Monday, May 7, 2012

.:: Takde tajuk ::.

Assalamualaikum. Entry hari ni takde pasal loghat mana2. Bahasa kita2 je. As long as korang boleh paham, it should be OKAY. 

Hari ni, pukul 8 pagi kuar umah pergi PPUM. Ade TCA untuk CT Scan last week. As usual doktor akan impress sebab Dexotacel (tak sure ejaan dia tp cmnila sebutan dia) ni kuat. Tapi kita cakap kat doktor yang effect dia kurang dari ALIMTA (my previous drug). Doktor tu macam terkejutlah. Muke dia macam suspicious. Betol ke budak ni? ALIMTA sebenarnya kurang kuat dari drug yang baru kita amek ni. Wah, dengan rasa tak puas hati, doktor tengok lagi mutation test kita tau. NEGATIVE. Then dia angguk2. Dalam hati kita, kita bukan alien. Ramai jek kt dalam list tuh ade tulisan negative. & paling best ade jerk POSITIVE. Haaa...dorgla alien sebenarnyer doktor. 

Sepanjang discussion tuh, kita senyum jerk. Takkan nak meraung guling2 dalam bilik tuh pulak kan? Gileeeee. Mau doktor suntik kita & hantor pergi pkiatrik punya wad. Takmo la kita. Kita tak gile. Kita senyum sebab kita tengok result kita under control. Takde spread kat mana2. Bones ok, liver ok, kidneys ok. Organ2 lain semuanya ok. Syukur alhamdulillah. 

Dalam kita tengah meratap kegembiraan ni, ade jerk dugaan terselit. Terima kasih. Ni namanya ALLAH nak kuatkan iman kita balik sebab dia bagi kegembiraan tapi dia tak nak kita lupa diri. But I still need to go through another 2 cycle of chemotherapy. I dont mind. Kita ada ALLAH. Biar pun orang lain tengok kita senang & pada massa tuh nak mengungkit segala duit bagai, kita tak kisah. Kita dah bayar tuntutan dia tu. ALLAH tahu mengatur. Malas nak cakap pasal duit. Kalau yang baca entry ni & kita ada hutang dengan awak, awak pm la kita. Kita bayar kalau kita mampu. Kalau kita dah tak ada, boleh mintak dengan mak abah kita nanti. Kita dah pernah cakap dengan mak abah. Dorang pun akan tolong setelkan untuk kita. Tapi kita mintak, selagi kita hidup, selesaikan dengan kita. Bukan dengan call mak kita, sampai mak kita syak something. Kita tak suka nak tipu mak kita. Kita dah banyak buat jahat dulu kat mak kita. Kita ak nak tambah dosa lagi. Tolong kesian kat kita. Bagi kerjasama. Jangan fikir duit korang je ye. Untuk pengetahuan korang pasal hutang nih la bahaya. Kita dah check tadi dengan telco, actly bil yang tertunggak tuh under master # 2 bulan after dia terminated the line tapi bil still jalan. Bil tuh pulak masuk kat subline yang jadi masterline sebab # tuh kita yang gune. Kita asalnya subline, bile master line terminated, kita jadi master la kan? Paham? Tak pasal2 bil tuh masuk kat # kita. Paling terkilan, tuan punya master tuh bukan nak check dulu. Kita malas nak cakap pasal duit tapi bila kita dah bayar sebab tensi, bila kita balik umah & call cakap dengan manager dia sebab kita takde access nak check # master tuh sebab registerr under nama dia baru kita tau. Kita halalkan sume duit kita. Kita bayar lebih pun kat dia even hutang kat telco tuh RM91 je. Dia pernah ungkit pasal duit minyak, tol, parking semua masa tengok kita kat hospital. Hati sape tak sakit? Kita tak mintak kita sakit, kita tak mintak langsung dia lawat kita. Mujurlah takde jodoh dengan dia. Kalau tak, tak aman bahagia. (sekarang korang tau kenapa kan?) Kita tak nak update kat FB. Kang ada je terasa. Banyak hati nak kena jaga. Tapi orang takde nak jaga hati kita. Janji duit & boleh setel hutang sendiri, asal lepas...sudah. Hidup atas kesengsaraan orang lain itu takpe bagi dia. Tapi bukan kita. 

Habis bab tuh. Jaadual kita bulan 5 ni hampir penuh dengan majlis ilmu. Kita bukan budak baik. Sebab tu kita kena g majlis2 camni. Kalau orang yang kenal kita dulu, memang tau perangai kita. Tak boleh terima perubahan kita, takpe. Pandangan anda bukan penting pada kita tapi pandangan ALLAH tu lagi penting. Silap besarlah kalau anda ingat kita akan amik kira pandangan serong anda tuh. Saya pakai tudung labuh bukan untuk mengorat akhawat kat masjid, saya pakai stokin bukan sebab saya nak pikat pemuda masjid, saya pakai sarung tangan bukan nak jadi ustazah. Tapi saya pakai semua tuh sebab nak didik diri jadi muslimah yang baik bukan sempurna. 

Kita mengaku, kita still pakai tudung macam pic sebelah ni. Ni pic Jumaat lepas, 4 Mei 2012. Pic atas pun sama. Kalau siapa2 yang tak puas hati dengan kita, boleh pm kita directly. Yang dah ada no.tipon boleh SMS terus. Tegurla cara baik. Even nak mintak hutang pun. Seingat kita, kita dah setel semua. Kecuali,  hutang kereta dengan bank. Hutang dengan ALLAH memang bayak. Puasa ada lagi yang belum habis ganti yang tahun2 lepas punya. InsyaALLAh akan dilunaskan secepat mugkin sebelum malaikat ambil nyawa kita. Kita tak rasa sedih pasal sakit kita ni. Laangsung tak, tapi kita sedih bila ada sesetngah pihak yang gunakan kekurangan kita ni untuk sakitkan hati kita. Kita nak share. Kita pernah kenal dengan seseorang. Kenl melalui SMS je. Then contact2. Tak pernah jumpa sampai sekarang. Sampai dia dah jadi suami orang. Bukan suami kita tapi suami orang lain. Kita tahu isteri dia sihat, tak sakit macam kita. Most probably, lebih cantik dai kita. Sapela nak pandang perempuan yang sakit kan? Lebih2 lagi perempuan ni slalu dipersalahkan atas semua yang terjadi. Konon2 kitalah yang bawa malang pada hidup dia. Maak kita tak ajar kawan denga suami orang unless isteri dia tahu & kenal kita. Mak kita tak ajar ganggu umahtangga orang the n hancurkan umahtangga orang. Memang umur kita 26 tahun. Ramai kawan2 dah kawen & ada anak masing2. Kita tak terdesak sangat untuk berkahwin atas sebab kesihatan. Kita tak pernah salahkan takdir. Kita tak salahkan ALLAH. ALLAH nak uji & tingkatkan iman kita. 

Sambung balik pasal tadi. Evn kita tak sihat macam isteri awak tuh, tapi kita yakin isteri awak takkan kuat macam kita. Kaalau isteri awak sakit macam kita, awak rase dia mampu ke tanggung? Sebab tu ALLAH pilih kita. Yerrrrr..ALLAH pilih kita. Bukan isteri awak. Even awak hina kita takkan dapat baby ramai macam awak...kita tak terasa sangat. Sekurang2nya ALLAH bagi kita ujian hebat untuk tingkatkan iman kita. Awak ade? Takde. Memang kita tak dapat jadi macam isteri awak tapi mintak tolong jangan sakitkan ati kita. Kita tak pernah ganggu hidup awak pun. Awak yang terkejar2 kita. Kita mintak tolong awak tak ganggu kita dah. Jagalah tanggungjawab awak tuh. Lepas ni dah nak jadi ayah. Kesian kat anak tuh. Kita maafkan awak. <--ini untuk insan yang dok kat Kedah.)

Urm, pasal hadith yang kita nak hafal tuh..rasa payah sebab dah lama ta menghafal. Tapi kita akan tetap habiskan jugak sebelum tahun baru hijrah datang lagi. Tolong doakan.

27hb ni besday kita. Kita takut sangat sebab most benda2 rare terjadi time besday kita. Every year since last 3 years. Kalau kita mati tahun ni, tolong bagitau ak ayahkita yang kita sayang sangat kat dorang. Ni FB abah kita Roslan Ahim. Umm. Add or pm dia nanti k. Mak kita takde FB rasenyer. Ehh, ade tapi kita tak add sebab adik kita gune untuk main poker pastu arituh kita hacked then tukar password tapi dah lupe password dia. Hehehe. Maafkan saya..

No wonderla post ni takde tajuk sebab terlalu banyak cerite. Tak tau nak taruk tajuk ape. Tajuk datang dulu baru cerite. Memang payahla kan. Sape2 ade Skype, sila add kita echarz. Kalau YM, echa_roslan. Kalau bosan2 boleh main SMS. Wakaka. Sekali yang SMS secara berjemaah. Habis kredit & bil melambung. PAdan muka. Pandai offer sangat. K la. Dah maghrib. 






2 comments:

  1. kite datang naik roket sampai ke sini..hehe.. hurmm, adik Nur mesti kuatkan semangat tau..jodoh dan kematian itu kan telah ditentukan.. org yg sehat pun tiba-tiba je boleh pergi selamanya.. yang penting jadilah org yg terbaik yang sentiasa mengingati mati..dan juga jadilah anak yang solehah yg sentiasa mendoakan untuk mak ayah nya.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kaseh..appreciate the comments & support. Mati tuh pasti. Selagi blh ikhtiar..kne ikhtiar..bersedia utk sgle kemungkinan.

      Delete