Wednesday, December 8, 2010

.:: Budak gemok + shomey momey = B.U.L.I ::.

Erm, macam tak boleh tido lah ini malam (tipu padahal memang gedik nak update). Erm, tibe macam dapat idea ting ting ting (ade lampu lampu kat atas kepala) nak update blog tentang budak. Meh aku cerite jahat & kejamnyer aku terhadap makhluk Tuhan plaing cute manje manje shomey momey neh.

Mangsa pertama:


Ainul Jannah

Budak gemok neh, kazen aku. Anak Ayah Busu (adik Paklan yang kecik sekali) kecikla sangat kan? GEmok tak? Gemok tak? Haaa..baik korang angguk. meme dia gemokkkk...geram aku. Asal balik Parit Perawas jerk, aku cari budak neh. Aku panggil dia Janet. Pastu dan dan mak dia cubit molot aku sebab panggil anak dia Janet. Yela, barulah urban kan? kan? kan? Kepala hotak ko la kan urban.. jannah tuh syurga la. Sesedap molot jerk nak tukar tukar nama anak orang. Erm, budak neh dah cop muka aku muka manusia paling tak selamat bile jumpe. Tau sebab ape? Sebab aku selalu peluk dia kuat kuat sampai nanges pastu tak pujuk terus bagi kat mak dia. Mak dia aku panggil Maksu Noni. Cute jerk name mak dia kan? Tapi meme cute lah weh mak dia. So time aku amek pic neh sebab aku nak umpan dia la..time neh orang dok sebok dok nyuci daging kambing sempena akikah aku kat kampung. Jap, ayat aku tadi macam tak tepat. Bukan akikah aku, tapi aku buat akikah sempena sembuh dari sakit yang hampir hampir ragut nyawa aku. Pastu, Janet tak nak weh, bijak budak neh. Mesti mak dia bagi susu Fernleaf...bijak..bijak..

PAstu dia lari g kat ayah dia. Aku takot sikit dengan Ayah Busu aku. So, tak dapatlah nak geget & pelok budak neh. Selamat ko..tapi aku sempat tengok dia ejek aku & aku amik pic dia mase diaaa..........tengok pic bawah...



Mana aku tak kate bijak. Paling licik ini anak. Korek hedong. Tunggu. Nanti Kak Cha ( name geli2 dorang bg kt aku) balik kampung, Janet jadi bantal busuk k. Jage jage. Dendam & hutang banyak neh. After dia nanges sebab aku cobet dia & lari..bapak dia cari aku. Hamek ko. Kene ceramah pastu kene denda cuci periuk besar. Hitam hitam muke aku. Huduh gile. nasib tade Farid Kamil tengok.

Mangsa kedua:


Anak sape ntah?

Budak neh aku jumpe merayau rayau dalam surau kt KLCC. Tatau mak dia sape. So, dalam dok tunggu 2 orang lagi member, silap lagi 3 orang habis solat, aku culik jap budak neh. Bukan culik tapi pinjam. Dari dia merayo tak tentu hala kan? Bek aku jage. Tak jage sebenarnyer, buli jerk. Geram aku. Saje aku pedajal. Dia merangkak ke kanan aku halang, ke kiri aku halang. Lelama fedap budak neh pastu nanges. Tapi ade sape pujuk ntah. Tak ingat, Kak Imah ke Kak Ummu ntah. Pastu aku pun try try la pujuk sebab dia tunjuk aku weh. Macam bagitau kat mak dia (baju merah kt belakang tuh) yang aku buat dia. Mesti mak deni pon bagi minum susu Fernleaf...bijakkk..bijakkk.. Pastu Kak Imah snap pic aku dengan budah neh.. Habis camtuh jerk.

Mangsa ketiga:-


Siti

Ini Siti. Nama penuh aku tak tau. Aku dah kerah adik aku yang kecik tuh ingat nama panjang dia tapi dia tak ingat ingat jugak. Ingat Siti jerk. Tapi yang pasti neh kawan adik aku masa sekolah tadika. Budak neh asal aku jemput adik aku dari tadika 2 tahun lepas mesti aku usik dia. Macam perkara wajiblah. Tak buat rasa dunia sangat sangat tak bererti. <--Gile melampau. Tempeleng kang sia sia jerk hidup. Ape aku selalu buat ialah aku selalu follow dia balik. Pastu...pastu..pastu..akutarik beg dia. Lepas tarik buat buat macam tak buat. Aku borak boraklah dengan adik aku si Mijan. Dia toleh depan jerk aku tarik lagi. Ngahahaha.. Suke aku tengok mata besar dia. Macam katun Sailormoon..bertukar!!! Tapi harituh masa aku g tadika tuh balik (bulan lepas) sebab ada konvo. Aku meme sukerela g tadika tolong tolong ape yang ptut( tipu lagi, Acik Imah suh datang k..tak cukup orang katanya). Acik Imah AJK ke ahlijawatankuasa ntah kat tadika tuh. Aku tak pasti. Malas nak hamek tau. Aku ada jumpa Siti neh. Makin cantik. tapi tak sempat snap pic dia sebab W705 aku kene habuk Gunung Merapi (tipu lagi padahal kene airmata ko nanges nanges cakap kat tipon). Aku serikla nak kaco Siti neh, sebab last day sekolah, aku tarik tarik beg dia tapi ntah camne ntah tertarik kuat..terlentang anak orang. Huarghhhh...aku bukan sengaja. Terrrr..... Yang adik aku lak molot celupar. Cepat jerk menyampai roger roger mak aku. Kene bebel aku lepas tuh. Hamek ko setempek kene. "Umo dah lanjut, perangai macam budak budak. Elok sangatla. Bla..bla..bla... Kalau tak berubah ubah jugak..bla..bla..bla..".<--ini jerk yang aku dengar sebab aku masuk bilik katop telinga dengan bantal. Menyesal kaco Siti. Isk..isk.. Sori dik. Kakak geram tengok adik. Shomey momey sangatlah.

Mangsa ke empat:-

Wan Nor Batrisya (Eisya)

Nih anak buah aku. Anak kazen aku. Kazen aku tuh anak kepada Ayah Uda aku sebelah Paklan. Abang Paklan lah kirenyer sebab Paklan Ayah Uteh. Cute kan abah aku? Ayah Uteh tuh...hahaha. Erm, deni mase kecik lagi gebu. Jap aku cari pic dia.....ntah mane mane ntah..tunggu jap..


Tettt..dah jumpe. Yeay!

Haa..kang aku da cakap. Cute kan? Capang jerk telinge. Yang pakai tudung merah mak ngah tuh mak sedara dia paling cute dia akan ada. Percayelah cakap aku. Tak caye sudah. Nama hang Bedah. Wekkk! Aku suke kaco budak neh. Sekarang la. Bile dia dah boleh jalan. Hisap puting koyak dia tuh. geram aku. Disebabkan aku geram tengok dia terkedek kedek jalan, aku mesti curik puting dia sorok kat mane mane yang aku sempat campak la. Sape tak geram. pakai pampers Drypers, tonggek semacam, jalan terkedek kedek. Geram aku. tepok montot kang baru tau. Hahaha. Aku dah terbayang bayang weh.. Geram. Lepas puting hilang, mesti dia nangeslah. Melalak macam kene penampor terok bebenor. Siyes. Bukan nak kate ar. Pastu Mak dia akan datang tanya aku. mesti cari aku dulu la kalau dengar budak budak nanges. Macamlah budak budak lain tak reti kaco anak dia. So, nak tutup salah sendiri aku bagi alasan..."Aku bukan ape, kang gigi anak ko jongang weh isap puting sane sini. Ko tak takot ke??" <--Vodo punyer alasa tetapi logik kan? Kan Kan? Bile mak dia angkat angkat kening tanpa bergerak tengok aku, aku mengalah. CAri balik puting Eisya neh. Talpe ko budak kecik. Ko menang Eisya. Tunggu Mummy dah kaya sikit, Mummy beli kete kontrol, jangan sentuh k.

Mangsa kelima:-

Syafikah binti Ismail

Momok kecik kaler hijau neh anak Mak Ngah aku. Adik kepada Acik Imah. Deni...jelmaan Lisa Surihani kalau kat taman dia cakap. Yela tuh, bernanah telinge aku orang dok sebut sebut kalau bawak dia g kedai area umah dia. JEles sebenarnyer. Kecik kecik dah ade peminat. Elok aku tak bawak same g kedai. Semak & tambah bengkak kat ati jerk. Disebabkan aku dengki dengan kefemesan budak kecik neh, tapi sebelum tuh..aku nak bagitau. Minah hijau neh, pantang nampak kamera, kosmetik, telefon, lappy, cermin....aku tatau la ape dosa mak ayah dia..asal jumpe barang barang yang aku sebot tadi..meme dia takkan bergerak seinci. So jangan lepa barang barang korang. Cermin akan retak telefon & lappy akan habis bateri, kamera pon same..dia akan posing gile gile punyer. Aku tatau lah kenan dengan sape minah hijau neh. nak marah kang, dia jerit mau satu lorong kat taman tuh boleh dengar. Aku cari pic dia tapi tak iangat folder mana. Sorry beb. Sape sape berkenan kat dia, hantar resume kat aku dulu.

Ok sambung balik. Disebabkan aku dengki dengan dia neh & tak tahan sebab dia selalu kerjakan tipon aku dengan kamera ak beserta barang barang mekap aku, aku selalu tarik rambut dia. Paling suke kalau mak dia suruh aku ikat rambut dia. saje aku tarik kuat kuat. sampai dia terjerit. Jahatkan aku? Peduli la. Bukan mati pon. Hahaha. Kalau time sikat tuh, aku selalu tekan sikat kuat kuat kat kepala dia. padan muke. Bajet cun ar tuh. Jeling aku kemain lagi. Ko nagdu mak ko...aku tak bawak ko g taman main boyan. lantaklah ko nak teriak melalak. Hahaha. Puas weh dapat buat dia marah. Sebab dia susah nak pukul pukul orang. Paling teruk pon dia bebel. "Kak Cha neh pasai pa ntah. Suka buat kami lagu neh."<-- Ayat dia yang paling aku suke. Suara serak serak basah. InsyaALLAH nanti aku upload video dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Hahaha. PEcah perot. BErterabur lirik. Sesuke hati dia jerk. Janji nyanyi.

Ok. Aku dah penat sebenarnya nak menaip. Nak upload lagi, pastu nak mencari pic pon susah. berpinau mata nengok skrin. Aku tak jahat sangat dengan budak budak. Tapi aku geram tengok budak kecikla. Ntah, laju jerk tangan nak dokong, nak cubit pipi, kalau tak boleh handle aku gegget pp terus. Hahaha. Puas hati dapat buat cenggitu. hahikatnyer, aku Cinderella yang suke budak budak. Korang takkan menyesal lah hantar anak korang kat aku kalau aku bukak taska or rumah asuhan kanak kanak. Sebab bagi aku, jage dorang neh satu amanah. yela, kalau kita yang dah besar nih tak tunjuk contoh yang baik, camne dorang nak jadi baik. YA ALLAH, peliharalah budak budak kecik. Sape yang nak buang anak tuh, tolonglah cari aku dulu weii.. After aku dah kasik pelempang bertalu-talu baru korang boleh blah. Anakkorang tuh bak kat aku. Korang tak layak jadi mak bapak dia. Vongok. <--teremosi tetibe. Erm. Macam mengantokla pulak. Tengoklah. Nak stop dulu. Later on aku update lagi. 3.30am jap g ade match. Chelsea vs Marseille. Hails The Blues!! KTBFFH !!! <--tp kompom kompom tv tengok aku. Percayelah. Nunite, oyasu minasai, selamat malam. Gosok gigi sebelom tido k. Kang mimpi momok aku tatau.


♥♥♥ Mummy POKO tido lena tiada bocoran ♥♥♥


1 comment: