Wednesday, June 20, 2012

.:: Gaduh sesaje ::.

Assalamualaikum.

Okaip hari ini nak update pasal gaduh. Urmm. Tipulah kalau korang semua tak pernah gaduh or cari pasal. Paling tidak dengan adik beradik sendiri. Tettt. Kantoi kat situ tapi kali ni, kita nak update pasal kita gaduh dengan orang. Tak kisahla dengan sape kita gaduh tuh. Masa kita jalan2 kat FB kita, kita banyak jumpa kata2 nasihat. Kita tertaik dengan satu kata2 ni.

Kita pernah humum dia sebab satu kesalahan. Kita majuk lame2. Terasa lama2. Moncong lama2. Sumenyer lama la. Last2 hubungan tak lame. Kawan tetap kawan tapi kita menyampah kekadang. Bukan ape, kita rimas. Rasa maam dipergunekan, dipermainkan. Cewah. Tapi sumpah, bile gadoh, rase BENCI tu meluap2 awak. Kita akan jadi sangat pemarah sampai menangis. Kita jenia meenanges kalau marah orang. Kalau marah dengan betol la. Kalau marah sesaje, kita nak nanges tapi kita gelak belakang. Tapi, bile terbaca kata2 kat sebelah kiri ni, kita tibe2 rasa sentap sekejap. Terus kita update kat blog supaya benda ni tak hilang mana. At least boleh rujuk balik bile2 rasa down or mental dah tak sychronise dengan hati. Kita nak try sangka baik pasti. Kepada incik tunang, urmmm kita selalu buat gini kat awak kan? Mintak maaf. Pasni nak cube. Give me sometimes to throw away my bad habit. untuk orang luar, ummm mungkin kita cuba kot tapi tu tak bermakna awak tu boleh berbaik2 & amik kesempatan atas kebaikan kita k.

Haa, nak amik kesempatan ni nak cakap untuk my ex..I know you will read this.  Pic sebelah kanan ni untuk awak yer. Awak esek cakap tak boleh jerk. As you terima nikah, time tuh kita tau awak dah lupekan kita but sekarang. time saya rasa camtu. I'm taken by someone yang tak sempurna tapi cukup menyejukkan hati. Gaduh mungkin biasa sebab jauh tapi both of us tak pernah tipu pasangan masing2. Hope awak pun tak macam tu dengan pasangan awak. Lagi satu, kalau kita boleh setel tu sendiri, tak payahlah libatkan orang lain. Libatkan adik, kawan dan sesape jela. Sorry sebab kata awak ade masalah psikologi tapi memang tu yang terjadi. Awak tak sepatotnya mengamuk macam orang hilang akal bile saya cakap awak gile. Awak buat orang takot. Sumpah! jumpa doktor ye nanti. Jangan marah2. Awak tu ada darah tinggi. v(^_^)v


Hai incik tunang, kita tau, kalau awak bace ni awak mesti cakap tak payah nak gaduh2 lagi. Ok fine. Orang tak cari pasal pun kadang2 dengan mamat tuh. Pasni dah takde dah. Dia dah cakap sampai mati takkan ganggu. Whoop whoop. So pasni kita dah boleh merancang untuk next step especially plan lepas raya ni. Ecececeh.Nih kat atas ni memang setempek kena kat saya. Wakaka. Dalam taknak taknak. Sekali.... Jangan terasa tau sebab kita tak update pic awak. Biarlah surprise. Ewah. Saya takot ade orang kebas awaklah. Dahla muka awak macam Fahrin Ahmad. Wakakaka. K la. Penat menaplah. Nak tidor jerk kijenyer.

~@}--~

Tuesday, June 19, 2012

.:: Cik Roketchenta ::.

Assalamualaikum.

Tett. Status telah bertukar. Cik Roketchenta has been taken. Ngee. Malu nak mngaku tapi betol. Nantila Cik Roketchenta tunjuk muka incik yang bertuah tuh. Bertuah ke? Malang kot. Wakaka. You know who you are. 

Cantik tak sirih junjung ni? Ngee, dari pihak lelaki kepada perempuan. Maaflah. Dari pihak perempuan tak secantik ni sebab bertunang mengejut. Orang tak sabar konon takot Cik Roketchenta kena kebas. Wakaka. Bajet hot je Cik Roketchenta ni kan? Bila tengok sirih junjung ni, rasa macam terrbang sekejap. Sirih jek kot. Kalau tengok cincin? Mak aiiihh. Mata duitan betol la deniiii. Weekkk. Bile ade majlis macam ni, benda pertama terlintas kat otak, bersedia ke nak pikul tanggungjawab bila tempoh bertunang tuh habis? Ni jerk yang selalu bermain kat otak Cik Roketchenta. Orang lain Cik Roketchenta tak tau la. Mungkin dah tak boleh fikir sebab terlalu kaget kot. Kaget ke? Bukan sonok? Ehhh ntah. Lain orang, lain rasa. Mana boleh sama. Kalau sama maknanya genetik sama. <--memandai jerk. *senyumsenget Dalam masa negotiate (perkataan tak boleh blah, macam proses jual beli anak lak) Cik Roketchenta dalam bilik dok diam jerk. Macam nak nangis lak weeeiiii. Dalam hati doa, janganlah mahal sangat sampai kesian incik tuang nak simpan duit. Alhamdulillah, mak abah tak jual anak. Biarla lelaki yang taruk bape nilai hantaran. Lagipun, Cik Roketchenta ni sakit. Nak letak mahal pun takot nanti membazir. Kesian kat incik tunang. 




Cik Roketchenta sangat menghargai incik tunang ni. Saat mak abah takde sebab uruskan hal2 umah, Cik Roketchenta kat sepital sensorang. Incik tunang ni temankan. Saat Cik Roketchenta frust dengan ex yang dah jadi suami orang, incik tunang tenangkan. (T_T) terharunyerrrrr.  Incik tunang ni sebenannya dah lama suke kat Cik Roketchenta tapi Cik Roketchenta tak suke dia. Bukan tak suka ape. Takde perasaan time tu. Untuk incik tunang, mintak maaf banyak2 sebab reject awak dulu. Sekarang orang dah tau & paham, terima orang yang sayang kita BUKAN kejar orang yang kita sayang. Macam ayat kat bawah ni.


Mungkin sekarang saling tak kenal. Kenal camtu2 jerk. Tapi lepas kawen, boleh kenal rapat. Lagi best kot. Kitorg tak macam orang lain, bile dah hati tersentuh rasa sayang, baru nak belaja cintun2 dah incik tunang kena transfer ke Sabah. Tapi takpe. Jarak itu dah selamatkan kitorg. Kalau dah dekat kang, mau ke laut lak hanyutnyer. Cukupla cakap kat tipon sekejap, sms ape yang patot. Nak kata dugaan tu takde, tipulah takde. Manusia punya hati. Bile cakap pasal hati ni, boleh bolak balik. Cemburu? haruslah. Minah Sabah cantik2 kot. Putih gebu. Cik Roketchenta ni apela sangat. Tapi Cik Roketchenta syukur sangat sebab incik tunang ni setia. Tak berkira itu satu hal. Kekadang tuh lurus pun satu hal. Oh tidak, maafkan saya incik tunang. Gurauan saya kekadang awak pandang siyes. Tu maksud lurus pada saya. Memang kitorang ada gado. Tapi incik tunang dah pesan jangan melampau sangat. Umm. Pengajaran pertama. Jangan melampau. Pengajaran kedua, kalau gado jangan sampai mintak putus tunang. Takot terbiasa nanti2 mintak cerai. Nauzubillah. Saya tau, saya memang kadang2 tak dapat kawal marah. Tapi sumpah, kalau saya marah orang, at the end saya yang nanges. Marah orang pun menanges, kena marah tak payah cakaplah. Macam orang kena pukul sedu sdannyer. Tu la Cik Roketchenta.

Untuk incik tunang. terima kasih. Saya tau awak banyak makan hati sebelum ni. Banyak sangat2. Saya tau kat wall saya sebelum ni bersayang2 dengan dia buat awak terasa & mintak maaf jugak buat awak menangis. Tak tahu nak cakap camne. Mintak maaf sangat2. Saya mampu ucap terima kasih setakat ni. Kalau sekarang mungkin kita tak bercinta & bersayang2 macam pasangan kekasih yang lain tapi INSYAALLAH bila ALLAH dah tentukan jodoh saya dengan awak, dah jadi tangungjawab si isteri mencintai suami dia. Syurga bawah tapak kaki suami. Saya ingat tuh. Dalam kursus kawen pun esek dok mengingatkan benda ni jerk. Just jangan buli saya macam awak buli saya masa saya study dulu la. Rumah kita nanti bukan padang kawad yer. Awak buli saya, saya kenekan awak balik. Wakaka. Ugut comel. 

Urm, untunglah siapa2 yang dah kawen sekarang. Banyak pahala dah korang dapat. Nanti masa Cik Roketchenta pulak. Haa, yang bertunang sekarang ni, korang mesti senang nak bincang sebab dok dekat2. Huarghhh, korang tau tak camne payahnya berurusan di telefon dan skype? Tak puas nak bincang. Bayangkan, nak beli cincin pun kene bagi size kat incik tunang. Tak dapat nak beli sesama. Kesian kan? Takpe. Susah sekarang orang kata. Senang2 kemudian. Untuk pengetahuan kalian, Cik Roketchenta lepas majlis akad nikah, Cik Roketchenta akan berpindah ke Sabah. Yela, takkan nak biar suami jejauh. Haishhhhh, tak boleh. Cik Roketchenta sayang suami Cik Roketchenta. Ececececeh. Nak muntah yer bace? Muntahlah. Tak heran. Weeekkk. (^^,)

Rumah kat Lahad Datu

Ruang tamu tempat main kejar2 nanti. Wakaka.
Ni Cik Roketchenta upload umah yang bakal Cik Roketchenta duduk dengan bakal suami Cik Roketchenta. Rumah ni bukan rumah sendiri tapi yang pasti ni rumah pertama kami nanti. Biarlah tak besar macam rumah Cinderella tapi rumah ni akan dihiasi dengan kegembiraan & yang pasti, rumah ni akan dapat berkat dari ALLAH. Kete Myvi hitam tu takkan jadi labu kalau kitorg kuar lebih dari pukul 12 sebab kita dengan putera raja. Ewah2. Berangan bagai. Nampak tak banyak pokok kiri kanan tuh? Depan belakang pun pokok. Kawan dengan monyet2 la nanti. Wakaka. Incik tunang kata, takdenyer monyet. Jangan nak buat cerite. Ok. Yang kat sebelah kanan ni pulak, ruang tamu depan. Mestilah ruang tamu. Takkan tandas awam kan? Gile hebat tandas awam ade sofa tapi takde mangkuk tandas. Tandas apekah ini? Wakaka. Esek gelak sensorang je Cik Roketchenta ni bile buat post ni. Macam kelakar lah. Tak percaya satu hal. Sebab incik tunang ni dulu adalah orang yang paling Cik Roketchenta tak bekenan. Wakaka. jangan terasa incik tunang. Awak sendiri tahu kenapa. Sebab awak buli saya. Tu jerk. Itu perkara lepas. Allah dah atur yang cantik2 untuk kita. Takpelah kita kurang dating sekarang, lepas kawen kita honeymoon sampai hujung hayat yer. Kalau awak sakit, saya nak jaga awak lak. Umm, kalau sempat. Kalau saya tak sempat, saya minta maaf. Awak tahu kekurangan saya, tapi awak still nak saya. Saya hargai. (T_T) <--nanges. Sebak sehhh. Yang terlibat jerk akan tahu camne hidup Cik Roketchenta. Ditinggalkan sebab sakit tapi incik tunang cakap dia terima & pilih Cik Roketchenta bukan sebab sakit or kesian. Cik Roketchenta selalu fikir camtu & Cik Roketchenta tau bile Cik Roketchenta cakap camtu, Cik Roketchenta dah buat incik tunang terasa & sedih. Actually, ni perasaan normal orang yang sakit. Bile dia tau kat mana dia mampu bertahan. Kepada yang kat luar sana, doakan kitorang bahgia selama mana kami hidup.

Untuk incik tunang, terima kasih yang tak terhingga sebab bagi saya masa. Awak tak pernah memaksa saya. langsung tak. memangla kekadang kita tak boleh terima sesuatu pasal pasangan kita, but we can overcome it rite? We have faced it before & it was tough for both of us.Hope dugaan lepas ni takkan buat kita perang besor. Datang cara baik, nak pergi pun cara baik. ni ros untuk awak @}--

P/s : Tahnks untuk kad besday & hadian besday awak tu incik tunang. Will wait for the moment raya ni. Kekeke. Malu lak rasa. (-.-)

~ sekian ~

Sunday, June 17, 2012

.:: imaginasi ::.

Assalamualaikum. <--tak jawab dosa. =)

Taken on 16 June 2012 (latest pic) Cute tak? Cute tak?
Erm, last post kira cerita pasal sweet couple. Post yang ni pon nak cerita pasal cute hubby & wifey. Cerita ni pasal suami dia agak berumur tapi isteri dia muda. Haha. Trend sekarang selalunya perempuan kawen dengan lelaki muda tapi post kita ni, kita tukar sikit cerita jadi lain. Lain sikit jerk.

Nak dijadikan cerita, after 2 3 bulan berkahwin, si isteri yang cute & manja ni main tepung kat dapur. Kemain lagi ayat kita. Memain tepung k. Wakaka. Acah je. Kita bace dialog kat bawah ni yer.

Suami : Budak busuk ni buat ape main tepung ni?

Si isteri tadi diam & buat dekkkk jerk. Tapi dalam hati..." sesuke je orang tua ni ggil kita budak". Wakaka. Orang tua kau. Hamek. Nasib dalam hati jek.

Suami : Kita cakap dengan awaklah. (cucuk2 bahu isteri dia yang kecik dari dia.)
Isteri : Ehhh, pakcik cakap dengan saya ke? Bukan dengan budak busuk? (perli, sakit hati punya pasal)

Kali ni si suami pulak diam. Peti ais dibuka & air oren dalam kotak dikeluarkan. Laju jerk tuang dalam gelas besor. Ulang! Gelas besor k.

Isteri : Pakcik nak tenggok je ke? Tak nak tolong?

Si suami pulak buat dekkk. Sambung gogok air. Si isteri mule sakit ati. Terus dia pandang suami dia dengan mata cerun macam ni ---> [>.<]

Suami : Ehhh, awak cakap dengan kita ke? Kita ingat awak cakap dengan pakcik tadi.

Wakaka. Kena balik. Terus berubah wajah bini dia yang cute tuh jadi merah padam. Tak jadi marah. Wakaka. Orang muda selalunya kalah dengan orang tua. Fakta.

Suami : Sayang nak buat ape pecah2 telur dengan main tepung ni?
Isteri : Nak buat ayam panggang. (saja nak kenekan suami dia balik)
Suami : Ooo. Sebelum panggang, ayam perlulah disalut telur yang bertepung. Hebatnya sayang. Jadi kentucku grilled chicken la nnt kannnn. Sluuuurrrp. Sedapnya... (balas balik)
Isteri : Malas nak layan orang tua. (moncong)
Suami : Malas nak layan budak hingusan. Nak buat kek sejibik tapi bersepah macam orang buat kenduri kawen. (muka selamber sambil minum air oren sejuk)

Si istei tadi kan darah muda. So, dia geram dengan aki dia...dia sapu tepung adunan tadi kat pip suami dia. Wakaka. Someyyy. Dah sapu, pastu gelak.

Suami : Main kasar erk? Tunggu sat. Sat...sat. (sambil tnggikan seluar kat pinggang)

Si isteri tadi kaget bila suami dia dah angkat mangkuk adunan dia tadi. Kelam kabut dia lari pergi jauh tapi still mengelilingi meja.

Suami : Berani cari pasal berani tanggung. <---muke miang. Bayangkanla. Wakaka.
Isteri :Orang gurau je. Ampun. Orang gurau. Jangan bazirkan benda tu. penat ngadun. Ampunnnn..
Suami : Its too late to apologise honey. You are too late. Its too late to apologise...(siap nyanyi lagi tuh..)

Si isteri tadi ketawe gile2. Kelakar bile tengok laki dia menyanyi denga penuh perasaan even lagu tuh pendek jerk. Dalam dok gelak2 tuh..suami dia dah ade kat belakang.

Suami : Nah, amik ni. Alololo, jimat duit abang. Tak payah beli masker dah. Sayang pakai ni je ye.

Wakaka. Habis penuh muka bini dia. Dai dok asyik gelak tadi terus terdiam & jadi batu. Taak boleh nak buat ape. Diam2 tangan dia masuk dalam mangkuk yang suami dia pegang tanpa suami dia perasan.

Isteri : Abang tau tak....alang2 nak berjimat, biar cantik & cute macam orang.

Dengan sekelip mata, bini dia tenyeh adunan tadi dengan tapak tangan  betol2 kat muka hubby dia. Hamek ko. Pastu dia lari masuk bilik air. Kunci pintu.

Isteri : Padan muke. Rosakkan lagi adunan orang. Penat tau tak? Dahlah kena pukul telur manual. Membazir.
Suami : Tak membazir pun sayang.
Isteri : Apee?? (separuh menjerit sebab paip terbukak)
Suami : Abaang kata...tak membazir pun. Sayang baru pukul mentega dengan telur kan?
Isteri : Ha'ah tapi bazirla. Penat dapat tapi kek takde. Ntah pape.
Suami : Tu nasib bek tak taruk tepung bagai. Kalau tak lagi bazir.

Si isteri tadi pelik. Paip air ditutup & pelan2 dia bukak pintu bilik air. Intai keluar. Suami dia dah takde. Elok dia keluar jerk, suami dia jerkah. 

Suami : Mana mau lari cik adik manja sayang? (senyum bangga sambil pegang mangkuk adunan) Surpriseeee!!!! 

Tergamam si isteri yang cute tadi bila mangkuk tadi dah jadi topi. Wakaka. Habis sume.

Isteri : Ok, fine! Abang menang. Puas hati?

Terus dia masuk bilik air balik. Belum sempat tutup pintu suami dia dah masuk sekali dalam bilik air.

Isteri : Alololo, kesian dia somot habis yer. Meh abang tolong bersihkan.

Si suami tadi tarik tangan isteri dia sampai dok betul2 bawah shower. Paip shower dibuka. Keala isteri digosok2.

Suami : Sayang ni kelakarlah. Nasib baik abang pergi dapur tadi tengk sayang buat ape.
Isteri : Ape yang lawak? Orang tua ni pelik2 jela. (manja gell)
Suami : Umah kita takde oven lagi. Abang tengok je sayang bersemangat pukul telur. Berpeluh2.
Isteri : Hekkkk, takde erk? Yang abang boleh skodeng orang tu nape? Bukan nak stokan dari awal. kejam.
Suami : Dah sayang bersemangat sangat. Abang rasse lucu. Abang biar jela. Abang gelak la dulu puas2.

Si isteri turut gelak. Muka suami disapu untuk hilangkan adunan yang melekat.  Pastu boleh pulak dedua orang ni main air. Korang sendiri dapat bayangkan camne. Sweeettt sehhhhh. Jelesnyer kita.

Selang beberapa hari je si suami dah bekikan oven untuk isteri dia. Dia ingatkan isteri dia nak buat cak. Rupenyer cupcake. besela kan...orang cute akan buat cupcake, orang cantik akan buat kek. Wakaka. memandai je buat fakta sendiri.

Post ni habis sampi ssini jerrk. Next post akan ade lain punya imaginasi. lagi hebat. <---bajet hebat je, Ayat selalu meletop kebabow tapi bese jerk. Wakaka.

Masa kita cari pic nak letak atas ni..kita baru perasan asalnya pic ni kat blog mamat ni..nama dia Muhamed Haziq Zainal. Post under tajuk Sweet kan?? Ok...nak add dia kat FB.<--gatal. wakaka. Ukhuwah fillah.


~ umo tua xpe, jnji jiwa muda v(^__^)v~

Thursday, June 14, 2012

.:: Tongyu ::.

Assalamualaikum.

Post kali ni nak cerita pasal sepasang suami isteri yang sangat cute. Pasangan ni baru kawen. Dalam 2 3 bulan rasanya. Pasa suatu malam, si suami ajak isteri dia amik angin kat luar. Gila. Sape tak nak? Kalau dok umah kampung, depan umah ada beranda lak tuh. Perghhh. Si isteri pon ikut suami dia. 

Suami : Cantikkan sayang?
Isteri : Saya memang cantik.
Suami : Sape cakap awak?
Isteri : Eh, bukan saya erk? Alamak! Malu. (Tutup muka)

Si suami cecepat tarik tangan yang menutupi muka isteri dia. Alololo. Someynyer suami dia. Nak yang cam gini.

Suami : Sayang memang cantik tapi...
Isteri : Ada tapi tuh yang tak best. Ok. Moncong. ( cebik muka moncong)
Suami : Abang tak habis cakap lagi la sayang... (sambil mencuit dagu isteri..) Sayang cantik tapi kalau sayang pakai kain lagi cantik.

Muka si isteri tadi berubah. Dalam hati tertanya2. Kaki dah start rasa sejuk.

Isteri : Kenapa kena pakai kain baru dikira cantik??

Si suami pandang ke bawah..si isteri pulak tutut tengok bawah. 

Isteri. Alamak!!!!! Lupa pakai kain. (separa menjerit then tangkup molot dengan dua tangan)

Si isteri kelam kabut masuk umah cari kain batik. Si suami pulak terbahak2 ketawe sampai menepuk lantai. Gile. Boleh dia biar jerk bini dia kuar kat beranda tak pakai kain. Sound jela awal2. Wakaka. Tak lama lepas tuh, si isteri menyorok belakang pintu sebelum keluar untuk join suami dia amik angin.

Isteri : Abang, sini la. Sejukla kat luar.
Suami : Sayang, sini la. Takde sejuk mana. Dah pakai kain kan? (nada mengejek)
Isteri : Tak payah nak perli2 k. 

Si suami ketawe mengekek teringatkan scene si isteri berlari masuk ke rumah. Tangan isterinya di tarik. Kemudian memeluk bahu isterinya.

Suami : Sayang, kenapa pakai kain kat kepala? 
Isteri : Sebab orang tak reti pakai kain. Orang pakai suar ni, kain ni tutup kepala. Baru macm gadis kampung.
Suami : Eh, awak gadis lagi ke? (menyakat)
Isteri : Eh, tak gadis dah. Mencikkkkk. (tumbuk2 manja dada suami dia) <--somey sehhh
Suami : Sini. Abang ajar sayang pakai kain. Tuh la. Lain kali belajar pakai kain. Tido esek pakai suar jerk.

Kain batik yang menutupi kepala si isteri di ambil. Sis suami menyarungkan kain keada si isteri. Alololo..sangat sayangnyer laki dia kat dia. Jeles.

Suami : Tarra!!! Dah siap. 
Isteri : Ni ape ni? Ape bongol panjang ni?
Suami : Eh betul la. Tengok. Same kan macam abang punya. (sambil tayang kain peikat yang dipakai)

Korang paham sendirila camne lelaki pakai kain pelikat. Ade ke patot dia pakaikan bini dia kain batik macam dia pakai kain pelikat??? Wakakaka. 

Isteri : Eeeeeiiii...menyampah. Kalau tak buli orang tak boleh ke? Majok.
Suami : Alolololo, buadk manja ni esek nak moncong jerk. Jom main raksasa dengan otomen. Nak?
Isteri : Orang nak jadi Boboiboy. Tak nak Otomen. Serang raksasa!!!

Si isteri tadi terus mengejar suami yang berlari terus keluar laman rumah yang lapang. Berkejar2 dorang kat laman umah. Sweet gile. Nak2 pulak laman doran TNB letak lampu jalan. Mak aiiiii.. Si suami berlari memasuki beranda dan tiba2 rebah. Si isteri terus menyerang 'raksasa'.

Isteri : Dengan kuasa bulan, akan menghukummu. (Siap buat gaya)

Gaya sailormoon diulang2 tapi tiada respon dari suami. Si isteri tadi pelik. Perlahan2 dia merapati suaminya yang tak bergerak.

Isteri : Abang. Asal tak gerak ni? Orang belum serang yang final punya.

Si suami terus tak bergerak. Si isteri merapati suami. Kemudian mengoyang2kan badan suami. Still tak bergerak. Lalu, terus dia merangkul suami dan memangku kepala suami atas riba.Menangislah si isteri tadi tersesak2.

Isteri :  Raksasa, bangun. Jangan mai dulu. Boboiboy minta maaf. Janji tak guna kuasa sailormoon. (tersangkut2 sebab tgh nanges kan...)

Tak semena2 suami dia tergelak. Si isteri tadi tercengang2.

Suami : Apela sayang ni. Abang mati pun nak guna dialog kartun ke? Adoiiiii..pengaruh kuat sangat ni.

Si isteri mengesat air mata. Mata yang kecik di kecikkan lagi. Camni ---->> >.<

Isteri : Memain erk? Bazir air mata orang. Rasekan ini.

Dengan penuh rasa geram. Bini dia tarik hidung suami dia sekuat hati. Hamek ko. Memerah hidung. Ehhhh, berair mata kau. wakaka. Sweet tak? Sweet tak? Lepas dia taik hidung suami dia terus dia lari masuk bilik. Si suami hanya mampu mengejar after kesat air mata.

Wakaka. Sweet kan? Umm. You know who you are. Romantik gile suami dia. Ni puasa dah nak dekat. Suami dia ni rajin sangat belikan pulut panggang untuk isteri dia. Isteri dia suke makan kuih ni. Asal jumpa je, suami akan belikan. 

Si isteri pulak memang tahu suami tak makan ikan sungai dengan ikan sardin. Dah tau suami tak makan...lauk tu jgk dia amasak. Wakaka. Jahat isteri dia. Tapi dia masak untuk diri sendiri la. Paling sweet suami dia penah cakap... "Abang tak makan ikan haruan tapi abang bercita2 nak pancing sendiri ikan ni untuk isteri abang makan." <--- ayt ni bleh buat jantung pompuan luruh serta meta. It's killing me either. Sumpah!

Paling sweet suami bg SMS kat bini dia. Macam kat bawah ni..







Terharu sehhh bini dia dapat SMS gini. Untungkan??? Ade ke kat luar sane lelaki camni? I wish to have the scene. Umm. Tibe2 rindu kat si Tongyu. You know who you are. Miss u alot. 

~ @}-- ros utk Tongyu ~


Thursday, June 7, 2012

.:: Let me explain ::.

Assalamualaikum.

As  said on FB, for the time being my Maxis contact number can be contacted. But, After 3 days, my abah ngamuk sebab banyak backup contact dia gune nombor tipon kita tuh. Dengan perasaan malas, kita peri jugak maxis center. Malam sebelum pergi tuh abah kita tunjuk tempat lagi. Konon2 kita akap tak jumpa, sekali nah!! Depan menara dia je kot. Isk. So, awak yang kat uar tuh tak payahlah nak hantar SMS kat kita maki2 konon2 kita tak patahkan sim. Hello, kita dah blocked nombor awak. Puas hati??! Padan muka. Segala call or SMS awak kita takkan dapat. Awak mungkin tengok SMS awak tu delivered but definitely on my side, it directly go to trash. Thanks la kepada oang2 kat Maxis tu sebab tolong ajar camne nak lock & install barang baik untuk makhluk2 gila talak ni.

Awak hanya malukan dri awak sendiri. Ingatlah, tak semua orang boleh lupa apa yang dah jadi kat hidup dia. Ko senang2 datang, senang2 nak pergi. Pastu datang balik dengan penuh dramatis puitis. Hello, I'm not JLo. Definitely I'm not going to be an actress in your story movie. Who are you? I dunno. So, after diz, pls dun waste your money to try looking for me. We are done. You have your own life. Jangan jadi dayuss ok???? Ko nikah dengan sorang perempuan yang sayang sangat2 kat ko. Dia jaga ko kat sepital. Kira ok la dari aku yang tak jage ko ni kan?? Nampak tak kat situ? Dan lagi satu, hargai apa orang lain dah buat untuk awak dengan biarkan dia bahgia dengan orang lain. jangan sebab kemahuan kita tak sychronise dengan apa yang kita dapat, kita paksa ia jadi seteru. 

Saya dah bagi awak cukup peluang. jangaan ungkit ape2 dah pasni sebab saya takde massa nak layan karenah suami orang yang selalu cari masalah. Padahal benda tuh dah setel. Saya maafkan awak seikhlas hati. Awak hiduplah dengan cara awak. Just jangan paksa saya buat benda2 yang awak sendiri akan rasa tak selesa. Terima kasih kalau awak faham. Saya pun nak hidup bahgia macam awak. Saya pun nak rasa solat berimamkan sorang lelaki yang halal bagi saya. Bukan awak sorang je nak kutip pahala tuh. Jangan lukakan hati perempuan yang sayang awak. Cukupla saya je rassa. Perit tau tak??? Sekian.

" Cobalah untuk mengerti aku, seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu. Cobalah untuk merasakannya, seperti aku yang merasakan semua isi HATIMU.. " *nanges

~ @}--- ~