Tuesday, July 20, 2010

Bab 8: Rahsia perempuan

Tepat pukul 5, aku siap solat. Aku solat bilik tetamu beb. Bibik solat lama sangat. Macam tengah bertahlil..sume kuar gamaknye..Aku turun bawah tengok sume org dh xde. Aku g dapur cari bibik. Bibik tgh buat air. Bos pon ade..Rambut basah skit..sure..dia pon bru lps solat kot..kot la..Dengan terpisat2 malu sbb dalam tan tak nak naik atas aku selamber duduk kat meja dapur sebelah bos tengok bibik tengah bubuh gula ke ape ntah dalam teko jernih. Tak lama lepas tu.."Air tu nanti bawak g taman duduk dengan auntie and mummy ye?" Aku blurr. Was it an order or question? Tapi aku angguk jerk. Tak banyak tanya. Sebab kt umah org kn..xkn la nk geleng2..trak pasal2..

Siyes rasa macam hopikrit gile. Slow jerk aku jalan.Kalau kat rumah senirik neh..laju jerk aku jalan. Silap2 air dalam teko pon tinggal separuh. Tumpang on da way. So parking dulang leoklok atas meja..aku malaslah nak describe taman tu cmne.tp taman ar..mini taman.taman mini..abaikan. janji hijau sedap mata memandang. Actly, both of them duduk kat buaian. Besar gak la. Macam g funfair weii..So, aku duduk antara mummy dengan auntie.tgh2 la sng cite..ni bukan buai yg menghadap tp buaian yg satu tuh jerk. boleh dok 3 orang. lgpon auntie dah tepuk2 tangan kt tmpt duduk sebelah dia. Ahem2..Meh aku cerite ape jd lepas tuh..

" Mesti Nur tanya kenapa mummy tak bercakap langsung tadi kn?" Aku angguk. "Boleh cerite kat mummy pasal Nur tak? Mummy tak puas dengar cerite dari 2 orang anak mummy tuh." Aku angguk lagi. Auntie yang duduk sebelah gosok2 belakang aku. Aku macam memalu. Sebab duduk tengah2. Camne nak pandang dua2 muka. Pandang sebelah kang..sebelah lg aku tak dapat tengok. Tapi hati perempuan. Dorg nmpk kot aku cuak semacam mcm gelabah so dorg dua2 pusing pandang aku. Haa..sah! Sah! Sah! Aku kena interview.

" Nama Nur yang sebenar Siti Nur Aishah Binti Roslan. Umur 24 tahun. Anak tunggal mak abah. Tapi tunggal perempuan la auntie & mummy. Nur ada 4 orang lagi adik bawah Nur. Mak Nur tak kerja. Abah Pegawai Penguatkuasa MBPJ." "Oh really. Auntie ingat ayah Nur tentera." Auntie mencelah. "Haa, benar. Abah Nur dulu tentera. Pastu stop awal. Takde geng katanya. " "Laa, kena ada geng la pulak." Pastu auntie terdiam. Aku angkat2 kening mcm pelik dengan auntie. Tibe2 aku baru perasan dari tadi mummy diam. Rupenyer mummy lebih nak tahu cerite aku. So, aku cerite la sume. Dari aku datang KL after amik PMR sampaila aku start kerja dengan syarikat telekomunikasi. Pastu aku macam tak nak sambung. Tapi mummy dah letak tangan kat atas peha aku.

"Tapi Nur yakin mummy dah tahu yang Nur nih pesakit kanser. Nur ni sakit mummy,auntie. Nur disahkan doktor pesakit kanser paru-paru stage 4. Jantung Nur ni dah pernah berhenti masa mak abah hanter Nur pergi Assunta. Tapi ALLAH bagi peluang untuk Nur perbetulkan kesalahan Nur. " Tiba2 aku teringat masa memula aku masuk sepital Mcm nak mati. Aku sesak nafas teramat2. Baring jerk sakit dada sampai tak boleh nak sedut udara. Bibir pucat2. Makan pun susah. Apetah lagi nak minum air yang banyak. Minum sesudu tap[i bile muntah macam nak terkeluar isi perut. Hanya tuhan jerk tahu camne keadaan, Mak malam2 tak tido sebab tengok aku. Aku tido kat sofa dalam keadaan duduk. Time tuh ingat mati jerk. Doa tak putus2. Sampai satu tahap rasa nak melenting tapi nak cakap pun dah tak larat. 3 kali pergi PPUM tapi doktor cakap gastrik. LAst ke ASSUNTA dalam keadaan nazak. Mak abah tak pernah cerita apa yang jadi. Tapi mereka cerita pada makcik yang aku hampir tak ada lagi kat dunia ni bila sampai satu masa aku berhenti bernafas. Doktor sampai duduk atas kepala katil nak masukkan tiub dalam mulut. Ini yang makcik cerita. Lepas tu makcik aku yang menangis.

"Sekarang anak mummy dah sihatkan? Boleh bekerja, tolong family, boleh naik scooter pergi jalan-jalan, jogging, gym. Mummy tengok Nur macam dah recover sepenuhnya je. Sudah ye. Jangan sedih-sedih." Kantoi. Aku menangis. Bukan sebab ayat mummy. tapi aku terbayang apa akan jadi pada mak abah kalau anak perempuan dorang yang sorang nih dah tak ada. Aku tak dapat bayangkan. Azab kubur semua. Meremang bulu roma. Tak sanggup. Dahla aku ni anak paling degil, keras kepala, ego. Semua nak menang tapi lepas-lepas tu mesti menyesal. Beralah saja.

Pause. Aku haus. Ajak dorang minum. beralih ke meja bulat batu. Sejuk bontot duduk atas kerusi batu. Kalau boleh baring-baring aku dah baring dah. Nasib kerisu bulat jugak. Kalau panjang tadi...

" Mummy tak pernah tengok Al beria-ia sampai camni. Lain sangat Al sejak sebulan ni." Mummy macam tarik minat aku jerk. Al? Siapakah gerangan nama Al? Pura-pura cendana pula aku buat-buat tak tahu. Hampeh! "Al tu anak lelaki mummy. Zainal Kusyairie bin Hamdan. " Aku baru tahu nama betul bos. Sumpah tak tahu depan ada Zainal. "Nur tahu kan, mummy dulu pun daddy kutip dari tepi jalan kemudian bekerja dirumah daddy sebagai housemaid?" Oh! Lagi tragis cerita mummy. Drama sinetron ke ape? Ape pasal lah aku selalu terlibat dalam drama bersiri nih? " Al tu bukan anak mummy. Tapi mummy nikah sama daddy sebab daddy's late wife minta mummy menikah. Arwah ibu Al sakit kanser juga. Tapi rahim. Dulu kan medical tak berapa bagus. Lagi-lagi daddy baru nak berjinak dalam bussines." Aku angguk. Kesian lak aku kat bos. Anak yatim. Menyesal aku tak buat baik. Nak dapat pahala. Boleh masuk syurga. " Nur suka Al camne?" Ngaa!! Paekah jenis soalan itu? Terkumat kamit aku nak menjawab. " Nur tahu tak Al dulu nyaris-nyaris nak jadi suami orang. Al sepatutnya menikah dengan Nisa' 6 tahun lepas. Tapi Nisa' tak datang. Dia lari sebab dah pregnant anak orang lain." Lagi?!! Drama lagi. Aku dah tak boleh terima. Selama ini aku pangkah cerita dalam novel. Sekarang jadi kat aku. Apekah dunia sedang membalas dendam? "Mummy cerita ni bukan nak tagih simpati Nur untuk Al. Mummy tak paksa. Al dah cerita semua." Lagi aku tak puas hati. Cerita apa? Apa yang bos cerita? Finally aku paham.

"Mummy, Nur tak nak rahsiakan apa-apa dari mummy. Nur baru jerk putus dengan bekas tunang Nur. Pedihnya stil, terasa mummy. Nur mengaku Nur sayang lagi dengan bekas tunang Nur. Dia banyak makna dalam hidup Nur. Walau sekarang dia bahgia dengan orang lain. Nur still tunggu dia mummy. Dia tak tahu sebab Nur tak pernah bagitahu. Masakan Nur nak lupa orang yang bekerja di Sarawak tiba-taiba ada sebelah Nur masa Nur bertarung nyawa. Setiap hari dia datang tengok Nur kat hospital. Setiap hari jugak dia usap kepala Nur. Tolong sikatkan rambut Nur dan pimpin Nur pergi toilet kalau mak tak ada. Dia yang bawa Nur pergi taman saat Nur bosan duduk kat hospital. Nur tak boleh lupa." Berjurai-jurai air mata mengalir. macam air sungai. " Nur bukan tak suka bos. Tapi Nur tak boleh. Nur tak nak terima sesiapa sekarang sebab Nur tak rasa Nur boleh jujur. Perasaan Nur still pada bekas tunang Nur. 6 tahun mummy. 6 tahun. bukan 6 jam. Susah senang sama-sama. Dari Dia tak ada apa-apa sampai dia dah boleh guna kereta sekarang mummy." Erm. Aku menangis lagi. Aklu luahkan semua. Sebelum ni nak cerita pada mak sendiri aku tak berani sebab dah janji takkkan buka langsung cerita ni. Aku genggam tangan auntie dengan mummy. Langsung takse perasaan malu. kalau orang cakap aku sedang berlakon drama bersiri adamaya pon aku dah tak peduli. Aku dah lama simpan. Lama sangat aku rasa. Tanggung sendiri-sendiri. Sedih aku harungi 2 cycle yang terakhir sensorang kt katil hospital, sensorang tahan sakit saat ubat kimo mengalir dalam badan, saat alami muntah-muntah yang teruk. Ah! Sedihnya hidup aku ni. "I'm sorry sayang. Auntie paham. Apa pun yang terjadi, Nur kena sabar. ALLAH dah aturkan semua." Auntie peluk aku. Mummy just gosok2 belakang. Lega. Rasa ringan dada. Sesak yang selama ni aku saratkan semua dah lepas. Dalam kocek seluar tyrack dah bergegar banyak kali. Mak aku call!!! Gile lah. Camne aku boleh lupa kat mak aku yang cute tuh. Haishh..aku lari jauh sikit dari auntie dengan mummy jawab call mak. "Bila kau nak balik ha? Dari pagi hilang. Tolong masak dak ape idak." Ngaa!! KLena bebel sudah. Padan muka. Siapa suruh aku tak mesej bagitahu. " Mak, kakak dah nak balik ni. Mak tunggu jela yer. Stop bebelisme nih. Tak elok. kang tak pasal-pasal kitorg tak balik." "Ko g mane nih Ti? Dengan sape? Semua orang kuar berjalan. Aku sensorang kat umah." Gotcha! Dah takde kawan cari aku la mak aku tuh. Kalau tak.....haishh.."Ok. Kakak bergerak dengan pantas balik ke rumah sekarang juga. Jeng3x!"

"Mak call suruh balik ke?" Ocopot! Bapak hensem bos aku ni. Cair. Muka lepas mandi. Wangi gilerrr..."Haa, sila hantar saya balik rumah mak saya." Bos aku tergelak. Aku blurr. "Drama lagi." then aku paham. memang aku suka bagi ayat-ayat skrip. Cett!

Finbally aku dah boleh balik. Dah 6 lebih..lebih dari 6.30 petang. Bos hantar aku balik ni. Bukan naik tren. Mood aku baik aku bagi dia hantar aku balik. On da way back ke rumah ada orang jual durian. Bapak sedap bau. Aku sampai jengah muka keluar tingkap. Tup-tup bos berhenti tepi jalan. Jeng..jeng..jeng..

"Pergilah pilih. Nanti kempunan lak." Aku pandang muka bos banyak kali ni. "Pergi jela." Aku malas nak tanya banyak. Aku turun terus pilih-pilih. lantakla. janji aku dapat makan durian. "D24..mak aih isi dia...kemain lg erk.." Aku suka bebel sensorang. " Beli jerk la semua tuh. Bukan mahal mana pun." Ntah bile masa bos ada sebelah aku. "Jangan jadi stalker boleh tak? out of sudden tersembul. Kalau terlepas durian ni tadi then kena kaki saya, jatuhlah saham. Dah kurang 1k tau." Wah ! Apekah ayat mengarut aku ni logik? Kaki tak cantik jerk hantaran kurang 1k. Hahaha. Mengong.

Erm, aku balik macam nyorok-nyorok. Seganlah kalau-kalau kawan mak nampak. kang dorang pelik lak aku kuar dengan orang lelaki yang lain dari sebelum ini. Ngaa..tahu malu. Esok-esok tayang Bf lagi. Belum ada apa-apa dah tayang. Lain kali diam-diam sudah.

Malam tuh makan durian. mak aku tanya siapa beli. Aku kelentong cakap aku yang beli. Padahal pergi shah alam sesen pun tak bawak. Dompet tinggal kat rumah. Aku ada Post komen kt fb..meh aku bg link..yang belom add aku..kalau nak tgk..oleh jerk, Tapi kena add aku dulu..hahah

link ke post psl durian kt FB..Durian runtuh...

sape2 yg belom add blg trus g ke cni yer..link aku nih--> http://www.facebook.com/roketchenta



1 comment:

  1. Mode: mase aku taip menda nih..aku nagis sedu sedan..tp aku cbe cri menda2 yg hepikan aku..tacing3x!!!

    ReplyDelete