Wednesday, June 15, 2022

🤪benda simple je tp sakit badan😆

 Halluuuuuu....

Nk share arini apa aktiviti I. Post sblm ni i kata i nk spotong ayam kn? Haah, bapak nk mati kerat ayam. Tangan kiri i sakit sampi belikat. I mngadu kt pakwe tp dia ketawakan i. I tak tgk YouTube this time tp i recall acaner tokey ayam kerat ayam.

So i hentak je parang bukan durian. Tp selalu tak center. Tulang banyak hancur. Tp bukan semua slh i. Parang tu tak tajam. 😅 

I call mak i tanya ayam belaan abah ni liat ke acaner. Nk msk dh ni. Mak suh rebus je skjp.



I pun rebuslah sekejap.  Ni rupa dialah...air rebus tak buang.




Bila dh empuk sikit i tarik sblh. Pstu tumis lah sgle benda. Boleh plk tgh prepare rempah..rempah kari daging tak cukup. Ada 1 ja. Ayam sekolah. Laju beloved hubby i g beli once i whats app. Anyway, i suka msk kari ltk serbuk beriyani masala. Sup pn i letak.  Pastu i tmbh serbuk hot spice. 😋😋😋😋







Taraa. Dah siap. Lunch lauk ni je wei. Takde mende lain. Laju pkwe i mkn. Anyway, hubby, pkwe, husband yg i selalu sebut² tu adlh org yg sme. Jgn plk nnt ade buat gosip karat kata i ada skandal. I setia ok. No one like him gitew.






Kari tu ayam sekolah kan. Pastu ptg td i merajin diri menjala. 





Ok, i dh tak larat  nk menaip. I guna tab hadiah birthday pkwe bg. Oklaah. Cukup untuk hari ni. Thanks singgah.

XoXo😘🥰




❤ the best prepaid plan by hotlink❤

Assalamuaaikum.


Haluuu.. guys.

I nak share 1 story. Nak dijadikan cerita, kawasan rumah i kt terutama kt Lepar Utara ni selalu takde coverage Celcom & Digi. I gune Digi. Suami I gune Celcom. So bila masa takde line, dua2 ni berjemaah takde. terputus hubungan i dgn kekasih I ni bile dia g work.

Pakwe I gune maxis jugak so dia xde mslh la. I yg masalah. Rumah ade wifi tapi semedang rosak. Kabel itu ini rosak. Biasalah kan dalam kebun kurma. Meme ke hadap. Bebel2  bazir air liur & rosak emosi.

I punya bengang 2hari dia main cak2 takde line, I ajak husband I g beli simkad. 

Pastu I gode2. beselah jakun ada no.baru. (^__^). (*

I dail *100 (hashtag) bodoh keyboard dr China ni xde hashtag. Shift 3 jd pound tibeh. OK I disconnect Bluetooth keyboard. 

Dail *100# then g seterusnya sampi you jumpa my account & others. Mse tu you opt for Hotlink Pantas. 

Bila you tukar plan, dia charge you RM5. Make sure baki you cukup. Pastu I tukar, masa tu I tak install lg apps. 

Weekend tu I jumpa parent I. Mak I la ajar I psl apps. Dia ajar redeem reward. I collect hari² uols. 😁 pastu I terjumpa pasal pasess & offer kt other. Quite interesting.



I taklah mcm² sbb blh redeem, shopping, voucher bagai. Godeh punya godeh terjumpa offer psl aktifkan simkad 1 tahun. RM30 je. Worth it. Pastu masa I tukar plan pn, data klu beli sekali yg minimum rm2 pn valid 1 tahun. Why not I beli dua² utk 1 tahun. 



Pastu I check internet pass setahun 20G ok je kot. Hbs bru beli. Gune bukan selalu atau hari². Klu hari² pn xkn hbs 1bulan 20G. 10G pn i xprnh hbs dr 120G including 30G YouTube. In case takde line orang mcm I & mak I blh la guna. Adik beradik takde gaduh nak kena topup sokong kt mok ayah. Komitmen jd kurang lah.

Tp I suggest tukar bila botol kredit & data dh nk expired orang dh expired. You subcribe & beli dua² shelf time simkad & max data 20G. Total basic setahun baru rm65 at 1st. Pstu semua depend on penggunaan.  Klu byk guna data, situ jela kuarters cuma bila jimat boleh bertahan lah dr 1 bulan. Tak perlu risau psl simkad expired, data expired. Pening arrr.

I pn aku buat 4hb Julai lps I dpt pau husband I lg rm2 share topup.  😁 Klu bkn I kikis duit dia sape lg. Takkan you plk. Amboi. Ok lah. I nak siang ayam kampung abah bg. Abah proses sendiri. Pstu I xpndai potong ayam. I kne refer YouTube. I ratu YouTube yer. Krai.

Xoxo😘








Tuesday, June 14, 2022

☺Im back after several comeback.

Bismillah ....

Ok, i dah lama tak update blog i. last update a few days ago.

FYI, im no longer active in any socmed. i still have the socmed accounts but only check it or login to it one in a while.

my husband gave me a tab so since i have plenty of time at home, i should spend part of my leisure on it. :) 

Instead of my whts app status, i akn update disini jugak. boleh taip panjang sikit kan? Some more i tak :pisang dok umah sensorang. Sorry, blog i bukan blog totally bahasa melayu. i mix bahasa semua ye. 

oklah. i nak bgtau je i nak aktif menulis blog. i tak kejar trafik or rating mcm bdk bbnu. mak i dok kata tergenyu2 trgedik2 menari bagai. its better only like this. if i have videos to show, im going to give my video link to youtube. Oh, i ada akaun kt youtube jugak yer.  Ni pn sama i tak cuba buat duit. i bukan retis nk dpt dapat view sampai mcm tu. 

untuk yang follow blog i, now i akan update tahap kesihatan & share apa i makan, masak, aktiviti i, holiday i. Those who knew me, i was a cancer fighter, even im free, i wil always be a fighter for the rights.

xoxo.👄❤


Monday, July 20, 2020

.:: HELLO LOVER::.

Hola...Assalamualaikum.

Allahu. Alhamdulillah..kita da dapat lappy tp bukan lappy bru. Lappy uzur yg osem laju.haha. for this time, malas nk ikut tatabahasa kena ada huruf besarpemula ayat baru.

well, sesiapa yg follow bce post2 lme..im cancer fighter. now still  FIGHTER. not fire fighter la weiii. umm. kita minum air kangen la awak. 

ehhh kita nk share berita gembira dh blh update blog je. nnt2 kita update. sesiapa blh tlg ajar kita cmne nk bt duit gune youtube. kita nk cari duit la..dhla xkije nih awak. nk meniaga xpndi.. sapa tau nnt tlgla yer komen bg link cmne nk buat.

mengantuk weiii. nunite. kbaiiii.

Thursday, April 16, 2020

Andai dapatku undurkan waktu 20 tahun.

Assalamualaikum.

Its been almost 2 years tak update blog. Alhamdulillah. Hari ini terdetik nk update.

Ye. Kalau aku mampu undurkan waktu 20 tahun lagi. Nak share apa akan aku buat kalau kembali ke umur 13 tahun. Banyak aku nak buat. As semua yg prnh baca entry sblm2 ni. Aku pesakit kanser paru2 tahap 4. Malignant with pericardial & plueral effusian. Kenapa nk kembali ke umur 13 tahun? Yeah ini aku nk cerita. 


Masa umur 13 tahun, arwah atuk ada lagi. Atuk role model terbaik yg hidup plg hmpir dgn aku. Dulu2 sihir ni gerun sgt. Even atuk tahu siapa yg sihirkn dia tp atuk blh senyum duduk sblh dia. Atuk ceramah opah bila opah bgtahu kwn baik atuk tu sihirkn atuk. Opah laju bab2 berubat ni. Nasibla dia xknl dukun yg mntk hujan abad ni. 
asa umur 13 tahun, arwah atuk pesan abah hntr aku masuk maahad blkg umh dia. Nlkg umah dia kira blkg umh kitorg. Since adk beradik semua lelaki. Mgkin atuk tgk aku tak mcm bdk pmpn tp lbh pd watak bdk lelaki.

Kenapa aku nk putar masa ke umur 13 tahun?? Sbb time ni aku nk jge adik2 aku blk...aku nk jadikn diri aku contoh trbaik, aku xnk adk2 aku rse ssh mcm dorg hadap skrg. Aku nk jd kakak kk yg dpt bimbing adk2 aku. Aku mnyesal sbb aku brjaya sorg2 capai impian aku skrg tp aku xdpt tlg adk beradik2 lain saat dorg prlukn prtolongan. Akak mntk maaf. Akak doa Allah blh putarkn semua semula. 

Aku rapat dgn adk aku no.2 bwh aku. Tadika same2. Beza setahun. Byk pahit manis skolah rendah kne mrh pkul sebat dgn abah. Semua rse. Partner in crimes. even aku slalu rse aku lah mangsa dlm semua acara tp bnda tu sbnrnyer xckup nk lindungi adk aku sorg ni. 

Adk aku sorg ni dpt 2thun anugerah sahsiah trpuji. Dr drjah 1 smpi darjah 5 aku jge dia sbb skolah yg sme. Tp bila aku masuk maahad..dia UPSR..aku mcm sikit renggang. Aku xajar dia bt kije skolah sbb aku trlalu sebok dgn 21subjek yg aku kne hadap mse di maahad. sini silap aku sbb xpndi bg mse. sini lah punca sgle2nyer. Semua slh aku. smpi skrg aku rse brsalah kt adk aku ni. smpi skrgggggg. sbb tu aku nk putar mse.

Bila aku msuk form 2, dia dh naik form 1. xdpt skolah sme. dia skolah menengah kebangsaan.beberapa km jgk dr maahad. dia nek beskal. aku je jln kaki tp most nek beskal sbb kitorg dh pndh ke umh taman. pg2 nek beskal. mse aku form 1 dh duduk umah tmn tp xlme sbb abh dh start kursus prsediaan sblm dia pencen kt PERHEBAT. so kembali ke kmpg. tumpang umh opah. sbb itulah aku blaja kt maahad spy sng dijaga. abah jauh kt sg. buloh. 

Mase adk aku dh form 1, mmg aku xde nk bg prhatian sgt. mak pn bekerja. life kitorg byk dgn opah atok & maksu yg time tu xkawen lg. dhla garang. dia tua 5 tahun je dr aku. tp sbb hormat, patuh je kata2 mngarut dia. even garang tp maksulah yg ajar aku msk nc mse main pondok2. Maksu jgklah yg perkenalkan aku sayur2.  Paling bagus waktu tu aku tak sakit mcm skrg. So aku nk blk umur 13tahun.

Aku nk prbetolkn semua. lbh2 lg adk2 aku. itu turning pont yg aku nk start new life. aku nk belajar smpi dpt semuanya A & adik2 aku pndg aku sbg kakak trbaik kt dunia. And aku plk tak lupa diri & ambil berat adik2 aku. Aku akan elakkan apa yg yg dorg cuba bt tp bg musibat kt diri sndiri. 

Aku rindu mak abah aku mse dorg muda. Dorg xde sakit. Aku sedih bila tgk uban mak abah makin byk. aku sedih sbb aku tak jd ank yg betul2 baik yg sejukkan perut mak mngandung. Aku brlawan mulut dgn mak aku. Ada baiknya aku masuk debat tp aku takde bakat. tak pun bakat tu trpendam bodoh pd tmptnya. Kalau aku dpt putar masa, aku nk jd ank yg plg baik. Maafkan akak mak abah. Akak tak sedar diri. Harap Allah tak ambik mak abah cepat sgt. 

Aku just brharap blh putar waktu 20tahun je. Kenapa tak dr kecik? sbb dr kecik hdup aku dh sempurna even mcm trkongkong tp kami baik2 aje. Makan pakai apa yg ada. Moment 12 tahun tu perfect. Even perit mse kecik tp itu terbaik pernah brlaku. Berwarna warni. Kalau korg blh bce pikiran aku, aku akan bg full access. Aku kanak2 plg bertuah kt dunia. Tak kaya tp lapang dada. 

Nanti aku smbg yer. Mata brtakung. 

Xoxo. Chalga .  🥺