Monday, January 7, 2013

.:: Lagu Iklan ::.

Assalamualaikum.

Wah, berhabuk berapa inci dah nih blog ni. Adeh. Hai semua. Tahukah anda bahawa saya kurang sihat & kekurangan masa untuk mengupdate blog terchenta ini? Ya, benar. Kita dah start kimo lagi kengkawan. Tapi best. Effect tak kuat sangat tapi still loya meh. Tak muntah je. Demam tu pekara biasa.

Post arini just nak bercerita pasal habit kita recently. Ahaks. Kita suka nyanyi lagu iklan weh. Tak tau pasaipa. Esek esek dok kuaq lagu iklan. Status kat FB pun kuaq lagu iklan. Siyes. Kita rasa lagu iklan sangat menarik. Memang superb la kan komposer dia. AJL pun kalah. Kita rasa k. Bukan Orang lain rasa. BErikut di bawah kita nak list lagu- lagu iklan yang kita tau.

1. Iklan Zaitun
♫♪♪ ZAITUN, kukenali kesucianmu..Aneka jenis barangan bermutu...Dari dulu sampai sekarang keunggulanmu tetap berkekalan...Penuh dengan keyakinan..ZAITUN suci, ZAITUN segar, ZAITUN tetap sejati...ZAITUN memelihara diri barangan bermutu kekal abadi..♫♪♪ 

2. Iklan Ubat BAtuk Ibu & Anak
♫♪ Ini kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan obattt KOHOK KOHOK" ♫♪♪

3. Iklan Nini Cekelat Celup
♫♪♫ NINI cekelat celup (celup celup), NINI cekelat celup (celup celup), rasa kacang stoberi, sungguh enak sekali....NINIIIIIIIIII..NINI!!!! ♫♪♫

4. Iklan Nanonano
♪♫ NANOnanananaNANO..nanananaNANO..nanananaNANO...oh NANO NANO saya tak sabar, saya gemar, rasanya sedap, manis, masam masin, (nana) NANO NANO..(nana) nananana..NANO NANO!!!!♫♪♫ 

5. Iklan Adabi (nasi gorang)
♫♪♪ hey nasi goreng, hey sungguh lazat..sungguh sedap..sungguh enak.. sungguh cepat..sungguh mudah..dengan perencah goreng ADABI.. ♫♪

6. Iklan Scout's Emulsion
♫♪ sungguh riang waktu membesar...badanku jadi...sehat & segar...ibu menerangkan kami ada kawan, bernama SCOUTS EMULSION..♫♪♫

7. Iklan Axion (sabun pencuci pinggan)
♪♫♫ mari mari puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja, ada pembantu baru katanya, tentu dia perempuan muda..♪♪♫    

8. Iklan Oligo
♫♪ OLIGO KOKO minuman yang hebat, ceria gembira nikmati bersama, OLIGO OLIGO OLIGO KOKO, panas & sejuk menjadi hidangan, lazat diminum bersama tersayang, OLIGO OLIGO..♫♪♫

9. Iklan Adabi (rempah ratus)
♪♫ ADABI melazatkan...ADABI menyelerakan..mengandungi berbagai rempah, melazatkan kari & kuah..ADABI....♫♪   

10. Iklan Adabi (cucur)
♪♫ kami dah pulang emak buat cucur, mudah saje tambah air, adun sebati goreng dan sedia..tepung cucur ADABI rahsianya...♫♪

11. Iklan McDonald
♫♪ Mc D O N A L D S, Mc D O N A L D S, good time great taste, at McDonalds.

Taraa..Best tak pada korang? Hohoho. Kita suka gila lagu iklan. Lepas ni nak kumpul lagu iklan raya lak. LAma-lama punya best meh. Actually, I'm in the office. Ambil masa sekejap update blog. Later on jumpa lagi yer. Mintak maaf sebab kita bukan 24hrs depan pc kije nak mengupdate blog je.