Monday, May 28, 2012

.:: Mari rosakkan bahase ::.

Assalamualaikum.

As I said in my previous post, kita nak rosakkan bahasa. Naaaa, jangan nak judge2 kita k. Kita nak awak2 semua fikir & try cakap macam budak2 (budakla sangat) sekarang suka guna. Rasa weird but kita anggap macam senaman molot lah. Actually, kita sendiri pun dah rosakkan bahasa. Campur aduk English semua. Nanti kita campur Arabic dengan Mandarin lak yer (tau la boleh cakap sikit2. Jangan nak berlagak). Mari kita mulakan. Bersedia??! 


Senaman molot. Wakaka.


Hye awak....titew tak bewape sehat hawi nie. Titew matok2la awk. Satet tetak titew tau. Titew paling geli tengok kahak sendiwi. Iyyek. Hawi ni awak sehat ta? Titew hawap sgt awk sehat. Jangan jadi mcm titew. Sheksha tau awk. Tapi awk jgn wisau. Titew da mkn obat. Titew nak bgtau, semalam mesday titew. Wamai gilew kengkawan titew wish dkt kita awk. Titew ase terhawu sgt. Titew ase sonot aka sewonot. Titew dapat 100+ wishes. Eeeii. Ase femes setejap. Jangan jeles yep awk. *senyumsenget

Awk2, titew tewingin sgt nk mkn bluebewi cake. Awk melikan utk titew muley?? Muleyla. Titew tewingin sgtla awk. A slice of dat shoud be enough (gedik lak ase). Mak abah titew ingat mesday titew tapi dowang macam lupe jew nak melikan titew cake. Sedeyla awk. (nanges ngada)

Titew nak cite ni. Titew sambut mesday titew makan sekodok jew awk. Sedey ta? Sedey ta? (padan muke) Titew makan sekodok sukun. Mak titew lenyek2. Titew bancuh dengan santan, gulew & tepung. Gawol sebati then titew goweng. Taraa! Dah siap. Mkn sensowang lepas tu sebab mak titew pergi kunduwi. Dia tinggal titew sebab titew mandi lame sangat. Hekkk. Titew kena tinggal wumah sensorang agi awk. Sedey ta? Sedey ta? (padan muka kuasa dua) Paling best, mak titew konci pintu pagar wumah. Titew tade konci spare. Naaaa, terkuwung titew kat wumah sensorang. Nasib baik titew ta jerit2 minta tulun owang wamai. Titew nak g kunduwi jugak. Kat bawah wumah jep (padan muke kuasa tiga).

Pastu kan awak, mase mak titew balik wumah dengan muke kenyang, mak titew muley tanya titew sedap ke ta lauk kunduwi. Wahhhh! Titew ase na nanges jew. Titew ta cite sebab titew tau mak titew akan gelakkan titew. Da bese. Dulu pom kita ta g tijew sebab tekonci dalam wumah. Mak titew ingat titew ta tijew. Titew mukan ta tijew tapi kita punya shift pkol 10.15am. Mak titew pkol 8.30am meme dia da g pasar dengan kroni2 mak datin dia then lepak2 kedai minum pagi sambil berbicara gosip tekini. Pasa Senda pweggy om mak titew tau. Titew tatau pom. Isk9. Hebat ta mak titew? Hebat ta? Hebat ta? Mak titew buat titew ase mengong setejap.

Mintak maaf. Tak mampu nak teruskan. Lenguhlah mulut nak ngomel bahase mengarot ni. Nak muntah bagai. Tahukah anda, dalam FB kita takde budak2 yang lahir after 1995 kecuali adik kita si Kudin je??? Jangan harap kita nak approve. G mati. Geli gell. Aku pernah approve sorang budak pompuan yang bajet gugurl. Mak aiii, kemain status dia ayt moncong2. Sakit ati mate kita tengokla. Hangpa ingat kemanjaan begitu baguih sangat ka? Hoi, g bukak kamus la. Titew tu ape? Bahase apa? Eeeiii..memangla dulu aku gune sekejap. Tapi lepas kena tegur, takdenyer aku nak gune lagi. Terus sentap. Bebudak sekarang ni lak, tegurla camne pun. Buat labang je. Elok hantuk kepala kat perot lembu. Hidu bau lembu k.

Tapi kan, motif kita nak buat senaman molot je. Haha. Kelakar tak? Kelakar tak? Tak kelakar sudahla. Bagi kita kelakar je. Sampai krem perot nak gelak kalau kita ingat balik kita gado dengan budak umo 14 tahun sebab tegur dia update status gune bahase planet ntahpape ni. Pastu geng2 dia yg molot moncong pon masuk campur. Adehh. Ni la budak la ni. Bukan kira kita ni tua dari depa ke idak. Belasah je. Naaaa. Jangan biaq adik2 kita jadi lagu nih. Hampeh la.

~Sekian~




Sunday, May 27, 2012

.:: I'm 26. Sweet 26 (jangan jeles) ::.

Assalamualaikum. Seperti anda sedia maklum, hari ni umur kita dah bertukar dari 25 kepda 18. Wah!! Tipu gile. Acah jela. 26 la awak. Umur mana boleh turun2. Kalau oleh semua orang akan masuk perut mak dia balik. Semua tak nak lahir kat dunia. Betol tak? Yer betol. Sebab masa umur kita 4 bulan dalam kandungan mak kita, ALLAH dah arah malaikat tulis segalanya tentang kita. Malah kita siap berjanji dengan ALLAH ni bila lahir ke dunia nak jadi khalifah dia. Tapi kita tak sedar kan? Al maklumlah baru 4 bulan. Otak pun tak ade lagi kot. Tapi tu la kita. ALLAH dah takdirkan kita bertemu kat blog ni even kita tak pernah jumpa. Tarra!! Sweet kan? ALLAH dah atur cantik2. No more doubt.

Add caption
Jodoh, ajal maut, rezeki, kesihatan segalanya ALLAH dah atur cantik2. Alhamdulillah. Hidup lagi. Still dapat hirup udara free ALLAH bagi ni. Tapi tak tahulah sampai bila. Umm. Kita nak share something yang selalu bermain kat fikiran kita bile tiba besday kita since kita didiagnos ada kanser paru2 tahap 4 (lung Adenocarcinoma stage IV). It was perfectly last 3 years. Exactly on my birthday. I collapsed in front of the ASSUNTA hospital with 10% chances to live. <--eh betol ke ayat ni? Oh my english...

A year after that, I started to work. Also on 27th May. Had fun with friends, enjoy my live screening, outdoor programmes, spent time with my family & relative as I dont have the times before with them. I was a student man...dun simply judge me. You know what's the meaning of being a student & teenager, youth & young. We only know how to spend  the time with full of joys. Am I rite? Naaaa. Just forget it. But, Last year, also on May,27, i got a visitors from MAKNA. Just rite after the visitation, I got fits. It happened on my birthday. Again & again haa? I wore baju kurung with a flowers in red in color & together with re scarf. Ya ALLAh, I was so happy at that time & my colleagues already planned to have a dinner together to celebrate my birthday. But it wasn't happen. Pity me. Ya ya ya, you can call me Cinderella. Hebatkan? And a week after the tragedy, tragedi ke? Kire tragedi la kan? Benda yang tak elok dn sadis. Umm, kita diberitahu yang kanser kita merebak ke otak. Naaaa, dugaan ALLAH datang lagi. Hadiah birthday paling baik iaitu dugaan yang meningkatkan IMAN. Untunglah. Tak dapat makan2 takpe tapi dapat dugaan (bersangka baik dengan ALLAH banyak ganjarannya).

Dan tahun ni, kita tak tahu ape nak jadi siang nanti. Oh lupa, Tatkala kita menaip ini jam kat netboo ni tunjuk 0139....ngeee dah pukul 1.39 pagi la awak. Kita bukan tak nak tido tapi kita takot sebenarnya. Takot takde peluang nak jumpa matahari lagi. Isk. So, sapa2 yang baca post ni kita minta maaf bayak2 kalau ada buat silap. Tolong sampaikan salam minta maaf kita ni pada kawan2 yang lain yer. <--sebak sudaaaa..mencikla nanges2 ni. Gugurl sangat lak kita rase. Memcik3x. >.<

Fabrics & accessories
Ni hadiah dari kawan2 kita kat tempat kije lama kita. Muchas gracias untuk Kak Dila, Kak Ani, Izzah, Abang Nazri, Magy, Pat, Praveena, Kak Zura, Abang Azad, Abang Azri, Prakash, Buven, Elango, Kak Aida, Kak Berry, Kak Ananthi, Gowri, Harjeet, Abang Ghani, Manalan, Nalaini, Abang Idral, Kak Farah & Devi. Not to forget Manjeet, Mr. Chin & M. Lawrence.  Thanks for the farewell as I celebrated it as my advanced bithday party. Watta wonderfull evening on dat day. I cant emembe the date. Yeah, it was May,12. Huhu. I still remember it. Dats mean the bad cells still didnt "eat" my memory cells. Ngee. Peace.

Jam loceng dengan nak patong. (Rasa muda sekejap)
The clock, reminds me the TIME. Its like a chrome knife, stainless steel, pedang samurai & segala benda tajam. Kalau kita tak potong dia, dia akan potong kita. At that time, there's no more time for us to turn back. Naaaaa. And the bear reminds me of my childhood time. Mak abah tak pernah beli kek untuk kita sambut birthday. Langsung tak pernah sampailah umur kita 22 tahun. Setahun sebelum kita jatuh sakit. Time tu la mak abah beli kek sebab bile kita start kije & duduk umah dengan dorang, kita biasakan family kita terutamanya adik2 kita rase seronok & kenal zaman budak2. Kita tak pernah buat birthday party tapi kita pernah buat kenduri doa selamat & baca Yassin kat umah kita dengan duit hassil titik peluh kita sendiri. Rasa seronok sebenarnya bagi orang makan. Korang pun kena rasa nikmat tuh camne. Ingat, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain sebenarnya. Sedekah. Senang je kan? So far kita baru tengok 2 hadiah kat atas ni. Yang lain semua dalam kete. Abah bawak balik kampung kat Sg. Rambai. Ada kenduri kawen. Dia perrgi sensorang sebab mak kita masuk pakat kat flat ni. So, dia kena turun pakat merewang. Abah wakil pergi kat kampung. Nasib baik ada 2 je kenduri. Kalau 3? Kita la yang kena jadi wakil. Mak abah kita bukan ska pegi kenduri kawen 3 buah kenduri 1 hari. Tak tahan tengok nasi minyak katanya. Arghhh, kita pun sama. Pantang jumpa. Baham habis. Naaaaaa. Anak sapekah ini??? *senyum senget

Umm, kita dah ngantok. Pagi nanti kita update lagi. Actually kita nak tengok birthday wish sape paling menarik. Tahun lepas Zaki from Malaysia Blue Army kasik wish paling best. Tahun ni sapa pulak yer? Tak termasuk buah hati/pakwe/secret admire/tunang punya wish k. Ni untuk kawan2 je. Btw, muchas gracias. Post esok kita akan rosakkan bahasa. Nak try jadi budak2 sekarang yang gune bahasa moncong2. Come on, my birthday ok. My birthday. Let me do something fun to cheer both of us. Gracias.

~ @}-- rose utk kamu ~


Saturday, May 26, 2012

.:: Mustahil tapi logik ::.

Assalamualaikum.

Kita nak mengadu kat ALLAH, tai kita update kat sini jugak. Logik kan? Kita tahu, patotnya kita kena doa banyak2 kat Dia, mintak sume apa yang kita nak. Tapi kita nak share dengan awak2 yang baca blog kita. Kita tau yang tak follow ni ramai. Silent reader lagi ramai. <--jangan ingat kita tak tau ye awak.

Wahai ALLAh, Nur rasa sakit sangat. Nur tahu ALLAH sayang Nur. Sebab tu ALLAH bagi Nur sakit. Kalau bagi kat orang lain, mungkin orang lain tak oleh tanggung kan? Siapa nak sakit kat dunia ni? Semua orang tak nak. Yang terpilih je. Betol tak ALLAH? Nur tak salahkan ALLAH tapi Nur kadang2 lemah. Nur tak dapat kawal perasaan. Macam sekarang.(nanges) Nak peluk ALLAH boleh? (mustahil ta logik sebab ALLAH tuh MAHA PENYAYANG). Esok harijadi Nur, Nur mintak ALLAH tak susahkan siapa2 yang ada dengan Nur esok. 3 tahun sebelum ni dan tahun2 berikutnya, setiap kali harijadi Nur, Nur masuk hospital. 2 tahun lepas je Nur rasa lega sebab Nur dapat mula bekerja masa harijadi Nur. Nur takut bila harijadi Nur dekat. Nur ingat mati je. Takde benda lain.

Semalam Nur sakit kepala sangat2. Macam nak meletop. Pukul 3 pagi. Terpaksa panggil mak even tak mampu jerit dari dalam bilik. Terima kasih ALLAH sebab jagekan mak untuk Nur. Kalau tak, dah jatuh katil. Kadang2 kita terfikir kenapa semua ni jadi. Tipulah kalau Nur tak pernah salahkan ALLAH. Tapi Nur ada kawan2 yang sentiasa ingatkan Nur pada ALLAH. Nur mintak ampun. Nur salah. ALLAH tahu tak ape dalam hati Nur? ALLAH tahu. Nur tak nak benda lain kat dunia ni selain peluang tuh. Nur harap sangat ada peluang. Kalau ALLAh izinkan, Nur datang. 

Tangan & kaki Nur rasa kebas sangat. Badan rasa anas tapi Nur sejuk. Demam lagi. Dah 4 hari termasuk hari ni. Takpe. ALLAH nak hapuskan dosa2 kecil Nur kan? Sayangnya Dia kat kita. (senyum nak sedapkan ati) Sekarang ni Nur sensorang kat rumah. Tak tahu mana pergi yang lain. Bila dlam keadaan camni je Nur mampu nak nangis & buang rasa yang terbuku kat hati. Time cmni la bolh nanges puas2. Orang semua ingat Nur sorang yang hapy. Tak! Mata kasar YA! Tapi, ALLAH lagi mengetahui. Sebab tuh Nur nak peluk ALLAH. Nak nanges teresak2 tanpa cakap pape. Sebab Dia tahu segalanya. Nur cadang nak pergi masjid negeri esok tapi Nur tak sihat. Nampak gayanya, Nur tak dapat pergi esok. Umm.

Dah tak boleh nak menaip. Hati dah takde pada page blog ni. (nanges puas2)

~Doakan Nur~



Wednesday, May 23, 2012

.:: Pride of London ::.

(sebelum meneruskan penulisan saya berazam untuk tidak melakukan sebarang kesalahan ejaan.) <- ni untuk jenglot2 yang suke sangat komplen kita salah taip/typo. Naaaa. Kita tengah cube ninnn. Ninnnn. Ninnn post untuk membuktikan kita ambil kira setiap kritikan anda. Wekk, mau muntah darah. Wahahaha. Macam tak ikhlas je kan?????

Kita nak bagitau, yang team Celsea kita menangla awak. Menang apa? Ape Liga laga ayam? Nananana. Sesuke hati jerk. Dengki lettew. Tam kita menang FA Cup dengan Champions League.  Musti awak bengkak hati punyer sebab team awak takde cup tahun ni.<--ni untuk fan MUnyet yang LALANG. Tecianla kat kamu. Tu la, esok2 jangan suke bangga sangat. Dok gebang sakan. Bukan awak yang main atas padang tu k. Tengok je sudah. Toksah dok komen lelebey. Lempang kang. Eeeiii..geramnyer.

Selamat Aidilfitri kpd saudara serta saudari.
 Antara kegilaan budak2 ninnn dorang bakar cemerun weh..dengan flare..xsure ejaan dia flair ke falre ke tapi macam bunga api. Dalam cite Titanic tu ada anak kapal wave guna benda tuh masa bawa selamatkan Rose. Si heroin yang skang dah tak cantik tuh. Naaaa. Dosa kering ngutuk orang sesedap rasa. 

Ninn, (pegang dada) berderau ninn bila budak2 nin bersorak sakanla bila dah menang. Mak aihhh. Depa lupa Tuhan sat time tuh. Kita nin punya la dok pasang telinga sebab dah subuh dah time nun dek nonnnn. Hakak riso betoi lerr. Budak2 ni asal gasak je bakar cemerun. Nasib polis tak mai. Kang tak pasal2.

On that day, kita tolong2 budak2 Malaysia Blue Army setting tempat sume. Pukul 6.27pm kita sampai sana awak. hebat tak? Match pukul 2 pagi tapi petang boleh lak berrtapa kat situ. Mak mana tak sakit hati? Suh tolong goreng sekodok sekejap kemain ngeluh lenguh kaki. Wahahaha. Mintak maaf mak. Kire ok le tu kita habiskan jugak pisang mak dari busuk tak makan. Lari tajuk sekejap. Jap je akn. Bukan satu page ninnn cite pasal pisang. Vavavava.

Kegilaan apekah ini???
Tengokla si Bosingwa kat sebelah nin. Dia ninnnn nyaris2 nak menampan bola masuk gawang sendiri. Ape ke punya cuak muke dia pastu. Tau takot. Haaa..tau..tau..tau..wakaka. Macam ler Bosingwa akan baca post nih. Takkan adenyer. Bosingwa celup bolehlaa...

By the way, Bayern Munich adalah satu kelab gergasi dari German. Hebatkan? Kalau awak2 semua tengok camne lajunyer dorang ni bawak bola, korang mesti kagum. Dahla hensem (ni untuk awek2 yang suke tengok bola sebab muke2 kacak) ditambah pulak dengan penampilan atas padang yang gah. Naaaa. Ternganga. Kalau kalah pom malam pagi tuh, puas hati sebab memang pemainan yang terbaik. Good passing from Bayern itu paling dikagumi. Macam ada magnet jerk la kat kasut dorang tuh. Tak puas hati pulak rasa. Taktikal serangan from Bayern pom best. Bayern punya captain, Lahm, naaaa mamat nin bawak bola laju gile, good passer as well. Kagum!!!

Super Lampard + Great Terry
Naa, tade Terry as captain in that match wasnt a problem. Kita ada Cahill & David Luiz yang aku nak label dia sebagai gile. Panjat tiang gol bukan sesuatu yang menairik k. Rasa terseksala tengok awak dok kat situ. Ishhh, malula nak cakap. Wakaka. Terry takde masa final UCL sebab dia dapat kad merah masa lawan Barcelona. Ivanovich pom tade sebab dah kumpul 2 kad kuning dalam liga. Nasibla si gile tu baik dari injury. Gila2 dia pom, tuah kot. Rambut dia. Naaaa, musti rambut je jadi isu. Spesel seh orang rambut gini. Takyah pk nak beli sikat jarang2 ke ape. Tak payah sikat.

Heroes of the match
Umm. Rasa nak nangesla bile tengok muke Petr Cech masa last tendangan penalti yang dia selamatkan. Kita tutup telinga masa tu tapi mata tengok. Wakaka. Takde kaitan langsung. Dalam hati kita harap dia boleh tepis bola tuh. Finally. He did it. Best performance ever in his victory I think. Untungla kan awek dia. Harap2 dia takde awek lagi sampai kita sempat cakap alebiu kat dia. Wakakaka. Berangan lagi. FYI, dat day was his birthday. Watta wonderful besday present haa? Untungla. Dengki sehhh. Sila post kat umah saya hadiah nanti.

Pride of London
Bukan senang nak tukar nombor 0 kepada 1. Bukan senang. Dan kita nak ingatkan awak2 yang tak suke team kita menang tuh, setiap perkiraan bermula dari SATU bukan TIGA. Paham? Sebab fan fanatik yang lebey2 dari playerla team korang jadi camni. Fergayson tuh bongkak sangat. Tuhan baru tarik nikmat seronok tuh sikit. Cubalah cakap mengalahkan Tuhan. Mau putus nyawa kot nanti. Jangan. Bola...bola jugak tapi janganla sampai korang memaki orang sesuke hati. Kalau kita nak buat, kita dah lama buat tapi, dosa dengan Tuhan boleh mintak ampun/taubat. Kalau dengan manusia, kalau tak mintak ampun, azab sehhhh. So, kalau kita perli, its general. Itu hanya sipi2 sebab pengajaran itu penting. Niat nak mengajar. Dan nak mengajar ye NR? Sebelum ni memang suke bagi dorang panas je kan??? Haruslah. <--monolog

Ok, dah habis. Tak tau nak taip ape dah. Harap semua orang takde nak pertikaikan apa2. Kepada awak2 yang tak boleh komen or komennya kita tak publish untuk post sebelum ni, mintak maaf. Korang punya bahasa tu akan menunjukkan akhlak korang. So, better kita tak post. Kita delete. Now, nak komen...silakan. jangan terasa kalau tibe2 komen kalian takde. kita terpaksa delete awak. Sorry.

p/s : harap takde typo2 lagi. Wakaka. Malas nak check la awak. Mana dan jerk. Tapi rasenyer takde. Bye.

~ trimas semua~





Friday, May 18, 2012

.:: Bongok! ::.

Malas nak bagi salam sebab post kali nin sebab aku sakit ati. Takde nak cover2. G mati. Post ni aku khususkan untuk suami orang yang dok kt KEDAH. Biar aku mention nama dia akat sini sebab dia cabar aku sangat semalam. Nama mangkuk ayun tak reti bahasa nin Muhd Hafifi Bin Muhd Hafizi. Siapa2 yang pernah baca post2 aku sebelum ni tahulah siapa mamat bajet bagus ni. Yang tak tahu, dia ni ex halimunan aku. Yerrrr, bodohnyer kan aku? Percaya kat mamat merangkap suami orang ni. Korang kena tahu something. Aku kenal mamat ni bile dia tersalah hantar mesej kat aku lebih kurang setahun setengah yang lepas. Then, orang muda ni yang lahir pada tahun 1990, tak reti bahasa. Honestly, aku ingat dia baik sangat sebab setiap ari dok mengusik aku. Sabar even kena marah dengan aku. Of course la aku marah. Time aku kije pun nak mesej. Bongok!

Then, aku berani mengaku, aku suka gile mamat ni. Pendek kata, menaruh harapan. Bukan sebab dia muda tapi sebab dia ada something yang aku rasa oranag lain takde. He was my 2nd love after AMS. ini kesilapan aku. Aku tak baik sangat. Bila dah terlalu suka, macam2 jadi. Korang jangan fikir bukan2. Aku tak pernah jumpa dia even tengok pic dia pun. Bodoh kn? Aku tak pernah jumpe. Tak pernah tengok rupa. Asal aku tanya, ada je yang dia nak elak. Shitte! Masa aku kenal dia, ikhlas aku terima dia. Sebab? Aku serik dah bercinta dengan lelaki yang asyik nak jumpa je. Aku rimas kadang2. Pompuan lain mungkin suke tapi bukan aku. Bodohnya aku bila terlalu percaya. Dia ni konon2 daif. Orang kampung Machang, mukim gelong kat Jitra pandang serong kat dia konon2. Dia nin kata, dia duduk dengaan nenek dia. <--pandainyer menipu.

Bila dah kenal lama, dia jual tipon dia sekali dengan nombor2 kat kawan dia nama Zam. Ntah betol ntah tidak ade mamat nama Zam nin. # bulan dia buat dekkkk. Janji memacam. Memang, aku ade gaduh. Tipula tak gadoh kan??? Mase tuh dia cakap dia study kat POLIMAS. Dia cakap ade sorang minah nin muka sama macam aku. Dari cara dia cakap aku dapat tau, dia suka budak tuh. Fine! Sapelah aku kan?? Dalam bergaduh tuh, dorang boleh kuar makan sama2. <--aku ke yg jahat atau dia? Alasan dia, dia terlalu marah. Hohoho, kalau marah kita boleh ajak budak pompuan kuar makan2 nek moto samela kn? Dia kata tak nek moto same. <--tipu lagi....xpe..xde bukti lg time ninn.

Then, aku ajak jumpe sebab dia kata dia kata dia dok Menjalara. Fine. Aku merajinkan diri tengok2 skolah dia kat situ. <--kalau betol dia sekolah kat situ. Korang tau tak? Kitorg plan nak kawen tp timbul isu MAMA dia tak suka sebab aku berumur. Tettt. Aku bagiau korang..aku 4tahun lebih tua dari dia. Hebat tak? Yer, aku hebat sampai kawan2 yang tahu aku kawan dengan dia semua cakap aku dapat pucuk muda. Memang voddo. Macam biasa aku blurr, aku memang lembab & bendul dalam banyak benda. Asal aku sedih, aku drive kete g sekolah dia. Daah macam drama. Aku tak pernah suh dia lawan mak dia kalau mak dia tak suke aku. Itu dia sendiri tahu. Aku redha jela. Ni knon2 drama hebat. Dia suh aku sabar. Fine. Time tuh dah lbh kurang 3 bulan la dia tak kontek2 aku.

Ntah camne, kawan dia si Zam ni kontek aku gune nombor dia. Naaaa..tahi! Bodohnya aku suruh si Zam tuh g cari dia kat umah. Aku bukan jenis cepat lupe orang aku sayang. Bukan aku jerk. Korang pun same. Salah aku keee??? Dia salahkan aku dalam hal ni. Bongok! Korang tau tak katne bodohnya aku? Aku nanges kat phone bile aku dengar suara dia. Aku cakap aku rindu kat dia. Huarghhh...macam Hindustan. Aku tak tau ape dia rasa time tuh. Mungkin bangga bile sorang perempuan bodoh bendul syok kat dia merayu2 jangan tinggalkan dia. Isk9. Sedihnya aku. Yang ni salah aku sebab tak fkir panjang. Sebab terlalu rindu aku lupe sesuatu yang lagi penting.

After pujuk ayu aku, kitorang janji takkan putus. Wah, kapel balik dolz. Tapi tak lama pastu..tahan 4 bulan je. Mase raye tahun lepas. Dia call aku, dia kata dia call aku tapi lelaki jawab. Dia call pagi dalam pukul 7. Seingat aku..aku kat kampung. Takde langsung call dia masuk. Di cakap lelaki yang jawab call tu kata aku tengah tido lagi. Aku rasa murahnya diri aku bile aku bace sms yang dia hantar. Aku tau ape dia fikir. Aku tidor dengan lelaki. Kalau aku jahat pun, aku takde nak gadaikan maruah aku sebab kalau aku buat dosa, mak bapak aku pun tanggung sama. memang aku pernah free hair. Tapi tu dulu. Sekali je sebab aku bengang dengan 1st ex aku yang cakap aku kolot. Menyesal tak sudah. Bila aku dapat agak ape dia nak cakap, aku sedihla kan...bile mase lak aku tido dengan lelaki pagi raya. Gile? Dia tak tau yang 1st day raya tuh aku raya umah ayah ngah je. Pastu sampai esok aku terbaring sebab aku sakit. Aku bukan jenis suke jaja yang aku ni sakit. SAKIT KRONIK. For those yang tak tahu, aku ade kanser paru2. jangan risau, kanser ni takde nak berjangkit kat korang macam HIV/AIDS. Aku doa, takkan ade orang malang macam aku. Umur 23 tahun dah sakit kronik. Special kan aku?

Sebabkan peristiwa raya tuh, dia tinggalkan aku. Salah aku ke bile dia call & lelaki jawab? Aku siap suruh syarikat telco check voicemail aku semua. Takde satu pun call dia masuk pagi raya tuh even a miss call. Salah aku ke? Then after 2 bulan lebih baru dia cari aku balik. Aku dah tak boleh terima. Camne aku nak terima? Nak jumpa, dia tak nak. Bukan aku nak ajak dia buat maksiat. Just nak jumpa & aku akan bawak kawan. Maxis kan ade frienfinder. Memula dia tak nak approve, bile aku cabar then baru dia approve. Ade kat sungai buloh beb. Then ade kat Jusco. Kata dia, dia balik KL sebab bapak dia sakit. Caring plk dia dengan fmly sedangkan sebelum2 ni dia ckp dia terpinggir dengan fmly sendiri. <--cmne?? salah aku ke?? sape yg menipu? lg 1 korang kne tahu. Aku mintak alamat dia kat kedah tuh. Dia boleh tak tau. Gile!!! Camne ko apply masuk poli kalau takde restrict address? Banyak keraguan. Kalau korang kat tempat aku? 

Disebabkan aku tak tahan rasa frust, aku admit. Air kat paru2. Tanggung sendirila kan? puku 2 3 pagi g mandi sungai kat Kemensah, Ulu Klang. Time tuh, dia cari aku. Aku mengaku aku cakap aku dah kawen. Preggy lagi. Time tuh bulan 1 awal thun ni. Muahaha. Dont get me wrong. Aku just nak lepaskan diri dari manusia tak reti baha ninnnn. Aku dah tak boleh nak terima lakonan dia yang mengalahkan Aaron Aziz ni. Then 5/3 di kawn. Yang paling tak tahan sebelum dia akad nikah 5/3 tuh dia ade msg aku. Dia jemput aku dengan "hubby" aku datang tapi kad tak bagi. Tahi! Masa dia sms hubby aku..dia ckp kad tak buat lagi. Apekah??? Time tuh lagi 2mggu kot sebelum 5/3. Kalau korang? Klu aku...mmg dah menggelabah nak jemput org. Alasan dia tak tau nak buat majlis kat mane? Either kat opis papa dia yang kat Lembaga Getah Malaysia cawangan mana pun aku tak tau or even kat kampung. Korang cuba bayangkan k..dalam massa 2 bulan dia tinggalkan aku, dia boleh plan nak kawen dengan Sarah. Suspicious kan?? Mustahil dia boleh buat preparation within 2 months.

Then dia kawen, & pagi after seminggu berkahwin..dia sms aku. Aku bukan jenis suke meniu orang lama2 sebab mak aku pesan menipu ni tak baik. Aku mengaku kat dia yang aku tak kawen lagi. Yang aku ingat dia sonok bercerita seronok kawen ni. Tido ade orang peluk, ade orang mandikan, ade orang masakkan & isteri dia masakkan dia nasi hujan panas arituh. Umm. Bile aku cakap aku tak kawen dia reply sms aku "Awak ni napeeee????" Aku tya balik kenape??? Then dia cakap sarah mintak maaf. Naaa..ape kaitan sarah?? Sebabnya sarah dah kawen dengan dia. Lantak korangla nak kawen. Bukan aku yang nikahkan korang. Dah jodoh korang kan??? Lepas dorang kawen, aku takde nak start sms suami orang. TAKDE! Tapi suami orang ni yang terkejar2 aku. Aku tak bangga tapi aku kesian kat bini dia tuh. Suami orang ni cakap dia tak sentuh bini dia sebab esek ingat aku. Dia tak boleh buat sebab terbayang aku. Macam $#%@$. Suami mana yang boleh tahan tengok isteri cantik??? ISTERI tau...bukan awek. HALAL! Kalau korang?????? Dia tak habis2 salahkan aku. Sebab aku dia TERRRRRkawen dengan sarah. Salah aku ke dorg kawen??? Bagi dia, sume ni salah aku. Kata dia, klu aku tak tipu dia ckp dia dh kawen, dia takkan kawen dgn sarah. kalau korangggg??? Label la sendiri lelaki camni.

Selama sebulan dia kawen..selama tuh la dia dok ganggu hidup aku. Setiap hari. Tak dapat lupa, mintak maaf, sakit, tak rasa bahagia....bla bla bla. Salah aku ke ko tak bahagia??? Beria2 cakap nak bincang dengan sarah untuk dapat permission kawen lagi sorang. Aku saje nak uji, aku cakap...kalau dia tak cintakan sarah & tak pernah sentuh sarah...lepaskan sarah. Dia cakap TAKNAK sebab sarah jaga dia kat sepital masa aku takde. Macam haremmmm sebab cmne aku nak jaga? Kalau nak jume pun ko mengelak. Vavi. Mintak maaf sebab aku tak dapat kawal marah aku. Paling aku tak boleh blah bile dia cakap Sarah Nur dia masa aku takde. Watta F***??? Dari ayat tuh dia baru je replace aku dengan Sarah dia. How come dia cakap dia takde perasaan kat Sarah?? Pity her. Salah aku ke salah dia yang mereka2 cerite?? Dia kata dia pujuk Sarah, tapi Sarah tak bagi kitorg kawen. Then dia mengalah. Lantak ko la kan. Bukan masalah aku. Aku takde hal nak tinggalkan ko. Ko suami orang. Tapi yang aku tak paham, dia esek cari aku jerk.

Ni latest, malam tadi suami orang tak reti bahasa ninnnn sms aku lagi. Konon suruh aku jangan berdendam. G mampos aku kate. Post ni aku buat sebab dia cabar aku. Dia cakap jangan HIPOKRIT dengan orang lain. Dia tak sangka bahasa aku gune ninnn. Hello, kalau org lain bace sms2 ko pon dorg naik angin tau???? Aku memang maki dia..tapi aku tak pernah mencarut kat dia. Sumpah. Aku pernah panggil dia binatang. Aku cakap dia loser sebab tak boleh buat keputusan. Aku hina dia sangat2 sebab dia cabar aku sebagai sorang perempuan. Fine. Aku tak malu nak bagitau semua orang yang baca blog aku ni. Bila seorang perempuan muda, tak sihat macam aku berkahwin....kemungkinan besar aku susah nak dapat zuriat. Sedihkan??? Itu kekurangan aku. Aku memang tak mampu nak buat ape2. Tapi...dia gunekan kekurangan aku untuk sakitkan hati aku. "Lantakla jntan tu mampu ke x... aku ade Sarah. Aku akn dapat ank ramai. Ko ade??" Dalam tipon aku ni..date dia 18 April 2012..jam 2329.. Aku simpan sms tu lagi. & aku forward pada Hafiz. Hafiz tu orang yang sokong aku selain mak abah. Aku terdiam baca sms suami orang ninn. Aku teringat sangat2 bile aku cakap dengan dotor aku nak kawen. Doktor cakap, Yes u can. But, if u get preggy, we cant proceed your treatment. & After u have deliver the baby, we advice u not to breastfeed your baby & most probably your husband will face smthg that risk your life upon delivering. Aku tak ingat sebijik2 ayt doktor tuh tapi lbh kurg. English aku pn tak bagus sangat. Sebab 1 ayat dia tuh..aku TERDIAM.

Untuk manusia keji tuh, ko boleh jatuhkan aku dengan ape cara sekalipun ko nak. Ko kata aku hipokrit tunjuk baik depan orang. Aku tau aku comey & ape yang aku maki2/marah2 ko dalam sms tu macam tak sepadan dengan muke aku yang comey ni kan? Ko suh aku update blog supaya orang tau perangai sebenar aku kn? Aku dah update. Aku harap ko tak ganggu aku lagi pasni. Aku tak pernah nak mandrem2 ko supaya ingat aku, aku ade iman lagi even tak banyak macam ko dengan Sarah ko yang sempurna sangat tuh. Aku memang takkan berbaik dengan ko. G mati! Sebab ko tu tak jujur, mungkir janji & sangat2 pandai berlakon. Dramatis baiii. Aku dah tak peduli pasni orang nk kata aku ape. Memang ni perangai aku. Aku bukan jenis yang kuat nak melantun. Aku boleh marah & jadi bukan seperti aku. Aku ada sabar & tahap sabar aku tak tinggi macam mereka2 yang bersifat maksum. Aku tak usik kehidupan ko, ko pun jangan usik or sebok2 dalam urusan peribadi aku. 

Aku harap ko puas hati. Ko nak sangat aku buat pengakuan yang aku ni jahat kat blog kn? Aku dah buat. TOLONG JANGAN GANGGU HIDUP AKU. Kalau ko tak bahagia dengan bini ko tuh, itu bukan masalah aku. Pandai2 la ko setel sendiri. Umahtangga ko takkan aku lak kena uruskan?? 

Memang aku sakit, at least...jangan buat aku sakit dengan cerita2 yang ko reka. Klau ko baik sangat & jujur...isnin lepas ko dah tonjolkan diri depan aku. Tapi ape alasan ko??? Penatla..baru sampai pukol 11.30pm td. Esok nak g kelantan. Hello baiii..ko ni buruh high class yerrrr??? Merata ko g. BULLSHIT! Nak seribu daya, taknak seribu dalih. 3 orang dah pernah kontek ko ajak jumpa kan? Ngah Fizi, Ngah Joe & Hafiz. Semuanya ko bagi alasan. Kalau ko betol sangat, tunjukkan diri. Bukan menyorok kat belakang binila weiiii..

p/s:- post ni aku buat sebab si mangkuk ayun ni yang suruh. Dia cakap aku hipokrit sebab kat blog aku baik2 je tp sms dengan dia bahase aku teruk. Fine! Aku dah update. Sekarang ape lagi ko nak??? Kemaaafan dari aku? G mati! As i sms to u last nite....g mampos! Ini blog aku & ikut suka aku nak buat ape. Kalau ko ingat aku desperate sangat nak ko....silap! Bukan aku yang kejar ko, tapi ko yang kejar aku. Ko kata aku hipokrit kan?? yang ko tercari2 lagi apehal??? Bongok!!

~ tak semua pmpn gilekan suami org k!~










Wednesday, May 16, 2012

.:: I'm OK ::.

14th May 2012

Assalamualaikum. As per you can see, its me. I'm OK. At that time I was OK. But a day after that, I suddenly not well. Got flu, cough, sore throat aka not well enough to say I'm OK. I have something to share with you guys. I attended an interview on that day. Dont be surprised. I;m normal like others just only my lung not OK. But miracle can happen. Kun fayakun. 

Ehhh, kenapa kita taip dalam english ni. pa pulak kita ni anak melayu. Terpengaruh dengaan cerite cerite kat tv ler ni. Sila marah tv k. Bukan kita. Wakakaka. Kita ta tak mengharap dapat kije tuh. Jawatan ape? Ummm, jawatan dia as Shipping coodinator. Umm, dont ask me how does the job would be as I will start working on June. Nanana, not now.

Haaa, nape awak tengok pic kita alama2? Kia tau lkita tak cantik macam Jennifer Lopez, Diana Danielle, Nora Danish or even Neelofa tapi kita yakin ALLAH dah ciptakan yang terbaik untuk kita. Kenapa tiba-tiba rasa macam nak makan kotiau kerang erk?? Apekah??? K la. Nak out. pening ngaddap skrin netty lelama.

~Rindu semua~


Sunday, May 13, 2012

.:: Kasih ke Syurga ::.

Assalamualaikum.

Ingat lagi tak kita ada cakap yang kita berlakon & buat skrip untuk Pertandingan Video Ummah 2012 (PVU)? Tarra, video tuh dah siap. Alhamdulillah kurang dari 2 hari. Close date bulan depan 16hb. Duration 4min & 55 seconds. Kami berjaya habiskan kerja pertama bersama Ikhwanteam Production. Ini short drama we all. Kita tak pernah buat skrip tapi inilah paling 1st. Seronok. Pasni kita nak buat lagi. Sangat bersemangat.

inilah dia video tuh. Hikhik, muka kita bengkak & pucat sangat muka kita tau tak. Tak caye tengoklah. Kat bawah ni. Pastu komen k kat youtube yer? Terima kasih.


Dan ini email dari admin PVU,

Salam,

Team Ikhwan yg dirahmati allah,

Salam perkenalan, saya Mujahid Pahmi. Thank you for your video submission. Really nice, u guys look like real professionals.(should have mentioned no pros are allowed hehe kidding)

May Allah reward your effor. Thanks again

Team PVU

Kita rasa excited. Bersyukur sangat2. Even kitorg buka  professional tapi usaha kami rasa sangat2 berbaloi. Kitorg terpaksa turun tanjung karang tengah2 malam buta. Shooting balik dari masjid tuh pukul 3 padi tau tak? Sampai pkol 4 lwbih. Pagi tuh semua melelong. Tapi sempat subuh & bekpes. woot woot. Silalah tengok bayak2 kali yer. Wakaka.

By the way, janji kita untuk share video jugak dah ditunaikan. Ada apa2 janji lagi tak antara kita semua belum tertunai? Hehe. Tolong ingatkan kita ye nanti.

~Sekian~

 

Saturday, May 12, 2012

.:: Err... kisah semalam dan kelmarin ::.

Assalamualaikum.

Urm, mari update lagi blog yang tak ramai kaki kipas ni. Wakaka. Biarla kan takde kaki kipas. Kita bukan artis macam Nora Danish. Tak layak pun jadi artis. Apela sangat rupa macam begini. Tapi, kita jadi artis kat bumi ALLAH ni. Bukan ke kita ni pelakon atas pentas Dia? Setuju? Haaa, nak tak nak dah jadi pun kita semua. 

Khamis lepas kita last day kerja dengan kompeni yang dah 2 tahun genap kita kerja. Kontrak tamat. Jangan tanya kenapa tidak disambung. Yang penting saya antara pekerja terbaik mereka. Hehe. Itu kata mereka Tapi nak buat macam mana. Kesihatan perlu diutamakan dalam keadaan sekarang sebab saya nak gnna badan saya ni lagi. Alhamdulillah. Rezeki ALLAH dimana-mana. Sini tamat kontrak, kompeni lain dah call tanya-tanya bila kontrak kita habis kat kompeni lama ni. Wah, bertambah keyakinan ni. Baikkan ALLAH. Tu la, bila kita redha, ALLAH bagi yang lebih baik.

Tapi yang best, dapat hadiah la weii, dapat anak patung. Advanced besday present from Praveena. Ini hadia ketiga kita dapat toy. Mase matrik, kawan kita hantar patung Barney, then awal tahun ni Abang Apis bagi teddy bear besar, pastu Praveena, pun bagi bear. Even bear Veena kecik, but she was the only one in the office yang menangis teresak esak bila kita nak balik. Dia sangat baik, alway bring me vitagen kaler ungu. Gila kanak kanak kan kitorg?? Vitagen ni baik untuk sistem penghdaman yer. Bukan susu kultur biasa biasa. Same jugak macam sustagen. <--mak kita selalu beli untuk kita dengan adik kita yang kecik tuh. Haa, lagi satu Yakult. Kita bukan duta susu kultur yer. Harap maklum. Kita nak share jerk. Testimoni kunun kunun.


Left : Air garam, Right: Docetaxel (drug)
Erm, mintak maaf. Kita cakap malam tadi nak update, tapi semalam kita kimo, balik dah petang pastu tido jerk kije. Lepas Isyak, ada recording/dubbling kat umah tuan pengarah. Sampai pukul 1 pagi. Gila la. Padahal nak record tuh ada 3 paragraph yang pendek je. Nak yang terbaik kenala amek mase panjang. Bagi sokongan kat kitorg nanti yer. Tajuk cerita tuh Kasih ke Syurga. Kita sebagai Nur. Skrip tuh kita yang tulis. Suara latar pun kita. Masa kita shoot benda ni, Kita baru lepas kimo. Bengkak habis muka. Kusam. Tak cantik. Nak kata, katalah. Tapi ini hakikat orang yang sakit bila kena lalui kimoterapi. (drip kat tangan) Benda tu kita tak publish lagi sebab ada satu scene tangan pelakon utama berdarah kitorg takde amek. So, tunggu lagi beberapa hai sebab kitorg baru nak buat fake blood. Baru belaja buat kat youtube. Huhu. Marvellous!

Dexa + Maxalon + Famotidine = 18 biji x 3kali mkn x 1 hari
Erm, petang ni ade besday party anak buah kawan kita. Nama dia Aiman. Budak ni anak kepada mualaf. Chinese married Malay. Maknanya ayah dia la. Mestilah lelaki kahwini perempuan dengan akad kan? sentence treat. Aiman ni ade facebok weh. Baru tadika ke darjah standard ! Ntah. Tak sure. Facebook dia di sini. Meme macam muka cina la deni. Nek kete kita kan, macam nek bas je dia buat. Macam nek bas nak pergi sekolah. Sabr jela. Ape ape pun, budak ni pernah belaja chat dekat FB dengan kita. Kita yang ajar. Mengamuk auntie dia. Wakaka.

Tapi kne g office dulu jap lagi sebab kawan mintak tolong teman g beli hadiah budak cina neh. Kang g tangan kosong tak sedapla. Budak budak kan... Budak. Maknenyer, kita pun budak2 la sebab dapat hadiah. Wakaka. No wonder asal g sepital jerk, mesti staf PPUM panggil kita adik. Paling tak tahan siap tanya, tak g sekolah arini kan? Nak MC? Wakaka. Dress lagi baju macam budak sekolah. Kannnn...

K la, sekarang dah pukul 1058 kat netty kita neh. Kita nak tolong mak kita masak masak. Kita nak goreng pisang. Wakaka. Pisang gorang untuk lunch? Actually untuk kita. Perot kita tak boleh nak terima makanan keras after kimo. Can cause kepayahan untuk passing motion. Hehehe. Kita tak sihat macam awak awak semua. Dengki sangat. Tapi, mak cakap, orang sakit ni seikit sikit dosa dia terampun. InsyaALLAh. Kita harap sangat. Terima kasih ALLAH.

~Thanks for read~


Monday, May 7, 2012

.:: Takde tajuk ::.

Assalamualaikum. Entry hari ni takde pasal loghat mana2. Bahasa kita2 je. As long as korang boleh paham, it should be OKAY. 

Hari ni, pukul 8 pagi kuar umah pergi PPUM. Ade TCA untuk CT Scan last week. As usual doktor akan impress sebab Dexotacel (tak sure ejaan dia tp cmnila sebutan dia) ni kuat. Tapi kita cakap kat doktor yang effect dia kurang dari ALIMTA (my previous drug). Doktor tu macam terkejutlah. Muke dia macam suspicious. Betol ke budak ni? ALIMTA sebenarnya kurang kuat dari drug yang baru kita amek ni. Wah, dengan rasa tak puas hati, doktor tengok lagi mutation test kita tau. NEGATIVE. Then dia angguk2. Dalam hati kita, kita bukan alien. Ramai jek kt dalam list tuh ade tulisan negative. & paling best ade jerk POSITIVE. Haaa...dorgla alien sebenarnyer doktor. 

Sepanjang discussion tuh, kita senyum jerk. Takkan nak meraung guling2 dalam bilik tuh pulak kan? Gileeeee. Mau doktor suntik kita & hantor pergi pkiatrik punya wad. Takmo la kita. Kita tak gile. Kita senyum sebab kita tengok result kita under control. Takde spread kat mana2. Bones ok, liver ok, kidneys ok. Organ2 lain semuanya ok. Syukur alhamdulillah. 

Dalam kita tengah meratap kegembiraan ni, ade jerk dugaan terselit. Terima kasih. Ni namanya ALLAH nak kuatkan iman kita balik sebab dia bagi kegembiraan tapi dia tak nak kita lupa diri. But I still need to go through another 2 cycle of chemotherapy. I dont mind. Kita ada ALLAH. Biar pun orang lain tengok kita senang & pada massa tuh nak mengungkit segala duit bagai, kita tak kisah. Kita dah bayar tuntutan dia tu. ALLAH tahu mengatur. Malas nak cakap pasal duit. Kalau yang baca entry ni & kita ada hutang dengan awak, awak pm la kita. Kita bayar kalau kita mampu. Kalau kita dah tak ada, boleh mintak dengan mak abah kita nanti. Kita dah pernah cakap dengan mak abah. Dorang pun akan tolong setelkan untuk kita. Tapi kita mintak, selagi kita hidup, selesaikan dengan kita. Bukan dengan call mak kita, sampai mak kita syak something. Kita tak suka nak tipu mak kita. Kita dah banyak buat jahat dulu kat mak kita. Kita ak nak tambah dosa lagi. Tolong kesian kat kita. Bagi kerjasama. Jangan fikir duit korang je ye. Untuk pengetahuan korang pasal hutang nih la bahaya. Kita dah check tadi dengan telco, actly bil yang tertunggak tuh under master # 2 bulan after dia terminated the line tapi bil still jalan. Bil tuh pulak masuk kat subline yang jadi masterline sebab # tuh kita yang gune. Kita asalnya subline, bile master line terminated, kita jadi master la kan? Paham? Tak pasal2 bil tuh masuk kat # kita. Paling terkilan, tuan punya master tuh bukan nak check dulu. Kita malas nak cakap pasal duit tapi bila kita dah bayar sebab tensi, bila kita balik umah & call cakap dengan manager dia sebab kita takde access nak check # master tuh sebab registerr under nama dia baru kita tau. Kita halalkan sume duit kita. Kita bayar lebih pun kat dia even hutang kat telco tuh RM91 je. Dia pernah ungkit pasal duit minyak, tol, parking semua masa tengok kita kat hospital. Hati sape tak sakit? Kita tak mintak kita sakit, kita tak mintak langsung dia lawat kita. Mujurlah takde jodoh dengan dia. Kalau tak, tak aman bahagia. (sekarang korang tau kenapa kan?) Kita tak nak update kat FB. Kang ada je terasa. Banyak hati nak kena jaga. Tapi orang takde nak jaga hati kita. Janji duit & boleh setel hutang sendiri, asal lepas...sudah. Hidup atas kesengsaraan orang lain itu takpe bagi dia. Tapi bukan kita. 

Habis bab tuh. Jaadual kita bulan 5 ni hampir penuh dengan majlis ilmu. Kita bukan budak baik. Sebab tu kita kena g majlis2 camni. Kalau orang yang kenal kita dulu, memang tau perangai kita. Tak boleh terima perubahan kita, takpe. Pandangan anda bukan penting pada kita tapi pandangan ALLAH tu lagi penting. Silap besarlah kalau anda ingat kita akan amik kira pandangan serong anda tuh. Saya pakai tudung labuh bukan untuk mengorat akhawat kat masjid, saya pakai stokin bukan sebab saya nak pikat pemuda masjid, saya pakai sarung tangan bukan nak jadi ustazah. Tapi saya pakai semua tuh sebab nak didik diri jadi muslimah yang baik bukan sempurna. 

Kita mengaku, kita still pakai tudung macam pic sebelah ni. Ni pic Jumaat lepas, 4 Mei 2012. Pic atas pun sama. Kalau siapa2 yang tak puas hati dengan kita, boleh pm kita directly. Yang dah ada no.tipon boleh SMS terus. Tegurla cara baik. Even nak mintak hutang pun. Seingat kita, kita dah setel semua. Kecuali,  hutang kereta dengan bank. Hutang dengan ALLAH memang bayak. Puasa ada lagi yang belum habis ganti yang tahun2 lepas punya. InsyaALLAh akan dilunaskan secepat mugkin sebelum malaikat ambil nyawa kita. Kita tak rasa sedih pasal sakit kita ni. Laangsung tak, tapi kita sedih bila ada sesetngah pihak yang gunakan kekurangan kita ni untuk sakitkan hati kita. Kita nak share. Kita pernah kenal dengan seseorang. Kenl melalui SMS je. Then contact2. Tak pernah jumpa sampai sekarang. Sampai dia dah jadi suami orang. Bukan suami kita tapi suami orang lain. Kita tahu isteri dia sihat, tak sakit macam kita. Most probably, lebih cantik dai kita. Sapela nak pandang perempuan yang sakit kan? Lebih2 lagi perempuan ni slalu dipersalahkan atas semua yang terjadi. Konon2 kitalah yang bawa malang pada hidup dia. Maak kita tak ajar kawan denga suami orang unless isteri dia tahu & kenal kita. Mak kita tak ajar ganggu umahtangga orang the n hancurkan umahtangga orang. Memang umur kita 26 tahun. Ramai kawan2 dah kawen & ada anak masing2. Kita tak terdesak sangat untuk berkahwin atas sebab kesihatan. Kita tak pernah salahkan takdir. Kita tak salahkan ALLAH. ALLAH nak uji & tingkatkan iman kita. 

Sambung balik pasal tadi. Evn kita tak sihat macam isteri awak tuh, tapi kita yakin isteri awak takkan kuat macam kita. Kaalau isteri awak sakit macam kita, awak rase dia mampu ke tanggung? Sebab tu ALLAH pilih kita. Yerrrrr..ALLAH pilih kita. Bukan isteri awak. Even awak hina kita takkan dapat baby ramai macam awak...kita tak terasa sangat. Sekurang2nya ALLAH bagi kita ujian hebat untuk tingkatkan iman kita. Awak ade? Takde. Memang kita tak dapat jadi macam isteri awak tapi mintak tolong jangan sakitkan ati kita. Kita tak pernah ganggu hidup awak pun. Awak yang terkejar2 kita. Kita mintak tolong awak tak ganggu kita dah. Jagalah tanggungjawab awak tuh. Lepas ni dah nak jadi ayah. Kesian kat anak tuh. Kita maafkan awak. <--ini untuk insan yang dok kat Kedah.)

Urm, pasal hadith yang kita nak hafal tuh..rasa payah sebab dah lama ta menghafal. Tapi kita akan tetap habiskan jugak sebelum tahun baru hijrah datang lagi. Tolong doakan.

27hb ni besday kita. Kita takut sangat sebab most benda2 rare terjadi time besday kita. Every year since last 3 years. Kalau kita mati tahun ni, tolong bagitau ak ayahkita yang kita sayang sangat kat dorang. Ni FB abah kita Roslan Ahim. Umm. Add or pm dia nanti k. Mak kita takde FB rasenyer. Ehh, ade tapi kita tak add sebab adik kita gune untuk main poker pastu arituh kita hacked then tukar password tapi dah lupe password dia. Hehehe. Maafkan saya..

No wonderla post ni takde tajuk sebab terlalu banyak cerite. Tak tau nak taruk tajuk ape. Tajuk datang dulu baru cerite. Memang payahla kan. Sape2 ade Skype, sila add kita echarz. Kalau YM, echa_roslan. Kalau bosan2 boleh main SMS. Wakaka. Sekali yang SMS secara berjemaah. Habis kredit & bil melambung. PAdan muka. Pandai offer sangat. K la. Dah maghrib. 






Thursday, May 3, 2012

.:: Menghafaz dan memahami ::.

(sila baca dalam loghat oghang utagha supaya post neh lagi menarik)<---hekkkk...boleh??
 
Assalamualaikum. Tettt. Post hari ni nak habaq kat hangpa suma, aku nak cuba hafal hadith yang 40. Tau tak pasai pa tiba2 aku nak hafal? Sebab aku selak2 balik buku kecil yang terselit kat tafsir aku. Dahsyat kan? Nampak sangat dah lama tak bertadabbur & tengok tafsir.

Nin dia tafsir & buku kecik cenonet ringan tak sampai 100 gram pun (gile la siap ade penimbang). Hangpa tau dak? Kompomla hangpa tak tau sebab aku belum ceghita. Buku kecik cenonet nin membukukan 42 hadith. Aik, sat tadi aku taip 40 kan? Tapi buku nin ade 42 hadith. Takpa2, sat...dia kata lagi, buku nin disusun bersandaqkan pada hadith yang bersumberkan dari sahabat Ali Bin Abi thalib (menantu kesayangan Nabi), Abdullah Bin Mas'ud, Mua'dz Bin Jabal, Abu Hurairah dan Abu Sa'id Al-Khudriy ra., bahawa Rasulullah saw telah bersabda:-

"Barangsiapa dari umatku hafal 40 hadith tentang agamanya, maka pada hari Kiamat nanti dia akan dibangkitkan dalam kelompok fuqaha dan para ulama." - riwayat Al-Baihaqi

Ada banyak lagi riwayat tapi yang membawa maksud sama dimana akan dibangkitkan dari kalangan orang yang syuhada,faqih dan alim. (kalau salah tolong perbetulkan, jangan segan2 na..). Ramai tak tau sangat faqih tuh apa ke benda kan? Meh sini nak habaq kat hangpa, faqih ni orang yang sedikit ilmu agamanya tapi diamalkan. Boleh kaitakan dengan hadith logam. Haish, mana pi erk post pasai hadith neh. Sebenaqnya aku ada satu lagi blog tapi dah lama tak update. Sebab blog tuh suma aku update pasai benda yang boleh buat aku rasa tenang. Banyak mengingatkan aku pasai kehidupan selepas dunia nin takdak dah aka Kiamat. Tett.... seram bulu roma tegak bila pikiaq pasai Kiamat. Eeeiii.. ALLAHU AKBAR. Itu janji dan PASTI jadi. Tak boleh nak pi mana dah. Ehh, melalut. Ok. Nin link untuk hadith logam.

Back to buku kecik nin. Aku tau ramai dari kita jarang nak jengah Muqaddimah. Alaa, page memula depan buku tuh, yang penulis bagi sepatah dua kata tapi selalunya lebih. (kantoi...hangpa tak baca had tu). Sebenaqnya, aku pun tak baca. Tapi tadi ALLAH gerakkan hati lantas tangan membelek2. Wah, ayat...mengancam kan? Ayat kena power beb. Ehh, silap. Kena cakap loghat utagha.

Untuk pengetahuan hangpa, buku kecik cenonet nin, harga (ghega) dia RM3 masa aku dok beli dulu. RM3 tu lagi murah dari dari beli jajan kat kedai Ah Leong. Beli kat Fajar Ilmu kat Masjid India nun. Masjid India KL k. Jangan dok melalut haruk MAsjid India kat India nun. Bila masa ntah aku p sana. Mengarot ja hangpa nin.

So kepada kawan2, hangpa doakan aku berjaya menghapai hadith 40 nin. Sebelum tahun baru hijrah datang menjelma mengubah menjadi 1407. Eh betoi ka tahun ni 1406? Eh, eh...pi tengok kelendar sat. Pi la.. Umm. 

terima kaseh na sebab hangpa tolong baca post nin. Hidup Nur! <--tau la dah boleh mengundi tahun nin...tak sabaq weh nak mengundi. Hehe. Undi adalah rahsia, walaupun hangpa sokong parti yang tak sama, jangan dok berkelahi bertombok bagai. Hangpa tau dak? Sure hangpa tak tau, meh sini nak habaq, menjaga ukhuwah tu WAJIB. (sila click untuk tau ceghita penuh).

12/5 ari last aku bekerja. So, menghapai hadith2 nin adalah cara untuk mensibukkan diri. Haa, hadith ke-12 iaitu menyibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Meh baca sat.

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda,

"Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang  adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya." - hadith riwayat At-Tirmidzi dan selainya.

Sampai sini saja untuk kali nin. Next post kita cakap longhat len lak. Kalau bolahla... InsyaALLAH.

~wassalam~



.:: kelakar ke tak? ::.

Assalamualaikum. Haaa..takde menda sangatla kita nak update untuk awak2 semua. Cuma ada satu menda nih. Kita tak taulah nak sentap ke tak dengan pic ka bawah nih. Sebelum kita nak upload pic tuh kita nak bagitau, camne kejadian ini boleh berlaku.

Di suatu petang (2 Mei 2012) time neh hujan lebat seh..kita tengok2la email untuk cari kerj baru. Kita tak sangka ada kije part time online dengan menjawab survey dah boleh dapat income. Kita bukan nak sangat duit tuh tapi kita nak tau jer macam mane ia berfungsi. Dalam ketaksuban nak nak apply tuh, kena register seh. Register tuh bahasa melayunya daftar. (bajet korang tak tau. camnilah gaya nak panjangkan entry...wakaka). 

kita baru nak isi, tapi sebelum isi kita selalunya bace keseluruhan info yang dia nak. Tau tak ape kita jumpa???



Nampak tak? Kita sentap seh. Merajuk terus nak apply. Kita post mende neh kt fb. Tapi tak sangka benda neh jadi bahan lawak. Kita post dua tempat. Kat wall kita dengan page gambar lawak. Boleh?? Boleh ke orang neh tanya soklan gini? Tempat meninggal. Tempat meninggal seh...kita terkedu bace tau. Tak suspek dia nak tanya gitu. MEmula kita sentap tapi bile dah post dan bace & tengok pic nih balik...kita gelak tak hengat. Kelakarlah. Bagi korang kelakar tak? (jari krem...tak boleh nak menaip sangat).

Ok, nak titon sekarang. Maaflah, bila dah tergelak, tangan kita jadi lemah sekejap. Wakaka. Gelak lagi. Kremmmmmm...rehat sekejap.korang tau tak, dari mula kita menaip sampai kat ayat nih amek masa sejam lebih. Esek nak tergelak je. Apekah??? Wakakaka. Gelak lagi.

Okbai. Dah tak mampu sangat nak menaip. Kremmmmm.

~ sekian~