Thursday, December 6, 2012

.:: Durian Bentong meh, sedap!!!! ::.

Hai awak awak semua.

Ok, kita nak sambung pasal aktiviti kita minggu lepas pada 30hb November. Who says that pesakit kanser yang tengah menjalani kimoterapi tak boleh makan durian? Siapa kata??? Allah tak kata, malah doktor pun takdak kata durian kita tak boleh makan. Makan je selagi boleh makan. Meh tengok budak bawah ni baru lepas kimo 3 minggu terus makan durian. Hbat seh budak ni. Mental kuat.

Muka tengah bengkak bengkak, pucat lesi. Nampak durian macam bersinar sinar depan mata. Ngap! Takde nak tahan tahan. Doktor tak cakap pun tak boleh. Kita makan je. Patu berpeluh. Tapi pastu macam nak lagi.

Tak puas seh sebab bau dia. Buah baru luruh wehhhh. Kitorg sampai dah tegahari, buah tuh Pak Ngah Mie dah kutip pagi tuh. Gile kan? Gas pun tak kuar habis lagi dah kena masuk perot kita & kawan2 kita. Actually ni kampung kawan kita Nurul Syazana Binti Amirudin. Tapi tukang drive masa pergi ni Cik Nadia Najwani Binti Mashudi.

Terima kasih sahabat. Seronok sangat jumpa korang even kita plan dalam masa yang tersangatlah singkat. Selalu plan lama2 tapi sokmo tak jadikkkk je. Penat je plan, maka kali ni takdak plan lama2. MAstermind kata gerak, terus gerak. Wahaha. Best. Menjadik plan last minit ni.

Tunggu durian tengah kopek. Sedap!



Sebelah kanan ni masa kitorang pegi pasar malam. Banjir beb. Tai macam benda best jadi kat sini. First, kita pergi beli yong tau fu. Makcik yang jual tu esek tanya kita dari mana. Kita cakap kita dari KL. KL beb, berlagak gile jerk cakap KL. Pastu makcik tu tanya, belaja kat koleh sini ke? Wahahaha.

Korang tau tak, kawan kita yang dua orang tu kat belakang esek dok yes yes yes. Dahsyat. Kitorg dah 26 tahun tapi muka student beb. Bangga seh. Bukan sekali makcik tu tanya, dengan banyak kali tanya datang dengan sapa. Kitorang dah cakap kitorg kerja pun dia tanya2 lagi. Kot la dia lupa ingatan tapi kita tak rasa camtu sbab anak dia ada kat sebelah k. Dia pun senyum2 kat kita. Anak dia perempuan. TEngah study jugak. Awesome pegi pasar malam dengan banjir ni. Payung hanyut beb. Nak beli jagung dengan rangka ayam punya pasal. Kuat woo air dia. Deras. Boleh buat SMART lagi satu kat Bentong.< jangan marah orang sini yer.

Here is jalan nak masuk dusun Pak Ngah Mie. Pagi Ahad pukul 9 kat dusun durian beb. Wallaweh!!! Kita jadi pendusun weh. Kacak gile kita rasa. Dengan baju sejuk, sarung tangan, beg guni sliding. Perghhhh. Kita kagum sangat2 tengok bukit ciptaan ALLAH ni. Cantik rupanya. Selama ni tahu bukit tu hijau & banyak pokok tapi bila kita jaga leklok, benda ni meme cantik tersangat. Rasa nak nanges sebab kita still dapat hirup udara dusun. Segar & kita suka bau rumput. Tapi mata kita tengok lantai je sebab takot pacat. Kita geli benda lembik2 sekarang ni. Memang pokok kelapa kita mampu panjat kalau jumpa seketul ulat hitam jalan-jalan kat kaki. Lari!!!!

Kawan kita cakap kita macam penoreh getah..

Budak ni nama dia Haikal. Anak yatim dia ni. Mak dia meninggal masa dia kecik lagi. Ni la anak Pak Ngah Mie. Dia ni lah yang ajar kita, buli kita kutip durian tepi lereng bukit. Dari kita tak ahu, jadi tahu camne nak kenal pokok durian yang ada penyengat dengan takda. Dia ni arig sangat passal selok belok dusun ayah dia. Molot dia ni, kitorang tak sangka sebenarnya. Masa sebelum oerg dusun, pergi breakfast. Budak ni tak susuhsemeja dengan kitorang. Bila dah sampai dusun, dia membebel kat kita sebab durian dah dekat hujung kaki depan mata pun kita boleh tak nampak, dia yang jauh 50 meter jarak dari kita boleh nampak durian kat kaki kita. Hebat ke tak? Sumpah kita tak nampak. Kita bagi alasan sebab durian tu dah covered dengan daun. Padahal kita jalan tengok lantai bukan tengok buah. Kita tengok buah durian yang bergayut. Kita takot buah tu henyak kepala kita. Kita takot!!!!!! Kang tak pasal pasal tobek kepala kita sebelah kena timpa raja buah. Kalau macam kulit rambutan takpe. Ni kaktus pun kalah. Jang buat gileerrrr!!!

Musang king wehhhhh...gile tebal isi dia.

Yang ni nak bawak balik KL. Perghhhh...

Anak-anak Pak Ngah Mie. Semua study bagus! Meriah dusun dengan suara dorang.

Msa nak balik, kitorang aim pokok yang ada bayak buah durian bergayut masa nak naik dusun. Buah bergayut gayut beb. Jakun sekejap. Pastu  kitorang benti kereta & amik icture la. Orang KL mana pernah tengok pokok durian ada buah bergayut. Pokok krimas banyak ar...

Gile besor buah durian ni. Rasa nak petik je bawak balik.
Pastu timbul idea gedik kat bawah ni sebab pokok ni rendah je beb. Kita posing sakan amik gambo kat sini. Memang nampak sangat betapa jakunnya kita dengan pokok durian. First time beb. Ape korang aspek??

Cop pokok durian ni dulu k.
Ngeeee...selamatkanlah saya..
Latest picture. Saya tau saya cute. =)

OK. Dah tak larat nak uodate. Later on will update again. Leth sangat rasa. Kita baru lepas kimo.Lembik je kita rasa. Macam nak pegi spa je. Encik Hafiz, sila boo spa untuk saya wikend ni. Siyes saya amat memerlukannya.<--ayat bapak="bapak" mengada-mengada.="mengada-mengada." pangggggg="pangggggg">

Tata semua. Jangan rindu rindu kita yer. Kita sentiasa dalam hati anda semua. <-- ayat="ayat" bajet="bajet" retis.="retis." wekkkkk="wekkkkk">



.:: cerita benda lepas2 ::.

Taraa! Assalamualaikum. 

Lama gila tak update blog. Sangat2lah membizi botak kat sini. Tahukah anda bahawa kita dah ada kerja tetap yang sangat2 penat. Kerja dari 9 pagi sampai 7 malam. Kalau ada nak2 sure kesian kurang kasih sayang ibu dia yang somey momey. Eeceh. Bajet jerk. 


Ini Pak Lan diapit oleh adik-adik dia. Picture nin amik time bila pun tak ingat. We all pergi makan satey Kajang tapi bukan kat Kajang tapi kat R&R Puching Kinrara ke Awan BEsar ntah. Tak sure.Tapi satey Haji Samuri tu ler. Takde koje den nak g Kajang padahal dia punya cabang (cawangan) ada dekat dengan umah kita. Ni dorang ni berlakon jerk perot kempis. Tahan nafas seh. Sangat2 la mentipukan mata kita kan??? Tapi kita tahu. Sebab dorang suruh kita kira 1,2,3 sebelum click snap.

Otai Sungai Rambai, Melaka ni bai. Langsi sikit, tau ar apa jadi kemudian. Tengok perot ar beb.

 Sebeah kanan ni adik kita. Nama dia Muhammad Rashidi Bin Roslan. Mereng sikit budak nin. Tengokla, itu piala bapak kita dia bawak memain nak salute bagai. Konon nak bajet anak askar. Ini piala abah kita bawak kawad rasanya. HEbat wooo bapak kita ajor kawad. Tengoklah anak dia. Komander siswi terbaik Uitm intake 38 tu beb. Hebat kan?????? Hebat tak? Hebat tak? Tak kira, kita nak awak angguk jugak. Cepat anggukkkk!!!! <-- bagus.="bagus." gedik.="gedik." je="je" p="p" pelempang="pelempang">

Adik kita ni cita2 dia nak jadi abam askar tapi kita nak suruh dia dia jadi abam juruteralah sebab macam hensem je dia nin besor nanti. Tengok nama pun dah macam smart bergya kan? Wahahaha. PErot kita kremmmmmm. Adik kita ni banyak molot. Tak suke dia kalau dia nak menyibuk tido dengan kita. Rimassssss. TEngah2 malam ajak main UNO, tak ke gile namanya tu. Alasannya tak dapat tido. Mme haru. So, kita takkan bagi dia makan makanan yang ada gula selepas pukul 11 sebab dia takkan tido sampai pkol pagi kalau makan gula. Meme gile!!!!

Ni kije adik kita. Pantang nampak PC kosong. Pantanggggggggg. Tau nak main FB jerk. Kita datang sini nak tompang rint sebenarnya. Print apa pun kita tak ingat sebab rumah kita takdak printer meh. Dasat kan? Kija macm slave tapi print pom tak mampu nak beli. Bukan kita tak nak beli, tapi kita takot jenglot baju kuning ni esek nak print semedang. Tengok ar muke dia tuh. Senyum sokmo sampai telinga ke dahi bagai. Tapi kita sayang adik kita nin. Kita yang bagi nama dia. So, kita rapat dengan dia. Masa dia lahir, kita baru form 5. Kita mandikan dia semua pagi2 kalau cuti sekolah. Sampai masuk matrik & Uitm kita rapat. Tipon & bla abah datang Uitm kat Kolej Teratai, dia ni panggil kita dengan nyanyian maut dia. Chorus lagu Kenangan Terindah. Nyanyi kat tepi tingkap beb. Abah akan park Vanette (masa tu cik puteh takdak lagi) hijau dia (askar) betol2 kt tingkap kita sebab bilik kita ngadap dataran cendekia (DC). Sweetkan? Macam cerita Repunzel (tak sure ejaaan) jerk kita rasa. Time tu rambut kita meme panjang. Hensem dowhhh...

 Nin sebelah kanan, meme pecah rekod. Tak pernah2 kita merayau KL kat Jalan Petaling pepagi gini. Dalam pukul 7.30 pagi beb kita kat sini. Gilalah. Ni kerja Abang Elmy dengan CC Liana. Dorang ni lah yang culik kita kat sini.Wahaha. Tak culik tapi kita overnight tolong Rafi berniaga kat Danau Kota. Best beb. Pastu Rafi banja breakfast dengan dinner malam sebelum tuh. Sedp beb sebab makan FREE. Menda free ni selalu tak pernah tak sedap. Kan? Kan? Kan? Kita memang suka kalau kawan2 kita banje ni. Sebab nanti kita nak banja dorang makan kenduri besar lak. Ececeh. Kenduri sapa ntah dia nak banja ni. Kenduri sendiri pun tak ajak....

On the left side is my family. They were doing what? Guess what? Mesin air tebu meh.... Hebat kan adik 2nd last kita. Nama dia Fakhruddin. Orang ramai kata dia nin paling hensem dalam adik beradik kita. Entah pape. Bajet je budak nin bila ramai dok kata dia lagu tuh. Kita tak puas hati ni. Tak puas hati. Muka dah jadi etak [>.<]

Dia ni tak lama lepas ni kena sound dengan abang dia. Ntah pasai pa ntah. Kita tak ingat. Buat kija memain kot. Yang kecik tu sepupu kita. Yang perempuan tu mak kita. Tengah kupas kulit tebu tuh abah kita. Whoooop!!! =)


 Kita saja jer besarkan gambar ni sebab kita suka tengok muka tomboy kita ni. Ni masa darjah 6. Henem siottttt. Jangan jeles. Awasilah awek anda sebelum budak hensem ni kebas. Okaip? Is that understood or not? Wahahaha. Kita hensem tak? Hensem kan? Sebab tu lah arwah tok dengan abah hantar kita masuk sekolah maahad semua perempuan. Maahad Al-Khair Lil Banat. Kita rindu maahad kita tuh. Kita nak berbakti tapi macam payah je nak masuk sekolah tuh sekarang sebab dah bukan status sekolah rakyat lagi sebab kerajaan dah ambil alih. Maka, staf disitu mestilah dari kalagan mereka2 jugak. Saya bukan anti kerajaan tapi demi kebaikan sekolah tu, memang ada baiknya kerjaan ambil sebab macam dah berterabur jerk bila kita dengar pentadbiran tu diambil alih oleh orang2 yang ada niat kotor dengan cara yang kotor. Pakaian tidak menjamin hati seseorang itu. Harta ni berhantu beb. Yang alim warak pun boleh terpedaya.

Ok. Actually kita jumpa benda alah ni masa kemas umah. Kita kemas laci meja komputer kita. Jumpa lah segala macam keradak dalam laci tuh. Kotak2 bawah katil pun kita godeh2. Habis katil2 sekali kita runtuhkan sebab bilik kita kecik. Macam semak je ade katil. Maka, tidurla atas lantai. Nabi pun takda katil selesa kan. Ok ler tuh. At least ada toto. K la. Setakat ni, ni cerita lama. NExt post pasal aktiviti minggu lepas. Jeng jeng jeng. nanti baca k. Tata semua. Mmmuah~~. 



  

Wednesday, November 14, 2012

.:: ♥Munger munger Chenta♥ ::.

Assalamualaikum buat semua yang membaca & have a good day for those who is reading my blog.

For today post just wanna share about my last Monday things. Gotcha! I received a dozen of roses. Whoop whoop. Here below is the picture.

Jeng jeng jeng. This flower has been sent by the florist directly to my office doorstep. You know what it is followed by big applause from my colleagues. I was blushing. Vavavava. Thanks to my partner, Muhamad Hafiz Bin Mohd Halid. ♥♥♥ Blup3x.

This is my very first time to receive a real flower OK. So I'm quite over excited but i didn't show it to my colleagues & just pretending that there was nothing. Ngeeee... =)

Ehh, kenapa tetiba je post in English ni. Ewah ewah, mentang2 la blog dah sampai ke negara lain kan. Ahaks. Actually, kita bukan bagus sangat dalam English ni. Tapi tak salah kalau kita cuba. Kita dusuk belajar dari sekolah rendah kot. Takkan nak bazir jerk vocab yang kita dah kumpul dalam otak kan. Kesian cikgu2 yang mengajar kita tuh. Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang tidak berbuah. Ececeh. Ceramah pulak. Bukan apa, bila kita nasihat untuk kebaikan orang, secara tak lansung kita mengingatkan diri kita juga. Tak semestinya yang memberi nasihat itu sudah cukup pahalanya untuk dia lepas masuk syurga mehhh. Sedangkan Abu Hurairah pun boleh terima cakap perompak, takkan kita tak boleh kannnn??

Ape? tak tahu kisah Abu Hurairah? Urmmm, cerita dia camni. Suatu ketika dulu (time ti kita tak ada lagi), Abu Hurairah ni dirompak. Buku dia pun kena rompak. Then dia minta buku dia ni. Kemudian perompak ni bersuara "Ilmu bukan dalam buku tapi kat dalam hati." Urmm. You got what I mean?

K la. Actualy now is mylunch time tapi tak keluar pun sebab malas nak beli makanan. Geng tak ada meh. Si Rathi tu cuti kahwin pulak. Esok 15/11/12 dia punya ceremony. Jeles sehhh. Hahaha. Untuk yang jauh tuh, kita rindu awak la. Bila mau balik semenanjung ni? Hebat sangat ke orkestra katak tu sampai dah tak boleh berenggang jap. Isk9x.

OK. Tata everyone. See you again soon. Will frequently update my vlog. InsyaALLAH.♥

Monday, November 5, 2012

.:: Korea vavavavavava ::.

Assalamualaikum.

Huargh...lama seh tak update vlog kita nin. Kita busy awak. Siyeshit busy. Tak tipu punya. Hari ni kita update sebab kita dah habiskan beratus email harini. Jumaat ni nak pergi hospital. Chemo deh. Minggu lepas bos Korea kita bagi makan. Makan apa? Tengok bawah.

 
Benda alah kat atas ni adalah ramen. jangan tanya ramen tu apa. PErgi google sendiri. Kita pun tak tau nak kata lagu mana pa ke benda ntah makanan ini. Yang penting yang nampak sedap tu kita tak boleh makan. Sebab non-halal food meh. Sadis. Tapi, ada antara ramen kat dalam pic atas, kita boleh makan tapi bukan yang kita nak makan. 

Kita boleh makan yang nin je awak. Sadis. Yang ni tawaq (tawar). Got no taste. Tapi kita habiskan half of it. I'm GOOD staff. Nak jaga hati bos, kita paksa tekak telan jugak. Tapi memang tak sedap (T_T). Kita tipu cakap kat bos kita cakap sedap. Kita tak nak dia kuciwa. Dia terlalu taksub dengan negara dia. Sebab tu la. Harituh, bulan lepas kot, bos kita masak Toppuki. Ntah betul ke tak ejaan dia. Kita naik malu dengan nama masakan ni. Hahahaha. macam mencarut je kan???

Bukan senang duduk Korea kalau dapat ngadap benda ni je untuk makan pagi petang siang malam. (T__T) camne nak bertahan???? 

K lah, dah ada kerja lain lak. Call bapak berlambak ni. Kepada yang rindu kita, sila call. Jangan main sms je k. Malas nak menaip ni. Hahaahha. Gurau je. SMS pon sudah lebih dari cukup. Whooop.



Monday, October 8, 2012

.:: Mouth Infection ::.

Hai semua peminat. <- elok lempang je. Perasan tak habis.

Kita sakit molot. Mencik. Kita ingat kena ulser. Ghopenyer mouth infection. Bahasa Melayunya, errrrrrr...ummmmm..(ggogle jap). Dah jumpa, jangkitan molot. Kita lupa translate la. Kita pure Melayu ok.

Isk9x. Bila kita tengok kat cermin guna torchlight kat dalam molot kita, kita nampak gusi kita tak melekat pada gigi. Pastu tepi tepi molot kita ada whitish whitish gitu. Isk9. Pedihnyer lah. Doktor tu bagi obat kat kita. spectrum antibiotik. Sakait awak. Nanges2 kita bila nak tidor. Planing tak boleh blah, ahem2 suruh kita taruk limau. Kita pun buat. hamek ko, berdesing telinga menahan sakit. Muka berkerut lebih dari sejuta, maka berjuta billion saraf kat muka nin berfungsi. Hebat tak ayat kita? Wahahaha. Saja nak bagi imaginasi korang sama dengan  kita.

Arini kita makan roti ikan bilis jerk. Rembat kat kedai tadi. Rembat means beli. Ayat kena yakuza sikit. Ngee weewee =). Nak upload gambar tapi macam malas la pulak. Kita sensorang kat opis ni. Malas nak kuar g makan. Takde mood. Kita rindu ahem2 kita tuh. Jauh nunnnnnnnnnnnn. Kat Sabah. Mai la pindah tang nin. Jauh kemain. Lain kali nak jejauh, pi la Papua New Guinea ka, Zimbabwe ka. Alang alang nak pi jauh oghang utagha dok kata. <- tipu..kita yang kata.

Ok. Mukatamad. Takde gambar. Just dah lama sangat tak update. Next post na kita letak gambar. Tarok biaq penuh sampai tak larat dok tengok. Wahahaha. K la. Tatatatatatata.



 

Thursday, September 20, 2012

.::Tak sehat::.

Assalamualaikum.

Tarra. Nak habaq sat yang arini kami tak sehat. jeng jeng jeng. Ape??? Ape???? Sesuke je buat andaian. Belom lagi la. Hahaha. Kita demam lagi ni. Suara takde. Macam ayam katek dah bercakap. Cute kan? Hahaha. Cute la sangat. Apesal lain sangat blog kita ni erk? Apperance dia len macam jerk. Macam besor lak tulisannyer nin. Haish. 

Alamak, ada dua orang mamat Korea baru sampai lak. Sape deni ntah. Dok sebelah kita lak tuh. Never mind. I will do my work but he spoke English very well. Takde langsung slanga Korea beb. Hebat ini KPOP. Ngee. 

Lagi setengah jam nak start kije balik. banyak betul la email nak kena reply. Bayangkan kalau kita artis? Haaaa. Takpe, kita anggap ini prktis sebelum nama kita meletup di persada area umah kita. Wahahaha. Area umah je kot. Takde gambo untuk di upload dalam entry ni. 

Ehhh, silap ar. Mamat dua orang ni dari Singapore. No wonder. Tercuri dengar dorang berborak dengan sales peson. Weewee. Hurmm. nak ngorat la..Wahaha. Gile. Marah Encik Hafiz kang. Berani la buat. kang tak pasal2 ade kawan tengkok panjang telinga labug kat umah. Wahahaha.

K la. DAh tak tau nak update ape. Next post kita try update yang best2 yer. Kepada peminat setia bace blog nin. Thanks. Kita tak pernah minta orang follow blog kita sebab cerita ni tentang hidup kita. Pengalaman kita. Maybe some other person yang same situation dnegan kita dorang lebih memahami. Hello Encik Hafiz, rindu awak. Tetttt.


Tuesday, September 11, 2012

.:: Dugaan untuk kita & cik puteh ::.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokaaaaaatuh!

Syukur ke hadrat ILAHI di atas limpah kurniaNya kita sama2 boleh baca blog yang sangat ceria ini. Ehhhh, ceria ke? Ahaks! Biarlah. Kita punya blog, bukan awak. Kita update ni sebab nak bagitau pasal dugaan kita dengan cik puteh. (T_T) <-- nanges.

Masa bulan posa, posa ke berapa ntah, cik puteh kita cedera, sebab comolot dengan Pakcik Honda. Mak aihhh. Pakcik Honda k. Bukan sang kancil dengan buaya. Isk9. Habis moncong molot cik puteh. 

Ni pic sebelah nin. No.plat pecah habis. Takde belen/balance langsung tinggal. Musnah sudah. Hebat kan penangan pakcik Honda. Ada orang nampak cik puteh cium Pakcik Honda tapi kita cari jugak tuan punya Pakcik Honda ni tapi esoknya kete tuh dah takde kat area umah kita nin. Kita tunggu keesokan harinya pulak, still takde. Maka tak dapatlah kita bayar pampasan kat orang tuh. Ehhh, pampasan ke ganti rugi erk? Abaikan. Pendek kata kita tak dapat jejak siapa tuan punya kete yang cik puteh cium tuh. Ni sume adik2 kita punya kije. Main start2 pastu gurau2 ganas then tertolak gear. Baguslah...lain kali buat lagi. Langgor dinding biar radiator pecah berkecai tebabow. Puas hati. Seminggu lepas tu kita terus hantor kete masuk bengkel suh layor kat api. Kasi dia betol balikla. Nasib baiklah Encik Hafiz kita time tu ada. Dia sewakan Myvi baru untuk kita guna 2 ari sebab cik puteh kena hantor masuk bengkel. Tapi kan, nasib bek kena bayar RM80 je. Okla. Pastu lepas amik cik puteh, g pasang no.plat baru. Boleh laras punya. Nin dugaan pertama kita dengan cik puteh.

Sekarang cerita kedua. Kita raya kat Perak dulu tahun nin. After raya sakan, malam raya pertama tuh gerak balik KL. Bapakla kan letey. Pak Lan la nih. Nak sangat balik awal. Terkejar2. Kita tak sempat nak rehat. Dahla bawak cik puteh balik. Malam raya pertama gerak jugak even kita dah cakap kat Pak Lan yang kita tak larat nak drive. MAsalahnya dia kata dia boleh drive tapi at the end, kita yang drive. Sumpah kita mengantuk. Yang kita ingat, lagi 2km nak sampai kawasan rehat Simpang Pulai tapi........kita terlelap awak. Kita cium devider hihgway lorong paling kanan. Kita 1 family dalam cik puteh. Kita drive, Pak Lan kat sebelah, Acik Imah dengan 2 orang adik kita yang memula nyanyi2 pastu syahid g Syria bla bla bla. Bile semua orang dah tido, kita sorang jer tinggal. Ingat sempat sampai. Ropenyer tak dapat. Cium devider pulak. Habis cebeh pipi kanan cik puteh. Menggeletar satu badan kita awak. Kita gegel2 tipon tunang kita time tuh. Nasib bek 1 family tak pape. Kalau tak, takdelah pengantin pompuan wikend tuh.

Ni gambar kat atas nin sebelum dan selepas repair. Ganti pintu dengan bumper depan semua. Thanks Uncle Wong sebab cantikkan cik puteh macam baru beli & charged me RM1.5k only. Nanti korang2 boleh la hantor kete kat Uncle Wong nin. K&S Auto. Roger kita then kita bawak g bengkel Uncle Wong. Sekejap jer siap dalam seminggu. Huargh, mase ketiadaan cik puteh, kita sebok tanya Pak Lan bile cik puteh siap. Setiap hari abah kita g tengok. Uncle Wong tu pon dah riso dah. Tu cepat siap kot. Hahaha. Masa kita g ambil cik puteh, kita nanges. Kita peluk terus. Uncle Wong geleng kepala. Dia kata sama wa punya abah, 'Lu punya anak, banyak sayang sama keleta dia ha? Keleta siap pun mau menanges. Banyak pelik.' <-- dia tak tau camne kita cinta cik puteh. Nin dugaan kedua. Next!

10 September 012. Semalam sehhh benda nin terjadi. Cik puteh kena culik. Kita habis kije pukul 7 petang. Bile kita turun bawah tempat parking, kita cari kete kita dah takde. Seingat2 kita, kita park tempat yang betul & tak menganggu gugat kete2 mewah yang lain kat tempat kije kita tuh. Tapi ntah camne boleh hilang. Kenapa mesti yang diculik itu cik puteh??????? Kita hampir diserang sakit jantung tengok cik puteh takde. Kita tipon abah kita tanya kalau2 kete kena tunda ke ape. Abah kita datang amik then kita g Menara MBPJ. Kawan2 abah kita ramai ada. Huarghhhh!!! Malu. Esek muka kita je selalu buat masalah. Kita sedey tengok cik puteh dalam pagar kat bengkel Kelana Jaya tuh. Sedey sangat. Baru amek dari Uncle Wong 1 hari, dah kena culik sampai Kelana Jaya. Ni semua mamat jaga parking tu busuk hati. You'll know your faith after this. Awak silap guna kuasa k. Jangan kata kita ganggu periuk nasi awak tapi cara awak balas dendam sebab kita tak amik sticker bulanan dari awak, awak balas kita camni. Fine!  I've done my report, just wait surat pemecatan or surat perletakan jawatan dengan paksaan untuk elak nama buruk untuk MBPJ k. You such a *^*&& person. Memcikkkkk!!!!

Kesiankan kat kita? Ada jerk dugaan. Dalam masa sebulan pulak tuh. Takpe. Orang sabar ALLAH selalu bayar lebih. Kita malas dah nak cakap banyak. Nak mengeluh pun tak guna. Tapi kita ada menda lagi nak cite. Masa kita nak amek cik puteh, kita follow sebuah kete bomba. Besela kan. Nek Kita nek scooter kita si Pak Tam tuh. Kita tak taulah ntah camne, dalam kita follow2 kete bomba....kita terikut sampai balai bomba terus. Wahahaha!!!! Kita menggelabah gile bile tetibe kita perasan masuk pintu pagar yang takde pagar. Sekali tengok bangunan merah oren. Hallamak. Paling memalukan bile kete bomba tuh bunyi hon kat kita & abam2 bomba kuar kepala tengok kita. Wahahahaha. Kita malu gile terbabas. Veraangan bawak skuter. Hamek ko. Sampai balai bomba terus. Kita balik umah, kita cite kat mak kita. Mak kita gelak gile. Wahaahha. Abah kita kita marah kita sebab verangan tak habis2. Wahahaha. Kita kremmmm la. Teringat reaksi kita masa tersedar tuh. Adehhh. Kita tak cerite lagi kat ahem2, En.Hafiz. Sebab kita malu. Kita update kat sini jerk. Sila ketawa. <---krem dah jemari.

K la. Dah tak larat nak update.Esok nak g kerja & nak jumpe mamat yang cari pasal dengan kita tuh. Kita lagi YAKUZA dari awak k. Watchaaaa!!!!

Tuesday, September 4, 2012

.:: honeymoon kat spital ::.

Assalamualaikum...

Hai kita baru ada masa nak update vlog kita nin. Kita kat spital PPUM sebab doktor suruh kita sambung 4x kimo lagi sebab kanser kita mengecik la awak awak semua. Alhamdulillah... Rasa sangat beruntung. Kali ni kimo kita berteman. Terima untuk pasangan kita Muhamad Hafiz Bin Mohd Halid. Blup3x! Jangan jeles...

Nin sebelah nin pic kawan kita snap sebelum majlis. Ngee, berdeborla. Ahaks! <-- Gediks. Ok. Tau dah. Kita meme tak cantik tapi kita bersyukur sebab cukup sifat. Hidung tertenggek orang kata. Mujur tak penyek. Wakaka. Majlis ni kecik2 jerk. Kita rancang kecik2 tapi jadi besor la pulak. Rezeki. Alhamdulillah. Betullah. Benda baik selalunya ALLAH tolong. Eh silap, bukan selalunya tapi PASTInya ALLAH tolong beri jalan. Terima kasih En.Hafiz sebab sudi amik kita jadi pasangan hidup awak even kita nin selalu kena reject. Yer takpe. Bukan kita yang rugi tapi orang yang reject kita tuh rugi sebab dia kehilangan orang yang betol2 sayang dia. Bwekkkk! Kita nak ucap terima kasih tak terrhingga kat ibu kita, Puan Fauziah dengan mak kita Puan Rahimah. Kalau takde dua orang nin, tak jadik jugak majlis kitorang. Haaa, followe by thanks to ayah, En. Mohd Halid dengan abah kita En. Roslan. Bukan apa, abah yang sambut ayah datang. Ayah lak yang tolong himpun orang ramai datang memeriahkan majlis kita kat kampung. Kita ingat kalau buat kat kampung tak meriah tapi lagi meriah sehhhhh. Sebab time raya, ramai kat kampung. Untungla buat majlis masa raya. Pakej orang kata. Ok la lettew kannn...

Masa majlis tuh, semua orang busy botak. Ayah ngah kita yang pendiam2 tuh tibe2 jerk macam kena rasuk. KEcoh habis. Dia lah yang panjat bumbung sebab nak passang langit2 kat bilik pengantin.Kalau tak, mau nampak atap yang rompong2 tuh. Wkaka. Rompong2 tuuuu.. Rumah pusaka weh..mestilah rompong2. Tapi cantik lolz. Korang ade ke? Kalau takde, diam2.

Nin sebelah kanan ni orang tua kita. Eh silap. Bukan orang tua tapi sedara muda. Wakaka. Taklah....nin mak abah kita. Abah kita muka garang kan? Auuumm. Kecik2 dulu kalau pukul kompom dengan getah paip. Jangan haraplah nak dapat tali pinggang selalu. GETAH PAIP k. Sedap sikit. Tapi kita last kena pukul mase darjah 3. Time tu kita ponteng sekolah agama sebab nak g mandi sungai. Itu last. Pastu meme taubat nasuha tak nak abah pukul. Kita baik je depan abah tapi belakangggg..malaslah nak cite. Rahsia! <-- gedik lagi. Ramai kawan2 kata muka kita macam Serina Redzuan? Sape Serina? Dia anak Chef Wan. Kita tengok langsung takde pun rupe dia. Kesian kita. Kita rasa kita lagi cute. Wakaka. Tolonglah puji saya. Tolonnnn. <-- gedik lagi. Sebelum majlis, kita gedik2 depan kamra. Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tengok, meh la datang umah kita kat Taman Sri Manja, PJ. Tapi umah kita kecik. Kalau datang ramai2 secara berjemaah, mau ade yang kena dok kat tangga dari tingkat 8 bersusun sampai tingkat G. Wakaka. Melampau imaginasi kita kan? Kreatif sebenanrnyer.

Kita tau ada orang yang setiap hari baca blog kita. Tarraa!! Mesti tertunggu2 post kita yang baru nin kan? Cakk! Dah update pon. Suke tak? Sila komen yer. Hahaha. Encik Hafiz, awak bila mau update sama itu blog? Kita tunggu jerk ninnn. Cepatan sehhh. Sila update pic passal Roselle sekali. Kita lupa nak mintak awak pic tuh ler. Tulun3x!

  

OK. Gambo last ni saje letak besor2. Kita suke pic nin. Mak kita kata tak sopan. Kita rasa cute. Wakaka. Cute la sangat. Alaaa, biarlah. Kita tak pedulik apa orang len kata. Kita nak cakap jugak kita cute. Pedulik3x.  Actually, post nin kita draft 30hb tuh kat sepital. Tapi kita guna gtab Encik Hafiz. Kemain payah nak menaip. Nak insert ga,bo pon payah. Last2 gune netty jugak. Baru ade masa masa nak update nin. Btw, thanks for reading this post. Please leave your comment & please forgive me if I said something that hurt your feeling. Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

~ salam sayang untuk kamu ~


 



Monday, August 13, 2012

.:: Raya bujang terakhir ::.

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah tinggal seminggu lagi nak sambut Aidilfitri. Sekejap je kan? Awak rasa tak ape kita rasa? Saya rasa semakin tua & semakin sakit. Kita nak bagitau semua yang baca blog kita, tahun ni raya bujang yang terakhir untuk kita. Lepas raya ni status kita dah berubah. Kita nak berubah jugak. Berubah pada yang lebih baik. Kita harap doa2 aak semua ada dengan kita. Terima kasih.

Kita dah mengantuk sebenarnya ni. Okla. Nanti kita tambah kat bawah ni dengan masanya sekali. Untuk awak, thanks sebab view blog saya. Awak memang peminat saya. Rindu awak. Sila SMS saya bila awak dah baca ni yer. Nunite. Lebiu.

Thursday, August 9, 2012

.:: translator ::.

Assalamualaikum.

Err, nothing else to update in this blog instead of keep telling all of you about my work. Today, my team teammate from Korea ask me some favor. 

Ahha. Honestly, I'm not good in English. Still in learning process. I know she requested me to translate this thing as my Bahasa really good. Hey, I got A1 for my SPM. I'm proud to let you know! <-- berlagak gile. Patot lempang jerk.

She blocked the incoming call for me and finally she forgot to reactive. Then, this a time to update the blog as long as she didn't realize it. Hahaha. Tak jujurlah kita ni but I already did my part. Reply the email, do the translation & facebooking. Ngeeee. I used to apply google translation as I can't find the word in Bahasa. Agak memalukan. Mat salehah la konon2. Aiyakkk. By the way, at least I do understand how translator works. They need to go through all the contents then they can translate. You know, by reading only without knowing the main point & the whole story as well, you may not be able to translate. It's true. 1st time I read the thing, I can't really understand what is it as this is a part of the other part. Then, Lyanne story everything. Then right after that I know the whole story & I can translate it. They are going to use it in our Admin System in Bahasa. Ngee, we are going to have Bahasa template in our system. Woot woot. I do hope Lyanne will not ask me to translate into Indonesia language as I respect that country & I'm not from there. I might be wrongly translate to their language. But something you have to know. I used to answer Indonesian calls. Nice! 

Ok, nothing nice to be updated so far. Just wanna let you know, I'm waiting for the 25th August. Will update about it soon. Just wait.


Continue, at 1709 ♥

Haha. Just wanna continue since I don't have work to do. Everybody crazy facebooking right now. I'm about to snap their picture actually. Umm, KPOP still not back. Without thinking properly, I just Qpost him. What is Qpost? Like MSN I think.

I do wish him to come back. A lot of things changed here. Too many promotions I don't really understand. And it is so difficult to communicate through chat & emails. Aiyaakkk. Please come back bro. I don't miss you but we all here need you.

Kak Shah will not agree with my statement as she's the one who is hoping that this guy will not be come back. <--eh betol ke English kita ninnn awak. Hahaha.

OK. Nak sambung main FB. Sila add saya kalau nak kenal2. In other words, you may add me on FB to know me better. Ahaks! ♥




Thursday, August 2, 2012

.: genap sebulan sudah ::.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini genap sebulah sudah kita berkerja dengan Giosis Gmarket. Woot woot. Seronok jerk bile busy sebab tak sedar masa berlalu cepat. Tup tup dah nak balik & bukak puasa. Hai orang jauh, kita rindu kat awak lolz. Awak rindu kita tak? 

Kita nak cerita, since last week, i already answer a calls from Indonesia. Ya udah. Emangnya susah bangat untuk aku fahamin. <--hahaha. Rasa macam pelakon pulak. Nak tukay nama jadi Arini lah. Boleh? So far tak ada masalah dengan Indonesian. Baik2 aja. Kalau ada pun, mereka ini hanya tak paham proses camne kitorg bekerja. Tapi memang dorang ni OK. Tak macam Singaporean. Not eryone but majority. I dont blame them but actually put some respect. it is not easy being a middleman. Dont aspect that we work only for you. Just it.  At least put some respect to each other. 

For those outside, please do understand. If you seeking for someone's help, please do be patience. Please don't keep chasing for an answer within a minutes. Aiyaakk. You are so funny. If you could not contact seller, you think we can contact seller instead haa? Nononono. We are having the same problem. So, just wait lolz.

Arghhh, seronok. at this time 1419 jam kat desktop. Kita dah habis reply email yang kita kena jawab/reply. Yatta. Boleh fokus jawab call jerk sekarang. Seronoklah kije camni. Relax. Kije yang tak perlu heret bawak balik ke rumah. Kat rumah boleh rasa nikmat membungkang. Hahaha. Bungkang la sangat. Erm, kita dah rasa gaji kita. Woot woot. Dapay gaji setel bil2 dulu. Tak suke delay2. itu kira hutang. Kang kalau ALLAH tarik nyawa, teeetttt. Hutang kita sapa nak bayar? Kalau kita ada hutang sesape, tolong bagitau kita. Kita cuba remind. jangan cecuba nak cheat kita k. ALLAH marah. Tipu dosa tau. Masuk api neraka. <- ayat masa budak2 tapi buat jugak. Hahaha.

Si KPOP takde kat office for a week. Maka, mereka2 di sini macam raja. Takdelah. Tipu jerk. Bekerja macam biasa, cuma tak stress sangat. Kalau KPOP ada, macam2 dia suruh buat. Tapi kita tak kisah sebab kita buat kije kita & jarang nak masuk campur urusan orang. Kalau habis cepat, kita try tolong kawan2 lain sebabnya, kalau dorang habis awal pun, dorang tolong buat kita punya part jugak. Ni baru team work orang kata. Tapi kalau ada yang curi tulang, bila dapat detect meme payahla orang nak caya kita lepas tuh. Harap maklumlah pasal saiapa kan?

Ingat tak previous post kita cakap pasal DIVA. Dia dah tegur kita dah sebab arituh senior2 berjemaah tak datang kerja. Maka, tinggal 4 orang jerk kat office menjawab call. Dahsyat. Kelam kabut KPOP. Patutnya si Diva ni tak kena jawab call tapi terpaksa. Jawab call Indonesia. Time tu jugakla kita pun kena jawab call Indonesia sebab dah takde Malay yang datang kijer Isnin lepas. Kebaut bangat. Kita siap2 gelak lagi dengar minah saleh aka Diva ni cakap Indonesia. Kremmmmm la jari kalau nak cerite. Kelakar sangat. Bila tiba time kita, kita sendiri tergelak tapi gi mana? Udah tanggungjawab. Terus harus dilakukan.  <-- kremmmmm jari. Lawak sehhh bile the memory came across my mind.

Alamak, tak bawak pulak USB nak upload picture. Adehh. nanti2la kita edit post ni yer. Siapa2 yang rajin sangat view blog ni, kita tau awak rindu kita. Hahaha. calling2 la kalau rindu, tak pun, sila text me. 

Alamak, dah dapat task baru. OK. Kita dah start handle 3 negara. Huarghhhhhh. Makin busy la nanti. Takpe. Kerja itu ibadah. Babai.


Wednesday, July 25, 2012

.:: The day of Chaos ::.

Assalamualaikum.

Shalalala. Kepala weng sebab lebih 24 jam kita tak tido. Wahhhhhhh!! Bukan pasal bola k. Harap maklum. Kita tak boleh tido. Tu jerk. Ok. Hari ni hari paling serabai bagi kita. Setakat ni dalam bulan Julai k. Adooiiii. Macam hal. Adik kita la, Pak Lan la, Acik Imah la, anak2 la, pasangan la, cucu cicit piut miut sume ada. Pepagi buta pergi sekolah jumpa Pegawai HEM sebab nak tau hal adik kita sorang. Cikgu puji kita beb sebab kita otai. Kahkahkah. Otai la sangat. Kesian cikgu tu tolong cop CV kita yang banyak. Kesian cikgu. Ampun.

Kita masuk kije tadi awak jam 0858. Gile. Lagi 2 min je. Tau tak, kita tarok kete kita merata jerk. Takde petak. Bedal jerkla. Janji tak ganggu jalan orang. Pedulikkkkk!!! Ade cop mohor besor kat situ. Samanlah kalau nak. Kita tak nak bayar. Pedulikkkk!! <-- serabai gile dah deni.

Vavavava. Paling tak boleh blah, dalam pukul 3 ada lah jenglot ni tibe2 call ke SMS ntah. Tak ingat. SI suami orang ni. Dahla kantoi skodeng vlog orang pastu kantoi lak tuh guna tipon canggih. Sebelum ni dia cakap guna Cekia 3310 jerk. Watta &^%&^??? ALLAH tu da. Sekelip mata sudah dibukakan petunjuk tuh. Kantoi disitu. Dulu kantoi duit dia kena tolak sebab backup ape ntah. Kan ade function maxis via USSD tuh. Eeeee, kita takotlah dengan perangai suami orang ni. Gerun. Seram. Rasa tak selamat jerk.

Baru jap ni tadi, dia call lagi sebab tibe2 dia boleh guna wassup pulak. Adoiiii. Kantoi lagi. Kita malas nak layan suami orang gila talak ni. Ape lagi masalah dia ntahla. Yang tak paham tu konon2 dia macam tak kenal dia. Hello, it is better to be like that. We never know each other!! I dont even know you. Who are you? Spiderman? Spenderman?  Banglaman? Ahhh, non of my biz. You may get lost. I dont bother or even care about you. Nothing to do with me.

Mengantokkkk. Siyeshit dah ni kepala ding dong. Tak mampu nak bendung. Eh tahan. Tatata.

26/7/12 - edited.

malam tadi sebelum tido si mamat atas ni sms lg. ruopenyer kawan dia..but my instinct said that was him not his fren. sorry, both of you got notrust from me either. Both of you sama je PEMBOHONG!

 

 

Monday, July 23, 2012

.:: salam Ramadhan ::.

Assalamualaikum.

Huarghhh, sekejap je dah puasa balik. Rasa mcam baru 2 3 bulan raya kowt. Post kita nin lambat kuar sebab takde masa lolz. Kita dah kija nin kemain payah sikit la nak tengok Fb vlog bagai. Twitter lagi la tak payah cakap. Tauhukah anda, kita ceri beri hari ni (puasa ke-3) sebab ubat kimo tuh dah jenjalan kat badan kita nin. Awak tahu tak kita rasa camne? Rasa letey. Hahha. Macam lawak pun ada.

baru sat ni kpop tanya kita Ok ke tak. Kita inform kat dia pagi tadi kita tak sihat. Kalau kita lembab reply email tuh harap2 dia paham. Sebab kita meme rasa lemau habis. Lembik gedebek. Until 4pm tadi, kita dah g toilet 5x dah awak. Adoiii. Dugaan betol la. Takpe. Nanti esok2 amik MC. <-- beranganlah...

Dari pagi tadi, kita reply 28 email jerk. Sebelum kita reply, kita kena hantar dulu jawapan kita untuk verification. Si kpop selalunya verify tapi harini Lyanne (korean) yang verify. Agak lambat sikit sebab dia nin pun buat backup untuk back part. Maka, melambung2lah kita melangut jerk kat kerusi nin. Nak update vlog, malas. Maka tangguh. Pukul 4 baru rasa rajin nak update blog. Rajinler tuh kiranya kan? Kan? Kan?

Ok. Dah berlambak dah email masuk nin. Adoii. Nak merungut boleh tak? Kita sakit badannnnnnn. Siyes tak larat. Lemau gile rasa. Tak tahulah camne nak bawak moto balik nanti. Balik pukul 6 tapi macam takde ape2 pun beza balik pukul 7. Lemau & masa macam lambat sangat kenapa erk??? Helllllppppp!!!!

Ehhhhh, terlupa lak kita tinggalkan blog. Tau tak, semasa kita sambung menaip ni dah pukul 5.20pm. hahaha. Ralik buat kije. Lupa tengah dok update vlog. K la. Dh nak balik. Email bertimbun nak kena hantar ni. Silalah hantar email banyak2 kat kitorg k. Lempang kang...hahaha. Tatata.




Wednesday, July 18, 2012

.:: Janji ::.

Asslamualikum.

Sebelum kita sign in vlog nin, kita dah off dedua phone kita. Kita tak nak ada orang ganggu kita masa buat post ni. Kita nak someone paham kita. Sebab kita kurang bercakap or berbincang. Bukan salah sesiapa tapi keadaan dan tuntutan yang lebih penting harus diutamankan.

Untuk seseorang yang dah pun mengikat diri kita dari dipinang orang lain, post ni khas untuk awak memandangkan saya tak pernah buat post khas untuk awak kan? Sekarang nin, kita dah ada sedikit kekuatan nak update kat vlog ni untuk awak. Kalau pasni pape jadi, boleh baca post ni banyak kali. (^^,) Patotnya saya nak post lepas raya nanti tapi takot tak sempat lak. Kita tak tahu bila masa kita sampai. Kita pernah mimpi kita dah nak mati. Dalam mimpi tuh kita tak boleh bernafas, kita terjaga then kita rasa mengah. Kita takot. Kita perrnah cakap kat mak & tanya mak kita tentang benda yang sama macam kat bawah ni. Tapi mak tak reply pun. Kita rasa terabai. Kita tau mak pun tak boleh nak jawab. Bacalah.

Jangan tanya katne kita dapat benda kat bawah nin. Tapi kalau tahu, bagusslah. Senang sikit. Benda ni hanya orang yang same tempat macam saya jerk selalu buat. Takdir kitorg ALLAH dah tulis. Definitely we cant compare others happiness with ours. (T_T) Sumpah, kita jeles tengok orang yang sihat2. Dorang sememangnya kurang satu benda nak fikir. Pasal SAKIT.

Ramai orang kalau cakap kanser jerk, first perkataan yang keluar "kesiannyer ko." Saya tak nak dengar benda tuh. Kalau mak kita berrcerita kat jiran2 pun kita marah mak kita balik. Kita tak suka mak kita kenalkan kita pada orang2 kat luar sana dengan "ni la anak saya yang sakit tuh.". Nak mintak awak tolong cakap kat mak saya passal ni sebab saya kalau cakap, saya terus nanges. So perkataan yang nak cakap tuh takkan terjelas keluar. Tapi tolong cakap kat dia bile saya dah tak ade nanti. Bukan sekarang <--ni sampingan.

Umm, actually semalam lepas awak bagitahu ibu mintak awak buat istikharah, kita dah start rasa ada betolnya. Even hati kita takot pilihan awak berubah. Mujur iman ada lagi, siapa kita nak lawan takdir ALLAH. Tapi sampai massuk2 dalam mimpi. Saya siap mimpi saya akap dengan ibu awak. Tak ingat kat mana tapi antara dialog saya, saya siap cakap, kalau ibu tak berapa setuju, ibu boleh cakap terus. Saya takkan tanya kenapa sebab saya tahu TAKDE seorang mak kat dunia ni tak sayang anak dia. Semua mak nak tengok anak dia bahagia. <-- saya dah cakap malam awak call saya tuh kot.

Bukan tu jerrk, saya mintak izin kalau boleh ibu setuju. Kaalau tak nak bagi hantaran pun, bagi mas kahwin. Kalau tak boleh jugak bagi saya Quran je atau surah Yassin sebagai mas kahwin. Janji saya boleh balas cinta awak tuh dengan cara yang HALAL. Time saya cakap dengan ibu awak dalam mimpi tu, saya nanges teresak2. Saya tak tahu apa lagi saya boleh buat. 

Saya nak cakap terima kasih. Untuk semua, even yang baik or tak berapa nak baik. Mintak maaf untuk perkataan yang menyakitkan hati. Saya bukan nak lari tapi nak luahkan hati untuk awak. Saya tak kisah oang nak share cerita saya ni. Mesti dorang tak tahu nak cakap camne kat pasangan dorang. Terima kasih untuk luang masa. Saya tak tahu kenapa saya tak boleh lupa awak sanggup teman saya kat katil masa ubat yang sakit tuh doktor inject kat celah rusuk saya. Sepanjang saya sakit, mak abah sendiri tak pernah tengok doktor/nurse suntik Clexane kat badan saya. Sebab tu saya terharu. 

Awak tahu banyak tentang sakit saya lagi banyak dari mak abah saya tahu. Dorang tak tahu bape lama saya ada. Bukan tak pernah bagitahu, tapi dorang suka buat dekkkkk. Tapi tak tahulah dalam hati dorang camne. Saya takot kePOSITIfan dorang tu nanti akan melukakan hati dorang. Saya dah banyak kali bagitahu awak. Jangan kata saya tak ingatkan awak. 2 hari ni saya teringat ape yang ibu cakap. Saya takot sebenarnya. For patient that diagnosed as Stage IV lung CA can survived up to 5 years. Sekarang saya dah suffer sakit ni dah 3 tahun. Saya tahu ALLAH rahsiakan kematian. Selagi belum ajal, doktor pun tak mampu buat pape. Dan saya paham kerisauan seorang iu bile anak dia nak kawen dengan seseorang yang berisiko. Saya tak maah, kesihatan adalah salah satu nilai yang perlu diambil kira dlam memilih calon isteri. Saya mungkin bukan tergolong dalam salah satu nilai tuh. Saya paham. Tapi saya tak mintak. Kalau saya sihat & ade anak yang macam keadaan awak sekarang, sah2 saya suruh dia fikir beribu kali lemon. "Betol ke nak kawen dengan orang sakit ni? Nanti dia mati, awak nak tinggal sorang2? Kalau takde anak tape, kalau ada anak? larat nak jage? Baru setahu lebih kawen dah mati.Kalau tak tahu sakit takpe tapi ni dah tahu." <-- macam ayat novel.



OK. Tak nak buang masa. Ni mesej penting dalam post ni. Kalau ape yang kita berdua merancang tu jadi, JANJI dengan saya kat atas ni. Tolong Cmments or post kat vlog awak yang dah semakin canggih tuh. Cantik dah, bolehlah sambung minat saya jadi vlogger lepas saya takde nanti. arepeace-arelead.blogspot.com Jangan tulis ayat panjang2 sangat. Letaklah pic ke ape. Bosan je nanti orang nak bace. Kalau saya, saya bace je sebab awak kan pembaca setia post saya. Sementara ada nin, saya bace vlog awak banyak2 kali. even tak selalu tapi bila g vlog aak jerk, saya bace balik semua post awak tu pastu gelak & komen dalam hati. Hahaha. Cute tak perangai camni? Cute la cute la..<--gedik.

Umm, k la. Nak nanges dah ni. Hormon sedey dah banyak nin. Sob9. Bertakung sudah airmata. Babai.


~Takkan selamanya kekal~


.:: beware dengan rasa PELIK::.

Assalamualaikum.

Pepagi lagi kita dah update vlog. Gile rajin kan? Rajin tak? Rajin tak? Hehe. Umm, nak post pasal hati2 dengan perasaan PELIK terutamanya dengan lelaki. Kita bangun2 tadi, lepas tengok mak abah dengan muka adik2 kita, kita teringat encik tunang kita. Awak OK tak sayang? Hahaha, sayangla sangat. Awak OK tak sekarang? Umm, kita nak bagitau kes suami orang ni actually. No secret.

Yesterday, tengah kita bersemangat mengait untuk encik tunang, si suami orang ni sms kita. It's OK. Tapi kita tak paham ape motif dia sesaja salah hantar SMS after sms yang ok2 sebelum tuh. Ke dia kantoi jadi playboy ntah. Ayat dia 'Radndu sgt dh yunk.. jgn la tdo g.." Apekah ini? Sms ni masuk pkol 2250. Last sms dia no kat kita pukul 2128. Watta &^%*???? So, kita reply ??? je. Kita rasa tak selesa lah. Bukan apa, si suami orang buat gitu, mana respect dia pada isteri dia yang SETIA dengan dia. Kita tak rasa dia salah sms sebab kalau seorang suami betul2 sayang isteri dia, dia takkan silap hantar sms. Kita tau sebab lately kita dah tak tersalah hantar sms sebab asal kita nak sms encik tunang jerk, kita cari nama Hubby. Wah, cute tak? Cute tak? Kita tau encik tunang suka kita letak nama dia Hubby kat phone. Awak letak nama kia apa erk? <-- sebok nak tau jugak. Sila letak nama Chenta hati k. Wakaka. Gedik.

Haaa, kita rasa si suami orang ni saja nak buat kita cemburu bagai. Awak silap suamiorang. Kita takde perasaan. Asal sms awak masuk jerk, kita mesti buat muka dulu. Awak kena tau tuh. Tolonglah ubah niat awak tu. Kita dapat rasa masa awak sms malam tadi "Yuuhhhuuuu.... wife dah bl! :D ". Yang kita pelik tuh, semalam awak dengan confident bagitau isteri awak balik lusa which is today. Kenapa malam tadi tiba2 balik? Lolz. Kantoi sudah tipu kat situ. Pastu kita tak paham kenapa perlu sms kita? Motif? Nak bagi jeles? Silap lagilah awak. Awak yang jeles kita dengan tunang kita sekarang. Asal awal tahu jerk kita buat something (mengait) untuk tunang kita, awak rasa tak sedap hati, sakit hati & CEMBURU. Kita kenal awak, awak akan buat kita rasa apa yang awak rasa. Bila awak nak buat kita jeles, sebenarnya time tu la awak cemburu kat saya. Awak akan buat kita marah bila awak tengah marah. Please be informed I was 21 last 5 years. I do understand what you are facing right now. 

bila awak nak share kegembiraan konon2nya wife awak balik, it supposed not to be like that "adik". Dahlah awak salah hanta sms. Kita tak rasa itu tersalah. Itu bermotif. Sama ada awak salah hantar kat mangsa baru or nak bagi kita cemburu. Awak silap besar kat sini. Kenapa saya perlu nak rasa cemburu pada awak? Awak pun tahu saya ada siapa sekarang. Awak tahu apa jurangnya perbezaan awak dengan dia. ALLAH dah atur cantik2 untuk saya. Bukan dengan awak tapi jauh lebih baik. Sama jugak dengan awak. Saya tak mulia sangat then awak dapat seorang isteri yang mulia. Walaupun awak TERMENIKAH tapi bahgia jugak kan? Haaa, TERMENIKAH pun boleh bahgia. Hikmah perkahwinan ler tuh.  InsyaALLAh kita camtu jugak nanti yer encik tunang. Even kita jauh terpisah dengan Laut China Selatan, cukuplah kita saling doa untuk disatukan secepat mungkin. Dugaan makin hari makin banyak. 

Kepada suami orang, henti2kanlah buat perkara camni. Takde faedah. Apa kata awak buat hal awak, saya buat hal saya. Saya takda terkejar2 awak or ganggu rumahtangga awak. Mintak tolong sangat2 kalau awak baca post ni. Kirim salam pada si isteri yang yang kononnya bukan pilihan hati tu. Dia yang jaga awak kat hospital & layan kehendak awak dah. So, sila bertanggungjawablah yer. Even isteri jauh pergi outstation, tunggulah dia dengan hati yang setia, bukan mencari kepuasan kat luar. (-.-) mintak maaf sebab taip camni kat sini sebab kita rasa PELIK yang teramat bila ada satu sms yang awak tersalah hantar. Terkedu sekejap sambil mengucap panjang dalam hati. <-- tengok balik sms hai Jumaat awak kalau still simpanlah. 

Kepada encik tunang, woot woot. Kita tunggu awak balik nanti. Kita sentap sekejap sebab awak tak turun kat LCCT. Huarghhh. Jumpa lepas raya je kat Melaka k. Baru betul sejarah. Wakaka. Awak tau tak, Acik Imah dah plan nak bawak hadiah besday awak bagi kat kita tuh ke kampung. Gile la. Mana ler kita nak sorok benda alah gedabak besor tu. Kita tak nak rasmi lagi. Nak rasmi dengan awak nanti. Hukhuk. Helppppp!! <-- gedik. jangan layan. 

Hari ni kita kimo la awak. Terima kasih sebab tolong jaga kita. Yela, kalau bukan sebab awak, kita dah lupa makan ubat untuk kimo hari ni. Jenohlah dengor nurse 2 orang tu bagi ayat2 merisokan. Takot fainted, takot alah, takot muntah, takot vavavavava. Asal makan jerk, awak mesti jemput kita. Kita kalau makan, bace doa terus sumbat dalam molot. Nak comel la konon. Dah habis barulah bagitau. Hebat tak? Hebat tak? Wakaka. Haa, kita dah aktifkan akaun FB balik. Isk. Tapi dah seaktif dulu lah. Dah kija skang. Susah jugak rupenyer jadi junior exec merangkap customer service. Tapi I do love my job. Rezeki ALLAH bagi. Bertambah baik kijenya walau ade sikit celanya tapi I dont bother.

Kita nak siap2 pergi sepital. Kita nak naik scoot WQA kita. Nama dia Abam Atam. Dia ni abang kepada Cik Puteh. Nanti kita kenalkan pada awak2 semua k. Kepada tunang, dah nikah nanti kita naik moto ni yer. Kita ronda2 kat taman. Sekarang tak boleh sebab Pak Lan gemuk dah. Buncit lak tuh. Kalau dia dok tengah2, kita kompom dok kat hujung2. Asal awak langgor lobang, kita terus tercicir. Menonongla awak berdua jerk jauh tinggal kita. <-- i'm laughing once my imagination cross my mind. Do you?

K lah. Nak siap2. Hello, encik tunang. Kita rindu awak melangit2 ni. Sila jangan sms, kedit tuh kasik expired k. Wakaka. Opposite meaning actually. Btw, please pray for both of us kengkawan sekalian alam. Tak lupa jugak kepada semua binantang kat hutan tuh. Kita tak pernah memuburu awak. Awak patut bersyukur. Tapi untuk nyamuk yang nyonyot darah kita tuh, jaga kau. Minggu depan, meme teruk ko. Berani2la hinggap kat kulit kita, meme makan asap atau spray. Siyeshit awak kena. Takde delay dah2. Famili kita semua dah plan hapuskan awak minggu depan. Padan muka. Baik lari sekarang. K la. Tatata. Lebiu awak awak awak awak semua. Muaahhhh!


Monday, July 16, 2012

.:: Nur Roslan will be back on FB ::.

Assalamualaikum.
Arghhhhh. KPOP suruh kita aktifkan account Fb sebab kena buat affiliate. Adoiii. Dari minggu lepas dia suruh tapi kita buat dekkk jerk. Apekah masalahnyer kalau tak buat. Kita dah tanya KPOP tapi dia cakap, "you should know how we reward our customer & how this biz growing." Hekkkk, KPOP ni saje jerk. yang Malaysia punya account tak nak lak suh kita buat. Yang email ade kaitan dengan FB tuh jgk yang dia suh register. Arghhhh. Tensi jerk la.

Harap maaf, selagi dia tak remind kita 3x, kita tak nak buat. Wakaka. Lantak situ. Tunggu dah bagi reminder ke3 baru kita aktif. Hahaha. So far buat2 paham jerkla how it works. kita tak suke practical learning, sebab tuh la si KPOP tuh suh kita buat amali. Ham ek ko, kena buat sume bagai. Isk9.

K la, kita curik2 update vlogggg ninnn. tengah kije lagi nin.. Tatata.




Wednesday, July 11, 2012

.:: minah scoot kembali ::.

Assalamualaikum. Woot woot.. Nur in da houseeeee.

Tahukah anda bahawa hari ni saya sampai awal dari semalam? Grrr...grrrr.. ninnn nak habaq sat, hari ni kami g kija nek scoot. Woot woot. Bapak berdesup p nunnn. Kemain. Wakaka. Bapakla seronok. Tahukah anda bahawa since 2010, kita dah lama tak naik moto. Hebat tak? Hebat tak? Abah kita nak guna kereta kita, maka dia repair lah scoot kita yang dulu. Dah lama dah scoot kesayangan kita nin tersadai awak. Sayang gile. Masa kita beli cik puteh, moto tuh la kita dok gegan setiap hari g kija, men badminton, futsal, jogging, merendekkkkk..hangpa tau dke idak merendek tu ape? Merendekkkk tu merayap & nakal2. Hekkk..entahlah. macam tak pasti lak tetibe. Hangpa tanyalah mak pak hangpa merendekkk tu apa.

Haaa...nak tunjuk bukti ninnn. sat, mana p ntah lak folder gambaq ninnn??? Haaa, dapat pun. Maaflah. PC kat opis nin canggih sangat. Dua skrin kot. Tak beragak kan? Kan? Kan? Had sebelah kiri nun konci scoot kita.Had sebelah kanan tuh nestum. Hahaha. bekpes makan nestum. Alamak, ade tapau nugget. Subuh2 dah goreng nygget. Western tak? Western tak? Nak jadi minah saleh la awak. Woot woot. Kita takot datang kije lambat. Lagi pon ni 1st dau nek scoot g kije. So, tepat pukul 8 gerak dari rumah. 7.50 pagi tuh dah siap2 panas enjin scoot. Gillerrrr. Wakaka. punyalah takot lambat. Bukan ape, kita tak tau sangat keadaan jalan. So, arini kita usha2 katne ade lobang lekuk rompong bagai. Haaa, teliti tak? Teliti tak? Sdiakan payung sebelum hujan prang kata. Tahukah anda, dalam dok sebok semangat nak pergi kije tuh, kita terlupa nak prepare helmet cantik. Hamek ko, pakai hemlt bulat macam nak g bulan tuh. Bapaklah malu. Maka, nak elakkan orang perasan muka kita yang cute tapi pakai helmet g bulan, kita bawak laju. Konon la nak tengok lobang bagai. Sekali kita redah jerk lobang tuh sume. Ninnn sume gara2 helmet g bulan la. Mencikkkkk. Kita ade helmet ARC tuh tapi malam tadi lepas tukat cover seat dengan abah, kita bawak helmet tuh balik. baah lak boleh letak helmet g bulan tuh dalam moto. Kita malas dah nak nek umah tadi. Maka, gegan jela helmet g bulan. Wakakaka. bapakla lawak.  Kalau korang nak gelak, gelak la. Terbahak2 pon takpe. kita tak kesah. Dah bese.

Erm, berpeluh sudah nugget kita. lupa tadi nak bawak kuar. Ape? Nak tengok pic nugget berpeluh? jangan harap. Kat plastik dia jerk berpeluh k. Bukan nugget tu. Jangan lah direct translate sangat. Cergas sikit pepagi ninnn k. Ok dah. nanti2 sambung. Sejuk dah nestum ninn. Dahla ekon tala kot ni. <--tunjuk muka sendiri. Babai naaa. Tatata.


Tuesday, July 10, 2012

.:: benda cute ::.

Hahaha. Kita nak post lagi. Tadi kita jalan2 kat facebook baru kita kita jumpa something yang kita rasa cute ar. Wakaka. Cute ke? Haa, sorry yer. Fb yang kita guna skang untuk kengkawan pompuan jerk. FB yang lagi 1 yang ade bagge dia kt blog ni kita deactivate. Ngee, ramai sangat peminat. So, kita deactivate untuk mengelakkan sebarang perasaan cemburu. Aitcheh. padahal dia tak kisah pon. Kita jerk deactivate. Biarlah. Sape2 nak tau hal kita, please do visiting my blog. Rather than that, you may call or SMS me. Ngeee..senang2 jerk kan? Hahaha. Ok.


Haa, cer tengok pic sebelah nin. ni lah bendca somey momey kita jumpa tadi. Cute tak? Cute tak? Kita senyum jerk bace. Nasiblah dia tak bagi camni. Kalau tak, mau tergolek. Wakaka. Tergolek la sangat. Awak tahu tak, masa kita baca nin kita teringat seseorang. Yup, dia sangat cute. Sama macam kita. Berangan. Kita pernah berangan dengan dia same2 tapi sekarang jarang contact. You know who you are. Blup3x.

Sekarang ni time lunch kita. Lunch time kita 12~1. Sekarang dah ramai budak2 ni balik. kenyang jerk tengok semua muka. Kita tak kuar arini. Sebab kita rajin. Kita goreng nasi bawak bekal tapi.....tapi...bapakla pedas. Tertarok cili potong banyak. ham ek ko. Berair mata sehhh. Padan muka. Bajet tak pedas cili kecik tuh ke haa? Hahaha, tergelak sendiri masa taip post ni. Awak, awak rindu kita tak? Wakaka. Saja tanya. kalau rin du, after baca post ni, tulun SMS kita dengan menghantar "kita rindu awak." then kita akan tau awak dah bace blog kita ninnn. Ngeeee. nak gedik sikitlah. Wakakaka.
Aircond kat tempat kije kita nin sejuk sangat. Esek nak terkucil jerk. Kita siap selimut dengan sari. Eh sari ke? Ke mafla, eh ke pashmina. Eh entah. tapi dia lebar & panjang macam pashmina. Ape ntah manusia panggil benda ni. Manusia? Ahahaha. Kita hero. tak sama dengan awak awak semua. Awak semua manusia biasa. Aitcheh! Okaip. Need to stop here. Already 12.50pm. Nak pergi ladies. Sejukkkkkk. Sila peluk saya awak. Hahaha. <-- mintak pelempang. Tatata. *waving hand





.:: whooooppp ::.

Assalamualaikum.

Pintu masuk lolz.
Woot woot. Ini 1st post kita kat opis lolz. Datang awal. Start kije pukul 9 tapi pukul 8.10 pagi dah terpacul. Orang kedua lolz sampai arini. Hebat tak? Hebat tak?  Ngeee.  sebelah ni office kita la awak. Haaa. kecik2 jerk kompeni nin. tapi nanti bile dah besar gedabak, payah lak. For the time being, HR Manager dok depan meja kita jerk. Hamek ko. Ko lambat seminit jerk HR tau. Kantoi. Tak leh nak lari mana la kan?? Wakaka. Kita suka dengan kija kita sekarang. Ntahlah. Tak pressure. Team leader yang memahami ggile la. Time makan dia tak kaco langsung. Kalau hujan, dia suh HR g beli makan sehhh. Semalam makan McD. Whooop. KEnayang gell. Macam orang mnegandung dah perot kita. Hahaha. Paling tak boleh blah. Training 30 minit pun trainer sediakan subway. Gile. Gemok makan jerk kat sini. Alhamdulillah. Kije kat sini, boleh pakai baju ape jerk. Wah!! Tauhukah anda, jeans dan T-shirt lengan panjang jerk pakaian kita. Dengan tudung ar. Gile tak pakai tudung. Kita mana ade rambut sangat. Kan kimo arituh. Kening pun dah nipis. Segala rambut luruh tapi bulu hidung tak pulak. Wakakaka.


Office (pepagi cleaner tak mai lagi)
Sebelah nin opis kita la. Ngee. Keruri kaler hijau tuh. Kaler febret kita...ngeee. SUKE!!!! Haa nin yang nak taip huruf besar ni. DMinggu lepas kita pergi kije saing dengan Pak Lan. Alaaa, Pak Lan tu abah kita lah. Kita mana ade driver. Gile. Kalau kita anak Datuk Bandar pun kita tak nak pakcik drebar. Tak bebas. Kang nak melencong pergi tempat len tak boleh. Tak remaja ar kalau lepas kija terus balik rumah. Eh eh eh. Kalau Acik Imah baca nin mati ar.. Kantoi ar anak dia merayau lepas kija. Konon habis kija pukul 9 malam. 2 jam dok melangut kat subway. Wakaka. Kita lambat woo makan. nasib la sape kuar makan dengan kita. Awak tunggulah kita habis makan berjam2. Paling tidak 1 jam setengah. Maaflah yer, saya ada masalah menelan makanan. Kalau nak cecepat, sila datim dengan orang len. Bukan dengan Siti Noor Aishah Binti Roslan. Lepas ni sape2 nak ajak datim, sila offer diri nak teman kita makan sampai habis. Kalau tak, kita takkan order makanan. Hekkkk...<-- Boleh camni??

My workstation. Woot woot.
Okaip. Nin tempat duduk kita. Kat sinilah tempat berdengkur, tempat gosip (cerita pasal diva dengan akak2 senior), tempat ngadap assessment, tempat kija. Pendek kata, ini taman permainan kat pejabat ninn. Wakaka. Esok ingat nak bawak bubbles lah pergi kija. Latihan pernafasan. <-- konon2. Wakakak.

Erm, since dari hari pertama kija, kita esek bekpes roti kosong dengan teh ais. Setiap pagi lolz. Hebat tak? Hebat tak? Hahah. Kita dah gemuk sikitla awak. Tak naklah upload pic. Maluuu. <--bongok jerk ayat. Haaa, kita nak bagitau, aircond kat sini apaklah sejuk mengikut ckap2 orang kat sini. Tapi kita selamber kodok  jerk duduk bawah aircond. hebat tak? Hebat tak? Hahaha. Camnilah keadaan orang yang menjalani kimoterapi. Dia tak rasa sejuk even suhu bilil tuh cecah 16 darjah. Gile kan??? Boleh hanter pergi mendaki Gunung Everest denii.. wakaka. Tapi betul la awak. Sekarang nin, boss kita dah turunkan kepada 20 darjah. Angin aircond tu dok tala kat kita jerk. Sebab orang len sume tak nak. Takpela. I'd rather cold than panas. Kalau sejuk boleh selimut. Kalau panas? Takkan sambil menaip sambil kipas diri sendiri. Hahah. Hebat gile kalau mampu buat.

K lah, ramai dah datang ninn. Kita malu nak nak update blog depan kengkawan kita. Wakaka. haaa, untuk orang jauh yang rindu2 kita tuh, kalau dah bace blog ni....sila lah komen. Kita bosan lah esek tengok trafik jerk. SILA KOMEN!!!!! Capslock tanda siyes. Ngeeeee.... K tata awak. Tatataatatatatata.

Sunday, July 8, 2012

.:: kerja baru ::.

Assalamualaikum.

First of all, ALHAMDULILLAH sebab dah seminggu beekerja sebagai staff kat Giosis Marketing Sdn. Bhd aka Qoo10 joint venture dengan ebay. Em, seronok kerja kat sini. In term of gaji, Alhamdulillah. Setaraf dengan gaji sorang pemegang ijazah. Takdela sia2 rasa study 3 tahun amik degree kan. Paling best sebab takde undang2 ketat yang sengaja dibuat. Contohnya boleh pakai apa2 attire yang korang nak pergi kerja. They dont mind as long as you do your work & finish it. They going to pay you. Woot woot. Best kan? Tapi ni syarikat boss besar dia korea yang punya. Maka, ramailah KPOP. Hukhukhuk. Saya tak suka KPOP but my team leader yang mengaja tuh, KPOP. Huarghhh. Redha jerk la. Dlam tak suka tuh, hamek ko. Dapat terus. 

This company provide internet shopping lolz. Tryla g kat link Qoo10.com best tau. Fun!!! Tak ramai tau lagi kat Malaysia ni but in Singapore meme femes. Korang boleh like facebook Qoo10 Malaysia. Pastu register lah erk. Boleh baya gune debit kad. No poblem. Eh eh eh...macam pomot la erk.. Wakaka. Biarlah. Meme best pon, setiap hari kita login masuk web ni sebab setiap hari bertukar dia punya iklan. Suka tengok barang yang dorang jual. Best lolz. Nanti bila kita dah ade bisnes card, kita bagi awak awak awak awak awak semua. Jangan tak beli lak. Best dah skang sebab nak sopink tak payah penat berjalan kat mall dengan parking yang belum tentu ade. Kalau space U8 tak payah cakap sebab tu mall baru, meme kedai tak banyak, parking senangla dapat.

Erm, hari kedua kita start kerja dah ade masalah dengan new staff baru baru. Den bajet DIVA. Akak yang dok sebelah kita banyak cerite pasal dia. Then kita dengar jela tapi tak sangka la pulak kita jadi mangsa diva tuh. Boleh dia mintak tolong kita ajar dia, pastu at the end buat muka & cakap "ye ke?" Hello, kita dah ajar awak, at least please appreciate it by saying thanks. Awak tau tak, deni bukan educated pun. Umo 20 tahun dah kawen ade sorang anak umo 8 bulan. Dia suke bercakap dengan longhat matsalehah dia. Sangat menjengkelkan. 1st day dia kije, dia dah berani tanya gaji senior kat situ. Watta &^%^&%???? Errr, kita seram jerk tengok perangai dia. Dengan gaji kita pun dia tanya awak. Kita cakap jerkla gaji kita 2k. Nk tengok ape reaksi dia. Mak aihhh, dengan bangga dia habaq gaji dia 2.3k. Haha, sangat kelakar. Dia tak tahu basic dia tuh 1k kurang dari basic kita. Kita tak nak riak, tapi kita just cakap dia beruntung jela. Itu satu. Nak dijadikan cerite, dalam meeting dia berni demand rehat untuk hari Jumaat sampai 2.30pm. Gillllleeeeerrrrr. Itu untuk lelaki jela. Ko solat ke? Yang wajib ni pon buat dekkk jerk. Adoooi. Dugaan la. Paling tak tahan, kantoi dia update BB status kutuk kita. Akak sebelah kita bagitau. Lantaklah. Awak tanggunglah sendiri. dia macam tak tahu yang kompeni baru bertapak kat Malaysia. She aspected too much.

Then, ada lagi dia buat hal. Kita selalu makan Subway. Tak tahu pulak hari tuh, dia follow belakang kita pergi subway. Bile kita dah Q tibe2 dia moncol & Q depan kita. Watta *&^*&^????? Mamat cina belakang kita tengok jerk. Dia selamber tanya kita makan ke take away. Ya Allah. Pastu masa nak order jenis roti, keluarla loghat dia tuh. Sumpah kita menyampah. Pastu masa pilih sayur dia keluar loghat dia..."little bit of this, little of this.." Kemain. Pastu sebelum pilih sayur kan selalunya dia masuk oven utk cairkan cheese, within that period, aku pulak order. Kita order sub of the day, SOD. Dia boleh tanya kita SOD tu ape? Watta ^*&&^%??? Pastu siap tanya lagi SOD ni tukar2 ke? Wakakaka. Bajet masuk subway ingtkan tahulah. Bodoh jek la minah ni. Kan dah kene bodoh. Berlagak sangat. Hamek ko, semua dalam kedai tu tengok ko. Sape suh speaking dengan aku, last2 aku jawab malay then ko langsung tak tengok gedabak besor iklan SOD sebelum masuk subway. Ape daaaa.. 2 orang indians Q depan dia tau, indian tuh pon rasa weird tengok dia. Mane tak, lepas pandang dia jerk dorang gossip bahasa dorang. Aku senyum jerkla konon2 aku paham. Cina belakang kita geleng kepala. Wakaka. Tapi minah ni tebal muka. Lantak kau lah.

Cerite ke-3 pasal minah ni. Dia bajet dia pandai, sekali tuh, kita tanya dia drop out tu ape maksud dia? Dia dengan berlagak cakap, "drop out? Drop out la. Drop out..." Mak aihhhh. Bapakla berlagak minah ni. Nmpak sangat tak tau. Fine. Kita bukak dictionary kat website. Then baru kita paham. Tpi, yang kelakarnya tak lama lepas tuh, dalam 30 minit, dia datang kat kita awak. Dia tanya kita drop out tu ape. Wakaka. Tu  la, bodoh sombong lagi. Then kita jawab balik macam cara dia jawab. Pendek kata, kita ajuk balik cara dia cakap. Padan muka ko! Puas hati kita awak.

Hari Jumaat, boleh lak minah ni forward assesment dia kat kita awak. Dia suruh kita jawabkan. Dia buat separuh then dengan selamber dala kurungan tulis ( please help me as im kinda blurr to think wat to write out). Go to HELL. Tapi kita tak sampai hati. Kita buatkan & reply kat dia. Kita tarok remark guna capslock. Pastu dia reply balik dengan words yang sangat kurang ajar. In future, tak ayahla gune huruf budak. I'm not a KID. Wah..ko dah mntak tolong orang pastu sound orang balik. Kita just remark jerk kot. Yang berlagak sangat nape? Adooiiii... Disebabkan kita bengang, kita forward semua email2 dia yang dia suruh kita tolong jawabkan tu kat senior kita dengan KPOP. Hamek ko. You dont know who am I. I'm SPIDERMAN. Wakakaka. Awak tau tak, dia kena panggil dalam meeting room. Hamek ko. Kena ceramah. PAstu sendiri paham lah. Dia serang inbox kita. Kita  reply ape yang ptot. Ayat dia maki2 tapi kita reply dengan ayat sinis. Kita takkan mencarot bagai macam dia. Bukan style kita. Kita remind kat dia, ubah attitude sebab kita dengar cerita dia bertahan kat sesbuah kompeni hanya 2 bulan jerk. Experience kije dia 6 bulan je. So, in reply dia sound kita balik. You dont judge me. You just knw me about 5 days. I knw people attitute as i've been working in so many company before. <-- bapak berlagak kan? Then kita reply, yeah, 3 company for 2 months each. Kena pulau sebab tu berhenti. I knw you ask our senior to pretend to be your manager for previous company. Should I tell HR for this or not? Hahaha. Terdiam terus. Serve you right. Kalau kita jahat, kita dah bagitau.

Paling tak boleh tahan, baru 3 hari bekerja dah boleh bagitau kitorg yang dia dapat another interview kat AirAsia. Watta (*&(*???? Lantak ko lah. Tengok bape lama ko bertahan. Dia duduk belakang kita, as I said to her, I wont talk to her in future as she didnt put some respect to me as I'm older than her. Korang kena tahu camne tertekannya kita bile kita still new tapi dia esek2 datang kat meja kita tanya itu ini. bajet macam kita senior & tau macam2. Bila kita explain takmo belaja, pastu datang lagi tanya benda yang sama. Pastu bile tak boleh buat terus forward. You think I'm your PA? Nope. Sorry. Kesianla kat anak awak tuh. Tolongla berubah...

Ok done. Kita nak mengadu pasal ni jerk kat blog. Later kita upload pic yang kita selalu tengok bila nak pergi kerja. For those yang ada ATTITUDE camni, sila berubah sebelum kene tembak k. TAK SUKE!!!! Sumpah kita tak suke.