of Kementerian Kesihatan, talk to your CEO, talk to your SISTER. I should give them a lesson. Then

This is not government hospital. This is PRIVATE hospital & we have been covered by insurance for executive service but they treated us like BS. Hello, yes, we are covered by insurance but if the thing happen to your granny, mommy, even your dad or maybe to yourself, then later on serve you right.

Then 2.30 the 5th time coming, still got no nurse coming. Then my dad just let it go &  a few second after that the nurse came. Huh!. BS. Nothing to say. So BS. Bodohlah layan orang tua camtu. Ingat abah kita tangki air stainless steel ke boleh simpan air lama2. Abah kita tak cakap ape. Kita memang jeling maut punya lah. Sakit hati. Nevermind, tahan  lagi. At then end, 3.30pm. You can see how long since 10.30am until 3.30pm. After 5 hours.  I dont think there are a lot of patients. 1 level only got 4 to 5 patients, Why the nurses in PPUM can handle/take care of 5 patients alone but this KJMC got 3 nurse at every level. See the different?

I dont think KJMC is the best private hospital. Not even can be listed as private hospital. The level is very bad. They dont have fix procedure as well. Like the parking coupon. Busy to chat among themselves then suddenly forgot to give us the coupon & we just keep waiting hearing their chats.

For KJMC staff, keep your distance ATITUDE. ATTITUDE is a little thing that makes a BIG difference. Just 2 cent opinion. >.<

Semoga abah cepat embuh. Boleh solat, g kije, g masjid & beribadah dengan sempurna. Aamin.


Tuesday, September 17, 2013

.:: Berhabuk sudaaaa ::.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih bernyawa. Dah sebulan kot tak update. Kita busy dengan urusan dunia. Iya. Tak tipu. Mohonlah kepada sesiapa yang ada blog,  post something yang boleh membasahkan hati ini. Ececeh. Ayat ni memang power. BASAHKAN HATI. Dulu masa berusrah, hati ni ibarat kapas. Kalau kering, nak serap habuk pun payan benau. Cer kalau basah? Habuk sapu habis. Ibaratkanlah ilmu yang kita kutip. Kalau hati kering, apa pun belaja tak masuk. Orang dok nasihat macam2 tak mo jugak dok masuk2 nin. Jenuhla. Tu dia. Rangkap pertama terus bab kapas basah.  Actually ini peringatan untuk diri sendiri.

Tak ada apa yang menarik sangat nak kongsi. Tapi ntahla kenapla lately ni rasa macam tak sedap hati je. Nak cakap kat orang pun tak tau nak start lagu mana. Hati tak sedap sampai nak cerita pun tak tau. Nak bagitau mak tapi tak tau nak cakap apa. Bukan dengan mak pun tak tau nak cakap apa. Tang vlog ni pun tak tau nak cakap apa. Dengan Hafiz pu tak tau nak cakap apa. Boleh buat biasa2 je. Gelak tawa. Tapi dalam hati ni macam ada benda tak sedap.

Ubat hati tuh zikir. Iya. Meh la berzikir. Memang betul pun. Main game pun still tak dapat tenangkan hati. BErzikir terus boleh tertidur. Tenang je tidur. Nyenyak even bangun still mengantuk. Just tak cukup nyenyak. kalau nyenyak, subuh pun jadi subuh dinosaur. Sekarang tengah kerja tapi kita dah siapkan kerja sebelum start waktu kerja.  tengok kat FB kalau2 ada benda best. tapi kurang. Maka update vlog & going to check OLD vlog. Faqihu atau Faquhu.  Sekarang belum tengok lagi. Jap lagi lah nak tengok. Tak bersedia nak tengok lagi sebab vlog tu islamik gila. Rasa macam dulu kita baik tapi sekarang jahat. So malu dengan ALLAH. Kadang2 tertanya, kenapa aku berubah kepada jahat tapi bukan kepada yang baik. Umm.. (T_T)

Break.

Sekarang dah pukul 1412.

Pergh, lama gile gab. Trlupa lah tengah script kat vlog. Hehe. Sambung balik. Tadi kita panik. Tangan krem ler. terus tipon mak & SMS incik Hafiz. Mak kata sebab sejuk. Maybe sebab aircond office ni tahap 16 darjah Celsius. Sorry, Kita banyak kerja ini hari.  Sampai sini dulu. Sebelum habis ada peringatan untuk diri sendiri & penduduk Malaysia kat luar sana.



Sekian.

Monday, August 19, 2013

.:: Raya..raya..raya...::.

Asslamualaikum..

♫♪..selamat hari raya..♫♪ <-- bunkface="" nbsp="" p="" version.="">

Hari ini 12 Syawal 1434H bersamaan 19 Ogos 2013. Hehe. Sekejap je nak cecah 2 minggu raya. banyak lagi rumah sahabat yang kita taak ziarah. tnggu setahun baru nak ziarah. kawan jenis apalah kan? itu niat ada tak apa. Ni ada yang langsung tak ada niat. Ingat kawan bila dah susah je. Meme ntah pape orang lagu nin.

Dikesempatan ini, kita nak mohon maaf for those yang baca entri nin. yang lain kita cakap sendiri & post kat tweet or FB. 

Actually kita macam nak post video taoi kita malu sebab kita kena upload kat youtube dulu baru boleh share link. Biarlah. Wish kat sini pon dah OK. Mai la ghumah cik. Sebelum nak mai tuh, kasik roger dulu. 24hb onwards cik busy sikit. Sebab Encik Hafiz nak balik semenanjung. nak g sopink barang sat. 

Kepada yang nak invoite cik, tolong invite my love jugak sbb kalau dia takdak macam tak best nak g ghumah hangpa. Hahaha. K la. Nak sambung kerja. Tadi isi masa lapang dari tengok benda2 yang tak elok sepertia jualan online. Senang je duit mengalir. Hujung jari je. 






Wednesday, August 7, 2013

.:: Raya paling tak best ::.

Assalamualaikum.

Di saat anda anda semua baca entri nih, kita still kat opis yan g busuk ni. Haah. Busuk. Jiran sebela jual ubat tapi bau sampai menusuk jantung. Nasib baik tak tersumbat hidung mak ni nokkk.

Umm. I guess this Raya celecbration will be the worst so far. Not even raya day already but I can feel it. This year i dont have baju raya. pakai yang tahun tahun lepas. rare kan? Then, eok nak raya today still working. WTH??? But nevermind. Ni rezeki ALLAH terima dengan hati terbuka. Cuti dah apply tapi bos tak luluskan sebab ada jenglost benti koje mengejut. Tu la. racit & demanding lagi. tender 1 month notice last2 boss lepad 2 day notice. Goooooooodddddd to hear that.

Dekat dekat nak raya ni, kita kena serangan demam panas. Mak kita admit. Konon nak jaga dia, at the end kita yang sakit. Then kimo lagi. Bila kimo, kena lak ceri beri. MC lagi. Dahsyat gile la dugaan tapi tak apa. Sakit tu KIFARAh bagi disa kecil yang kita dah lakukan. Alhamdulillah. Sakit camna pun pasi, takkan mengadu domba kat orang kalau tak nanti sampai ke mati orang dok mengungkit. Memang payah. 

tahun ni tak sonok sebab ntah. rasa nsagat tak seronok. Mungkin layanan dari orang sekeliling,. tikam belakang, cakap belakang, salah sangka, mengungkit. Wah, hebatnya orang orang camni. nak je buat benda serupa kat dorang tapi tak apa. ALLAH ada. Nak REDHA & diam je sekarang. Sampai satu masa, bila dah tak ada depan dorang, dorang tahu erti HILANG. Time tu tak sempat dah nak buat pape. Dosa dengan ALLAH boleh mintak ampun tapi kalau dosa dengan manusia, kalau tak mintak maaf memang payah lah.

Berita buruk dalam bulan Ramadhan. Salah satunya, kita dah kehilangan baby untuk raya tahun akan datang. Umm. Dah tak ada rezeki. Allah lagi tahu apa yang dia dah rancang. Ada sebab kenapa tak nak baby tu keluar ke dunia yang maha dahsyat ni. Biarlah dia hantar baby kje syurga jadi teman dia. Moga moga dia tunggu mak dia supaya dapat masuk syurga sekali dengan dia. Jeles. Kepada yang mengutuk, ada balasan untuk anda. Janji ALLAH itu pasti.

So, memamg takkan ada orang baru dalam keluarga kita ni tahun depan. Totally takkan ada. Tak larat nak fikir lagi. Tak semua kita rancang akan jadi. memang kita kena rancang tapi sepatotnya tak bleh terlalu yakin. Tengok. takkan ada yang masuk & pasti ada yang keluar. Keluar tu keluar terus & takkan ada balik. Kalau yang mencari kat rumah tu kompom dah tak kan jumpa.

Selamat Hari Raya. Maaf segalanya. Halalkan segalanya dengan ikhlas. Kalau nak bayar ke apa2, sila jumpa parent saya. Sebab saya mungkin tak dapat bayar kalau delay lama sangat.


Tuesday, July 9, 2013

.:: Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ::.

Alhamdulillah. sempat sambut Ramadhan thaun ini. Syukur sangat pada ALLAh yang sayang kat kita.  ♥ Assalamualaikum semua.

┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Satu Hari Lagi Menjelang
┆Bulan Suci Ramadhan ♡
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Untuk semua & kawan2
┆saya mohon maaf sejujurnya..
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Selamat Menjalankan
┆Puasa Ramadhan 1434 H
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊✽̶
┏┉⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Semoga Allah melimpahkan
┆Berkah, Rahmat & Hidayah
┆Nya pada kita semua
┆amin,amin..آمِّيْنَ يَا رَ بَّ العَـــالَمِ.يْ,
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣̊┈̥-̶̷̴̯͡✽̶⌣̊✽̶


Esok sudah puasa. Malam ni tarawih. Eeeiii. Tak sabar. Mualai esok boleh balik pukul 6 petang. Maka tak ada lasan tak pergi tarawih. Eeeeiiiii, seronoknya. Tak sabar nak balik malam ni. InsyaALLAH nak buat penuh tarawih tahun ni. Hihi.

Dalam kita semua seronok merancang sambut Ramadhan, kita kena ingat saudara kita di Mesir sana. ALLAH... Tak mampu nak bayangkan kalau ada kat tempat dorang. pernah terbaca salah seorang saudara kita di negara yang penuh dugaan hebat Palestin, sahkah puasa mereka jika mereka tidak bersahur & berbuka sedangkan mereka tidak apa-apa untuk berbuka & sahur. ALLAH.. (nangis). Melihatkan suara sebak imam menjawab pertanyaan, baca subtitle pun boleh banjir air mata. Mungkin kita bukan seorang yang warak, tapi ALLAH bagi hati supaya ada rasa belas kasihan. <-- hati="" lembut.="" p="">

Pause. <----- nanges.="" p="">

Ok. Kita terlupa pulak yang kita ada kimo lagi bulan ni. Khamis ni 11 Julai 2013. Cycle yang ke-20. ALLAH. Kita tak boleh puasa. Kalaulah masukkan drip itu tak batal puasa, kita akan terus puasa. Mohon ALLAH maafkan Nur. Nur kena ambil kimo kalau nak teruskan sambut puasa tahun depan. Itu ikhtiar Nur. Doktor cakap kalai tak ambil kimo, takut nanti kanser merebak makin teruk. Nauzubillah. Nur target  nak sambut puasa tahun depan lagi. InsyaALLAH dengan orang ahli keluarga yang baru.  Yang penting, Nur tak lupa qada' puasa tinggal. InsyaALLAH 2 hari je. tinggal sebab kimo yang ke-21 tu jatuh 1 Ogos. Masih dalam bulan puasa. Moga ALLAH permudahkan.

Untuk Encik Hafiz, seronoklah awak sebab kat Sabah sana. Sahur awal, 6.30 petang dah boleh bersungkai/iftar/berbuka. Dengki. <-- ada="" awal.="" imsak="" je="" motif="" p="" padahal="" posa.="" sama="" tak="" timing="">

Ok. Nak hamek peluang ni ucapkan selamat berpuasa kepada yang beragama Islam. Yang baru nak try puasa, terutama sekali pada saudara baru kita, jangan paksa diri. Solat tu memang kena usahakan tapi puasa boleh belajar. Macam ustaz cakap (tak ingat ustaz apa), orang yang solat takkan tinggal puasa tapi yang puasa ramai tinggal solat. Kita takkan jumpa orang yang solat tak puasa tapi yang puasa tu boleh jadi tak solat. Ramai. Sebab tu anak-anak tak dipaksa puasa sampai lembik tapi kena rotan kalau tak solat.

Ok. Nak stop. Selamat berpuasa.


Saturday, June 22, 2013

.:: Tak ada tajuk ::.

Assalamualaikum.

Ahhamdulillah. Hidup lagi. Huhu. Ada orang sakit hati dengan post kita yang lepas. Opps, kita tak ada niat. Ini vlog kita. Suka hati kita nak tulis apa. Yang tak malu datang sini meroyan kenapa? Haha. malu jela. Datang rumah orang buat kecoh. Tak berjemput pun awak datng sini OK.

Ok. Nak bagitahu, hari ini masak mihun bawak pegi office. Clear meh. Rasa seronok memasak & orang makan habis. Rasa di hargai. Kepada yang sangka awak baru jumpa blog saya tu & nak keep checking saya update apa, go to hell la. I dont care what you are going to tell the rest. I also know your secret. Selling 2nd hand item & claim first hand & brand new. If i want to report to your boss, i can but I don't care about you. So beware. I have enough proof together with the picture. Nananana.

Hari ini hari Sabtu. Sepatutnya tak bekerja tapi disebabkan isu HAZE kat Singapore, kitorang kena kerja. Yes, this is not correct way for Indonesia to clear all the shits. As usual every year they are going to brun all the shits from their farm. They are too lazy to do it on their won instead of burning. Due to their laziness, then other people got affected. Hello, do you care about others like we care about your Tsunami a few years before? 

Huh, don't want to talk so much. If you are well educated, your should know what i meant. I am tired of thinking about others.



Monday, June 17, 2013

.:: Jangan Menyerah ::.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Masih hidup. Mohon tulisan kali ni tak ada buat hati orang lain sakit. Kadang2 kita tak perasan jemari ni lancang berkata-kata. Jari berkata-kata? Ya, jari berkata-kata. Ingat, DOSA DENGAN ALLAH BOLEH MINTA AMPUN TAUBAT, TAPI DOSA DENGAN MANUSIA KALAU TAK MINTA MAAF & CAKAP APA SALAH KITA PADA ORANG TU,BOLEH HERET KITA KE NERAKA. Maka, hisab diri sendiri sebelum komen kat post or kat blog orang.  Nabi ada sifat maksum dan baginda senang memaafkan orang tapi siapa yang baca post ni dan ada buat salah dengan kita, mohon minta ampun. Kita memang terasa dengan seseorang yang rajin sangat komen kat chatroom. Mohonlah yer. Kita tak tahu apa yang awak sakit hati sangat kat kita. Setiap post kita awak macam tak puat hati. Kita ada ganggu rumahtangga awak ke? Periuk nasi awak terganggu ke? Isteri awak keguguran ke sampai nak lepas geram pada orang lain? Ke mak awak tak didik awak jadi anak yang baik? Astaghfirullah. Mintak maaflah, mak kita tak ajar kita biadap dengan orang. Mak abah kita cukup baik dalam mengajar anak-anak dia. Kita tak tahu siapa awak tapi kita dapat rasa awak macam dengki sangat kat kita. Kesian. Didik hati elok-elok yer. Terima kaish sebab baca post kita ni.

 Actually, i am creating this post just wanna share something which more important than the first paragraph. Umm. I've found something on my Facebook account. Yes, definitely it inspired me a lot. For those yang ada sedara mara sakit macam kita, then you should appreciate that person as they are keep fighting to stay alive. All you have to do is help them by supporting them. Dont give them a stress. Ingat, kasihkan saudara macam kasihkan diri sendiri. ^^, jangan macam orang yang kita mention kat atas. Nauzubillah. I am strong enough to face you. Mohon jangan dengki. Kelebihan kita mungkin juga pendorong awak untuk jadi seorang yang busuk hati. Minta maaflah yer.

Sambung balik. Kita ada baca artikel yang kawan-kawan share dalam newsfeed Facebook. The part which is really inspired me is like below.
"Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan selalunya mempunyai kehidupan yang baik sebagai pesakit kanser.

Pesakit yang sentiasa menjadikan dirinya aktif dan membuat perancangan masa depan juga dapat hidup dengan lebih baik. Amat membantu sekiranya anda berfikir anda seorang pesakit kanser yang akan dapat hidup dengan baik semasa rawatan
dan anda akan mempunyai kehidupan yang produktif dan baik."
Sumber :  http://harianislam.com/2013/03/08/tanda-amaran-awal-kanser-paru-paru/
See? This is how you help them. Not to keep them down. You might be a killer in psychological meaning but you are not in real world. But the one who caused the death is a killer. Alhamdulillah yang sakit tu bukan diri awak yang asyik nak menjatuhkan orang lain. Kalau awak ada kat tempat orang macam ini, awak mungkin tak boleh tanggung. Kalau kena jugak? Harap taklah. Kalau awak kena, kita akan cakap padan muka. Sebab? Sebab awak dah sakitkan hati kita dan ALLAh dah bagu balasan cash. Tahniah lah kalau dapat. Tak pun keturunan awak akan dapat. Balasan dari dosa-dosa awak. Astaghfirullah. 
Kepada kawan-kawan yang ban yak bagi support, terima kasih sangat. nak mention nama setiap orang sagatlah payah sebab terlalu ramai. Kepada yang doakan segala keburukan, awak kena ingat, ALLAH takkan makbulkan doa buruk awak. Tapi ALLAH makbulkan doa orang yang teraniaya. Datang tak berjemput, kemudian ada niat buruk. Buang perasaan dengki & busuk hati itu. hati kena baik. Mohon faham yer.
Haaa, lupa nak bagitau raya ni insyaALLAh dapat raya dengan pasangan, even lambat sikit tapi still dapat sambut raya sama-sama. Mohon En.Hafiz balik dengan smartnya. Kita bakal sambut orang baru soon. Hikhikhik. 
Oklah. Lagu kat bawah ni untuk orang yang senasib dengan saya. yang tak senasib, anda untung tapi anda rugi sedikit. Sakit kami adalah kifarah untuk hapuskan dosa-dosa kami. Keep on fighting.
 
 

Wednesday, June 12, 2013

.:: 10 Benda ::.

Assalamualaikum & goooooooooood afternoon. 

Wallaweh. Dapat update vlog lagi meh. Hari ini kita nak update 1 benda yang kita rasa macam geli tapi sebenarnya logik. Ini untuk pengetahuan suami & isteri. Bukan pakwe & makwe. Atuk & nenek sangat2 tak mengapa. Hahaha. jahatnyer.

Kita jalan-jalan tengok newsfeed Fb then terjumpa ini statement from Bercinta Selepas Nikah
Memula baca macam geli geleman tapi memang logik kalau kita compare diri kita ni ada kat tempat lelaki. Kita sebagai pompuan pon haishh..malu menebal kot tapi it we cannot do it every time, but at least once in a while we can practice this. Why not.

10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU:

1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"

2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.

3. "Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"

4. "Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"

5. "Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"

6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"

7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"

9. "Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"

10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."

Mohonlah kepada bakal suami bagitahu yang mana no. dia rasa nak isteri tukar/buat. OK. Tak dapat update banyak. Kita nak buat kerja even kerja tak banyak. Tapi setiap minit itu dibayar. Nanti tak berkat pulak. Nanti ada lagi report mereport. Ntah pape.


Friday, June 7, 2013

.:: Marriage ::.

Assalamualaikum.

Hi. It been how long already since my last post? I cant remember. But the thing is i wanna post about marriage from my perspective.

♥Marriage is finding that special someone you want to annoy for the rest of your life. ♥
Tarra. Kita jumpa statemnt kat Facebook. Ada mamat tuh post then kita cilok. Tetiba dapat idea nak update vlog ni.  Mamcam cute je kan? Nak annoy someone by marry him/her. Hahaha. rasanya macam tu jugak dengan diri kita ni. Kita rasa memang kita nak annoy incik pasangan ni memula. Mohon tahanlah karenah kita yer. Tak lama pun lagi. later on orang lain boleh taking over my place & i dont mind if you really will get it. As long someone can taking care of you, I am happy for you. As long as I am alive, i will taking care of you.
 ♫♪♫ I am for you.... I am for you...♫♪ <-- iklan.="" span="">

Hubby & wifey. Haa.. nasib baik kita tak taip wifi tadi. Hahah. Kssian bini/isteri jadi wifi. Sekejap ada sekejap takde. Wallaweh. InsyaALLAh takkan jadi macam itu. InsyaALLAH takkan ada kat luar sana wifey macam wifi. Mana bleh jadi part time kan? Gile ke ape???

Umm. Kita macam chillex sikit hari ini. Tak banyak kerja & call perlu kita handle. Mohon Allah permudahkan urusan kita hari ini. Otak kita dah letih berfikir hal-hal yang merugikan sebenarnya.  Ya ALLAH, mohon ampun.

Eh alamak! Kita terlupa nak sarapanlah. Ada mee goreng ada telur lagi. Kita nak makan dulu. Membazir itu amalan syaitan tapi kengkawan kita yang gile2 cakap menbazir itu amalan VAVI. Sopan tak kita? Nak cakap binatang tu kang macam jijik lak. Dahlah nak makan ni. Tapi logik lah. Syaitan pun tak akan membazir. So tak boleh guna quote "Membazir itu amalan Syaitan" sebab syitan takkan bazir masa goda keturunan Adam. Usaha dia tu elok untuk kita jadikan pendorong. Memang dia jahat tapi tengok dia punya tabiat, masa yang ada dia goda anak-anak Adam ni. Siapa anak-anak Adam ni? Kita la beb. Tapi tak bermakna bila kita tak bazir masa kita sama dengan syaitan. Niat tu penting. Cheers

Bismillahirrahmanirrahim... jemput makan semua.




 

Wednesday, June 5, 2013

.:: 11 bulan lagi ::.

Assalamualaikum. ^^,

Alhamdulillah. Lamanya kita tak update vlog ini. Vlogger part time tak same vlogger dengan full time macam Abang Nara. Hebat abang tuh. Respect sangat kat beliau. Tapi kita tak ada cerita pasal arti. Kita nak cerita pasal kita. InsyaALLAH. Majlis akan berlangsung dalam 11 bulan lagi. Majlis apa? Tungguuuuuu. Rahsiakanlah dulu tapi yang penting majlis yang baik.  tolonglah teka apekah itu. Hahaha.

Kita baru je dapat tarikh tu 3 hari lepas. Alhamdulillah, tak ada halangan dari mana-mana pihak maka majlis akan dibuat pada bulan Mei 2014. Tahun depan. Akan ada orang baru nanti dalam family kita. Memang payah cabaran dan dugaan sebelum kitorg dapat apa yang kitorg usahakan ini. Tapi benda baik ALLAH akan sentiasa tolong. NO DOUBT.

Kita excited tapi disebalik cerita gembira tu ada cerita sedih. Tapi tak apa. Encik Hafiz ni sentiasa memberi sokongan & ALLAH sentiasa ada dengan kita. So, sikit-sikit relief kita rasa. Alhamdulillah. Tapi kekadang rasa tak selesa. Umm.

K la, tengah kerja ni. Tak baik mengular tpi kita dah siapkan kerja kita tau. Jangan nak tuduh-tuduh. Ok lah. Tatata.


Wednesday, May 22, 2013

.:: Rakan Sepejabat ::.

Asalamaulaikum satu dunia.

Umm. Rasanya ramai orang yang selalu vlogging ni dah bekerja. tapi tak taula kot kot ada yang belum kerja lagi dok langut baca vlog orang lain. Hari ni kisah rakan sepejabat. Mak abah saya ajar saya kalau bekerja kena jujur. Jangan curi tulang memlainkan rehat kalau betul kerja dah siap. 

So, kita tulis blog ni pun sebab kerja kita dah siap. maka ini bukan dikira curi tulang. Sebenarnya begini. AHri ini mungkin hari yang baik untuk kita sebab....

1- masa kita masuk pejabat pagi sat nin, kita terhantuk kat pintu vermin pejabat. Pintu tak bukak lagi. 
2- bila masuk pejabat, ada dua orang manusia tiba-tiba je pandang serong kat kita. Macam dok menjeling nun. Sebelum masuk kita nampak dorang tengah rancak berborak.
3- bila kita start duduk kat workplace kita, meja kita laaa...dua orang manusia ni berbisik-bisik.
4- orang ke-4 pulak datang kerja lalu join 2 orang manusia tadi dan berborak dalam keadaan berbisik.
5- then orang ke-5 masuk join sekali then suddenly orang ke-5 menjerit. Dialog seperti di bawah.


"If you want to complaint about me then complaint la. Talk to me directly. Who do you think you are?!!"

Then, the crowd of 5 people pretending that they talk to each other about the above statement. I know they were talking about me. I am the one who let my boss in Korea know about what they are doing in the office while my boss is not here. He went for an outstation.

Is that because i am the one who send a report about you should be label as KAKI MENGADU? Hello, if my complaint is not valid, who is the one who was sleeping? Playing Candy Crush? UNO? Watching Kdrama online? Who? Is that your GHOST? I dont think so.

Kalaulah manusia ni nampak post ni, mohon lah jangan salah sangka dengan kita.Disebabkan awak mengugut boss nak berhenti kerja berjemaah, boss dah tak percaya kat awak awak semua. Mal abah saya tak ajar saya curi tulang bekerja. katanya, kalau saya kerj atak jujur, gaji saya tak berkat. Abah pun tak nak duit saya. 

Ayat abah sebelum pergi kerja..."jangan biasa nak mengulau pergi kerja, FB tu aktif memanjang.". Ahh, ada kawan abah kaki report jugak rupenyer. Tak ape. Boss kita pom ada FB tau. Lagilah. Semua bahasa Korea. Kalau hantar email kat kita dalam bahasa dia je. Tapi tak apa. banyak bahasa belajau ni bagus. Eh eh eh. Dah jadi orang Melaka pulak. K la. Nak sambung kerja. Kang ada orang shoot kita balik sebab kita report dia mengulau.

 

Monday, May 13, 2013

.:: Dia balik semenanjung ::.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. HAri ini pasangan kita balik dari Sabah. Balik sat ja. Dia ada meeting ke kursus ntah kat Perak. Still tak dapat jumpa. Never mind. Later on after habis program dia, boleh jumpa. Wallaweh. Dia da bawak balik limau meh. Limau beli kat Membatu, Sabah. Ahhh, sedapnya.... Tapi tak sure dia beli untuk kita tak. Gila la kalau tak beli. Nak mogok setahun. Wahahaha.

Sepatutnya dia balik next week but due to the company program, then he needs to come back early. Burn je tiket dia beli sebelum ni. Haishh. Mahal kot tiket. Boleh bayar duit Astro sebulan ke dua bulan ntah. Eh eh eh, memandai je. Agak- agak je la. Kita tak tanya pun tiket fia bape. Dia ada bagitau tapi kita tak ingat. 

HAri ini 13 Mei 2013 hari ulang tahun kelahiran abah kita yang ke-56. Alhamdulillah. Abah sihat lagi even taklah sesihat masa umur dia sebaya kita. Kita? Kita dah tua la. Dah nak cecah 30 tahun tapi lambat lagi. Kalau panjang umur, sempatlah cecah.

Hari ini kita tak berapa sihat. Kepala kita macam nak meletup. Macam ada something kat mata sebelah kanan ni. MAcam sakit je. Terus tangkap ke kepala. Rasa macam otak ni sakit. Sometimes, my vission getting blurry for  a second. Sometimes, kita tak boleh nak bercakap dengan betul. Lidah kita macam pelat. Apa yang kita nak taip selalun ya berterabur. Susunan huruf sangatlah tak masuk akal. Terpaksa baca dulu sebelum post. Kalau terlepas tu nasiblah yer. 

Ada lagi yang kita rasa pelik. Kita susah nak menelan makanan or telan air liur. Susah sangat rasa nak menelan. Macam tak boleh. Padahal mudah je nak telan kan? Lagi satu, mata kita tak boleh fokus. Contoh, mata nampak lain, tapi bila kita tulis balik apa kita nampak toally not tally. Especially happen when I want to copy down friend's contact number. It is so hard to do it lately. But the best thing is, I can still calculate using my brain imagination instead of calculator. Theorem Pythagoras. I can still draw it. I can still remember what happened in last 20 years but i cant remember what had happened in a month unless it is passed few months. Pelik kan? Miracle. <-- be="" p="" positive.="" to="" try="">

Kita perasan sekrang ni kita punya tulisan dah tak cantik. Pegang pen pun macam kekok je. Dah biasa sangat tekan keyboard kot. Umm. Dan kita cepat lenguh bila menulis. Macam memula kita pegang mouse. Berpeluh bagai. Hebat tak? Hebat tak? hebat kan penyakit macam ni? Untunglah awak tak kena. Kalau awak kena.... Mohon jangan. Nauzubillah.

Umm. Kita dah siapkan kerja & sekarang ambil masa nak update vlog nin. Nak start tulis apa yang kita rasa & perubahan. Haa, sekarang kita rasa macam pusing-pusing. Macam rasa terawang-awang. Melayang. Kaki pun dah melesut. Bila berdiri lama je, tekan je betis, ada lobang. Hebat tak? Hebat tak?

Rasa nak muntah. Makan ubat pun takde mendenyer... Still rasa nak muntah. Tekak mual je. Rasa tak sedap badan. Tulang bekalang ni menjang je sakit. Ada sekali tuh bila baring, terasa berdenyut serata badan. Buah pinggang or pinggang pon rasa. Denyutan dia sama ritma dengan jantung. Sakit sangat. Sampai kekadang tu, nak tidur menangis. It=ya, sakit sangat. Macam awak amik jarum, then cucuk bertubi-tubi kat peha awak. Camtulah rasa dia tapi lagi sakit dari tuh. I cant gibe you better imagination that this.

Lagi satu, kita cepat sagat terpelecok lately. Hello, saya Komander terbaik intake-38 Uitm tau. Mana mungkin senang terpelecok. Macam hilang daya keseimbangan. Ni lah antara masalah-masalah yang kita hadapi. Any advise? Suggestion? Dont advise me to see a doctor. I am tired. 

Umm. Ok. Nak cerita tentang benda best. Kita selalu dapat mimpi jumpa orang yang dah tak ada.  Arwah-arwah. Kita pernah tengok pot kat FB. Ustaz Khazim ke Ustaz Azhar Idrus ntah, katanya kalau kita mimpi orang tu, orang tu rindu kat kita. Wallaweh. Atuk kita rindu kita, Kak Zarina  pun rindu kita, Cik Mah pun rindu kita. ^^, kita pun rindu kalian jugak. Sangat-sangat. banyak gila. tak tahu nak cakap lagu mana.

OK. Dah tak ada menda nak cerita dah. Lagipun dah nak time lunch. Lapar tapi tekak macam tak selesa je. Mahu pergi mamak. Makan mee gorang Syed Bistro. Kemain lagi selera. Hahah. Gedik je. tata semua. 

~ Masih dalam waktu ~



Tuesday, May 7, 2013

.:: vavavava (same je yg lps2 punya tajuk) ::.

Assalamualaikum.

Oh tidak. Dah habis mengundi. Saya tak mahu bercerita pasal politik. Cukuplah apa yang dah ada sekarang. Kepada kengkawan semua, tak kiralah warna apa kulit anda, ta ada antara kita darah macam alien or makhluk asing kan/ Maka, anda tetap kengkawan saya sampai bebila selagi ada masa yang boleh dikira. Paham tak?

Hehe. Alhamdulillah. Sekarang ni kerja OK, rumahtangga OK, sedara mara OK, yang penting mak abah OK. Wah, cakap pasal mak abah. Abah kita eksiden awak. Koyak muscle dia kat bahu kanan. Haaa...kena langgau lari. Budak muda amek lap 96 kat T junction. Gedebush makan jalan abah kita. Wah, jalan abah kita....haha. Tapi abah kita sebab budak tu MELAYU je dia tak nak report. Nope, bukan sebab dia melayu tapi sebab dia fikir dia pun ada anak lelaki yang mungkin sebaya dengan mamat yang langgau dia tuh. See, baik je hati abah. Kalau kita lah, mau berdebik2 budak tu kena makan selipar. 

Umm. Haritu kita pergi jenjalan dengan couzie kita ni. Alaa, kan ada orang ckap kita gemuk. Maybe mak & akak & adik2 dia slim kot. So, kita pun jalan2 untuk latihan peparu & jantung yang tak berapa nak sihat macam orang yang sihat tuh. Harap dia tak kena sakit macam saya la. Kalau dia kena mahunya dia tak boleh terima. ALLAH dah kata, dia takkan bagi dugaan pada yang tak boleh terima. Cantik tak perancangan dia? 

Tarra....wo gei ni jie shou wo de couzie meh. Fikri Bin Jamal.
Ni la budak ni. Jenuh kita ngajak dia. Kena umpan dengan tablet baru nak ikut. Budak ni dulu pasif sangat. Bila dia dah masuk tadika, kemain lagi aktifnya mulut dia. Ada banyak cerita & persoalan. As usual, ketik sikit amik pic dia. Wallaweh. Nampak lesung pipit yang tak berapa nak ada. Hahaha.

Lepas ni ada lagi la kot orang nak mengutuk. Tak kisahla. For the rest yang keep reading my post & following my life progression, this is mine. I never do anything unusual. Keep on living with my normal life. I didn't take other people's life. So, shut the stinky closet. ^^

OK. Tak nak tulis banyak2. Kang ada lagi masalah orang tak suka lah apalah. Susah nak kawal jari orang & lidah serta hati orang. So better kita jaga hati & jari serta lidah sendiri supaya orang tak kata kita banyak. Pura2 mati baru orang lain tak amik port pasal kita. Betul tak? Betul tak?

Dan lagi 1, tak perlu nak bersedih kalau kawan awak dah kahwin or bertunang. Jangan sebab dulu dia kawan baik awak, rapat dengan awak tup tup dia tunang dulu, awak dah jeles sebab awak tak bertunang lagi. Nak nak pulak kawan awak tu sakit tapi still ada orang nak. Tak perlu arasa macam tu. Allah dah rancang yang baik2. Bersangka baiklah yer. Terima kasih sebab baca entry ni & mohon terasa pada yang terkena. Sekian. ^^


Saturday, April 20, 2013

.:: Tettt Tettt..::.

Assalamualaikum. 

Hik hik..dah lama tak menaip kat vlog terchenta nin. Iskkkk.. Best lak dapat menaip laju2 ni..pastu semua typo.Hampeh je.
Ok. Takde menda nak update sangat. Yes, saya dah gemuk sekarang. Saya salahkan ubat Dexa tug sebab steroid tu la badan kita jadi camni. Makan tak banyak mana pom. Sebab chemo je jadi camni. Kita tak macam awak. Awak sihat. Tak ada kanser kat paru2 awak. Awak harus bersyukurlah sebab bukan awak yang ada kat tempat saya. Sebab ALLAH tu tahu, kalau awak kat tempat saya, sah2 menagis bagai, tak mampu nak lawan. Sebab tu ALLAH pilih saya sakit paru2 ni. Paham?

Jangan ingat orang yang tak sakit tak boleh mati tau. Mana tahu, yang sakit panjang umur lagi, sempat nak bertaubat. Ni kan pulak yang tengah sihat walafiat, tibe2 kemalangan terus goal. Dah tak sempat bertaubat lak tuh. nampak tak kat situ apa kelebihan? So, tak payah tunding jari saya gemuk. ALLAH bagi bersebab.

Walaupun awak komen kat chat tuh saya gemuk, saya tak kisah. ALLAH tak pandang rupa saya, ALLAH pandang iman dalam hati saya. Syukur ada ALLAH. Tak rigu takde orang macam awak. Ok tata. 

Jumpa lagi nanti InsyALLAH.


Tuesday, March 19, 2013

.:: Kuasa + Poyo ::.

Assalamualaikum.

Wah, berhabuk dah vlog kita nin. Hikhik. Rindulah kat kamu. Mualai hari ini, saya namakan blog ini Julia. Sebab apa? Sebab Julia adalah tempat saya conteng-conteng. Wahahaha. Tempat nak tulis benda yang kita rasa kita nak tulis. Tak semua benda kita boleh bagitau kat orang guna molot. So, pepandai la kan?

Hari nak mengeluh sebab penat. Tapi bila tengok status FB yang kita pernak dok update sebelum ni. "Kerja niat kerana ALLAH ." kita tak jadi nak mengeluh. Kita cuma rasa terkilan. Bila kawan yang satu tempat kerja dengan kita bila naik pangkat tembok bongkak mula di bina. Kita taak suka macam tu. KEadaan macam ini buat kita rasa sangat-sangat hipokrit. Kita keluar makan dengan dia tapi hati kita cakap "This is not what I want. I dont like the person in front of me.". I have my own reason. This person, yeah, my senior at my workplace. This person already been promoted to Part Leader. Wah, only part leader of the Senior Executive not the manager yet. Kita tak pernah mengaku kita senior even though kita dah dapat title Senior Executive so far. So, I will ask her everytime I need some clarification. Previously, before this person got promoted, she will help me until the end. Now, once got the title, she just simply give me a face reaction. What is this????

Previously you were my friend & help me as your colleague. Why don't you just answer my question with good manner instead of showing me your freaky damn face? Pernah tak korang buat muka geli pada sesuatu? Camtu la rupa dia ni. Macam kita ni najis je muka dia tu. Padahal kita tanya. I don't have the access to look something for one of our client. Then I just asked her then she informed can. Previously, i still can remember I asked same question to my manager. My manager said cannot.  So she keep on blaming me as I might wrongly update to our client. Owh damn. You don't have the right simply blame me if I got the access. 

OK. Ni dah macam kes mengumpat kan?? But it is not. This is the correct fact. Later on, if you become a manager or someone higher than NORMAL staff, please consider about the rest. You know why our company already lost 11 people within 6 months? Below is the explanation.


See, you are the one who shared this on FB & now you are the one of the shit. So, even you pretend to be our manager since the real manager is not here at least consider about others' feelings. You know what. I am going to quit soon.

Pada yang lain-lain yang baca entry ni, doakan kita ye. 28hb ni kita ada interview. At the same day sebenarnya kimo. Hahaha. Kita saja je mintak interview aritu. Selalu kita lepas kimo pergi kerja balik. Sekarang since ada orang gila kuasa, kita macam tak nak datang office dah. kalau MC kita MC betul-betul. Datang office tapi kita tak buat kierja tapi tengok video. Hahaha. Ini bukan jahat but as a employee, if the doctor give an MC, you have the right to spend it. It doesn't mean that if you come to the office, then you have to do it. You may do it without other 3rd party asking you to do that. Don't be so bossy macha/minachi. Dari ikhlas nak bekerja terus jadi macam malas. Ha kau, malas. 

klah. Nak sambung tengok cerita Korea. Haha, Buat apa nak buat kerja yang esok punya kalau tak ada increment for those ynag buat kerja advanced? Bila tak datang still nak potong gaji. Tata semua. Nanti jumpa lagi. Julia sentiasa ada kat sini. Thanks ye Julia for allwing me to write something on you.

Tuesday, February 19, 2013

.:: wallaweh ::.

Assalamualaikum.

Hai vlogger. Eeeiii.....dah lama kita tak update. Tak da masa yang boleh kita spend actually. A lot of things to be done. Excitednya rasa bila kita dpat write something again. Hikhik. *sengih kambing*

Actually, sekarang tengah kerja awak. I really hate about politic in management here. I hate back stabber as well. Yeah, its normal to have people like this in our office at least must be someone use to be like this. So tired. Sleepy some more. 

Yeah, need to inform that my Mr. Right will be back to semenanjung on this Saturday, 23rd. Yippy. Going to fetch him. Both of us need to go the the hospital together on Monday, 25th. Can't wait to know the result. Hoping that everything gonna be alright. 

What else I need to write. Umm. Haaa. I am putting on weight. Ahaks. Gemuk already. Ok. Just it.
Tata. See you again.

♥♥♥

Monday, January 7, 2013

.:: Lagu Iklan ::.

Assalamualaikum.

Wah, berhabuk berapa inci dah nih blog ni. Adeh. Hai semua. Tahukah anda bahawa saya kurang sihat & kekurangan masa untuk mengupdate blog terchenta ini? Ya, benar. Kita dah start kimo lagi kengkawan. Tapi best. Effect tak kuat sangat tapi still loya meh. Tak muntah je. Demam tu pekara biasa.

Post arini just nak bercerita pasal habit kita recently. Ahaks. Kita suka nyanyi lagu iklan weh. Tak tau pasaipa. Esek esek dok kuaq lagu iklan. Status kat FB pun kuaq lagu iklan. Siyes. Kita rasa lagu iklan sangat menarik. Memang superb la kan komposer dia. AJL pun kalah. Kita rasa k. Bukan Orang lain rasa. BErikut di bawah kita nak list lagu- lagu iklan yang kita tau.

1. Iklan Zaitun
♫♪♪ ZAITUN, kukenali kesucianmu..Aneka jenis barangan bermutu...Dari dulu sampai sekarang keunggulanmu tetap berkekalan...Penuh dengan keyakinan..ZAITUN suci, ZAITUN segar, ZAITUN tetap sejati...ZAITUN memelihara diri barangan bermutu kekal abadi..♫♪♪ 

2. Iklan Ubat BAtuk Ibu & Anak
♫♪ Ini kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan obattt KOHOK KOHOK" ♫♪♪

3. Iklan Nini Cekelat Celup
♫♪♫ NINI cekelat celup (celup celup), NINI cekelat celup (celup celup), rasa kacang stoberi, sungguh enak sekali....NINIIIIIIIIII..NINI!!!! ♫♪♫

4. Iklan Nanonano
♪♫ NANOnanananaNANO..nanananaNANO..nanananaNANO...oh NANO NANO saya tak sabar, saya gemar, rasanya sedap, manis, masam masin, (nana) NANO NANO..(nana) nananana..NANO NANO!!!!♫♪♫ 

5. Iklan Adabi (nasi gorang)
♫♪♪ hey nasi goreng, hey sungguh lazat..sungguh sedap..sungguh enak.. sungguh cepat..sungguh mudah..dengan perencah goreng ADABI.. ♫♪

6. Iklan Scout's Emulsion
♫♪ sungguh riang waktu membesar...badanku jadi...sehat & segar...ibu menerangkan kami ada kawan, bernama SCOUTS EMULSION..♫♪♫

7. Iklan Axion (sabun pencuci pinggan)
♪♫♫ mari mari puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja, ada pembantu baru katanya, tentu dia perempuan muda..♪♪♫    

8. Iklan Oligo
♫♪ OLIGO KOKO minuman yang hebat, ceria gembira nikmati bersama, OLIGO OLIGO OLIGO KOKO, panas & sejuk menjadi hidangan, lazat diminum bersama tersayang, OLIGO OLIGO..♫♪♫

9. Iklan Adabi (rempah ratus)
♪♫ ADABI melazatkan...ADABI menyelerakan..mengandungi berbagai rempah, melazatkan kari & kuah..ADABI....♫♪   

10. Iklan Adabi (cucur)
♪♫ kami dah pulang emak buat cucur, mudah saje tambah air, adun sebati goreng dan sedia..tepung cucur ADABI rahsianya...♫♪

11. Iklan McDonald
♫♪ Mc D O N A L D S, Mc D O N A L D S, good time great taste, at McDonalds.

Taraa..Best tak pada korang? Hohoho. Kita suka gila lagu iklan. Lepas ni nak kumpul lagu iklan raya lak. LAma-lama punya best meh. Actually, I'm in the office. Ambil masa sekejap update blog. Later on jumpa lagi yer. Mintak maaf sebab kita bukan 24hrs depan pc kije nak mengupdate blog je.