Wednesday, January 5, 2011

.:: Syyhhh..diam diam. ::.

Assalamualaikum. 

Erm, arini paling tak best. Hubungan yang aku jaga hampir 2 bulan setengah tak dapt bertahan. Siapa boleh tahan, jauh, perbezaan umur, latar belakang, persefahman, pastu tak pernah dengar suara, tak pernah sua muka. Sebulan pertama mungkin boleh bertahan tapi sampai bile boleh tahan. Takpe. Dugaan. Aku terima. Aku dah cuba yang terbaik. Tak salah pun kalau tak berjumpa, tak bercakap kat telefon. Tak mati pun. (Ayat psiko diri sendiri.)

Banyaknyer masa aku bazirkan hari ni. Kat tol Awan Besar jerk dah 1 jam. Perhati kereta. Konon konon macam tukang kira kereta yang lalu kat situ. Banyakla kerajaan bagi aku jadi jurukira kereta kat situ. Bagus! Pastu dah hilang arah tuju, aku lari lak pergi Masjid kat Puchong. Tenagkan fikiran. Sedu sedan kat situ. Yela, mane lagi nak lari kan? Situ jerk la aku dari pukul 3 petang. Ape pun tak boleh. Kerja ntah ke mana, hati kat mana, otak kat mana, jasad merata. 

Berteleku aku kat lantai masjid. Takde orang pon. Pukul 3 petang ape jerk ada. Aku nanges kat situ jugak. Sedih teramat. Isk isk isk. Aku pasti aku ada buat dosa. Sebab tuh la aku sedih sampai camni. Tapi aku terima. Lambat laun aku terima even bukan sekarang. Dah takde jodoh. Takkan ko nak pakse pakse orang. Lagila ko perempuan. Lek lek sudah. (cakap jerk boleh tapi takkan boleh buat). Ini lumrah. Redha.

Jangan tanya aku camne rasa. Sendiri mau ingat. Kalau seorang perempuan yang ade pangkat besar anak Datuk sekali pun boleh frust menonggeng, aku lagi la. Dhala serba kekurangan. Yang kenal aku tau la ape maksud aku kekurangan tuh. Disebabkan sati kekurangan buat aku rasa humble gile kat semua orang. JAuh beza korang dengan aku. Erm. Sebak tetiba. Teringat saje. Ntah dia ingat kat aku ke tak. 

*tarik nafas dalam dalam.* Hembus. Macam mengeluh dah. Ntahlah. fesbuk pun tak bukak. Terus hilang mood terus. Bola pun belum tentu dapat seronokkan aku. Harap vacation kat PD nanti boleh la buat kau lupa sekejap. Sekejap pun jadilah. Tak payah terus. Itu jerk kenangan aku ada. Pengajaran dan pengalaman. Experience and experiment. Erm. Lek lek. Jangan nak nanges sekarang Nur. Simpan air mata tuh time qiyyam.  

Bukan salah dia pun. dah nak jadi sebab takde jodoh. YAng baik datang dari ALLAH, yang buruk datang dari kelemahan diri aku sendiri. Thanks tu Ngah. Isk isk. Dia jugak aku cari. Segala macam cerite aku dia tahu. Korang amekla dia jadi abang angkat. Pendengar yang baik. Nasihat semua macam orang tua beranak 14. Aku cakap dari sudut pandangan aku la. Dia neh meme macam orang tua. Bebel jerk kije. Ok, tak nak dah ngutuk dia. Dia baik baik jerk.

Finally, aku OK. Tapi takdelah OK sangat. Skema jerk rasa post kali neh. Takde fun langsung. Tunggulah aku ade mood nak cerite yang best best. Tapi ni blog aku kan? Suke ati aku lah nak tulis ape. Tak puas ati boleh komen komen. Macam skandal aku  si Awan Di Langit neh ha. Rajin jerk bace blog aku. APe faedah ntah dia neh. Pastu kompom kompom kom pom doa komen. Tengokla. Kalau dia sentap maknenyer dia takkan komen. Tapi dia orang kuat sembahyang punya. Mesti komen. Ngeee..

Laparnyer. Teguk Solivite adik jerk tadi. Kaler hijau. Masam gile. Tak tengok pulak expired date dia. HArap harap tak la. nanti aku update lagi erk. Takde tenaga nak menaip. TAk makan seharian. Menages jerk kije aku. Cinderella memang camni kan? So, terime jerk la.



8 comments:

  1. Nur!! Bile2 free ajak aku main boling ok??
    Ko jgn la sedih2, nti aku sedih gak..

    Bagus la ko cinderella.. Aku ni plak mcm Hunchback of Notre Dame <-- serius

    ReplyDelete
  2. apehald engan ko weh..stalker blog aku tak hengat..

    ReplyDelete
  3. sbb aku rase ni tempat aku ngadu kot..
    aku xrase fb tmpt yg sesuai lagi nk ngadu.. =)

    ReplyDelete
  4. aku sihat je.. btul ke ape aku jwb ni??

    ReplyDelete
  5. yela..mksud aku..cerite sedey ko..

    ReplyDelete
  6. nanti la ek aku crite.. huhuhu..
    menanti post ko mlm ni.. hahaha

    ReplyDelete
  7. perghh...nak tggu post mlm nih????hahaha

    ReplyDelete