Saturday, February 26, 2011

.:: kenapa mesti kat ghumah?? ::.

Hai, hehehe, terlupe pulak nak tengok bile last update blog.Macam dah lame jerk tinggal. <-Yela tuh, sekeh kang. Menagda lebih. Euuww.

Ngeee..(^__^) Balik kije hari neh, terus menempek dok hgumah. Kenapa mesti dok ghumah? Kenapa bukan kat tepi jalan ka? Kafe ka? Tolong mamak kat kedai tebaq roti ka? Tolong Cik Minah juai nasi lemak ka? Haaa...sebab ghumah saya bessssstttt... Ghumah korang best ke? <--berlagak jerk tanya. Macam la ghumah dia besaq.

Memangla ghumah saya tak besaq. Tapi kalau depa depa (adik adik lelaki yang besaq gajah) suma tak dak, sebok pi ke hulu ke hilir ghumah saya rasa macam lueh (luas) tuh. Kemain lagi luehhh. Tapi bile adik adik yang 2 dua orang lagi neh ada, ghumah besaq pon jadi sempit kemain. Tau dak sapa depa 2 orang yang kecik tuh. Kecik tak kecik sangat la. Jap...jap..jap..


Hamizah Rashidi, 8 tahun.

Neh had tang last. Asik saya la neh. Nakai kemain lagi. twngok tuh ha. Tudung Acik Imah dok bawak main. Kecoh habeh pastu. Gigi dah la rongak (dulu la..skang dah ade gigi tapi berteraboq). Dah kaki perli saya. Apa orang dok buat dia pon nak buat. Orang beli sticker Chelsea tempek kat pintu dia pon sebok jugak lukis logo sendiri tapi last last kene ejek. Boo..logo hang burok. Tak cantek langsung. pastu macam besa. Sentap nanges dan teros tido. <--Besa sangat tuh. Aiippp.. Sayang sama kamu tapi mengada lebey memang kena.

Neh yang lagi sorang nak cerita. Dia neh kalau main sepak takraw, saya rasa dia kot paling kecik. Terbantot orang kata. Tapi ntah la. Suara dia selalau buat telinga saya bingit. rasa nak lesing p jauh. Biar latak situ tergolek. <--bapakla ganas. Andaian je k.

Sat na nak cari gambaq dia sat.

Fakhruddin, lahir tahun 1997 kot. (^__^)

Neh, kalau main kompang semangat gile melempang kompang tuh. Kalau kompang tuh hidup mau dia kene kompang balik dengan kompang yang dia lempang tuh. Budak lahir tahun 1997 neh selalu conquer mic kalau g karok. I dont really know whats going to happen if the mic is alive. Mau kene kompang kot. <--dari tadi esek hal kompang. Ape kaitan dia dengan ghumah haa?

Haa..dia neh kalau ada kat ghumah, suma apa yang Acik Imah masak licin. Habeh suma tuh. Apa pun tak dak dah. L.I.C.I.N... kalau pi mamak tuh, kompom mamak tuh syok ja tengok dia makan. Megi kalau tak 2 pinggan bukan Fakha ar. (Geli jerk Fakha...padahal Acik Imah panggil dia neh Kudin..hahaha..nama kampung..booo..) <--saje jerk cakap camni.

Bukan apa, kalau depa 2 orang neh dok ada kat rumah, riuh. Sora depa ja dok hingaq. Leteh la dok nagadap depa ja. balik kerja, ngadap buku depa. Ajaq itu ini. pastu ternaik sora sikit...sentap. Dok biaq la buku tuh berkulat atas meja. Tak boleh nak tegoq sikit. Sentap ja. Macam sipot sedut. <-- Kenapa mesti sipot sedot? Sebab sedot la..takkan hangpa makan sipot sedot dok tiup tiup kot..

Kenapa mesti kat ghumah? Sebab ghumah tuh tempat paling best. Ada sofa boleh golek golek. tunggang terbalik kot mana pun bukan orang len dok nampak. Jatuh p la aih....bukan sapa dok kesah pon. Sebab apa mesti kat ghumah? Sebab kat rumahla ada....ada....ada....ada.... 

Ada RUBIX..taraa!!!
 Haa...rubix neh salah satu aktiviti masa dok kat ghumah. Kat tempat len tak best la nak main. Kat MPH or warung mamak can. But, mamak always borrow then lebuh (lesap). Neh the first rubix yang saya dok beli. Sekarang neh, dah tak nampak batang hedong. (memang la tak nampak ingat dia manusia ka?) Err..maksud saya ketul ketul dia la. Mengikut penjelasan Acik Imah, rubix neh dah tak wujud lagi. (T_T) Nanges terus. Wuwuwuwuwu..

KEnapa mesti kat ghumah?? Sebab kat ghumah ada Acik Imah. Sapa Acik Imah hang neh. Dari hari tuh kot hang dok sebot Acik Imah. Sapa Acik Imah hang neh??? Ok. Meh sini nak habaq. Neh la Acik Imah...

Acik Imah aka MAK dgn...adik. =)

Erm, neh la mak saya, Pn. Rahimah Binti Yusof, 45 tahun. Kat ghumah ja boleh jumpa mak. Tapi dalam pic neh kat mamak. Tuh pun mak ajak pi minum after penat g beli barang dapoq kat pasar. <--memang habit mak, kalau keluar rumah kene ade pakej minum luaq. Mak kita boleh carik kat ghumah ja. Tak dak kat supermarket, tak dak kat atas puncak Bukit Broga, tak kat tempat len la. Kat ghuma ja kot. Kot la mak hangpa kerja. During worling hours you may find them at the office but most of mother in the world akan spend masa kat ghumah. nama pun ghumah. Dok ghumah la..len la ghumah tuh kuboq. Gila ka pa cakap ghumah tuh kuboq???

 24 Febuari lepas, bufday mak. Kami adik beradik pakat neh buat tak tau kat mak. Sebok la Acik Imah neh SMS tot tet tot tet kat tipon "Hangpa suma tak ingat ka arini besday mak?" Alaa Acik Imah neh, suka bagi ayat tragis. Nak jerk reply tapi tamo lah. Kang tak surprise. Biarkan ajerk. Pastu adik ( Dak Abang) lak tot tet tot tet SMS. "Hang dapat tak msg mak? Ko tak rasa sedey ke beb? Boleh tak aku reply ckp selamat ari rye ke ape?" Aku tak reply jugak. Tak reply tanda tak setuju. Maka, plan diteruskan. Balik kije pick up sister in law g beli kek. Secret recipe kek tak best. Dah muak makan. G kedai bese2. Memandangkan my sister in law tengah pregnant. Saya ikutkan jerk selera tekak kek dia. Dapatla kek coklat. Sedap beb. jap erkkk..


Cakkk!! Neh la bufday kek mak kami.

Buat kecik kecik jerk. Dak abang goreng nugget kat ghumah diua. Haa..tengok..kat ghumah boleh main masak masak. Kat taman mainan mane boleh main masak masak. Sebab tuh kat ghumah best. Dak abang goreng dengan bini dia. Sebagai kakak, rilek ja. Ok la tuh, dah kuaq bajet untuk beli nugget, murtabak, koktel dan buah. Eh silap, buah tuh my sister in law beli. Bukan saya. Haa..kan? Best tak kat ghumah? Best gila. Kalau tak, mat saleh takkan cakap HOME SICK. Takmo la dok merantau jejauh.

Mengantuk tetiba. Chow dulu la naa. Esok la kot kalau tak busy dengan kelas, saya dok sambung balik ngadap blog neh. Kembali aktif. Cett..Harapan jerk aktif aktif. <--jangan percaya. Tipu. Booo..


Saturday, February 19, 2011

.:: Super busy ya kamu ?? ::.

Tarraa!!! ♫♪♫ Shanana..na..na..na..na..♫♪♫ Penat weh..neh pon baghu ja dok habeh mengajaq. Dulu masa dak keja, sebok sangat nak p keja. La neh, dah ade dua keja dok mengeluh ja aku. Tapi bersyukoq la.. La neh takdak la tensen sangat dok ngadap 1 keja. Lagipon keja aku kat opis tak perlu kot bawak balik kendong balik ghumah. Wat ja kat opis. Habeh masa berdesup balik terus shoot p mengajaq kat Damansara sana tuh. Sana mana? Sana laaa...tunjuk arah utara....

La neh, balik keja ja, mana ada masa sangat ngada fesbuk macam selalu. Macam dadah nun. Tak tegnok sekejap macam oghang gila nun.. Bapakla addicted. U knw me. <--sape ntah tau dia..cett..

Erm, dulu pepagi kalau tak dak kelas nak p mengajaq, aku slalu la p teman Acik Imah p pasaq. Dok main teka teka nama ikan. Best woo..nama paling kelakaq mak aku dok sebut..ikan nyok nyiok..ntah apa benda ntah punya ikan. Gedabak besaq. Nak makan pon takut..bukan nak makan ja, tengok pon ngeri dah weh. Besaq kemain. Tapi time tuh aku tengok time dia besaq la. Time dia baby aku tak pernah p tengok lagi. Nantilah kalau tersangkut kat jala pakcik nelayan kemendian terpampang dalam tong ikan kat pasaq adala aku dapat tengok. Harap2 ada la..boleh tunjuk kat hangpa suma.

Erm, barghu aku perasan la. Aku cakap bahasa aku. Ya ka baha sa hang Nur? Ini longhat la sengal. Longhat utagha hang yang dulu hang dok sebok cakap. Bahasa bandaq hang pon tak tau lagu mana sangat. La neh, hang ghindu kemain kan.? Kan? Kan? <--angguk lelaju. Windu la ngok. Mana p hangpa suma yang len naaa??

Esok ari Ahad, 20/2/2011. Tak dak kelas. Yebeda bedu..woot woot!!! AKu plan macam neh. Nak p main game dengan adik aku, p swimming kuak lentang kupu kupu rama rama, main bandminton, main teka teki, main main....main..main...ah malas. Sebab aku plan bukan suma dok jadik pon. Masa dok pegha beh tang mana pon aku tak tau. Habeh berlalu gitu ja. Pastu menyesal macam tak dak buat apa. Sob sob.. Cepatnya la neh masa berlalu. Dulu masa habeh sekolah pagi, sempat tuh dok p main galah panjang sampai baju basah habeh dok berlari sepenuh hati nak dapat 1 game. Perghhh..la neh, nak memerot pon tak dan. KEsian adik aku. Lahir lambat. Tuh la hang..kesiannnnn....<--tunjuk muke dia..pastu gelak..hahaha

Satu lagi aku tak dapat nak buat kat tempat aku dok mengajaq tuh. Aku nak amek gambaqqqqqq....tapi tak sempat bukan tak sempat..tapi bila aku mai suma budak budak dah ada. Aku dahla tak bagi depa dok main tipon. Takkan aku nak guna tipon jugak kot.Takpa. Nanti ade function apa2 aku buat la. Budak budak neh suka sambut besday. Semalam budak kelas sebelah dok ada makan makan. Pening kapla dok nengok. Falas sana sini. Dia nak fly g mana ntah. So ade bt amende ntah. Maleh nak amek tau sebab aku tengok student aku pon berteleku dok buat kira kira. Sikit pon dak pedulik apa oghang dok kecoh kat luaq. Hebatkan? Time belajaq depa belajaq. Time makan, sungguh sungguh depa makan. Ade sekali aku beli buah mata koceng. PErghhh..sonok tengok aih depa makan.

Erm, dah..habeh bab mengajaq. La neh aku dah busy. Kalau aku tak reply SMS, MMS, email, apa2 ja yang hangpa dok bagi kat aku, sorila. Aku letey dowhh..aku bukan gila dok cari duit. Duit bukan segala galanya tapi segala galanya memerlukan duit. Aku buat kija part time neh pon sebab aku rasa banyak masa aku dok terbuang kat mana pon aku sendiri tak tau. Hangpa selalau ada dalam doa aku. cuma kekadang tak tersebut suma nama. Gil. Hangpa dah la nama dok pelik2. Yang kat fesbuk nama betoi pon susah hangpa nak tarok. Maleh aku nak sebot nama pelik pelik hangpa dah. Cukupla aku pendekkan kepada "kawan kawan/sahabat sahabat/ rakan rakan" ja dalam doa. Kira suma termasuk la. Takdak sorang pon tercicir kat belakang. Ok.

Selamat bercoti kepada diri sendiri dan diri anda pembaca setia. Thanks.

Saturday, February 12, 2011

.:: Engkau cikgu???? ::.

Tettt. Ye, Sayalah Cikgu kamu. Panggil saya Cikgu Nur. From now on i'm your teacher for subjects science & maths. I have fesbuk. Pls add me using my address email bla bla bla.. <--gile pompuan neh mulekan 1st kelas dgn fesbuk.. Alaa dats how kita attract students. Even aku takde basic mengajar tapi aku maek pengalaman jadi student. Aku tak suke cikgu kerek, skema, muke selenge jerk..jenis buat dekkk kalau orang tanya. Bukan taste aku. So, bile muke dah kerek, aku totally takde mood nak belaja. Aku dah taste dengan adik aku kat rumah. Gave him all he needs such as maths questions and teach him using my own anatomy. 

Haa..aku ade anatomy tuh..jangan terkejut..aku ajar adik aku yang form 2 tuh how to understand function of negative (-) & positive (+) dalam maths. Anataomi aku ialah hutang dan bayar hutang. Haaa..-ve tu hutang la..+ve tuh byr hutang..aku xsuh dia hafal formula. Buat susah susah jerk. So bile aku mengajar adik2 kat pusat Tuisyen V***A, aku rase ini berbaloi. meengajar science jugak bukan senang. Dorang dah belajar pasal pembiakan tau. Aku tengok buku teks pon macam hampeh jerk./ Tak menarik langsung. Ayat cover baik punya. So, to be open minded beforre the class starts, i'm prefer to be soft spoken & let them know whtas the reality of sex. Even aku senditi geli geleman nak cite. Tapo logik la. Science kan...so what??
So, kelas pertama aku bulan lepas. Hujung bulan. Aku mintak sesaje jerk tapi akiu dah prepare la plan nak mengajar sume sebab pusat tuisyen neh macam sekolah tau. Kan budak2 sekolah persendirian dorang sekolah sampai pkol 4pm jerk so after 6pm..terus direct g tuisyen. Anak orang kaya. G kelas tak mandi pon takpe. Perfume sebotol. Nak mampos aku menghidu bermacam2 perfume. Burberry, Gucci, bla bla bla. LEtey nak sebut sume. As long as tak bau badan sume ok. Kalau tak hilang tumpuan aku nak mengajar.
Aku tak pernah anggap students aku tuh students. Aku lebeh suke anggap dorang macam kawan. So, aku tak suke dorang diam time mengajar. Boleh berborak tapi make sure kalau aku suh explain ape aku cakap & ajar..dorang boleh revert. Dats the function of learning in extra class. So, aku dah attend 8 class so far.. Alhamdulillah. Dan aku tak bagi langsung budak2 neh gune telefon dalam kelas. Pengaruh terhebat. Sebab aku tak dapat berfesbuk so, semua tak dapat. Ini aku berkire sikit. Hahaha..sorry guys. If u read this, i did it on purpose. Trust me, u will loose your attention with fesbuk. So do i.

Erm, aku takde mende nak update actly. Since dah jadi cikgu  neh. (bajet mcm ckgu sekolah kerajaan jerk...) byk mase hbs menyemak buku jerk. Aku suke tengok tulisan budak sekolah. Nak kutuk pon senang jerk. Hahaha.. ok lah. Later sambung lagi. Nak tengok MU vs Mak Siti jap.. Daaaa...


Sunday, February 6, 2011

.:: Coti coti cina raya ::.

Fuhh!! Tersangatla puas bila dapat cuti penuh 4 hari berderet deret. Paling best BBQ tepi pantai kat chalet nenek. Superbla nekkk. Even chalet nenek takde air tapi cucu nenek nih simpan jerk perasaan nak mandi laut. Just tak cecah air jerk. Sebab takot tak dapat bilas air bersih after mandi laut. Kang tak pasal pasal tumbuh sisik. Eeeiii..tamo lah..takottt...

1st benda mase balik kampung, aku punya kazen time kecik2 berebot gugule hacks yang hitam tuh ade balik dari Santiago, USA. Kemain lagi. Nak cakap melayu pon terbelit belit lidah macam kene short belot letrik. <--haha..ayt aku perli dia. Mana idaknyer, bawak balik kawan minah saleh tuh. Luzmina ke Lasagnia ke Luna Maya ntah nme dia. Takde kije aku nak ingat. Bior lantok situ. Dia neh la yang selalu baca blog aku dari sane. Cett. kemain berlagak lagi bile cakap mampu baca blog aku samapai habis. Bajet lupa bahasa melayu la tuh..Poraahh.. Aku nak ucap terima kaseh sebab bagi biskut yang tak sedap tuh Oja. Muak aku makan. Krim dia tak sesedap krim roti gardenia kat Malaysia. Tapi satu jerk aku nak puji. kete Mercedez ko tuh no.plat Singapore meme buat aku dengki. Siyes. Ok, aku cari pakwe Singapore nnt. Hahaha..

Masa aku balik kampung, Pak Usu Bedol aku neh kerap sangat bercakap dengan dak Oja, aku tau..mesti dia ceramah dak Oja kaw kaw punya. Hahaha. Padan muke kau Oja. Yang ko tak pesan kat minah saleh tuh suh pakai baju longgar dan tak jarang apesal? Kau ingat neh pantai Florida ke haa...no wonder la jerung syok makan montot orang kat pantai sane. Pakai bikini. Len kali pinjam baju kurung aku neh ha.. Takde hal aku nak kasi pinjam. Kasi terus pon takpe. Buat kenangan balik Santiago sane. Pastu letak muzium.

Even lidah aku berbelit belit cakap dengan minah yang suara tenggelam timbul bercakap dengan aku, aku still boleh pick up ape dia cakap. Baik jugakla. Dia cerite camne dia bersusah payah nak kije tolong parent dia. Dia cakap nenek aku hidup senang. Perghhh? Senang ko kata? Nenek aku makan ubi kayu tau nak besorkan dak Oja tuh. Ehhh..silap..besorkan mak si Oja tuh. Tapi takpe. Maybe dia ade sejarah hitam dia sendiri. Aku bukan pernah sampai Santiago pon. Taknaklah. Dok Indonesia sekejap makan megi brand sedap tiap2 ari pon dah rase sengsara. (tapi best sebab sayur tanam depan rumah jerk..petik jerk kalau nak..macam kat Lombokla pulak..)

Dah..tamo cite pasal minah saleh tuh. Just nak cite excitednyer aku tengok banjir. Hahaha.. best. Ingat dapatla tengok buaya tapi takde. Air dah start surut. Tak best gini. Nak try jugak dayung sampan tapi tak dapat. Dapat main SMS kat bawak pokok kelapa jerk. Line pulak xde kat kampung. Seksanya rasa. Nak SMS dengan aku punya cikaro pon susah. Mak ndak punya rumah nampak bumbung. Umah mak ndak neh dekat gile dengan sungai sempadan Muar. So, tenggelam la. Umah Tok Busu Latip sawah pon nampak bumbung jerk. Rumah tepi sawah. Macam laut jerk nengok. Gerun. ALLAH Maha Besar. Seluas luas bendang tuh rata jadi laut jerk. Aku tak dapat amek pic. Bateri kong. Charger tak bawak. Tinggal tipon Nokia stok balik koceng gado jerk ade. 

Erm, lepas nih aku dah tak boleh nak jimba jimba sangat dengan fesbuk. Saya dah jadi cikgu tuisyen. Ajar Maths dan Science. Owh. cikgu ke? Geli jerk. Cikgu paling senget kat pusat tuisyen. I dont care. Belaja siyes sangat dan kerek pon bukan best. lek lek sudaaa.. ari nih takde kelas tapi mlm esk ade kelas. Sume kelas bergantung pada jadual kerja saya. HEbat tak? Hebat tak? Ade specialization kat ctu. Jadual fleksibel dan murid murid yang sporting gaban. Korang meme sailormoon lah. Ahaks. Ok, thanks semua sebab bagi saya peluang jadi cikgu kat pusat tuisyen Vista. Kita akan skor PMR nanti ya? Jangan malas buat exercise. Lagi satu, soklan sudah siap. Nantikan. Ok, nak mandi dan solat. Dah azan Zohor neh.. Papai.

P/s - Oja, boleh tak aku letak nama betol ko kat sini. Haaa..name ko kan sedap. Lek lek lu..dari harituh aku nak letak tapi ko esek tak bagi jerk. Lagi 1, ko flight esok kan? Dok negara orang tuh ingat2 sikit negara ko neh. Jangan sampai aku jadi cikgu kelas Bahasa Melayu ko nanti. Pak Usu cakap, ajarla minah salehah ko tuh pakai kain batik. Guna tali pinggang ko. Hahaha. <--aku tipu jerk. Pak Usu tak cakap pon. Aku tokok tambah.