Thursday, September 20, 2012

.::Tak sehat::.

Assalamualaikum.

Tarra. Nak habaq sat yang arini kami tak sehat. jeng jeng jeng. Ape??? Ape???? Sesuke je buat andaian. Belom lagi la. Hahaha. Kita demam lagi ni. Suara takde. Macam ayam katek dah bercakap. Cute kan? Hahaha. Cute la sangat. Apesal lain sangat blog kita ni erk? Apperance dia len macam jerk. Macam besor lak tulisannyer nin. Haish. 

Alamak, ada dua orang mamat Korea baru sampai lak. Sape deni ntah. Dok sebelah kita lak tuh. Never mind. I will do my work but he spoke English very well. Takde langsung slanga Korea beb. Hebat ini KPOP. Ngee. 

Lagi setengah jam nak start kije balik. banyak betul la email nak kena reply. Bayangkan kalau kita artis? Haaaa. Takpe, kita anggap ini prktis sebelum nama kita meletup di persada area umah kita. Wahahaha. Area umah je kot. Takde gambo untuk di upload dalam entry ni. 

Ehhh, silap ar. Mamat dua orang ni dari Singapore. No wonder. Tercuri dengar dorang berborak dengan sales peson. Weewee. Hurmm. nak ngorat la..Wahaha. Gile. Marah Encik Hafiz kang. Berani la buat. kang tak pasal2 ade kawan tengkok panjang telinga labug kat umah. Wahahaha.

K la. DAh tak tau nak update ape. Next post kita try update yang best2 yer. Kepada peminat setia bace blog nin. Thanks. Kita tak pernah minta orang follow blog kita sebab cerita ni tentang hidup kita. Pengalaman kita. Maybe some other person yang same situation dnegan kita dorang lebih memahami. Hello Encik Hafiz, rindu awak. Tetttt.


Tuesday, September 11, 2012

.:: Dugaan untuk kita & cik puteh ::.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaaaaaatuh!

Syukur ke hadrat ILAHI di atas limpah kurniaNya kita sama2 boleh baca blog yang sangat ceria ini. Ehhhh, ceria ke? Ahaks! Biarlah. Kita punya blog, bukan awak. Kita update ni sebab nak bagitau pasal dugaan kita dengan cik puteh. (T_T) <-- nanges.

Masa bulan posa, posa ke berapa ntah, cik puteh kita cedera, sebab comolot dengan Pakcik Honda. Mak aihhh. Pakcik Honda k. Bukan sang kancil dengan buaya. Isk9. Habis moncong molot cik puteh. 

Ni pic sebelah nin. No.plat pecah habis. Takde belen/balance langsung tinggal. Musnah sudah. Hebat kan penangan pakcik Honda. Ada orang nampak cik puteh cium Pakcik Honda tapi kita cari jugak tuan punya Pakcik Honda ni tapi esoknya kete tuh dah takde kat area umah kita nin. Kita tunggu keesokan harinya pulak, still takde. Maka tak dapatlah kita bayar pampasan kat orang tuh. Ehhh, pampasan ke ganti rugi erk? Abaikan. Pendek kata kita tak dapat jejak siapa tuan punya kete yang cik puteh cium tuh. Ni sume adik2 kita punya kije. Main start2 pastu gurau2 ganas then tertolak gear. Baguslah...lain kali buat lagi. Langgor dinding biar radiator pecah berkecai tebabow. Puas hati. Seminggu lepas tu kita terus hantor kete masuk bengkel suh layor kat api. Kasi dia betol balikla. Nasib baiklah Encik Hafiz kita time tu ada. Dia sewakan Myvi baru untuk kita guna 2 ari sebab cik puteh kena hantor masuk bengkel. Tapi kan, nasib bek kena bayar RM80 je. Okla. Pastu lepas amik cik puteh, g pasang no.plat baru. Boleh laras punya. Nin dugaan pertama kita dengan cik puteh.

Sekarang cerita kedua. Kita raya kat Perak dulu tahun nin. After raya sakan, malam raya pertama tuh gerak balik KL. Bapakla kan letey. Pak Lan la nih. Nak sangat balik awal. Terkejar2. Kita tak sempat nak rehat. Dahla bawak cik puteh balik. Malam raya pertama gerak jugak even kita dah cakap kat Pak Lan yang kita tak larat nak drive. MAsalahnya dia kata dia boleh drive tapi at the end, kita yang drive. Sumpah kita mengantuk. Yang kita ingat, lagi 2km nak sampai kawasan rehat Simpang Pulai tapi........kita terlelap awak. Kita cium devider hihgway lorong paling kanan. Kita 1 family dalam cik puteh. Kita drive, Pak Lan kat sebelah, Acik Imah dengan 2 orang adik kita yang memula nyanyi2 pastu syahid g Syria bla bla bla. Bile semua orang dah tido, kita sorang jer tinggal. Ingat sempat sampai. Ropenyer tak dapat. Cium devider pulak. Habis cebeh pipi kanan cik puteh. Menggeletar satu badan kita awak. Kita gegel2 tipon tunang kita time tuh. Nasib bek 1 family tak pape. Kalau tak, takdelah pengantin pompuan wikend tuh.

Ni gambar kat atas nin sebelum dan selepas repair. Ganti pintu dengan bumper depan semua. Thanks Uncle Wong sebab cantikkan cik puteh macam baru beli & charged me RM1.5k only. Nanti korang2 boleh la hantor kete kat Uncle Wong nin. K&S Auto. Roger kita then kita bawak g bengkel Uncle Wong. Sekejap jer siap dalam seminggu. Huargh, mase ketiadaan cik puteh, kita sebok tanya Pak Lan bile cik puteh siap. Setiap hari abah kita g tengok. Uncle Wong tu pon dah riso dah. Tu cepat siap kot. Hahaha. Masa kita g ambil cik puteh, kita nanges. Kita peluk terus. Uncle Wong geleng kepala. Dia kata sama wa punya abah, 'Lu punya anak, banyak sayang sama keleta dia ha? Keleta siap pun mau menanges. Banyak pelik.' <-- dia tak tau camne kita cinta cik puteh. Nin dugaan kedua. Next!

10 September 012. Semalam sehhh benda nin terjadi. Cik puteh kena culik. Kita habis kije pukul 7 petang. Bile kita turun bawah tempat parking, kita cari kete kita dah takde. Seingat2 kita, kita park tempat yang betul & tak menganggu gugat kete2 mewah yang lain kat tempat kije kita tuh. Tapi ntah camne boleh hilang. Kenapa mesti yang diculik itu cik puteh??????? Kita hampir diserang sakit jantung tengok cik puteh takde. Kita tipon abah kita tanya kalau2 kete kena tunda ke ape. Abah kita datang amik then kita g Menara MBPJ. Kawan2 abah kita ramai ada. Huarghhhh!!! Malu. Esek muka kita je selalu buat masalah. Kita sedey tengok cik puteh dalam pagar kat bengkel Kelana Jaya tuh. Sedey sangat. Baru amek dari Uncle Wong 1 hari, dah kena culik sampai Kelana Jaya. Ni semua mamat jaga parking tu busuk hati. You'll know your faith after this. Awak silap guna kuasa k. Jangan kata kita ganggu periuk nasi awak tapi cara awak balas dendam sebab kita tak amik sticker bulanan dari awak, awak balas kita camni. Fine!  I've done my report, just wait surat pemecatan or surat perletakan jawatan dengan paksaan untuk elak nama buruk untuk MBPJ k. You such a *^*&& person. Memcikkkkk!!!!

Kesiankan kat kita? Ada jerk dugaan. Dalam masa sebulan pulak tuh. Takpe. Orang sabar ALLAH selalu bayar lebih. Kita malas dah nak cakap banyak. Nak mengeluh pun tak guna. Tapi kita ada menda lagi nak cite. Masa kita nak amek cik puteh, kita follow sebuah kete bomba. Besela kan. Nek Kita nek scooter kita si Pak Tam tuh. Kita tak taulah ntah camne, dalam kita follow2 kete bomba....kita terikut sampai balai bomba terus. Wahahaha!!!! Kita menggelabah gile bile tetibe kita perasan masuk pintu pagar yang takde pagar. Sekali tengok bangunan merah oren. Hallamak. Paling memalukan bile kete bomba tuh bunyi hon kat kita & abam2 bomba kuar kepala tengok kita. Wahahahaha. Kita malu gile terbabas. Veraangan bawak skuter. Hamek ko. Sampai balai bomba terus. Kita balik umah, kita cite kat mak kita. Mak kita gelak gile. Wahaahha. Abah kita kita marah kita sebab verangan tak habis2. Wahahaha. Kita kremmmm la. Teringat reaksi kita masa tersedar tuh. Adehhh. Kita tak cerite lagi kat ahem2, En.Hafiz. Sebab kita malu. Kita update kat sini jerk. Sila ketawa. <---krem dah jemari.

K la. Dah tak larat nak update.Esok nak g kerja & nak jumpe mamat yang cari pasal dengan kita tuh. Kita lagi YAKUZA dari awak k. Watchaaaa!!!!

Tuesday, September 4, 2012

.:: honeymoon kat spital ::.

Assalamualaikum...

Hai kita baru ada masa nak update vlog kita nin. Kita kat spital PPUM sebab doktor suruh kita sambung 4x kimo lagi sebab kanser kita mengecik la awak awak semua. Alhamdulillah... Rasa sangat beruntung. Kali ni kimo kita berteman. Terima untuk pasangan kita Muhamad Hafiz Bin Mohd Halid. Blup3x! Jangan jeles...

Nin sebelah nin pic kawan kita snap sebelum majlis. Ngee, berdeborla. Ahaks! <-- Gediks. Ok. Tau dah. Kita meme tak cantik tapi kita bersyukur sebab cukup sifat. Hidung tertenggek orang kata. Mujur tak penyek. Wakaka. Majlis ni kecik2 jerk. Kita rancang kecik2 tapi jadi besor la pulak. Rezeki. Alhamdulillah. Betullah. Benda baik selalunya ALLAH tolong. Eh silap, bukan selalunya tapi PASTInya ALLAH tolong beri jalan. Terima kasih En.Hafiz sebab sudi amik kita jadi pasangan hidup awak even kita nin selalu kena reject. Yer takpe. Bukan kita yang rugi tapi orang yang reject kita tuh rugi sebab dia kehilangan orang yang betol2 sayang dia. Bwekkkk! Kita nak ucap terima kasih tak terrhingga kat ibu kita, Puan Fauziah dengan mak kita Puan Rahimah. Kalau takde dua orang nin, tak jadik jugak majlis kitorang. Haaa, followe by thanks to ayah, En. Mohd Halid dengan abah kita En. Roslan. Bukan apa, abah yang sambut ayah datang. Ayah lak yang tolong himpun orang ramai datang memeriahkan majlis kita kat kampung. Kita ingat kalau buat kat kampung tak meriah tapi lagi meriah sehhhhh. Sebab time raya, ramai kat kampung. Untungla buat majlis masa raya. Pakej orang kata. Ok la lettew kannn...

Masa majlis tuh, semua orang busy botak. Ayah ngah kita yang pendiam2 tuh tibe2 jerk macam kena rasuk. KEcoh habis. Dia lah yang panjat bumbung sebab nak passang langit2 kat bilik pengantin.Kalau tak, mau nampak atap yang rompong2 tuh. Wkaka. Rompong2 tuuuu.. Rumah pusaka weh..mestilah rompong2. Tapi cantik lolz. Korang ade ke? Kalau takde, diam2.

Nin sebelah kanan ni orang tua kita. Eh silap. Bukan orang tua tapi sedara muda. Wakaka. Taklah....nin mak abah kita. Abah kita muka garang kan? Auuumm. Kecik2 dulu kalau pukul kompom dengan getah paip. Jangan haraplah nak dapat tali pinggang selalu. GETAH PAIP k. Sedap sikit. Tapi kita last kena pukul mase darjah 3. Time tu kita ponteng sekolah agama sebab nak g mandi sungai. Itu last. Pastu meme taubat nasuha tak nak abah pukul. Kita baik je depan abah tapi belakangggg..malaslah nak cite. Rahsia! <-- gedik lagi. Ramai kawan2 kata muka kita macam Serina Redzuan? Sape Serina? Dia anak Chef Wan. Kita tengok langsung takde pun rupe dia. Kesian kita. Kita rasa kita lagi cute. Wakaka. Tolonglah puji saya. Tolonnnn. <-- gedik lagi. Sebelum majlis, kita gedik2 depan kamra. Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tengok, meh la datang umah kita kat Taman Sri Manja, PJ. Tapi umah kita kecik. Kalau datang ramai2 secara berjemaah, mau ade yang kena dok kat tangga dari tingkat 8 bersusun sampai tingkat G. Wakaka. Melampau imaginasi kita kan? Kreatif sebenanrnyer.

Kita tau ada orang yang setiap hari baca blog kita. Tarraa!! Mesti tertunggu2 post kita yang baru nin kan? Cakk! Dah update pon. Suke tak? Sila komen yer. Hahaha. Encik Hafiz, awak bila mau update sama itu blog? Kita tunggu jerk ninnn. Cepatan sehhh. Sila update pic passal Roselle sekali. Kita lupa nak mintak awak pic tuh ler. Tulun3x!

  

OK. Gambo last ni saje letak besor2. Kita suke pic nin. Mak kita kata tak sopan. Kita rasa cute. Wakaka. Cute la sangat. Alaaa, biarlah. Kita tak pedulik apa orang len kata. Kita nak cakap jugak kita cute. Pedulik3x.  Actually, post nin kita draft 30hb tuh kat sepital. Tapi kita guna gtab Encik Hafiz. Kemain payah nak menaip. Nak insert ga,bo pon payah. Last2 gune netty jugak. Baru ade masa masa nak update nin. Btw, thanks for reading this post. Please leave your comment & please forgive me if I said something that hurt your feeling. Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

~ salam sayang untuk kamu ~