Wednesday, July 25, 2012

.:: The day of Chaos ::.

Assalamualaikum.

Shalalala. Kepala weng sebab lebih 24 jam kita tak tido. Wahhhhhhh!! Bukan pasal bola k. Harap maklum. Kita tak boleh tido. Tu jerk. Ok. Hari ni hari paling serabai bagi kita. Setakat ni dalam bulan Julai k. Adooiiii. Macam hal. Adik kita la, Pak Lan la, Acik Imah la, anak2 la, pasangan la, cucu cicit piut miut sume ada. Pepagi buta pergi sekolah jumpa Pegawai HEM sebab nak tau hal adik kita sorang. Cikgu puji kita beb sebab kita otai. Kahkahkah. Otai la sangat. Kesian cikgu tu tolong cop CV kita yang banyak. Kesian cikgu. Ampun.

Kita masuk kije tadi awak jam 0858. Gile. Lagi 2 min je. Tau tak, kita tarok kete kita merata jerk. Takde petak. Bedal jerkla. Janji tak ganggu jalan orang. Pedulikkkkk!!! Ade cop mohor besor kat situ. Samanlah kalau nak. Kita tak nak bayar. Pedulikkkk!! <-- serabai gile dah deni.

Vavavava. Paling tak boleh blah, dalam pukul 3 ada lah jenglot ni tibe2 call ke SMS ntah. Tak ingat. SI suami orang ni. Dahla kantoi skodeng vlog orang pastu kantoi lak tuh guna tipon canggih. Sebelum ni dia cakap guna Cekia 3310 jerk. Watta &^%&^??? ALLAH tu da. Sekelip mata sudah dibukakan petunjuk tuh. Kantoi disitu. Dulu kantoi duit dia kena tolak sebab backup ape ntah. Kan ade function maxis via USSD tuh. Eeeee, kita takotlah dengan perangai suami orang ni. Gerun. Seram. Rasa tak selamat jerk.

Baru jap ni tadi, dia call lagi sebab tibe2 dia boleh guna wassup pulak. Adoiiii. Kantoi lagi. Kita malas nak layan suami orang gila talak ni. Ape lagi masalah dia ntahla. Yang tak paham tu konon2 dia macam tak kenal dia. Hello, it is better to be like that. We never know each other!! I dont even know you. Who are you? Spiderman? Spenderman?  Banglaman? Ahhh, non of my biz. You may get lost. I dont bother or even care about you. Nothing to do with me.

Mengantokkkk. Siyeshit dah ni kepala ding dong. Tak mampu nak bendung. Eh tahan. Tatata.

26/7/12 - edited.

malam tadi sebelum tido si mamat atas ni sms lg. ruopenyer kawan dia..but my instinct said that was him not his fren. sorry, both of you got notrust from me either. Both of you sama je PEMBOHONG!

 

 

Monday, July 23, 2012

.:: salam Ramadhan ::.

Assalamualaikum.

Huarghhh, sekejap je dah puasa balik. Rasa mcam baru 2 3 bulan raya kowt. Post kita nin lambat kuar sebab takde masa lolz. Kita dah kija nin kemain payah sikit la nak tengok Fb vlog bagai. Twitter lagi la tak payah cakap. Tauhukah anda, kita ceri beri hari ni (puasa ke-3) sebab ubat kimo tuh dah jenjalan kat badan kita nin. Awak tahu tak kita rasa camne? Rasa letey. Hahha. Macam lawak pun ada.

baru sat ni kpop tanya kita Ok ke tak. Kita inform kat dia pagi tadi kita tak sihat. Kalau kita lembab reply email tuh harap2 dia paham. Sebab kita meme rasa lemau habis. Lembik gedebek. Until 4pm tadi, kita dah g toilet 5x dah awak. Adoiii. Dugaan betol la. Takpe. Nanti esok2 amik MC. <-- beranganlah...

Dari pagi tadi, kita reply 28 email jerk. Sebelum kita reply, kita kena hantar dulu jawapan kita untuk verification. Si kpop selalunya verify tapi harini Lyanne (korean) yang verify. Agak lambat sikit sebab dia nin pun buat backup untuk back part. Maka, melambung2lah kita melangut jerk kat kerusi nin. Nak update vlog, malas. Maka tangguh. Pukul 4 baru rasa rajin nak update blog. Rajinler tuh kiranya kan? Kan? Kan?

Ok. Dah berlambak dah email masuk nin. Adoii. Nak merungut boleh tak? Kita sakit badannnnnnn. Siyes tak larat. Lemau gile rasa. Tak tahulah camne nak bawak moto balik nanti. Balik pukul 6 tapi macam takde ape2 pun beza balik pukul 7. Lemau & masa macam lambat sangat kenapa erk??? Helllllppppp!!!!

Ehhhhh, terlupa lak kita tinggalkan blog. Tau tak, semasa kita sambung menaip ni dah pukul 5.20pm. hahaha. Ralik buat kije. Lupa tengah dok update vlog. K la. Dh nak balik. Email bertimbun nak kena hantar ni. Silalah hantar email banyak2 kat kitorg k. Lempang kang...hahaha. Tatata.




Wednesday, July 18, 2012

.:: Janji ::.

Asslamualikum.

Sebelum kita sign in vlog nin, kita dah off dedua phone kita. Kita tak nak ada orang ganggu kita masa buat post ni. Kita nak someone paham kita. Sebab kita kurang bercakap or berbincang. Bukan salah sesiapa tapi keadaan dan tuntutan yang lebih penting harus diutamankan.

Untuk seseorang yang dah pun mengikat diri kita dari dipinang orang lain, post ni khas untuk awak memandangkan saya tak pernah buat post khas untuk awak kan? Sekarang nin, kita dah ada sedikit kekuatan nak update kat vlog ni untuk awak. Kalau pasni pape jadi, boleh baca post ni banyak kali. (^^,) Patotnya saya nak post lepas raya nanti tapi takot tak sempat lak. Kita tak tahu bila masa kita sampai. Kita pernah mimpi kita dah nak mati. Dalam mimpi tuh kita tak boleh bernafas, kita terjaga then kita rasa mengah. Kita takot. Kita perrnah cakap kat mak & tanya mak kita tentang benda yang sama macam kat bawah ni. Tapi mak tak reply pun. Kita rasa terabai. Kita tau mak pun tak boleh nak jawab. Bacalah.

Jangan tanya katne kita dapat benda kat bawah nin. Tapi kalau tahu, bagusslah. Senang sikit. Benda ni hanya orang yang same tempat macam saya jerk selalu buat. Takdir kitorg ALLAH dah tulis. Definitely we cant compare others happiness with ours. (T_T) Sumpah, kita jeles tengok orang yang sihat2. Dorang sememangnya kurang satu benda nak fikir. Pasal SAKIT.

Ramai orang kalau cakap kanser jerk, first perkataan yang keluar "kesiannyer ko." Saya tak nak dengar benda tuh. Kalau mak kita berrcerita kat jiran2 pun kita marah mak kita balik. Kita tak suka mak kita kenalkan kita pada orang2 kat luar sana dengan "ni la anak saya yang sakit tuh.". Nak mintak awak tolong cakap kat mak saya passal ni sebab saya kalau cakap, saya terus nanges. So perkataan yang nak cakap tuh takkan terjelas keluar. Tapi tolong cakap kat dia bile saya dah tak ade nanti. Bukan sekarang <--ni sampingan.

Umm, actually semalam lepas awak bagitahu ibu mintak awak buat istikharah, kita dah start rasa ada betolnya. Even hati kita takot pilihan awak berubah. Mujur iman ada lagi, siapa kita nak lawan takdir ALLAH. Tapi sampai massuk2 dalam mimpi. Saya siap mimpi saya akap dengan ibu awak. Tak ingat kat mana tapi antara dialog saya, saya siap cakap, kalau ibu tak berapa setuju, ibu boleh cakap terus. Saya takkan tanya kenapa sebab saya tahu TAKDE seorang mak kat dunia ni tak sayang anak dia. Semua mak nak tengok anak dia bahagia. <-- saya dah cakap malam awak call saya tuh kot.

Bukan tu jerrk, saya mintak izin kalau boleh ibu setuju. Kaalau tak nak bagi hantaran pun, bagi mas kahwin. Kalau tak boleh jugak bagi saya Quran je atau surah Yassin sebagai mas kahwin. Janji saya boleh balas cinta awak tuh dengan cara yang HALAL. Time saya cakap dengan ibu awak dalam mimpi tu, saya nanges teresak2. Saya tak tahu apa lagi saya boleh buat. 

Saya nak cakap terima kasih. Untuk semua, even yang baik or tak berapa nak baik. Mintak maaf untuk perkataan yang menyakitkan hati. Saya bukan nak lari tapi nak luahkan hati untuk awak. Saya tak kisah oang nak share cerita saya ni. Mesti dorang tak tahu nak cakap camne kat pasangan dorang. Terima kasih untuk luang masa. Saya tak tahu kenapa saya tak boleh lupa awak sanggup teman saya kat katil masa ubat yang sakit tuh doktor inject kat celah rusuk saya. Sepanjang saya sakit, mak abah sendiri tak pernah tengok doktor/nurse suntik Clexane kat badan saya. Sebab tu saya terharu. 

Awak tahu banyak tentang sakit saya lagi banyak dari mak abah saya tahu. Dorang tak tahu bape lama saya ada. Bukan tak pernah bagitahu, tapi dorang suka buat dekkkkk. Tapi tak tahulah dalam hati dorang camne. Saya takot kePOSITIfan dorang tu nanti akan melukakan hati dorang. Saya dah banyak kali bagitahu awak. Jangan kata saya tak ingatkan awak. 2 hari ni saya teringat ape yang ibu cakap. Saya takot sebenarnya. For patient that diagnosed as Stage IV lung CA can survived up to 5 years. Sekarang saya dah suffer sakit ni dah 3 tahun. Saya tahu ALLAH rahsiakan kematian. Selagi belum ajal, doktor pun tak mampu buat pape. Dan saya paham kerisauan seorang iu bile anak dia nak kawen dengan seseorang yang berisiko. Saya tak maah, kesihatan adalah salah satu nilai yang perlu diambil kira dlam memilih calon isteri. Saya mungkin bukan tergolong dalam salah satu nilai tuh. Saya paham. Tapi saya tak mintak. Kalau saya sihat & ade anak yang macam keadaan awak sekarang, sah2 saya suruh dia fikir beribu kali lemon. "Betol ke nak kawen dengan orang sakit ni? Nanti dia mati, awak nak tinggal sorang2? Kalau takde anak tape, kalau ada anak? larat nak jage? Baru setahu lebih kawen dah mati.Kalau tak tahu sakit takpe tapi ni dah tahu." <-- macam ayat novel.



OK. Tak nak buang masa. Ni mesej penting dalam post ni. Kalau ape yang kita berdua merancang tu jadi, JANJI dengan saya kat atas ni. Tolong Cmments or post kat vlog awak yang dah semakin canggih tuh. Cantik dah, bolehlah sambung minat saya jadi vlogger lepas saya takde nanti. arepeace-arelead.blogspot.com Jangan tulis ayat panjang2 sangat. Letaklah pic ke ape. Bosan je nanti orang nak bace. Kalau saya, saya bace je sebab awak kan pembaca setia post saya. Sementara ada nin, saya bace vlog awak banyak2 kali. even tak selalu tapi bila g vlog aak jerk, saya bace balik semua post awak tu pastu gelak & komen dalam hati. Hahaha. Cute tak perangai camni? Cute la cute la..<--gedik.

Umm, k la. Nak nanges dah ni. Hormon sedey dah banyak nin. Sob9. Bertakung sudah airmata. Babai.


~Takkan selamanya kekal~


.:: beware dengan rasa PELIK::.

Assalamualaikum.

Pepagi lagi kita dah update vlog. Gile rajin kan? Rajin tak? Rajin tak? Hehe. Umm, nak post pasal hati2 dengan perasaan PELIK terutamanya dengan lelaki. Kita bangun2 tadi, lepas tengok mak abah dengan muka adik2 kita, kita teringat encik tunang kita. Awak OK tak sayang? Hahaha, sayangla sangat. Awak OK tak sekarang? Umm, kita nak bagitau kes suami orang ni actually. No secret.

Yesterday, tengah kita bersemangat mengait untuk encik tunang, si suami orang ni sms kita. It's OK. Tapi kita tak paham ape motif dia sesaja salah hantar SMS after sms yang ok2 sebelum tuh. Ke dia kantoi jadi playboy ntah. Ayat dia 'Radndu sgt dh yunk.. jgn la tdo g.." Apekah ini? Sms ni masuk pkol 2250. Last sms dia no kat kita pukul 2128. Watta &^%*???? So, kita reply ??? je. Kita rasa tak selesa lah. Bukan apa, si suami orang buat gitu, mana respect dia pada isteri dia yang SETIA dengan dia. Kita tak rasa dia salah sms sebab kalau seorang suami betul2 sayang isteri dia, dia takkan silap hantar sms. Kita tau sebab lately kita dah tak tersalah hantar sms sebab asal kita nak sms encik tunang jerk, kita cari nama Hubby. Wah, cute tak? Cute tak? Kita tau encik tunang suka kita letak nama dia Hubby kat phone. Awak letak nama kia apa erk? <-- sebok nak tau jugak. Sila letak nama Chenta hati k. Wakaka. Gedik.

Haaa, kita rasa si suami orang ni saja nak buat kita cemburu bagai. Awak silap suamiorang. Kita takde perasaan. Asal sms awak masuk jerk, kita mesti buat muka dulu. Awak kena tau tuh. Tolonglah ubah niat awak tu. Kita dapat rasa masa awak sms malam tadi "Yuuhhhuuuu.... wife dah bl! :D ". Yang kita pelik tuh, semalam awak dengan confident bagitau isteri awak balik lusa which is today. Kenapa malam tadi tiba2 balik? Lolz. Kantoi sudah tipu kat situ. Pastu kita tak paham kenapa perlu sms kita? Motif? Nak bagi jeles? Silap lagilah awak. Awak yang jeles kita dengan tunang kita sekarang. Asal awal tahu jerk kita buat something (mengait) untuk tunang kita, awak rasa tak sedap hati, sakit hati & CEMBURU. Kita kenal awak, awak akan buat kita rasa apa yang awak rasa. Bila awak nak buat kita jeles, sebenarnya time tu la awak cemburu kat saya. Awak akan buat kita marah bila awak tengah marah. Please be informed I was 21 last 5 years. I do understand what you are facing right now. 

bila awak nak share kegembiraan konon2nya wife awak balik, it supposed not to be like that "adik". Dahlah awak salah hanta sms. Kita tak rasa itu tersalah. Itu bermotif. Sama ada awak salah hantar kat mangsa baru or nak bagi kita cemburu. Awak silap besar kat sini. Kenapa saya perlu nak rasa cemburu pada awak? Awak pun tahu saya ada siapa sekarang. Awak tahu apa jurangnya perbezaan awak dengan dia. ALLAH dah atur cantik2 untuk saya. Bukan dengan awak tapi jauh lebih baik. Sama jugak dengan awak. Saya tak mulia sangat then awak dapat seorang isteri yang mulia. Walaupun awak TERMENIKAH tapi bahgia jugak kan? Haaa, TERMENIKAH pun boleh bahgia. Hikmah perkahwinan ler tuh.  InsyaALLAh kita camtu jugak nanti yer encik tunang. Even kita jauh terpisah dengan Laut China Selatan, cukuplah kita saling doa untuk disatukan secepat mungkin. Dugaan makin hari makin banyak. 

Kepada suami orang, henti2kanlah buat perkara camni. Takde faedah. Apa kata awak buat hal awak, saya buat hal saya. Saya takda terkejar2 awak or ganggu rumahtangga awak. Mintak tolong sangat2 kalau awak baca post ni. Kirim salam pada si isteri yang yang kononnya bukan pilihan hati tu. Dia yang jaga awak kat hospital & layan kehendak awak dah. So, sila bertanggungjawablah yer. Even isteri jauh pergi outstation, tunggulah dia dengan hati yang setia, bukan mencari kepuasan kat luar. (-.-) mintak maaf sebab taip camni kat sini sebab kita rasa PELIK yang teramat bila ada satu sms yang awak tersalah hantar. Terkedu sekejap sambil mengucap panjang dalam hati. <-- tengok balik sms hai Jumaat awak kalau still simpanlah. 

Kepada encik tunang, woot woot. Kita tunggu awak balik nanti. Kita sentap sekejap sebab awak tak turun kat LCCT. Huarghhh. Jumpa lepas raya je kat Melaka k. Baru betul sejarah. Wakaka. Awak tau tak, Acik Imah dah plan nak bawak hadiah besday awak bagi kat kita tuh ke kampung. Gile la. Mana ler kita nak sorok benda alah gedabak besor tu. Kita tak nak rasmi lagi. Nak rasmi dengan awak nanti. Hukhuk. Helppppp!! <-- gedik. jangan layan. 

Hari ni kita kimo la awak. Terima kasih sebab tolong jaga kita. Yela, kalau bukan sebab awak, kita dah lupa makan ubat untuk kimo hari ni. Jenohlah dengor nurse 2 orang tu bagi ayat2 merisokan. Takot fainted, takot alah, takot muntah, takot vavavavava. Asal makan jerk, awak mesti jemput kita. Kita kalau makan, bace doa terus sumbat dalam molot. Nak comel la konon. Dah habis barulah bagitau. Hebat tak? Hebat tak? Wakaka. Haa, kita dah aktifkan akaun FB balik. Isk. Tapi dah seaktif dulu lah. Dah kija skang. Susah jugak rupenyer jadi junior exec merangkap customer service. Tapi I do love my job. Rezeki ALLAH bagi. Bertambah baik kijenya walau ade sikit celanya tapi I dont bother.

Kita nak siap2 pergi sepital. Kita nak naik scoot WQA kita. Nama dia Abam Atam. Dia ni abang kepada Cik Puteh. Nanti kita kenalkan pada awak2 semua k. Kepada tunang, dah nikah nanti kita naik moto ni yer. Kita ronda2 kat taman. Sekarang tak boleh sebab Pak Lan gemuk dah. Buncit lak tuh. Kalau dia dok tengah2, kita kompom dok kat hujung2. Asal awak langgor lobang, kita terus tercicir. Menonongla awak berdua jerk jauh tinggal kita. <-- i'm laughing once my imagination cross my mind. Do you?

K lah. Nak siap2. Hello, encik tunang. Kita rindu awak melangit2 ni. Sila jangan sms, kedit tuh kasik expired k. Wakaka. Opposite meaning actually. Btw, please pray for both of us kengkawan sekalian alam. Tak lupa jugak kepada semua binantang kat hutan tuh. Kita tak pernah memuburu awak. Awak patut bersyukur. Tapi untuk nyamuk yang nyonyot darah kita tuh, jaga kau. Minggu depan, meme teruk ko. Berani2la hinggap kat kulit kita, meme makan asap atau spray. Siyeshit awak kena. Takde delay dah2. Famili kita semua dah plan hapuskan awak minggu depan. Padan muka. Baik lari sekarang. K la. Tatata. Lebiu awak awak awak awak semua. Muaahhhh!


Monday, July 16, 2012

.:: Nur Roslan will be back on FB ::.

Assalamualaikum.
Arghhhhh. KPOP suruh kita aktifkan account Fb sebab kena buat affiliate. Adoiii. Dari minggu lepas dia suruh tapi kita buat dekkk jerk. Apekah masalahnyer kalau tak buat. Kita dah tanya KPOP tapi dia cakap, "you should know how we reward our customer & how this biz growing." Hekkkk, KPOP ni saje jerk. yang Malaysia punya account tak nak lak suh kita buat. Yang email ade kaitan dengan FB tuh jgk yang dia suh register. Arghhhh. Tensi jerk la.

Harap maaf, selagi dia tak remind kita 3x, kita tak nak buat. Wakaka. Lantak situ. Tunggu dah bagi reminder ke3 baru kita aktif. Hahaha. So far buat2 paham jerkla how it works. kita tak suke practical learning, sebab tuh la si KPOP tuh suh kita buat amali. Ham ek ko, kena buat sume bagai. Isk9.

K la, kita curik2 update vlogggg ninnn. tengah kije lagi nin.. Tatata.




Wednesday, July 11, 2012

.:: minah scoot kembali ::.

Assalamualaikum. Woot woot.. Nur in da houseeeee.

Tahukah anda bahawa hari ni saya sampai awal dari semalam? Grrr...grrrr.. ninnn nak habaq sat, hari ni kami g kija nek scoot. Woot woot. Bapak berdesup p nunnn. Kemain. Wakaka. Bapakla seronok. Tahukah anda bahawa since 2010, kita dah lama tak naik moto. Hebat tak? Hebat tak? Abah kita nak guna kereta kita, maka dia repair lah scoot kita yang dulu. Dah lama dah scoot kesayangan kita nin tersadai awak. Sayang gile. Masa kita beli cik puteh, moto tuh la kita dok gegan setiap hari g kija, men badminton, futsal, jogging, merendekkkkk..hangpa tau dke idak merendek tu ape? Merendekkkk tu merayap & nakal2. Hekkk..entahlah. macam tak pasti lak tetibe. Hangpa tanyalah mak pak hangpa merendekkk tu apa.

Haaa...nak tunjuk bukti ninnn. sat, mana p ntah lak folder gambaq ninnn??? Haaa, dapat pun. Maaflah. PC kat opis nin canggih sangat. Dua skrin kot. Tak beragak kan? Kan? Kan? Had sebelah kiri nun konci scoot kita.Had sebelah kanan tuh nestum. Hahaha. bekpes makan nestum. Alamak, ade tapau nugget. Subuh2 dah goreng nygget. Western tak? Western tak? Nak jadi minah saleh la awak. Woot woot. Kita takot datang kije lambat. Lagi pon ni 1st dau nek scoot g kije. So, tepat pukul 8 gerak dari rumah. 7.50 pagi tuh dah siap2 panas enjin scoot. Gillerrrr. Wakaka. punyalah takot lambat. Bukan ape, kita tak tau sangat keadaan jalan. So, arini kita usha2 katne ade lobang lekuk rompong bagai. Haaa, teliti tak? Teliti tak? Sdiakan payung sebelum hujan prang kata. Tahukah anda, dalam dok sebok semangat nak pergi kije tuh, kita terlupa nak prepare helmet cantik. Hamek ko, pakai hemlt bulat macam nak g bulan tuh. Bapaklah malu. Maka, nak elakkan orang perasan muka kita yang cute tapi pakai helmet g bulan, kita bawak laju. Konon la nak tengok lobang bagai. Sekali kita redah jerk lobang tuh sume. Ninnn sume gara2 helmet g bulan la. Mencikkkkk. Kita ade helmet ARC tuh tapi malam tadi lepas tukat cover seat dengan abah, kita bawak helmet tuh balik. baah lak boleh letak helmet g bulan tuh dalam moto. Kita malas dah nak nek umah tadi. Maka, gegan jela helmet g bulan. Wakakaka. bapakla lawak.  Kalau korang nak gelak, gelak la. Terbahak2 pon takpe. kita tak kesah. Dah bese.

Erm, berpeluh sudah nugget kita. lupa tadi nak bawak kuar. Ape? Nak tengok pic nugget berpeluh? jangan harap. Kat plastik dia jerk berpeluh k. Bukan nugget tu. Jangan lah direct translate sangat. Cergas sikit pepagi ninnn k. Ok dah. nanti2 sambung. Sejuk dah nestum ninn. Dahla ekon tala kot ni. <--tunjuk muka sendiri. Babai naaa. Tatata.


Tuesday, July 10, 2012

.:: benda cute ::.

Hahaha. Kita nak post lagi. Tadi kita jalan2 kat facebook baru kita kita jumpa something yang kita rasa cute ar. Wakaka. Cute ke? Haa, sorry yer. Fb yang kita guna skang untuk kengkawan pompuan jerk. FB yang lagi 1 yang ade bagge dia kt blog ni kita deactivate. Ngee, ramai sangat peminat. So, kita deactivate untuk mengelakkan sebarang perasaan cemburu. Aitcheh. padahal dia tak kisah pon. Kita jerk deactivate. Biarlah. Sape2 nak tau hal kita, please do visiting my blog. Rather than that, you may call or SMS me. Ngeee..senang2 jerk kan? Hahaha. Ok.


Haa, cer tengok pic sebelah nin. ni lah bendca somey momey kita jumpa tadi. Cute tak? Cute tak? Kita senyum jerk bace. Nasiblah dia tak bagi camni. Kalau tak, mau tergolek. Wakaka. Tergolek la sangat. Awak tahu tak, masa kita baca nin kita teringat seseorang. Yup, dia sangat cute. Sama macam kita. Berangan. Kita pernah berangan dengan dia same2 tapi sekarang jarang contact. You know who you are. Blup3x.

Sekarang ni time lunch kita. Lunch time kita 12~1. Sekarang dah ramai budak2 ni balik. kenyang jerk tengok semua muka. Kita tak kuar arini. Sebab kita rajin. Kita goreng nasi bawak bekal tapi.....tapi...bapakla pedas. Tertarok cili potong banyak. ham ek ko. Berair mata sehhh. Padan muka. Bajet tak pedas cili kecik tuh ke haa? Hahaha, tergelak sendiri masa taip post ni. Awak, awak rindu kita tak? Wakaka. Saja tanya. kalau rin du, after baca post ni, tulun SMS kita dengan menghantar "kita rindu awak." then kita akan tau awak dah bace blog kita ninnn. Ngeeee. nak gedik sikitlah. Wakakaka.
Aircond kat tempat kije kita nin sejuk sangat. Esek nak terkucil jerk. Kita siap selimut dengan sari. Eh sari ke? Ke mafla, eh ke pashmina. Eh entah. tapi dia lebar & panjang macam pashmina. Ape ntah manusia panggil benda ni. Manusia? Ahahaha. Kita hero. tak sama dengan awak awak semua. Awak semua manusia biasa. Aitcheh! Okaip. Need to stop here. Already 12.50pm. Nak pergi ladies. Sejukkkkkk. Sila peluk saya awak. Hahaha. <-- mintak pelempang. Tatata. *waving hand





.:: whooooppp ::.

Assalamualaikum.

Pintu masuk lolz.
Woot woot. Ini 1st post kita kat opis lolz. Datang awal. Start kije pukul 9 tapi pukul 8.10 pagi dah terpacul. Orang kedua lolz sampai arini. Hebat tak? Hebat tak?  Ngeee.  sebelah ni office kita la awak. Haaa. kecik2 jerk kompeni nin. tapi nanti bile dah besar gedabak, payah lak. For the time being, HR Manager dok depan meja kita jerk. Hamek ko. Ko lambat seminit jerk HR tau. Kantoi. Tak leh nak lari mana la kan?? Wakaka. Kita suka dengan kija kita sekarang. Ntahlah. Tak pressure. Team leader yang memahami ggile la. Time makan dia tak kaco langsung. Kalau hujan, dia suh HR g beli makan sehhh. Semalam makan McD. Whooop. KEnayang gell. Macam orang mnegandung dah perot kita. Hahaha. Paling tak boleh blah. Training 30 minit pun trainer sediakan subway. Gile. Gemok makan jerk kat sini. Alhamdulillah. Kije kat sini, boleh pakai baju ape jerk. Wah!! Tauhukah anda, jeans dan T-shirt lengan panjang jerk pakaian kita. Dengan tudung ar. Gile tak pakai tudung. Kita mana ade rambut sangat. Kan kimo arituh. Kening pun dah nipis. Segala rambut luruh tapi bulu hidung tak pulak. Wakakaka.


Office (pepagi cleaner tak mai lagi)
Sebelah nin opis kita la. Ngee. Keruri kaler hijau tuh. Kaler febret kita...ngeee. SUKE!!!! Haa nin yang nak taip huruf besar ni. DMinggu lepas kita pergi kije saing dengan Pak Lan. Alaaa, Pak Lan tu abah kita lah. Kita mana ade driver. Gile. Kalau kita anak Datuk Bandar pun kita tak nak pakcik drebar. Tak bebas. Kang nak melencong pergi tempat len tak boleh. Tak remaja ar kalau lepas kija terus balik rumah. Eh eh eh. Kalau Acik Imah baca nin mati ar.. Kantoi ar anak dia merayau lepas kija. Konon habis kija pukul 9 malam. 2 jam dok melangut kat subway. Wakaka. Kita lambat woo makan. nasib la sape kuar makan dengan kita. Awak tunggulah kita habis makan berjam2. Paling tidak 1 jam setengah. Maaflah yer, saya ada masalah menelan makanan. Kalau nak cecepat, sila datim dengan orang len. Bukan dengan Siti Noor Aishah Binti Roslan. Lepas ni sape2 nak ajak datim, sila offer diri nak teman kita makan sampai habis. Kalau tak, kita takkan order makanan. Hekkkk...<-- Boleh camni??

My workstation. Woot woot.
Okaip. Nin tempat duduk kita. Kat sinilah tempat berdengkur, tempat gosip (cerita pasal diva dengan akak2 senior), tempat ngadap assessment, tempat kija. Pendek kata, ini taman permainan kat pejabat ninn. Wakaka. Esok ingat nak bawak bubbles lah pergi kija. Latihan pernafasan. <-- konon2. Wakakak.

Erm, since dari hari pertama kija, kita esek bekpes roti kosong dengan teh ais. Setiap pagi lolz. Hebat tak? Hebat tak? Hahah. Kita dah gemuk sikitla awak. Tak naklah upload pic. Maluuu. <--bongok jerk ayat. Haaa, kita nak bagitau, aircond kat sini apaklah sejuk mengikut ckap2 orang kat sini. Tapi kita selamber kodok  jerk duduk bawah aircond. hebat tak? Hebat tak? Hahaha. Camnilah keadaan orang yang menjalani kimoterapi. Dia tak rasa sejuk even suhu bilil tuh cecah 16 darjah. Gile kan??? Boleh hanter pergi mendaki Gunung Everest denii.. wakaka. Tapi betul la awak. Sekarang nin, boss kita dah turunkan kepada 20 darjah. Angin aircond tu dok tala kat kita jerk. Sebab orang len sume tak nak. Takpela. I'd rather cold than panas. Kalau sejuk boleh selimut. Kalau panas? Takkan sambil menaip sambil kipas diri sendiri. Hahah. Hebat gile kalau mampu buat.

K lah, ramai dah datang ninn. Kita malu nak nak update blog depan kengkawan kita. Wakaka. haaa, untuk orang jauh yang rindu2 kita tuh, kalau dah bace blog ni....sila lah komen. Kita bosan lah esek tengok trafik jerk. SILA KOMEN!!!!! Capslock tanda siyes. Ngeeeee.... K tata awak. Tatataatatatatata.

Sunday, July 8, 2012

.:: kerja baru ::.

Assalamualaikum.

First of all, ALHAMDULILLAH sebab dah seminggu beekerja sebagai staff kat Giosis Marketing Sdn. Bhd aka Qoo10 joint venture dengan ebay. Em, seronok kerja kat sini. In term of gaji, Alhamdulillah. Setaraf dengan gaji sorang pemegang ijazah. Takdela sia2 rasa study 3 tahun amik degree kan. Paling best sebab takde undang2 ketat yang sengaja dibuat. Contohnya boleh pakai apa2 attire yang korang nak pergi kerja. They dont mind as long as you do your work & finish it. They going to pay you. Woot woot. Best kan? Tapi ni syarikat boss besar dia korea yang punya. Maka, ramailah KPOP. Hukhukhuk. Saya tak suka KPOP but my team leader yang mengaja tuh, KPOP. Huarghhh. Redha jerk la. Dlam tak suka tuh, hamek ko. Dapat terus. 

This company provide internet shopping lolz. Tryla g kat link Qoo10.com best tau. Fun!!! Tak ramai tau lagi kat Malaysia ni but in Singapore meme femes. Korang boleh like facebook Qoo10 Malaysia. Pastu register lah erk. Boleh baya gune debit kad. No poblem. Eh eh eh...macam pomot la erk.. Wakaka. Biarlah. Meme best pon, setiap hari kita login masuk web ni sebab setiap hari bertukar dia punya iklan. Suka tengok barang yang dorang jual. Best lolz. Nanti bila kita dah ade bisnes card, kita bagi awak awak awak awak awak semua. Jangan tak beli lak. Best dah skang sebab nak sopink tak payah penat berjalan kat mall dengan parking yang belum tentu ade. Kalau space U8 tak payah cakap sebab tu mall baru, meme kedai tak banyak, parking senangla dapat.

Erm, hari kedua kita start kerja dah ade masalah dengan new staff baru baru. Den bajet DIVA. Akak yang dok sebelah kita banyak cerite pasal dia. Then kita dengar jela tapi tak sangka la pulak kita jadi mangsa diva tuh. Boleh dia mintak tolong kita ajar dia, pastu at the end buat muka & cakap "ye ke?" Hello, kita dah ajar awak, at least please appreciate it by saying thanks. Awak tau tak, deni bukan educated pun. Umo 20 tahun dah kawen ade sorang anak umo 8 bulan. Dia suke bercakap dengan longhat matsalehah dia. Sangat menjengkelkan. 1st day dia kije, dia dah berani tanya gaji senior kat situ. Watta &^%^&%???? Errr, kita seram jerk tengok perangai dia. Dengan gaji kita pun dia tanya awak. Kita cakap jerkla gaji kita 2k. Nk tengok ape reaksi dia. Mak aihhh, dengan bangga dia habaq gaji dia 2.3k. Haha, sangat kelakar. Dia tak tahu basic dia tuh 1k kurang dari basic kita. Kita tak nak riak, tapi kita just cakap dia beruntung jela. Itu satu. Nak dijadikan cerite, dalam meeting dia berni demand rehat untuk hari Jumaat sampai 2.30pm. Gillllleeeeerrrrr. Itu untuk lelaki jela. Ko solat ke? Yang wajib ni pon buat dekkk jerk. Adoooi. Dugaan la. Paling tak tahan, kantoi dia update BB status kutuk kita. Akak sebelah kita bagitau. Lantaklah. Awak tanggunglah sendiri. dia macam tak tahu yang kompeni baru bertapak kat Malaysia. She aspected too much.

Then, ada lagi dia buat hal. Kita selalu makan Subway. Tak tahu pulak hari tuh, dia follow belakang kita pergi subway. Bile kita dah Q tibe2 dia moncol & Q depan kita. Watta *&^*&^????? Mamat cina belakang kita tengok jerk. Dia selamber tanya kita makan ke take away. Ya Allah. Pastu masa nak order jenis roti, keluarla loghat dia tuh. Sumpah kita menyampah. Pastu masa pilih sayur dia keluar loghat dia..."little bit of this, little of this.." Kemain. Pastu sebelum pilih sayur kan selalunya dia masuk oven utk cairkan cheese, within that period, aku pulak order. Kita order sub of the day, SOD. Dia boleh tanya kita SOD tu ape? Watta ^*&&^%??? Pastu siap tanya lagi SOD ni tukar2 ke? Wakakaka. Bajet masuk subway ingtkan tahulah. Bodoh jek la minah ni. Kan dah kene bodoh. Berlagak sangat. Hamek ko, semua dalam kedai tu tengok ko. Sape suh speaking dengan aku, last2 aku jawab malay then ko langsung tak tengok gedabak besor iklan SOD sebelum masuk subway. Ape daaaa.. 2 orang indians Q depan dia tau, indian tuh pon rasa weird tengok dia. Mane tak, lepas pandang dia jerk dorang gossip bahasa dorang. Aku senyum jerkla konon2 aku paham. Cina belakang kita geleng kepala. Wakaka. Tapi minah ni tebal muka. Lantak kau lah.

Cerite ke-3 pasal minah ni. Dia bajet dia pandai, sekali tuh, kita tanya dia drop out tu ape maksud dia? Dia dengan berlagak cakap, "drop out? Drop out la. Drop out..." Mak aihhhh. Bapakla berlagak minah ni. Nmpak sangat tak tau. Fine. Kita bukak dictionary kat website. Then baru kita paham. Tpi, yang kelakarnya tak lama lepas tuh, dalam 30 minit, dia datang kat kita awak. Dia tanya kita drop out tu ape. Wakaka. Tu  la, bodoh sombong lagi. Then kita jawab balik macam cara dia jawab. Pendek kata, kita ajuk balik cara dia cakap. Padan muka ko! Puas hati kita awak.

Hari Jumaat, boleh lak minah ni forward assesment dia kat kita awak. Dia suruh kita jawabkan. Dia buat separuh then dengan selamber dala kurungan tulis ( please help me as im kinda blurr to think wat to write out). Go to HELL. Tapi kita tak sampai hati. Kita buatkan & reply kat dia. Kita tarok remark guna capslock. Pastu dia reply balik dengan words yang sangat kurang ajar. In future, tak ayahla gune huruf budak. I'm not a KID. Wah..ko dah mntak tolong orang pastu sound orang balik. Kita just remark jerk kot. Yang berlagak sangat nape? Adooiiii... Disebabkan kita bengang, kita forward semua email2 dia yang dia suruh kita tolong jawabkan tu kat senior kita dengan KPOP. Hamek ko. You dont know who am I. I'm SPIDERMAN. Wakakaka. Awak tau tak, dia kena panggil dalam meeting room. Hamek ko. Kena ceramah. PAstu sendiri paham lah. Dia serang inbox kita. Kita  reply ape yang ptot. Ayat dia maki2 tapi kita reply dengan ayat sinis. Kita takkan mencarot bagai macam dia. Bukan style kita. Kita remind kat dia, ubah attitude sebab kita dengar cerita dia bertahan kat sesbuah kompeni hanya 2 bulan jerk. Experience kije dia 6 bulan je. So, in reply dia sound kita balik. You dont judge me. You just knw me about 5 days. I knw people attitute as i've been working in so many company before. <-- bapak berlagak kan? Then kita reply, yeah, 3 company for 2 months each. Kena pulau sebab tu berhenti. I knw you ask our senior to pretend to be your manager for previous company. Should I tell HR for this or not? Hahaha. Terdiam terus. Serve you right. Kalau kita jahat, kita dah bagitau.

Paling tak boleh tahan, baru 3 hari bekerja dah boleh bagitau kitorg yang dia dapat another interview kat AirAsia. Watta (*&(*???? Lantak ko lah. Tengok bape lama ko bertahan. Dia duduk belakang kita, as I said to her, I wont talk to her in future as she didnt put some respect to me as I'm older than her. Korang kena tahu camne tertekannya kita bile kita still new tapi dia esek2 datang kat meja kita tanya itu ini. bajet macam kita senior & tau macam2. Bila kita explain takmo belaja, pastu datang lagi tanya benda yang sama. Pastu bile tak boleh buat terus forward. You think I'm your PA? Nope. Sorry. Kesianla kat anak awak tuh. Tolongla berubah...

Ok done. Kita nak mengadu pasal ni jerk kat blog. Later kita upload pic yang kita selalu tengok bila nak pergi kerja. For those yang ada ATTITUDE camni, sila berubah sebelum kene tembak k. TAK SUKE!!!! Sumpah kita tak suke.

Wednesday, July 4, 2012

.:: Nisfu Syaaban ::.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum. Hehe. Sihat ke awak2 sume yang baca post ni? Moga sihat & kekal sihat. Aaminn. Sempena nisfu Syaaban kita update blog ni untuk orang yang sangat2 rajin baca blog kita ni. Actually, kita daah study sikit pasal nisfu Syaaban ni. Antaranya amalan2. Umm, tak ada amalan khusus dalam bulan bulan Syaaban ni. Selagi boleh beribadat, beribadatlah kita umpama esok kita nak mati. 

Bila dah tercakap pasal mati ni. Tadi adik saya yang tinggal di Bangi balik rumah dengan seorang kawan. Semalam pun dorang ada datang rumah. Nama kawan adik saya tu Amirul. MEnurut cerita aadik saya Amirul ni sakit. Sakit mata. Dah banyak pergi ikhtiar tapi belum pulih. Masalah dia ni, kurang daya penglihatan. Bukan buta tapi macam akan buta. Bila pergi jumpa doktor, doktor cakap tak ade apa. Haaaa..kita tau awak fikir apa, esek2 mandrem. Bukanlah, tadi mak kita bawak Amirul pergi jumpa berubat rawatan islam kat tingkat 6 umah kita. 

Kesian Amirul ni. Dia mengadu kat mak kita yang kadang2 benda depan mata pun dia tak boleh nampak. it happens suddenly. Kita tengok muka dia, kita sebak. (sekarang nak menjejes air mata...wuwuwuw) Bukan apa, orang yang mengubat dia tadi cakap yang sakit da ni bukan sebab benda2 tak elok tapi ade yang tak kena dengan saraf mata dia. Dia cakap lagi, selalunya belakang mata kita bebola warna oren tapi Amirul punya dah hitam. Kita sedih tengok muka dia. Mampu jeling2 je tengok sebab kita dalam bilik. Pandang tak pandang jerk. Memanglah Amirul tu takde kene mengena tapi kita tak tahu nape. Rasa macam adik kita sendiri yang sakit. Cuba letak keadaan dia pada tempat seseorang yang rapat dengan korang. Korang akan rasa. Dah lama dia sakit smpai nak sambung belajar pu payah. Terpaksa lupakan hasrat tuh. Kesian sangatttttttt. (T_T) <----nanges gegile dah ni.

Semalam Amirul cakap dia dah 5 bulan tak balik jumpa mak dia. Semalam jugak dia balik after daang mah kita. Mak kita yang suh dia pergi jumpa pakcik tingkat 6 tuh. Tu yang dia datang lagi hari ni. Sebaklaaaaa.... Muka dia macam innocent sangat. Kecik & kurus. Macam budak tingkatan 3 jerk. Ehhhh...berjurai2 pulak airmata ni. Kenapa erk???

Apa yang kita buat tadi, ntah nape tibe2 kita tadah tangan mintak ALLAH permudahkan segalanya untuk dia. Mungkin dia bukan adik kita tapi dalam islam, setiap manusia itu bersaudara. Kita doa Amirul sembuh, tabah & mintak ALLAH pindahkan sakit dia tuh kat kita sebab dia muda lagi. Kita dah besar sikit dari dia. ALLAH makbulkan doa kita yer.... Kita kesian sangat. Tibe2 rasa sayang macam dia tuh adik kandung lak. (T_T) korang pernah tak rasa camni. Kita tak pernah tapi kali ni pelik sangat2.

Kita tau Amirul takkan baca post ni. So, dia takkan tahu. Biarlah dia tak tahu. Tak perlu tahu pun. Kang dia pulak nanges. Kuat ye Amirul. Sabar. Teruskan ikhtiar. Kita akan doakan untuk Amirul. Kita paham apa awak rasa bila beribu2 duit habis tapi still takde improvement. Rasa macam takde harapan kan? Actually, kita sentiasa ada harapan. Selagi ALLAH ada. ALLAH kan kekal. Maka, harapan pun kekal selagi nyawa kita ada. Kita kena percaya. <-- nanges lagi. 

*dah tak boleh tahan. Bye.