Thursday, December 30, 2010

.:: Berterus terang itu harus ::.



♥♥ Disaat Aku Mencintai Dirimu - Dadali ♥♥

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Disaat aku mulai mencintai dirimu
Berharap dikau menjadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Disaat aku ternbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga kau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maafku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maafku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan kukatakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan kukatakan padamu
Aku sangat mencinta

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Saat aku syok tengok bola SMS dari Mr. Teet masuk. Korang dah tau kan sape nama Mr. Teet aku tuh. Yup! Mohd Hafifi Bin Mohd Hafizi. Aku berani sebut nama dia kat sini sebab dia takde fesbuk, takde email, takde gambar yang boleh aku tag. Aku tak kesah orang cakap aku berchenta dengan hantu sekalipun. Aku dah pilih untuk berchenta dengan orang yang aku takkan jumpe, takkan cakap kat telefon. Aku dah puas hati dengan hubungan neh setakat neh. Memang macam kerek sebab aku tetapkan jangan ade perasaan lebey lebey sebab aku tak nak jiwang sangat sebab kalau kecewe, memang separuh jiwaku pergi lagi. Maka kawan sahaja. Diapaham kehendak akun dan cukup dengan sedikit kepercayaan antara kitorang.

Sebenarnya berisiko chenta jarak jauh neh. Sorang kat Jitra, nun jauh tebabow. Bile gadoh sikit sebab rasa tak percaya habis semua keluar. Tapi argue argue neh sebenarnya ujian dalam perhubungan. YES! Macam yang aku update sebelum nih. Ego. Aku dah bunag jejauh asalkan aku dapat cakap aku syok kat dia. Bukan setakat tuh jerk. Aku bagitau jugak dengan sape aku SMS. Ha'ah. Aku jahat. Aku kawan dengan dua lelaki sekali harung. Tapi aku tak macam korang fikir. Both of them tahu hal masing masing. Aku pilih untuk jadi orang paling jujur dalam dunia neh. Aku tak nak salah sorang rasa benci sebab benci tuh boleh musnahkan hidup sendiri. Kalau ade lelaki ketiga pon, dia dah tahu ape yang aku maksudkan sebab dia pon baca blog aku.

Alhamdulillah, dua dua boleh terime. Bukan dua tapi tiga. Tapi yang ketiga neh aku anggap seperti abang aku. Biarlah ape orang nak kata. Aku ubah dia ke, dia berubah sebab aku ke, yang penting hubungan kami baik baik jerk. Hafifi terime tapi aku tahu sangat dugaan hebat kat dia sebab dia jauh dari aku. Takpe. Sabar. Ade jodoh tak ke mana. Aku pon berterus terang dengan semua orang. Mintak maaf kepada insan yang aku tak boleh nak bagi harapan. Aku nih bukanlah perempuan yang hebat korang nak pilih. Aku neh biasa biasa jerk. Mungkin sebab perangai aku yang selamber kodok korang rasa selesa. Tapi tak semua orang suke ape yang kita buat. Itu aku terima. Terime kasih yang dah buat aku sedar yang aku neh bukan SUPERMAN. Boleh puaskan semua pihak. Benda tuh takkan terjadi. Terima kaseh jugak kepada yang memahami. 3 orang ini sangat penting bagi aku sebab kalau bukan kerana dorang neh, aku still humble, lost of confident, always think that nobody will marry me. Ececeh. Marry jerk yang aku fikirkan. Tau la umo dah lanjut. Lanjut ke? Muda lagi k. REMAJA!!

Sambil aku update blog nih, sambil aku SMS 3 orang ini. Share hal masing masing. Kalaulah boleh buat filem tentang hidup aku engan dorang neh. Aku nak dorang 3 orang neh jadi terkenal dari aku. Antara orang orang terhebatlah. Setiap orang ade history sendiri. Umur bukan halangan hubungan antara kitorg. Sama. Hormat tetap ade. Respect each other. Dan ketiga tiganya aku tak pernah jumpa dan bercakap dalam telefon. Gile tak gile. Ini bukti yang aku memang serius dengan tekad aku. Ingat aku memain? Just bezanya, Hafifi neh memang aku tak pernah tengok muka langsung. yang dua orang lagi neh ade fesbuk. Tak yah lah tag dorang. Kang korang rampas pulak. Hahaha. (Cube ceriakan diri sendiri. dalam ati dah sob sob sob)

Erm, complicated lah cerite aku. kang aku sebut nama, susah pulak. Dorang lagi femes dari aku. Mane bolehhhh... Tapi asal korang boleh imagine dahla. Aku update kat blog neh pon bukan untuk korang selami hati aku. Tapi untuk aku luahkan ape aku rasa. Sebabnya, tak semua benda aku boleh taip kat SMS. Nak nak pulak yang bertanya tuh berpuluh orang. Gile.Sekali update blog paling kurang 4 orang akan tanya. Haa.. korang memang caring. Sayang kroang la..

Erm, macam mengantok lah. Lagu kat atas neh sebenarnya baru 1st time aku dengar. Tuh oon Si Hafifi suh aku dengar. Kalau dia tak suh dengar, aku pun tak tau adeband Dadali neh. Pelik pelik jerk nama. Tapi sapekah dorang ini. Google senirik Ingat aku neh cikdu muzik korang ke ha? Banyak hensem? Ok. Macam biasa. Aku akan cakap aku penat menaip. Aku lega jadi jujur neh. Aku bukan playgirl. Tak pernah terlintas nak menipu sape sape. Dosa. Dahla aku neh ade saket kronik. Anytime boleh goal. Tak naklah buat dosa banyak banyak. Kang masuk neraka. Panas. Kena mancis pon menjerit macam kene penyek dengan treler. Inikan pulak neraka. Nauzubillah. Mintak maaf kalau ade salah silap. Aku maafkan korang semua sebelum aku tidur. Sayang Dia, dia dan dia dan kamu juga. Nite..




Wednesday, December 29, 2010

.:: Hidup macam novel ::.

Assalamualaikum. =)


Hai semua. Ada baca post aku semalam tak? Erm, ade. Aku tahu. Sebab berganjak jerk aku tengok angka sebelah kiri atas nih. Terima kaseh sayang sebab sudi baca. Ucapan terima kaseh takde spesifik untuk sape sape. It could be anybody yang dah bace. Tajuk post nih hidup macam novel. Ha... hidup akulah tuh. Mana aku tak cakap cenggini sebab memang novel betol lah. Disebabkan aku baca novel. Kadang kadang novel tuh macam perli aku jerk cerite dia. So, dah 3 bulan aku tak beli novel. Aku tak nak terpengaruh. Cukuplah hidup aku nih novel. Jangan angan angan aku pun jadi novel. Takmolaaa. Aku nak ade originality. Ceyh. Berangan dah.

Sekarang nih, semua orang dah main cop cop tempat depan tv. Eleh..macamlah dari sofa tak boleh tengok dorang neh. Aku rilek rilek jerk menaip blog. Ape ade hal? (sebenarnyer aku dengki gile sebab port aku Paklan dah hamik.) Sebagai tanda protes, aku dok sorang sorang dalam bilik ngadap blog. Baguslah perangai cenggini. Orang lain happening pening, ko dok terperuk dalam bilik. Elok sangatla. Ape salahnyer join? Sia sia jerk usia remaja. <--aku saje perli diri sendiri. Gile kan? Kan? Kan?

Hari ni ade meeting kat office. Focus meeting. So adelaa one of my staff yang tak berapa suke dengan dengan one of his friend yang suke cakap belakang. So dia keep comparing his old company dengan company aku sekarang. Comapny aku ke? Bajet bajet jerk ayat. Bukan company aku laa..tapi since aku dah kije situ sedikit sebaynak aku terasa jugakla. Sebab mamat nih, sorang yang very very very talkative. Non-stop keep on chating. Tak duduk diam. Masa aku dok sebelah dia buat kije pon, aku tak boleh fokus. Sampai satu tahap aku terpaksa stern a bit of my voice to show him I'm damnly serious want him to give me a space (relaxation). So, bila masuk dalam meeting, jumpe dengan assistant manager, my attitude became his issue la.. Dasatkan dia ni. Tak fikir langsung perasaan orang. That kind of thing can be settled personally what? Dont have to spread it out. Last, the whole staff dah tahu perangai dia. Simple issue become bigger than bigger and now evrerybody keep on talking about him. Aku bukan jenis cakap belakang. So cara aku, aku lari dari orang orang yang suke buat cerite belakang belakang nih. Tak nak lah aku join. Aku sama dapat dosa. Sia sia jerk aku solat.

Kalau ade yang nak kata aku nih menyendiri, YES! Memang aku suke buat hal aku jerk. Aku still boleh join pergi tengok wayang, jogging, lepaking and so on. But please, when it turns to personal problem. tak semua benda kita boleh cerite kat orang. You have to understand. Hidup aku dah cukup sarat dengan cerite sedih aku. Tolonglah jangan bagi aku rase tak seronok datang kije. <--nih untuk luahan. Dorang takkan bace blog aku. Sebab semua aku block dari FB aku. Kecuali sorang...Chandra Jeeva Selvee Marcelle.

She's very adorable. Aku tak tahu kenapa, aku tak blocked dia dari fesbuk. Maybe sebab aku percaya kat dia. Dia selalu cerite hal jiran jiran dia, anjing dia yang dah mati, maid dia yang dia sayang, pastu masakan dia, hal family dia. Entahlah, aku refer share dengan dia. She's good listener. Ok dah habis pasal dia. paehal aku nak cite hal dia lak kan? Aku nak cite hal aku neh.

Haa..hidup aku macam novel. Sebab tuh aku buat rentetan hidup aku dalam blog. Diari takde. kalau ade pon kang camne aku nak salin balik chatting dengan mesej mesej arwah kat inbox si Raihan Aini tuh. Gile. Bapak panjang karangan luahan hati arwah. Semalam After aku luahkan perasaan aku kat kat seseorang, aku rasa lega. Memang macam novel. Hari neh aku start kije ntah tibe tibe aku teringat kat dia. So, aku luah lagi sekali. It worked. BEtol la cakap orang dulu dulu. Tak salah buang ego jauh jauh at least kita boleh tahu hasilnya sekejap jerk. So, aku still lagi dengan insan yang aku ketegorikan sebagai orang yang mampu buat aku rasa berani nak suke suke lelaki balik. Suke jerk. Aku dah explain yang aku nak kawan kawan jerk dulu. Pendek kata bagi aku slow slow belaja bercinta. Aku serikla. Memang aku serik gile gile.

Alhamdulillah. Orang orang yang ade kat sekeliling aku semuanya memahami. Aku tekad nak jujur dengan orang yang berkawan dengan aku. Aku tak nak nanti jadi kes playgirl terbek dunia ade kat Malaysia. Eeeiii..kesian Paklan dengan Acik Imah nanti. Tak naklah aku. Biar cenggini jerk. Kenal hati budi semua orang. percaya pada jodoh dan yakin dengan ketentuan ALLAH. MAcam novel kan hidup aku? Ade tak sape sape nak buat cerite tentang aku. Lupekan Kasyah tapi buatlah cerite tentang masalah orang yang fobia berchenta. Isk isk. Ah, tacing lah. Mencik jerk ade perasaan cenggini. Kepada yang sabar dengan perangai aku, even tak selesa dengan sikap terus terang aku, aku ucapkan terima kasih. You know who you are. I dont want to mention the name but definitely he will read this. Thanks dear.

Erm, aku macam nak sob sob lah. Sedih tetibe. Apelaa nak jadi dengan aku akan datang? Kalau aku tengok gambar konvo aku, mesti aku nanges. Tapi baru aku sedar. Dah lama aku tak tengok pic konvo aku yang tersangkut kat dinding tu. Dulu setiap hari aku tengok. Sebab ade dia dalam pic tuh. Sekali dengan Paklan dengan Acik Imah. Sekarang dah takde. Ahhh, mencik. Bertakung dah air kat mata neh. Erm, jatuh sudah. ISk..isk..


Pause.


Erm, sebaklaa dada neh. Rasa macam terbuku satu perasaan yang aku tak dapat nak cakap. Macam kena cakap depan seseorang itu jugak. Tapi sape? Sape? Ntah. Aku pun tak tau ape kehendak aku sebenarnya. MAka, tindakan aku macam biasa buat buat tak tahu pastu sebelum tido kang teringat lagi ape dah jadi pastu menanges. Menages jerk kije aku. memang Cinderella betol lah. Kenapa ko mesti nak menages Nur? Kenapa? Susah sangat ke nak bukak pintu hati ko tuh untuk orang lain? Tak semua lelaki dalam dunia neh jahat. Ko tak paham paham lagi ke???

Huh! Macam ade dua orang dalam diri aku neh. Sorang pendorong. Sorang lagi yang bayak lasan. Ha'ah. Akulah tuh. Tak sudah sudah dengan masalah. Abaikan. Pandang terus ke depan. Kalau pandang belakang kang menonong langgar orang pulak. Tapi sometimes, kite kena pandang belakang sebab past thing maybe can be used for future. Erm, dahla. Malas nak taip. Nak tengok bola. Geram jerk rasa tengok Acik Imah yang tak tahu ape ape pasal bola tuh menjerit jerit. Lagaknya macam gadis pom pom tepi padang jerk. Hahaha.<--Matilah kalau ade yang merepot kat mak aku neh. Tapi Acik Imah neh sporting. Semua baju aku dia nak pakai. Macam orang muda muda. Tapi meme dia muda. She's 43. I ♥ her. She's my mom.

Tuesday, December 28, 2010

.:: Kamu, kamu dan kamu. ::.

Ok. Macam biasa, kalau update blog jerk tajuk lain cerite kadang kadang pun lain.Tapi arini aku update jugak since ati neh rasa sedih dan sakit sebenarnyer. EGO. YES! Nak cakap pasal ego. Aku tak malu la nak ngaku aku neh pon ade EGO. Ramai ke yang sekapal dan sebasikal dengan aku. Masing masing ada ego sendiri. Besar dan kecik jerk beza. Honestly hari nih aku terus terang dengan seseorang yang aku ade hati kat dia. Besela kan. Gaduh pastu meletop tebabow. Habis semua kuar pastu menyesal tak sudah. Padanlah muka.

At least aku dapat lawan ego aku. At least k. Lepas nih aku tak janji aku boleh buat lagi. Sebab seksa jugak sebenarnya nak lawan ego. Macam nak angkat kapal selam jerk rasa. Bapak berat nak cakap or mengaku sesuatu.<--Tipu ..aku taip SMS jerk tadi. Takde cakap cakap pon. Kitorang mane pernah cakap kat tipon. Gile kan? Jaga gile gile punya. Tapi kadang kadang SMS bapak jiwang. Jaga lah sangat. Ceyh.

So, after aku dah cakap ape aku rasa. No response after that. Last last habis camtu jerk. Macam main tarik tali. Aku tarik ko lepas. Bile aku buat tak tahu ko taruk umpan. Aku tarik ko lepas. Ehhh..macam nak pancing ikan flower horn jerk lagaknyer. Camtuhla. Takde jalan penyelesaian. Habis camtuh. Sebab ego.

Saya tahu kamu akan baca ini blog. Sebab kamu selalu mintak adik kamu Si Aqilah tengok blog saya kan? Ok. Post ini untuk kamu. Sampai bile yer kamu nak macam ni?? Susah sangat ke nak mengaku yang kamu pun suke dengan luahan hati saya tuh? Kalau kamu tak cakap, macam mana saya nak tahu? Saya bukan ahli nujum or David Copperfield. Tarak boleh baca itu hati.

Takpela. malas nak paksa. Hati kamu. Hati aku nih hati cap ayam jerk. Boleh main pass pass kat orang kan? Kan? Kan? Suke hatilah. Kamu dah buat keputusan. Sebagai seorang perempuan, saya turutkan kehendak kamu walaupun tak rela sangat dengan keputusan tuh. Sepatutnya boleh diperbaiki sebab saya tak lupa janji saya dengan kamu. 5 years. I'll wait for that but since kamu sendiri yang tak mahu. Apa lagi harus saya buat. Terima. Terime seadanya. Tuhan tahu mengatur.

Harap kamu sihat, belaja bersungguh sungguh. Saya tetap ade kat sini. Nombor telefon still sama. Tak berubah. Roger roger jerk la. Jangan ikut hati sangat sebab kalau saya takde, kompom kompomla hidup awak sunyi. Sape lagi yang rajin reply SMS kamu time kamu bosan study, balik kelas tapi takde mende nak buat kalau bukan ini orang? <--tunjuk diri sendiri. tapi **** mungkin ada. Kamu kan still sayang dia lagi. Erm. (Jeles tetibe.)

Saya sehabis jujur dengan kamu. Saya tak rahsiakan ape ape. Dengan siapa saya ber'kawan' saya still bagitahu kamu kan? Maka adil lah. Saya bukan pendustekkk. Jangan tuduh saya cenggitu. Sob sob saya nanti. Ape yang saya bagi SMS malam semalam tuh, itulah yang sebenarnyer. Ade sebab kenapa saya mintak kita jage 'ruang' yang ada. Harap awak paham. Saya bukan mintak sebab suka suka.

Akhir kata, kamu masih kawan saya. Saya tunggu kalau kamu masih mahu kawan dengan saya. Ok. Sekian.


Friday, December 24, 2010

.:: Semuanya berubah sebab perempuan ::.

Sorry seems the hardest thing to say. But I still want to say sorry for those who it may related to. YES! I'm anoying sebab ade ramai abang abang yang sebenarnya bukan abang aku pun tapi aku yang tak tahu malu anggap dorang macam abang yang maku aku lahirkan. Aku terime salah aku tapi aku tak ada niat langsung nak memalukan mana mana pihak pasal post aku yang lepas. Yes, memang aku ade bercerite hal hal aku tapi tak semua benda aku nak mengadu. Anoying? Ok. No objection on that. 

Betol kata Pilot dan betol kata Jurutera. Semuanya berubah sebab perempuan. Dan perempuan tuh aku. Aku yang banyak ganggu persahabatan korang. Tak pernah terlintas nak mencari perhatian. Just tumpang sekejap dalam kehidupan korang yang sebenarnya bagi aku memang lain dari yang lain. Susah nak jumpe anak anak muda yang ada sifat unite macam korang . Aku bukan puji sebab aku nak bodek tapi itu dari sudut pandangan aku sebagai orang luar. Aku ulang ORANG LUAR. Ya, orang luar yang ntah tiba tiba jadi virus. Sumpah! Aku takde hasut siapa siapa. Aku buat post yang lepas sebab aku tak tahu camne nak cakap. Kalau aku cakap kat sorang, orang akan cakap aku mengadu. So, aku pun jadi serba salah. Aku jenis yang cakap terus. Bukan jenis passing passing. My mistake sebab mention nama kat situ. Tapi aku tak letak nama sebenar. Tak perlu nak tuduh aku and cakap kasar sampi camtu. Jangan tanya aku siapa orang tuh sebab yang aku pasti dia akan baca blog aku nih. Kalau seluruh dunia baca pun takde ORANG LUAR yang akan tahu. Yang berkenaan jerk tahu.

Aku rasa dah samapi masa aku nak undur diri. Sorry kalau lepas lepas nih aku diam, tak reply SMS, tak jawab call even dengan orang yang paling paling aku banyak kongsi tentang hidup aku. Yang dah jadi sebahagian keluarga dalam dunia aku yang sebenarnya tak pernah wujud kat mata korang. Semua berubah sebab perempuan. YES! Perempuan tuh aku. Aku jerk yang ada kat situ. Salah pada tempatnya, salah pada masa dan ketikanya. Sebab aku perempuan, aku takde cara nak jumpe korang dan cakap face to face. Sebab rasa malu dan rasa rendah diri. Malu dengan ape yang banyak jadi kat aku.

Cukup kot ape yang aku dah lalui. Masalah hati, persahabatan, kerja, hubungan dengan pencipta. Cukup semua. Aku amik ini sebagai pengajaran. Mintak maaf dan terima kasih atas teguran yang membina walaupun ianya hanya SKRIP dalam forum. Kepada yang dah gaduh dengan isteri sebab aku ade dalam golongan korang, aku mintak maaf. Aku tak mintak ada dalam perbincangan korang. Sebagai janji, aku takkan baca forum korang dah tanpa keizinan. Maka jawapannya, aku akan delete terus tanpa baca. Aku cadangkan korang buat forum baru tanpa ORANG LUAR macam aku. Aku bukan asal dari tempat korang. Takde kene mengena langsung. Untuk orang yang banyak tonjolkan diri untuk sedia jadi pendengar masalah aku, kakak mintak maaf. Kakak dah buat silap besar. Kawan tetap kawan tapi sekarang nak jadi macam dulu lagi itu payah.Semuanya berubah sebab perempuan. Sebab kakak. Kakak salah.

Tak semua yang kita nak akan dapat. Tak semua yang kita suke orang akan suka. Sebelum orang benci kita, ada baiknya berundur dan atur hidup sendiri walaupun Tuhan sebenarnya sudah mengatur yang lebih baik. At least aku bersyukur, dapat rasa seronok untuk sekejap dan lupa dengan keadaan aku yang ntah berapa lama akan bertahan.

Maafkan aku.

Dari sahabat untuk sahabat, dari kawan kepada kawan, dari seorang adik untuk abang abang (anoying)

.:: Segalanya Kamu ::.



Santa Esmeralda - You're My Everything

Semalam after Maghrib, aku bawak Acik Imah pergi shopping. Then macam biasa mesti aku hilang mak aku lagi. Macam besar jerk Giant tuh. Hilang mak memanjang. Kaki panjang sangat tak reti dok diam. Sorong troli tolak sane sini sesuke hati. Tau la kad ceri ade kat ko. ko biar mak jalan sensorang. Tapi shopping semalam bukan tajuk utama post nih. This is about hte tears. My tears, his tears, our tears. Probably yours.

Lepas shopping dengan Acik Imah, Acik Imah ajak pergi makan char kue teow. Adela udang 3 ketol kat dalam pinggan tuh. Adik aku nih pemalas. Sume nak suh mak kopek. Amek jerk la. Kupas senirik. Mengada. So, dalam sebok sebok bebel kat adik aku yang kecik mengada macam koceng parsi tuh, terkeluar ayat " **** kalau udang camnih dalam kue teow nih jangan harap dia nak makan." Tettt.. Tersebut la pulak name dia kan. Agak agak dia tersedak tak? Erm, Acik Imah pandang aku dengan muke terkejut. yela, mane taknya dah berbulan bulan aku tak pernah sebut nama dia. Mana mungkin aku nak sebut lagi kan. Isk isk sik. Aku diam then terus kunyah udang dengan kulit kulit dia sekali. kaget.

Time tuh, kuar lagu yang kat atas nih. Meleleh air mata aku la la tuh jugak. Aku teguk air then terus pergi kaunter bayar bil tehn teruis pergi kat Cik Puteh. Teruk perosok badan dalam Cik Puteh. bukak radio Sinar FM ke ape ntah. Sambung dengar lagu tuh. Meme aku nanges teresak esak. Bukan nak tipu. Tetibe rasa rindu tapi rindu tuh kan zina hati. Aku cube buang jejauh. Macam tak boleh. Nasib Acik Imah tak datang lagi time tuh. Aku rasa dia pun sengaja tunggu lagu kat radio restoran tuh habis. Sempatla aku cover mata aku yang bertakung air neh.

Masa nak drive balik, rasa macam lame sangat padahal dah bawak selaju mungkin. Bile nak sampai? Bile nak sampai? Bile nak sampai? Aku bukan ape, nak elak dari kena soal. Aku tau, Acik Imah tunggu green light dari aku supaya dia boleh jumpe ****. No. Kalaulah mak tahu ape kakak rasa, mak msti takkan tanya. YES! Saket mak. Hati saket. Dia meme baik pada semua orang. Pada aku jugak dia baik tapi bile kesilapan dia buat, habis semua baik tuh dah tak jadi baik. Tolonglah mak. 

Masa kat lampu isyarat nak masuk umah aku..." ko teringat kat dia ke?".."Erm. Teringat jerk pon. Molot neh macam sh*t la tersebut tadi." Terlepas cakap. Adik aku kat belakang dengar jerk. Sebab suara aku dah macam orang nak menanges. Tunggu empangan pecah jerk. Bile mak sentuh peha aku yang tengah fokus tengok lampu merah, aku terus banjir. Habis runtuh terus ego aku tahan nanges. Ha'ah. Aku boleh tipu orang lain. tapi bukan Acik Imah. Mak aku. " Yang lepas lepas tuh sudah. Jangan ingat." Time tuh aku macam nak redah jerk lampu merah tuh. Benci sesangat ade perasaan cmnih. Sometime aku boleh handle, sometime aku tak boleh. Jangan ingat aku boleh terime yang aku saket kanser aku boleh terime dugaan yang kecik camnih. Tak same. Kadang kadang yang kecik tuh jadi something yang paling buat aku lemah.


Sampai jerk rumah, aku tak kuar kereta terus. Aku main SMS dengan kawan kawan. Just nak hilangkan rasa sedih. Tu jerk cara aku ada. Kawan kawan takde yang tahu aku sebenarnya dalam dalam SMS dorang tuh aku tengah sedih. Tak semua benda kita boleh cerite pada orang yang kite baru kenal. Even yang dah lama kenal pon susah nak cerite. Inikan pulak yang baru. Sorry guys, I have to. Didnt mean it to keep it secret. Now you know. No longer secret inside. Regards.

Sunday, December 19, 2010

.:: Syukur ::.

Alhamdulillah syukur pada Yang Esa lagi Maha Kuasa. Ingat nak update semalam. Tapi macam excited melampau. Semalam Keluarga arwah sampi dari Amsterdam. Pukul 7 aku dah terpacak kat KLIA tapi pkol 9 kot baru dorang sampai. Tunggu luggage katanya. Haishhh. Lamenyer. Macam luggage tuh jalan terkedek kedek.

After jemput parent arwah iaitu mummy & daddy, we all balik ke Shah Alam dulu. Umah dia depan Tesco tuh. Lepas Zohor terus ke Grand Blue Wave. Mewah jugak tempat tuh. Suke tengok deco dorang. Cantik. Luar bese jerk. Dalam kekalutan tuh, sebelum kuar rumah, boleh pulak aku pakai selipar terbalik. Kaget sebab memula mummy daddy cakap nak g Royal Club. MAcam tebabow jerk nama. Last last g Grabd Blue Wave. Tak payah jejauh. Check in duduk dalam satu bilik. Berhadapan dengan godaan duit beratus ribu depan mata yang bakal diserah milik pada yang sepatutnya. Syukur alhamdulillah Allah bagi istoqomah dalam hati nih supaya tidak mengambil sesen pon dari harta peninggalan arwah yang langsung aku tak tau. Sedar sedar jerk 13% untuk aku. Seram jerk dengar.

After sign itu ini, angkat sumpah dan aku janji...segalanya setel dalam 3 jam 23 minit. Perghhh...nama jerk hotel tapi rasa panas. Air sejuk pon rasa panas. Maklumlah godaan. Bila dapat tau 3% pon dah almost 500k duit Malaysia. Rambang mata. rasa macam nak jadi tamak. tapi tuh semua dunia. Dugaan dan cobaan terbesar setakat ni lepas di sahkan menjadi pesakit kanser tahap 4 tahun lepas. Syukru padaMu Ya ALLAH. Selamat datang ujian. Kamu menguji imanku dan aku jadi rindu bila takde ujian. Dah terbiasa dengan ujian maka kalau datang lagi satu ujian kita akan jadi kuat. Takde ujian maka bukan hiduplah namanye.

Erm, bile dah iasa hidup dengan protokol, semalam aku broke the rules of that family. Ajak lepak Kedai Kopi kat tasek. Rilek jerk daddy. Aku jerk macam takot kot kot dorang tak biasa. Auntie lagi selamber kodok. Macam aku jugak. Bersila atas kerusi. Jalan kat atas rumput tak pakai selipar tebal 3 inci dia tuh. Rilek jerk..

Tapi ade sorang jerk tak bape suke or senang dengan aku kat situ. Ko kenapa haa Oppie? Aku geli la dengan perangai mengada ngada ko. Nasib la mummy & daddy ade. Kalau takde aku baling kura kura ke tong tong yang ada kt tasek tuh. Mengada! SAket jerk hati.

Erm, dekat dekat Maghrib baru balik. Rindu pulak rasa bile dah sampi kat Batu 3. YEla PAgi tadi dorang dah ke Sandakan. Stay sana sampi new year. Erm, senang jerk jadi orang kaya kan? G jerk mana dorang suke. Tapi jadi sederhana macam sekarang lagi beruntung sebbab tak payah pikir hal harta yang bertimbun. Lek lek jerk. Tinggal umah tak berkunci pon takpe. Senang jerk. <--banyakla..try tak kunci tengok.

Neway, tahniah kat badan badan kebajikan yang bakal dapat saluran bantuan awal tahun nih nanti. Moga doa doa kalian dapat tenangkan roh arwah disana. Buat Kusyairie Hamdan kamu tetap dalam hati aku. Damailah kamu disana. Nanti kita jumpe. InsyaALLAH. Bantuan dari kamu dalam mimpi aku meme benar. Makasih ya.

Kepada yang lain lain seperti Abg Ngah saya, Raihan Aini...aku dah berjaya lalui liku hidup paling besar....korang banyak tolong bagi nasihat. Seronok kenal korang. Tak menyesal lah kalau mati sekarang. <--macam banyak jerk amal. TApi mengingat mati itu wajib untuk setiap umat islam kan? Ok ok..malas nak menaip. Nak tengok Ongbak 3 kat astro. layan beb.. Jumpe lagi nanti after tengok Ong bak.

Thursday, December 16, 2010

.:: Cover emo ::.

Cover balik emosi. YES!
Saya masih mampu senyum.
YESSSS!!!!!
Aku masih boleh tersenyum.
YES!!
Bukan senyum plastik.
YESS!!
Aku lega.
YESS!!
Aku tak apa apa.
YESS!
Aku ada DIA, dia, dan dia.
YESS!!
Masih ada sayang aku.
YESS!!
Orang tuh bukan kamu.




♥♥♥ Kongsikan walaupun pada awan awan ♥♥♥

.:: Dia lagi??? ::.

Spoil betol la mood malam nih. Acik Imah saje jerk. tetibe jerk ketuk ketuk pintu macam Higland Tower nak runtuh lagi. Ingatkan nak cakap ape, nak cakap ada orang kirim salam. Aku dah dapat agak sapa. mencikla. Tak perlu kot ko nak SMS mak aku, kontek kontek dia. Pastu buat cerite mimpi mak abah aku ko datang mintak mintak maap. Aku dah tak peduli sume tuh. Kalau ko tak kaco family aku pun lagi bagus. Kalau nak cakap dengan dorang, cakap jerk. Jangan nak suh kirim kirim salam. Kirim Proton Tuah sebijik takpe. meme aku mata duitan sekarang. Dengan ko jerk. Dengan orang lain tak.

Mintak maaflah post kali ni emo semacam. Aku bengangla. Ape lagi dia nak ntah. Nasib tak mesej aku. Kalau bunyik jerk kat tipon aku meme aku cari sampai dapat pastu kasi pedigree or backhand. Bior puas hati. Ko buatla camne baik sekalipon, aku takkan ingat ko dah. Dah lame aku tak ingat ko pun. Mimpi ko lagi la tak pernah. ENOUGH! Cukupla mimpi yang moncol tuh. Maaf. Orang tu bukan ko. Aku pasti.

Ya Tuhan, jangan duga aku macam ni. Duga la aku dengan mende lain tapi bukan dengan orang yang gaya gini. Lemas, rimas, muak dan rasa menyampah. Jangan bagi aku benci dia atas sebab sebab yang bukan dari dia sepenuhnya. Aku tak nak benci dia, aku sayang dia tapi aku tak boleh terime dia. Tu jerk. Aku dah tak boleh percaya dia. Cukupla dia pergi sekali, biar dia pergi terus. jangan pulangkan dia pada aku. Aku tak nak ada lagi hati yang sakit or rosak sebab tindakan bodoh dia. Tolong aku Ya Tuhan.


.:: Sekodok untuk minum petang ::.

Yaaa....rasa puas lah dapat tengok blog sendiri even tak cantik macam blog orang lain. Lepas tensen sini. Dikala petang yang indah ini, saat saat orang sebok makan sekodok, mak mak sedang sebok goreng sekodok dan korang korang tengok mak mak goreng sekodok, meh la dok tang neh kongsi cite dengan aku. Bosan weh. MC satu hari macam takde function. Bukan lagi sihat, kata Acik Imah " Lagi demam lagi gila anak dara aku sorang neh. Tak dok diam". Pasa dosa akak kat mak?? Akak pi beli paemboq dengan apam balik kat depan Mydin jerk kot. Tak dakla pi jauh ke baroh sane nun.

Erm, aku admit wad. Tuh la buat dosa lagi banyak banyak dengan Acik Imah. Kena tahan wad pastu doktor bagi ubat tidor terus. Pastu nurse pulak macam tau tau jerk. Tipon Acik Imah. Dah kabut orang tuh mai datang sepital heret adik aku yang tak tahu beza malam ke siang. Ingat sepital macam taman maina ke ape? Sesuka ati menjerit jerit main shuffle. Nasib Paklan ade, kalau takde. Memamg dah kene hempuk. Sia sia jerk usia kanak kanak kang. <--macam berani jerk. Cakap pandai ar ...buat tengokkkk... Sekodok.

Haaa..nape aku suke sangat cakap sekodok? Ntah. Macam cute jerk cakap sekodok. Acik Imah cakap orang lidah pendek jerk cakap cenggini. Sentap betol la. Baru nak feel jadi kanak kanak planet kacang cakap sekodok sekodok. Dan dan jerk kuar lidah pendek. Potong stim betol la. Takpe. Asal dorang paham aku gune jugak sekodok. Lantaklah. Acik Mah isteri Pakcik Maarof dok tingkat 6 pon paham aku cakap nak beli sekodok kat dia. Takkan mak senirik tak paham kan? By hook or by crook dia paham jugak. Demam panas nih sangatlah seksa. Dok sepital tuh yang seksa. Lsgi seksa pakai baju sepital. Dah macam Kluangman dok kene kurung kat sepital Tampoi. (saje pilih Kluang sebab meme ramai budak Kluang skodeng blog aku.) Isk..isk..dah la berbotol botol air masuk, ke toilet semedang. Leceh jerk. nak heret botol tuh lagi. kalau paling tak boleh tahan..sorong stand yang tinggi macam antenna tv tuh..melampau betol.

Laa ni aku dah balik umah. Bahagianyer rasa. Makanan sume mak masak ade garam tapi aku tak boleh rasa. hedong sombat. Mencik...>.< Dok sepital meme dah takde garam dengan gula. Ade gule pon 1 sachet jerk dia bagi. Kedekkkkk...takkan nak suh Aciki Imah bawak garam gule kot g sepital? Melampau. Macam nak dok sebulan. Gile ke ape.

Erm, nak cakap something laa..ade orang tuh dah blocked saya dari fesbuk dia. Takpe. Tak nak kawan takpe. Macamlah aku takde kawan lain kan? Tapi ape salah aku ntah. orang lain tak macam kau pon. Lek lek jerk. Ko yang menggelabah gile. Tak payah takot. Aku tak tag ko kat sini pon even aku blh tag. Tapi aku just nak cakap something, seburuk buruk mana pon kawan kita...satu hari kita akan cari dia jugak. Kalau bukan kita...anak cucu kita akan cari keturunan dia. So, jaga ukhuwah. Ustazah aku cakap, menjaga ukhuwah tuh wajib. Kalau bergolak kampung sebab bergaduh satu kampung tuh punya amal pon ALLAh tak amik kire.

Dah tanak cakap dah. Ko senirik tahu ko sape. Aku tak rasa aku ade buat salah. Kalau ada, aku mintak maaf. Aku pun bukan lama hidup. MAti tuh pasti. Just aku tak tahu bile. Harap ko maafkan aku. Tak gune unblocked sebab meme aku takkan approve kalau ko add aku balik. sampaila aku tahu ape sebab ko blocked aku tetibe. Erm. OK. Sekian. MAsa sentap sentap dah tamat. Lek lek sudaaaa...


♥♥♥ Tak heran ♥♥♥

Saturday, December 11, 2010

.:: Kenapa kau still sayang dia haa?? ::.

Erm, post nih aku pernah buat dulu kat fesbuk. Kirenyer nih aku copy paste baliklah. Sharing is caring. For those yang baru frust (tak payah mention name). Aku rasa korang perlu kuat. Bukan aku yang patut korang jadikan idola sebab aku hanya Cinderella (sempat lagi tuh nak perasan). Tapi korang harus tahu, bile putus sesuatu hubungan percintaan tuh, tak selamanya korang tak boleh hidup atau hilang hak untuk rasa cinta kat orang lain (nasihat untuk aku jugak).

Korang tahu tak betapa seksanya aku lalui semua tuh, sampai mak aku menanges2 tiap tiap hari dok bersila depan aku. macam mayat hidup. Makan tak nak, minum tak nak. Sampai kulit kering. menages jerk kije aku. Sampai satu tahap, rasa macam betol betol kelam dunia neh. Untungnya ALLAh bagu CAHAYA. YES!! Nur, aku kuatkan diri bangun dalam keadaan sangat sangat letih. Time tuh aku tak pernah menyesal ape yang dah jadi. Aku yakin aku lagi menyesal kalau percintaan aku tuh sampai ke jinjang pelamin. Masaklah hidop aku kan after tuh? Nauzubillah. TErime KAsih untuk insan yang ALLAh dah temukan dengan aku tuh. MEmang aku sayang kau lagi tapi aku dah tak boleh p[ercaya kat kau. Maka aku lepaskan kau (takde talak k). Harap kau bahagia dengan sedara kau yang dah jadi tanggungjawab kau sekarang. TEntang aku, kau tak payah tahu. Aku tahu kau baca blog aku ni. (kalau kau tak baca lagi bagus. Boleh aku sebut nama penuh kau kan?)

Aku tulis nih sebenarnya kat dalam note pad. Pastu tibe2 rasa nak share kt FB..then aku rasa nak abdikan dalam blog. Benda nih sebenarnye ada jugak dalam diari aku yang hilang kt MPH tuh. Tulisan terakhir kalau tak silap aku dalam diari tuh. Erm. Untuk yang lain, thanks for the support. Tak payah kesiankan aku sebab aku cun cun jerk kat sini. Aitcheh.



Naper ko still syg dia, walau dia dh tinggal ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh buang ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh hancurkan ht ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh pijak cinta ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia runtuhkan mahligai ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia pergi tanpa belas ??
Naper ko still syg dia , walau ko menangis dia pandang ko penuh benci ??
Naper ko still syg dia , walau dia tak pernah pikir susah ko ??
NAPER?NAPER?Naper ko still sayang dia ??? !!~
SEBAB ......
bila dia tinggal aku ... aku sedar kelemahan diri aku
punca dia pergi ...

bila dia buang aku .. aku makin dekat dengan Tuhan ,
dan aku tahu ujian ini utk aku baiki diri .. bukan merosakkan diri aku dgn kebencian

bila dia hancurkan hati aku .. aku teringat betapa byk hati dia aku hancurkan ,
tanpa aku sedari ..

Bila dia pijak cinta aku .. aku tahu cinta tuh dh lamer x berkembang tak d baja ..
atas kelalaian dan kealpaan aku ..
bila d pijak baru aku tercungap untuk bernafas ,
dan cuba bangun dan kembang semula

Bila dia runtuhkan mahligai aku .. saat tuh , ia hanya mahligai kaca .. yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yg mmbuat ia terus berdiri ..

Bila dia pergi tanpa belas ...
Aku kenal dia , aku tahu dia berperang dengan diri ...
mencari kekuatan untuk berlalu

Bila dia pandang aku penuh benci ... itu kerana dia sayang aku , walau dia cuba nafikan

Bila dia tak pernah pikir susah aku .. sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan aku ..

dan kerana itu ,
aku still sayang dia ..
dan mengharapkan peluang dari Tuhan untuk perbaiki segalanya .. !!~
dan aku berjanji ,
walau sesaat aku takkan sia kan ...

endless love



Ello there all d darlinggss .............
so , ader sape2 yg penah di tinggalkan ????
jeng
jeng
jeng
jeng
soklan cepumas cket
jawab dlm hati sudahh ... kalo malu , he2

stended procedure la ..
biler kena tinggal ..
dia curang ..
ade org lain ..
kita akan sedeyyy sesangat100X ....
nangess berkilo2
semangat hilang
jiwa mati
xder mood
hati tak menentuu
pikiran sasau ..
antara simptom2 la .................he2

then ,
terbitlah rase mencikkk
marah.
geram.
dendam.
macam2 rase la kans ...
dia tinggal kita ,
mmg dia sgt2 la bersalah kan.
mcm org yg dia pilih tuh sgt2 cantik
sgt2 baik.
itu ini itu ini.
kita penuhkan diri dgn rs kebencian yg meluap2 ..
rasa marah yg membakar2

sebab ???
kita nak ubati hati kita kan ..
konon2 kalo wat mcm tuh ,
kita akan cepat lupa kan dia
kita paksa diri tuk benci dia
kita dok kata kat semua orang,
aku mencikkkkkkkkkk dia ..............!!!!~

tp,
bila dok sorang .
bila malam.
mula la ............... SOB SOB SOB .
nangesss ,
nangesss ...
nangess ..
sbb , kita tertanya2 ,
" naper u buat i mcm nih "
dan
sebab
rindu dia ..........................

TAPI ,
ahaaaaaaaaaaa !!~ ... ahaks
ader tak , kita pikir ..
naper dia pergi ?
adakah semua salah dia ?
some yess ,
dh dpt yg baik , tip top , mantap ... still pergi pd org lain.
tp , ade gak certain cases,
kalo kita renung diri .... renung dalam2
muhasabah diri .
renungkan segala2 nya ..
jgn terkejut ,
kalo kita d temukan dengan salah kita ..
kelemahan kita .
then ..
hepp heppp .... jgn salahkan diri
tp, perbetulkan kesilapan
be a better person .
thank to God
atas ujian. dugaan ini .
kita makin mengenal diri .
ingat.
setiap yang berlaku ade hikmahnya.

d hardest part.
buang rasa benci. marah.sakit hati.dendam kesumat. segalanya
buang perasaan
bila ingat dia , hati membara dengan amarah.
kerna ingat.
in order to be a better person.
in order to live ur life happily .
kita kena penuhkan diri dengan rasa CINTA. SAYANG.
pada semua
pada sekeliling.
learn to memaafkan.
seperti mane kita ingin di maafkan .. kita mesti memaafkan.
learn to smile .
learn to dance in the rain.
then,
kita akan nampak how wonderful da world is.
Setuju tak???


Nur Aishah,
14/7/2010
0323


♥♥♥ I'll be your NUR ♥♥♥

Friday, December 10, 2010

Melastik Bintang - Buatku sempurna



Beruntung diriku memiliki
kasih darimu yang tak terbanding
menyinari bila-bila saja setiap masa
tak pernah kuhirau takku bimbang
adanya dirimu aku riang
sinari hariku malam dan siang

dan telah kunyatakan rasa cintaku padamu
sesungguhnya menarilah dimalam yang cerah
sesungguhnya..

kumahu terus melihat bintang
dalam dakapanmu ku tenang
dari jendela kamar kita, begini selama-lamanya

takkanku siakan hidupmu

teruslah mencintai diriku
itu saja kuperlu darimu
kau buatku sempurna
dari luar dan dalamnya


♥♥ dah lame bebenor dengar lagu nih kat fanpage Melastik Bintang. Best weh. Dengar jerk rasa macam terbang melayang tak jejak bumi. Pendek kata berangan. Itu aku la. Bukan korang. Korang mana layan jiwang kan? Kan? Kan? Ke same jerk sepesen dengan aku jugak? Teettt..korang angguk. Maka korang pun same macam aku. Macamlah aku tak tahu. Huh! Ok. Nih tetibe jerk terlintas nak post lagu neh kt blog. Download letak dalam W705. Dengar saje ar. Boleh hafal. hehe. Pastu lirik kasi kat buah hati.

p/s:- Dedicated this song to Mohd Hafifi Bin Mohd Hafizi, Polimas Jitra. From Nur with love. Tak nak tag. maluuuu.. Ececeh..


♥♥♥ cinta kamu selalu ♥♥♥

.:: Cabot ::.

Alangkah indahnya hidup aku dua hari ni (semalam dengan hari ni). Perlu ke nak tulis tarikh dia? Tulis la. Semalam 9/12/10 dan hari ini 10/12. Ke nak tulis hari jugak? Oklah. Semalam Selasa 9/12/2010 dan hari ini Rabu 10/12/2010. <--bengong. Siap letak tahun. Ngahaha.

Erm, aku cabot balik. Tepat pukul 5pm beb. Cayalah! Selama ni masuk opis pagi hari da gelap waktu mambang mambang merayau la aku nak balik. Dah time dah balik boleh lagi plan nak menyinggah tuh. Makanlah, wayang la, lepak lepak mapley la, borak borak bergosip gosip la. Haishhh. So, bila balik waktu siang, aku nak state kat sini spesifik time dia. Siang tuh pukul 5pm la, sangat seronok. Seronok sebab boleh tengok abang polis trafik pakai baju kaler putih dengan spec hitam (gile macho dan kacak) tahan beratus kereta dengan satu tangan jerk. Dengan spesifik lagi abang polis baju putih spek hitam sarung tangan putih. Hebat sungguh. Teringin nak buat. Esoklah nak cakap dengan abang polis tuh pinjam uniform dia.

Tpi paling tak best bile abang polis tuh suke sangat tahan lelama. Ingat boleh sampai umah pkol 5.05pm tapi sampi 5.55pm. Same jerk kalau jalan kaki dari opis. <-- macam rajin jerk nak jalan kaki. Naik moto pon bising neh nak jalan kaki. Boleh blah.

Sebenarnya, aku saje jerk update blog nih. Sebab bosan. Balik umah jerk tade orang. Macam nak amek adik beradik part time jerk kat rumah neh. Buat kawan orang kata. <--kepala hangguk ko la adik beradik part time.

Haishhh..(mengeluh tuh tak elok tapi aku tap. Taip tak salah.) Serabotlah dok opis. Dulu macam bahagia jerk dok sane. LAtely, nak Cristmas. Ngaaaa, memacam hal. Dengan Negro hitam Zimbabwe cakap english yang sepatah haram aku tak paham, dengan Philipino cakap kalot nak mampos, tak masuk lagi Indian (from India) yang tak boleh sebot A dengan betol. Dorang sebot Yey. Contoh:- kalau dorang sebut nombor akaun 9A4723 akan jadi nine-yey-four-seven-two-three. Haru biru hidop aku. Tak senang duduk. Nak g toilet pun tak menyempat. Bangun jerk berdering. Berdering jerk bangun.

\Sambil sambil update blog sambil tengok Cinta Kirana. Macam nak tempeleng jerk pelakon dalam cite neh sekor sekor. Geram aku. Galan g nak bagi Kirana kat Raka. Haishhh. Pastu nanti last last dapat kat dia bagi. Saje nak panjangkan cerite. Geramlah aku. Tibe tibe rasa macam nak emo. Hahah.

Ok. Dah pukul 7pm tepat. Nak post ini entry. Ade masa update lagi. Sharing is scaring. Woot woot woot. Grrrr....

♥♥♥ Dia untuk aku ♥♥♥


Wednesday, December 8, 2010

.:: Budak gemok + shomey momey = B.U.L.I ::.

Erm, macam tak boleh tido lah ini malam (tipu padahal memang gedik nak update). Erm, tibe macam dapat idea ting ting ting (ade lampu lampu kat atas kepala) nak update blog tentang budak. Meh aku cerite jahat & kejamnyer aku terhadap makhluk Tuhan plaing cute manje manje shomey momey neh.

Mangsa pertama:


Ainul Jannah

Budak gemok neh, kazen aku. Anak Ayah Busu (adik Paklan yang kecik sekali) kecikla sangat kan? GEmok tak? Gemok tak? Haaa..baik korang angguk. meme dia gemokkkk...geram aku. Asal balik Parit Perawas jerk, aku cari budak neh. Aku panggil dia Janet. Pastu dan dan mak dia cubit molot aku sebab panggil anak dia Janet. Yela, barulah urban kan? kan? kan? Kepala hotak ko la kan urban.. jannah tuh syurga la. Sesedap molot jerk nak tukar tukar nama anak orang. Erm, budak neh dah cop muka aku muka manusia paling tak selamat bile jumpe. Tau sebab ape? Sebab aku selalu peluk dia kuat kuat sampai nanges pastu tak pujuk terus bagi kat mak dia. Mak dia aku panggil Maksu Noni. Cute jerk name mak dia kan? Tapi meme cute lah weh mak dia. So time aku amek pic neh sebab aku nak umpan dia la..time neh orang dok sebok dok nyuci daging kambing sempena akikah aku kat kampung. Jap, ayat aku tadi macam tak tepat. Bukan akikah aku, tapi aku buat akikah sempena sembuh dari sakit yang hampir hampir ragut nyawa aku. Pastu, Janet tak nak weh, bijak budak neh. Mesti mak dia bagi susu Fernleaf...bijak..bijak..

PAstu dia lari g kat ayah dia. Aku takot sikit dengan Ayah Busu aku. So, tak dapatlah nak geget & pelok budak neh. Selamat ko..tapi aku sempat tengok dia ejek aku & aku amik pic dia mase diaaa..........tengok pic bawah...



Mana aku tak kate bijak. Paling licik ini anak. Korek hedong. Tunggu. Nanti Kak Cha ( name geli2 dorang bg kt aku) balik kampung, Janet jadi bantal busuk k. Jage jage. Dendam & hutang banyak neh. After dia nanges sebab aku cobet dia & lari..bapak dia cari aku. Hamek ko. Kene ceramah pastu kene denda cuci periuk besar. Hitam hitam muke aku. Huduh gile. nasib tade Farid Kamil tengok.

Mangsa kedua:


Anak sape ntah?

Budak neh aku jumpe merayau rayau dalam surau kt KLCC. Tatau mak dia sape. So, dalam dok tunggu 2 orang lagi member, silap lagi 3 orang habis solat, aku culik jap budak neh. Bukan culik tapi pinjam. Dari dia merayo tak tentu hala kan? Bek aku jage. Tak jage sebenarnyer, buli jerk. Geram aku. Saje aku pedajal. Dia merangkak ke kanan aku halang, ke kiri aku halang. Lelama fedap budak neh pastu nanges. Tapi ade sape pujuk ntah. Tak ingat, Kak Imah ke Kak Ummu ntah. Pastu aku pun try try la pujuk sebab dia tunjuk aku weh. Macam bagitau kat mak dia (baju merah kt belakang tuh) yang aku buat dia. Mesti mak deni pon bagi minum susu Fernleaf...bijakkk..bijakkk.. Pastu Kak Imah snap pic aku dengan budah neh.. Habis camtuh jerk.

Mangsa ketiga:-


Siti

Ini Siti. Nama penuh aku tak tau. Aku dah kerah adik aku yang kecik tuh ingat nama panjang dia tapi dia tak ingat ingat jugak. Ingat Siti jerk. Tapi yang pasti neh kawan adik aku masa sekolah tadika. Budak neh asal aku jemput adik aku dari tadika 2 tahun lepas mesti aku usik dia. Macam perkara wajiblah. Tak buat rasa dunia sangat sangat tak bererti. <--Gile melampau. Tempeleng kang sia sia jerk hidup. Ape aku selalu buat ialah aku selalu follow dia balik. Pastu...pastu..pastu..akutarik beg dia. Lepas tarik buat buat macam tak buat. Aku borak boraklah dengan adik aku si Mijan. Dia toleh depan jerk aku tarik lagi. Ngahahaha.. Suke aku tengok mata besar dia. Macam katun Sailormoon..bertukar!!! Tapi harituh masa aku g tadika tuh balik (bulan lepas) sebab ada konvo. Aku meme sukerela g tadika tolong tolong ape yang ptut( tipu lagi, Acik Imah suh datang k..tak cukup orang katanya). Acik Imah AJK ke ahlijawatankuasa ntah kat tadika tuh. Aku tak pasti. Malas nak hamek tau. Aku ada jumpa Siti neh. Makin cantik. tapi tak sempat snap pic dia sebab W705 aku kene habuk Gunung Merapi (tipu lagi padahal kene airmata ko nanges nanges cakap kat tipon). Aku serikla nak kaco Siti neh, sebab last day sekolah, aku tarik tarik beg dia tapi ntah camne ntah tertarik kuat..terlentang anak orang. Huarghhhh...aku bukan sengaja. Terrrr..... Yang adik aku lak molot celupar. Cepat jerk menyampai roger roger mak aku. Kene bebel aku lepas tuh. Hamek ko setempek kene. "Umo dah lanjut, perangai macam budak budak. Elok sangatla. Bla..bla..bla... Kalau tak berubah ubah jugak..bla..bla..bla..".<--ini jerk yang aku dengar sebab aku masuk bilik katop telinga dengan bantal. Menyesal kaco Siti. Isk..isk.. Sori dik. Kakak geram tengok adik. Shomey momey sangatlah.

Mangsa ke empat:-

Wan Nor Batrisya (Eisya)

Nih anak buah aku. Anak kazen aku. Kazen aku tuh anak kepada Ayah Uda aku sebelah Paklan. Abang Paklan lah kirenyer sebab Paklan Ayah Uteh. Cute kan abah aku? Ayah Uteh tuh...hahaha. Erm, deni mase kecik lagi gebu. Jap aku cari pic dia.....ntah mane mane ntah..tunggu jap..


Tettt..dah jumpe. Yeay!

Haa..kang aku da cakap. Cute kan? Capang jerk telinge. Yang pakai tudung merah mak ngah tuh mak sedara dia paling cute dia akan ada. Percayelah cakap aku. Tak caye sudah. Nama hang Bedah. Wekkk! Aku suke kaco budak neh. Sekarang la. Bile dia dah boleh jalan. Hisap puting koyak dia tuh. geram aku. Disebabkan aku geram tengok dia terkedek kedek jalan, aku mesti curik puting dia sorok kat mane mane yang aku sempat campak la. Sape tak geram. pakai pampers Drypers, tonggek semacam, jalan terkedek kedek. Geram aku. tepok montot kang baru tau. Hahaha. Aku dah terbayang bayang weh.. Geram. Lepas puting hilang, mesti dia nangeslah. Melalak macam kene penampor terok bebenor. Siyes. Bukan nak kate ar. Pastu Mak dia akan datang tanya aku. mesti cari aku dulu la kalau dengar budak budak nanges. Macamlah budak budak lain tak reti kaco anak dia. So, nak tutup salah sendiri aku bagi alasan..."Aku bukan ape, kang gigi anak ko jongang weh isap puting sane sini. Ko tak takot ke??" <--Vodo punyer alasa tetapi logik kan? Kan Kan? Bile mak dia angkat angkat kening tanpa bergerak tengok aku, aku mengalah. CAri balik puting Eisya neh. Talpe ko budak kecik. Ko menang Eisya. Tunggu Mummy dah kaya sikit, Mummy beli kete kontrol, jangan sentuh k.

Mangsa kelima:-

Syafikah binti Ismail

Momok kecik kaler hijau neh anak Mak Ngah aku. Adik kepada Acik Imah. Deni...jelmaan Lisa Surihani kalau kat taman dia cakap. Yela tuh, bernanah telinge aku orang dok sebut sebut kalau bawak dia g kedai area umah dia. JEles sebenarnyer. Kecik kecik dah ade peminat. Elok aku tak bawak same g kedai. Semak & tambah bengkak kat ati jerk. Disebabkan aku dengki dengan kefemesan budak kecik neh, tapi sebelum tuh..aku nak bagitau. Minah hijau neh, pantang nampak kamera, kosmetik, telefon, lappy, cermin....aku tatau la ape dosa mak ayah dia..asal jumpe barang barang yang aku sebot tadi..meme dia takkan bergerak seinci. So jangan lepa barang barang korang. Cermin akan retak telefon & lappy akan habis bateri, kamera pon same..dia akan posing gile gile punyer. Aku tatau lah kenan dengan sape minah hijau neh. nak marah kang, dia jerit mau satu lorong kat taman tuh boleh dengar. Aku cari pic dia tapi tak iangat folder mana. Sorry beb. Sape sape berkenan kat dia, hantar resume kat aku dulu.

Ok sambung balik. Disebabkan aku dengki dengan dia neh & tak tahan sebab dia selalu kerjakan tipon aku dengan kamera ak beserta barang barang mekap aku, aku selalu tarik rambut dia. Paling suke kalau mak dia suruh aku ikat rambut dia. saje aku tarik kuat kuat. sampai dia terjerit. Jahatkan aku? Peduli la. Bukan mati pon. Hahaha. Kalau time sikat tuh, aku selalu tekan sikat kuat kuat kat kepala dia. padan muke. Bajet cun ar tuh. Jeling aku kemain lagi. Ko nagdu mak ko...aku tak bawak ko g taman main boyan. lantaklah ko nak teriak melalak. Hahaha. Puas weh dapat buat dia marah. Sebab dia susah nak pukul pukul orang. Paling teruk pon dia bebel. "Kak Cha neh pasai pa ntah. Suka buat kami lagu neh."<-- Ayat dia yang paling aku suke. Suara serak serak basah. InsyaALLAH nanti aku upload video dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Hahaha. PEcah perot. BErterabur lirik. Sesuke hati dia jerk. Janji nyanyi.

Ok. Aku dah penat sebenarnya nak menaip. Nak upload lagi, pastu nak mencari pic pon susah. berpinau mata nengok skrin. Aku tak jahat sangat dengan budak budak. Tapi aku geram tengok budak kecikla. Ntah, laju jerk tangan nak dokong, nak cubit pipi, kalau tak boleh handle aku gegget pp terus. Hahaha. Puas hati dapat buat cenggitu. hahikatnyer, aku Cinderella yang suke budak budak. Korang takkan menyesal lah hantar anak korang kat aku kalau aku bukak taska or rumah asuhan kanak kanak. Sebab bagi aku, jage dorang neh satu amanah. yela, kalau kita yang dah besar nih tak tunjuk contoh yang baik, camne dorang nak jadi baik. YA ALLAH, peliharalah budak budak kecik. Sape yang nak buang anak tuh, tolonglah cari aku dulu weii.. After aku dah kasik pelempang bertalu-talu baru korang boleh blah. Anakkorang tuh bak kat aku. Korang tak layak jadi mak bapak dia. Vongok. <--teremosi tetibe. Erm. Macam mengantokla pulak. Tengoklah. Nak stop dulu. Later on aku update lagi. 3.30am jap g ade match. Chelsea vs Marseille. Hails The Blues!! KTBFFH !!! <--tp kompom kompom tv tengok aku. Percayelah. Nunite, oyasu minasai, selamat malam. Gosok gigi sebelom tido k. Kang mimpi momok aku tatau.


♥♥♥ Mummy POKO tido lena tiada bocoran ♥♥♥


Monday, December 6, 2010

.:: Ketawe dan isk..isk..isk.. ::.

Ok, tetibe rajin nak buat 2nd post untuk hari nih. Kali nih aku tak janji tak nak buat salah ejaan mcm post sebelum td. Tak remaja ar kalau tak salah ejaan..korang kan ade minda yg cerdas..kalau salah eja..korang mesti patah balik 1 page semata2 nak bace balik. Betol tak? Betol tak? hahaha..kantoi sudah..

Sebenarnya aku tinggal sorang jer kat umah time neh..sekarang pukul 11.15pm..Acik Imah dengan Pak Lan bawak jenglot kecik (adik2 aku) g mandi kolam air panas kt Selayang. Ntah ape yang best ntah. Macamla tak boleh masak air gune periuk pastu taruk dlm baldi then camput air paip mandi gitu gitu jerk. Nak jugak turun Selayang. Acik Imah sebenarnya nak g tp dia sengaja heret nama aku cakap kat Paklan yang aku yang beria2 nak g. Mak aih..jual nama aku tuhhhh..dah bese dah. Sebabnyer aku jarang mintak mintak nak kuar dengan Paklan. So, bile aku mintak nak g tuh maknenyer memang aku betol betol nak g la..tapi sumpah, kali neh bukan aku yang nak g...dorang esok cuti (awal muharam). Aku esok kena cari rezeki. Mane bley sesuke ati nak join dorang..mau dorang berjimba jimba men tepuk tepuk air..aku tido tepi kolam. Jangan cari pasal..nak pulak kolam no.3 (paling panas) matiiiii....jadi steamboat kat situ jugak. Naya je wehhh..

Acik Imah meme sengaja. Dia punya nak paksa aku ikut, sanggup ajak 1 umah g konon konon aku takot tinggal sorang then akan ikut jadi teman dia. Hahaha..silap besar, aku siap bagi cik puteh kat Paklan. Meme aku tanak g. Layan blog lagi bagus. memula aku macam nak g, tapi lepas solat Isyak, macam berat jerk nak g. Takot esok time thumbprint tetibe lampu merah lak..pastu bunyik teetttt..kuat gile tanda "ko lambat datang kije..ko lambat datang kije..padan muke!" <--aku bygkan mesin thumbprint tuh ckp cmnih time dia nek lampu merah..siyes..rse mcm nak hempuk jerk..malu vodo...

Yang adik aku jenglot 2orang tuh..ntah ape merasuk..bersorak gile time aku bg kunci kt Paklan..macamla dapat tawan Everst..laju je tangan nek tempeleng..geram betol la..siap ejek ejek aku yang buat aku rasa nak jadi Incredible Hulk. Panas hati betol. Tak sedar kot dah pkol 11lbh dok terkinja kinja..g Selayang je pon...bukan kena nek kapal terbang pun..lek lek sudaaaa... tapi yang aku tak tahan bile aku bau wangi jerk dari bilik aku. Lagi tak tahan tengok adik aku..nak g mandi kolam pun pakai minyak wangi..sembur 1 badan macam body spray...Paling paling tak tahan minyak wangi Red Delicious DKNY aku lak tuhhhhh....hangen jerk aku rseeee...tuhan jerk yang tahu..kenapa la aku ade adik camni..nasib Paklan ade..kalau takde..meme aku tempeleng siap backhand if u smellll...no wonder la aku cari takde..siap sorok kt celah celah baju dorang lak tuh..takpe..esok aku nak tukar perfume tuh dengan minyak tanah..bior dorang rse..saket ati jerk terus nyala mancis..hahaha...<--ingat aku berani ke nak buat?? mau kne hempuk dengan Paklan dengan Acik Imah..tak cukup dengan hempuk..sah sah kne tido jel..tak nak la.. Saya tak nak jadi Mona Fendi..takottttt....

Sekarang dorang dah lesap dipandangan..meme tak cakap babai langsung,,tibe2 jerk senyap..sonok sangat kot..macam la dapat jumpe Katty Perry kat Selayang tuh.. Biarlah, yang penting dorang happy. Korang tau tak? sambil sambil taip blog ni..aku tengah belek belek pic aku zaman budak budak..ngaaa..aku isap puting susu la dulu..no wonder la pic mse kicik kicik jongos jerk gigi..nasib tak jadi macam Mr. Os (apela dosa dia aku ngutuk dia gini rupe). sejongos jongos dia..masuk tv..tapi aku setakat berlakon cerite Elly kat NTV7 jerk bek tak payah. Haa..mesti korang tertanya tanya betol ke deni berlakon. Yup, aku berlakon dalam cerite tuh. Season 2 tapi tak ingat la start dari episode berapa. Hehe..tak femes mana pong. Malas lah. Kalau nak berlakon pon, aku akan try dengan teater dulu. Anytime boleh calling calling auntie (Siti Rohaya Atan) nak masuk teater. tapi jangan harap, mak long Yah aku tuh akan gegile suh aku fokus. Ckupla tolong dia mase kecik kecik buat ilan hari raya utk RTM. Menanges aku nak hafal skrip "Kalau atok takde, raya Oja tade makne.." Pendek jerk pong..tapi..gugup depan orang kampung yang dok nengok..gugup.. Dah dah..kang terkantoi pulak identiti aku. Kang kecah 1 Planet Kacang.

Neway, rase macam mengantuk la tulis blog neh. Tipu jerk. Tak sampai lagi zone tangkap leleh mata layu layu.lek luuu, minom teh O takse gule dulu..baru betol O.<--padahal meme lupe bubuh gule. Teh dah sejuk pong. Fries pong kejang dah neh. Blog punya pasal. Korang ar neh... Aku bukan ape, time tulis blog aku rasa macam aku tengah bercakap dengan someone yang aku boleh borak borak. Senang, takde orang sampuk, takde orang tanya tanya, takde nak cover cover bahasa, nak gelak golek golek tertunggang langgang pong bukan orang nampak. Hakikatnyer, mase menulis, aku tulis jerk..pastu post. Then baru aku bace balik ape aku tulis. Time tuh aku gelak sorang sorang sebab aku sendiri tak caya aku boleh sejujur camni menaip cerite cerite hal aku. Takpela. Ntah, macam tak susah pon jadi minah Bean kat rumah neh. Aku mana kaco orang. Adik2 aku yang jenglot tuh jerk suke ganggu aku. Ade jerk cari pasal. Dahla pernak korek korek album time aku kecik kecik. Pastu ejek ejek. Aku sakit ati la bile kenangkan balik hal tuh. Macam nak turun Selayang sekarang dan tolak dorang masuk kolam no.3..bior dia rase jadi steamboat. Puas hati. <--aku cakap jerk. Sejujurnya, kakak sayang adik adik kakak. <<--Saya kakak yang garang tp cute. Gelak la..tapi hakikatnyer mana ada kakak sanggup angkat buku adik adik dia sampi terkentut kentut time nak pulangkan buku SPBT. Ngahaha..aku tipu jerk. Takdenyer aku kentot..kalau yer pon aku diam diam sudaa. Gile nak bagitau. tak remaja dan menjatuhkan saham sendiri jerk. Tapi tatau la korang kan. Selagi boleh tak nak ngaku. "Bukan saya, bukan saya..maybe dia."..siap tunjuk orang tuh lagi..

Ok, cukuplah untuk lawak malam nih.Kang oksigen terlebey kat otak krem lak perot korang. Aku jugak yang susah nak buat CPR kat korang. Aku dah la fobia comolot neh. <--ayt macam pernah kene cium dengan gorila jerk..yakksss..geli jerk..dahla gorila tak reti gosok gigi..arghhhgeli la bayangkan cenggitu..iyeekkk..dahlah korang ..esok sambung yerk..kite men FB la pulak. Bercanda canda kat fesbuk sebab aku dan runsing mamat A & mamat B dah start SMS. Macam aku kawen dua pulak. Sini nak jaga, sane nak jaga. Last last aku yang sengsara. Jadi Cinderella lagi...lagi Cinderella di abad ini. ..sob..sob..

♥♥♥ que passo?? ♥♥♥


.:: Ahlan Wasahlan Muharam ::.


Assalamualaikum..(tak jawab dosa..itu korg dah tau kan?kan?kan?)


Sebelum saya mula, saya nak bagitau azam saya (hanya utk entry nih jerk). Saya nak tulis entry ni tanpa ada sebarang salah ejaan, sebab ade orang suke komen komen aka komplen saya suke taip ikot dan..tak ape..nanti nanti sebelum post saya baca proof sebelum post yer.(bajet macam nak buat majalah Anjung Seri).

Ya, dalam sedar tak sedar dah masuk tahun baru islam iaitu 1 Muharam 1432H. Dulu mase kite umur kanak kanak Ribena tengah makan Nini cekelat celop celop time baru jerk 1416H la neh dahsekejap jerk dah 1432h. Owh, saya dah tua. Maka, wajib bagi saya mengingat akan mati. Ya. MATI. Dalam pada kita mengingat mati, ada terselit satu maksud (minor) iaitu titik perubahan dimana persediaan sebelum mati. Amal? Iman? Ade cukup??? (Berdebar weh bile tanya soklan nih banayk kali kat diri sendiri) Malaikat kiri kanan dok catit. Mana mau lari bro??

Masa balik kerja, adik saya tanya saya " kakak, Abang Kudin cakap Muharam tuh hari mati. Betol ke? Tak kan? Memandai jerk tipu. " Macam biasa, saya selagi boleh tak nak adik saya yang kecik neh tuduh abang dia pentipu. Dan dan jer tereka cerite " Betol la dik. Tapi kan Abg Kudin cicir 2 perkataan. HAri mengingati mati." Dapat agak dah. Mesti dia tanya lagi. Maka saya pon pergi dapur amik air masak gelas mesarrr munyerrr sebab kompom bertubi tubi soklan dia akan tnaya. Budak budak baru nak membesar. Segala macam dia nak tau. Padan muka. Reka cerite lagi.

"Nabi Muhammad dulu mana cakap pasal mati. Cik Mimah tak cakap camtu pon kat adik. Akak saje kelentong adik.." Acik Mimah tneh guru ngaji adik aku. Dia duduk kat tingkat 6. Saya bukan taknak ajar adik mengaji tapi saya geram kalau dia taknak dengar cakap saya. Kita ajar dia pastu dia ajar kite balik. Mulalah tangan tuh laju jerk kt peha. " Betol dik, adik dengar sini. Hijrah tuh bukan macam lagu maal hijrah yang adik nyanyi miming miming kat radio mak tuh..(saje aku tegas sikit bg mak dengar..) tp hijrah tuh mcm insaf. " Sebenarnyer nak cakap berubah perangai tapi kang dia tanya lagi. " Insaf? Insaf tu ape?" Pulak dah....tak kan nak bukak kamus kot cari bahasa paling sesuai. Aduh..

Anatomi.." yela, konon konon la adik nakal, macam adik selalu buat, akak tengah landing katil adik gusti akak. Pastu akak sakit, adik tetibe jerk diam tengok akak nanges. Time tuh adik nanges jugak kan?" " Memangla dah akak cubit adik." Sape suruh adik nakal sangat. Time aku landing men lompat lompat..senak perot aku. Dapat sebijik. " Tapi adik mintak maap balik kan?" "Haaa, tuh la dia insaf. Rasa macam sedar buat akak nanges tuh dosa kan?" Dia nagguk angguk. nasib tak geleng. Kalau geleng memang mintak penampor. "Bile adik ingat dosa, adik ingat ape?" " Neraka." "Haa..cmtuh la..cmne nak masuk syurga kalau tak nak dok bertempek kat neraka?" " Errr...buat pahala." "Erm..cari pahala. Salah tatabahasa tuh. Adik tau tak bile adik nak mati?" " Tak tau." "Sama macam akak, akak mana tau akak mati bile. Entah entah esok adik tak jumpa akak dah. Time mesti adik rindu kat akak kan?" Dan dan dia pelok lengan saya pastu pelok kuat kuat lak tuh. Kebas wehhh..

" Sebab kita tak tahu bile kita mati la kita kena ingat bile kite mati dik. Sebab tu sekarang adik kena berubah. Hati adik neh lembut lagi. kalau macam ABANG KUDIN tuh..liat..nak kene smackdown dulu baru nak dengar kata." Saje caplslock sebab time neh saya jerit kuat dari radio mak kat dapur. bagi bahasa sikit kat adik yang second last tuh. "Hahaha, padan muka. Kene setempek dengan akak. Dah la kantoi jumpa awek anak Cik Minah jual nasi lemak kat tingkat 2 dengan mak semalam." Ngaaa??? Ermm..malas nak sambung cerite dah sebab bab dengan adik yang meningkat remaja neh kena cakap slow slow..kang dia sentap kang payah. Dahlah hensem adik saya sorang neh. Raja kompang, raja boria, raja nasyid. Semua terlambak dia hamek.

Dialog kat atas sebenarnya bagis aya memang ada kaitan. YES! Berubah. Berubah untuk masa depan. Masa depan nih banyak, tapi yang kekal MATI la. Takde saape sape yang akan kekal kt muka bumi neh. Termasuk Planet Kacang sekalipon. Kalau budak kecik boleh paham erti berubah, malu la kita yang dah dah meningkat tua neh. Apa apa pun Salam Maal Hijrah. Kita belum terlambat untuk berubah. Moga ALLAH permudahkan. InsyaALLAH. (sebaik baik janji tau..)

--<@ sayang kamu @>--

Sunday, December 5, 2010

.:: Ye saya lagi. Lagi lagi saya ::.

Awal mula pertama mula..Bismillahirrahmanirrahimmmm...(korang tau tak..aku eja siap bace terkumat kamit molot aku neh). Takot tersalah eja kang maksud lain lak kan...

Erm, emtry kali neh aku buat sebab jiwa aku kacau gile la..nak nagdu lebey2 kt ngah aku..kang dia pon ade prob dia senirik. Kesian pulak(hakikatnyer aku dah ngadu kt dia pong) saje gedik nak tulis lg..sebab ati neh xtenang..YA ALLAh tabahkanlah hati hambaMu..hati hambaMu ini tersangat2 tisu. Rapuh..isk..isk..isk..(aku tgh cover tamo nanges..ape brg nenanges..tak macho olgsg..lempang lelaju kang..

Aku tgh SMS ngah aku neh sambil update blog..boleh ke? voleh la kan..suke ati aku la..dr aku berjurai air mata pd benda2 yg sptutnya aku mengharap pada Yang Esa..ok2..back to the real story..

cedrite neh ttg dua org lelaki..yg selalu la jd menerjah kepala otak aku neh..dlu aku doa mintak jmpe org yg aku xknl..xpernah jmpe..then blh knl2 tp xkn jmpe..bile dah dpt..dua sekaligus..haaa..hamek ko..da pening nak buat keputusan..dah cite kt Acik Imah tp memula dia buat dekk..siap cakap aku gile lg..mak aihhh..nak kawen pon ckp aku gile?? Bukan salah acik Imah..tp slh aku sebab aku selalu memainkan orang tua tuh..teraniaya jerk mak aku sorg tuh dgn ank tunggal pompuan deni..haishh..kenapa ko kejam sangat ni Nur Roslan..Sini kau..aku tempeleng kasi sedar sikit..bese erkk..

Erm..cite neh betol beb..aku bukan ape..bertubi2 la ujian dtg kat aku..bersyukur dengan ujian tuh..selamat dtg ujian..positivenyer aku terime sebab nih salah satu cara aku nak tingkatkan keimanan aku yg dah lame sgt rapuh & hati pon da semakin kering..sampai Acik Imah bebel pong dah tak melekat kat hati neh..yela..analogi: kritikan, teguran tuh mcm habuk..hati lak mcm kapas..kalau kapas kering cmne habuk nk melekat kn?kn?kn? (tetibe teringat usrah DL2)..

Aku dah bgtau amat A dengan mamat B psl hal dorang masing2.Malas aku nak play safe..aku bukan tamak sangat atau desperate nak kawen even Acik Imah acapkali perli2 aku time umo dia baya aku dah ade adik aku no.2 yg dah kawen tuh..aku neh bukan jenis nak kelentong..dua2 jejaka neh..(aku anggarkan sedap mata memandang) actly..aku tgk muke sornag jerk..tu pon kt fb..tp lg sorang kt Jitra (bukan Farid Kamil k) mmg xprnh jmpe lgsg..dgr sore pon xpernah..memang jge adab sungguh...tp dalam islam xde pon istilah msg2 tuh blh..still kire zina hati kalau tak kena pada niat dan caranya. Aku tau tp bt jgk..kekadang aku neh mkn ati jerk..dua2 neh bt aku rse mcm Alice in the Wonderland.. Mimpikah???

Dugaan hebat aku bile aku bgtau dua2 jejaka neh..mcm tak best gune jejaka..mamat la..sempoi sket..tak reti aku skema skema..geli jerk..eeiii..*ayt along aku..terjebak dah aku dengan bdk2 sri Lalang..hebat betol dorang neh..sume lelaki sampi aku terikut2 cara dorang. rosak..rosak...

Prob aku skg..bile dah aku bgtau dorang..mamat A tolak aku kt Mamat B..bile aku g kat Mamat B..dia tolak aku kat Mamat A..aku pon pening..mcm Barbie doll jerk aku neh..pass2 antara dua orang bdk sutun..(aku dah tak boleh handle..) sori ar terkuar ayt cenggini. Korang tak tau betapa serabutnyer aku. Allah jerk tahu. So aku dah tekad aku akan teruskann istikharah aku..meme itu yang terbaik..tp mlm td dah lebuh dah qiam aku,..xde qiam pon..xleh tido..ni sume gara2..mamat nih punya pasal..SMS aku..chat kt inbox fb..nak marah tak boleh sebab aku meme tak boleh tdo pong..neway thanks ya teman aku mlm td..fobia pmpn la sgt...ceyh...

Kepada kawan kawan kat luar sane..tolong doakan aku yerk..kekadang aku neh dan macam Cinderella pon ade..tp ngah dgn kwn dia yg tmean aku mlm td selalu ckp capairela..caparela..sendalrela..ntah..aku tatau apa itu..lantak korang korang..aku dah penat menaip..nak minom vitagen..baik untuk perot..setiap hari..pastu nak men gme DOTA..(tipu..) nk tukar weapon pon tak igt..) bajet bagus2 jerk ko..

Ok..nanti2 aku sambung lagi..dah bce jgn bayak bunyik nak SMS2 aku tya memacam..silent reader tuh..silent jerk..aku tak larat nak jawab soklan membunuh korang..saya bukan Lisa Surihani ok...


daaaa...