Monday, July 19, 2010

Bab 2: 1st day start kerja

Ya, 1st day pergi kerja. Bersemangat waja.Gile kentang awal bangun sebelum ayam berkokok..jeng3x..Semangat beb. Gosok baju.Lengah2. Nyanyi2, joget2 layan lagu Natasha Bedingfield. Aku tak tau tajuk apa. So, jangan tanya. Jangan harap aku nak jawab. Erm, 1st day pergi kerja. Siap telefon HR tuh, takot sesat jalan padahal dekat jerk dengan tempat kije adik aku no.2 yang tak lama lagi jadi suami orang. Ceh..langkah bendul. Ya, aku sampai awal. Parking scoot Nouvo S 6465 kt belakang then masuk office. Pintu pulak kne gne access card. Mencikkk..aku lak manalah tahu..bantai tolak jerk pintu..Mau berdesing telinga siren bunyik. Ah! Malu. Sekali lagi lagi aku memalukan diri. Ramailah mata2 memandang selepas itu. Macam biasa. Aku kan cool macho lagi bergaya. Hensem jerk tidak sebab aku takde misai or kumis or janggut macam Farid Kamil. Ahaks!

Siren tuh bunyik kuat bai. Macam ade pencurik masuk. Malu tak payah nak kata. Kalau boleh sorok muke dalam kocek baju kurung..dah lama aku buat tapi nak buat camne? Baju kurung aku takde kocek. So, tebalkan muka. “Have a seat, please.” Baik akak nih suh aku duduk after dia berhentikan bunyi siren bomba tu. So, hilanglah berdebor2 dalam peparu aku ni. Aku duduk sambil belek2 segala apa yang ada atas meja kat ruang menunggu tuh. Tak lama lepas tu aku nampak bos aku datang. Wah! Hensem bagai. Terpesona. Hati bernyanyi2 tapi aku takdelah nak tunjuk2. Gila korg nak tunjuk? Aku lagi buat dekkk..hensem sangat bahaya. Kang tak pasal2 menjanda awal. Kena kebas. Noktah. Padan muka aku.

Yeah dengan rasminya aku tanda tangan surat tawaran. After Tanya kawan2 rapat mana lagi bagus, patut ke tak patut, elok ke tak elok, bagus ke tak bagus. Finally, teettt. Aku sign. Jadilah aku warganegara company ****. So, akak tadi yang suh aku duduk pon bawak aku jenjalan kt opis. Kenal2kan aku dengan staf2 lain. Sorang pun takde secomel aku. Boleh tak aku perasan jap? Bolehla…boleh erk? Thanks. (Hahaha..sengal.)

After that, bab paling best. Pantry. Peti ais penuh dengan jus. Pastu ade MILO, Nescafe, horlicks, teh lipton, green tea, kopi dalam uncang tuh. Ang blab la bla. Aku tak hafal. Itu yang menarik. Tapi takde lak nestum. Ngeh3x. Tiba-tiba…jeng3x..

“ So, how was your 1st day?”. Hamper gugur jantung pancreas aku. Ntah bila masa bagaimana kenapa bos aku ada dalam pantry tu. “Bukan bos ade orang tukang buat air ke?” wah! Celuparnyer molot aku. Aku tak sengaja. Dah terbiasa. Main cakap jerk. Takde simpan dalam hati. Habis disitu saja. “Soon you will be my coffee maker.” Wak luu..aku lak yang kena. Tak pasal2. Bukan ke aku dating sini sebagai one of the junior executive. Junior beb. Belom senior. Tapi aku dah berangan jadi senior. Gile berlagak aku kan? Dush3x! “Ok, takde hal lah bos. Bancuh air bukan lama. Saya rendam kopi uncang once sampi opis pastu bos sampi bos taruk gula sendiri.” Ngaa..gile la..lancang kuning. Aku tak sengaja. Kesian mak aku. Dia tak ajar menda2 cmnih tp ini yang aku buat. Gasak kau lah.

“Ok. Deal. Mug ni tolong basuh letak kat tempat yang sepatutnya. Once broken, I nak u ganti 2 kali ganda.” Ayat tak boleh blah. Menyampah gile lak aku dengan kepoyoan ketara bos aku nih. Mencik gile. Huh!

“Ha Al, da nak balik ke?” tibe2 moncol makcik cleaner. Yip, aku tau sebab aku jumpa makcik nih mase aku pergi solat. Borak2 jap bertepuk tampar. Mesranyer aku. Chewah! “Nak baliklah ni bonda. Anak bonda dating amik bonda arinih ke?” Errr,mak dia ke? Kenapa panggil bonda? Mati ar, aku dah kutuk2 tadi kt belakang. Huarghhh!! Dugaan ape lagi yang datang menimpa diriku ini? *Tepuk dahi laju2*

Masa tengah naik scoot akak Roy, aku kekadang terfikir. Kenapa aku tak pergi jerk kije kt power plant kt JB tuh dengan Sime Darby? Ntah2 kat sane pon kne bancuh kopi bos. Ah, malas. Rezeki ada dimana2. aku balik dengan rasa letih. Padah takde buat amende pon. Ntah hape2.

1 comment:

  1. aku xtau kenapa tulisan dia tukar besar cmnih..dasar copy paste dr word..huh !!

    ReplyDelete