Wednesday, May 23, 2012

.:: Pride of London ::.

(sebelum meneruskan penulisan saya berazam untuk tidak melakukan sebarang kesalahan ejaan.) <- ni untuk jenglot2 yang suke sangat komplen kita salah taip/typo. Naaaa. Kita tengah cube ninnn. Ninnnn. Ninnn post untuk membuktikan kita ambil kira setiap kritikan anda. Wekk, mau muntah darah. Wahahaha. Macam tak ikhlas je kan?????

Kita nak bagitau, yang team Celsea kita menangla awak. Menang apa? Ape Liga laga ayam? Nananana. Sesuke hati jerk. Dengki lettew. Tam kita menang FA Cup dengan Champions League.  Musti awak bengkak hati punyer sebab team awak takde cup tahun ni.<--ni untuk fan MUnyet yang LALANG. Tecianla kat kamu. Tu la, esok2 jangan suke bangga sangat. Dok gebang sakan. Bukan awak yang main atas padang tu k. Tengok je sudah. Toksah dok komen lelebey. Lempang kang. Eeeiii..geramnyer.

Selamat Aidilfitri kpd saudara serta saudari.
 Antara kegilaan budak2 ninnn dorang bakar cemerun weh..dengan flare..xsure ejaan dia flair ke falre ke tapi macam bunga api. Dalam cite Titanic tu ada anak kapal wave guna benda tuh masa bawa selamatkan Rose. Si heroin yang skang dah tak cantik tuh. Naaaa. Dosa kering ngutuk orang sesedap rasa. 

Ninn, (pegang dada) berderau ninn bila budak2 nin bersorak sakanla bila dah menang. Mak aihhh. Depa lupa Tuhan sat time tuh. Kita nin punya la dok pasang telinga sebab dah subuh dah time nun dek nonnnn. Hakak riso betoi lerr. Budak2 ni asal gasak je bakar cemerun. Nasib polis tak mai. Kang tak pasal2.

On that day, kita tolong2 budak2 Malaysia Blue Army setting tempat sume. Pukul 6.27pm kita sampai sana awak. hebat tak? Match pukul 2 pagi tapi petang boleh lak berrtapa kat situ. Mak mana tak sakit hati? Suh tolong goreng sekodok sekejap kemain ngeluh lenguh kaki. Wahahaha. Mintak maaf mak. Kire ok le tu kita habiskan jugak pisang mak dari busuk tak makan. Lari tajuk sekejap. Jap je akn. Bukan satu page ninnn cite pasal pisang. Vavavava.

Kegilaan apekah ini???
Tengokla si Bosingwa kat sebelah nin. Dia ninnnn nyaris2 nak menampan bola masuk gawang sendiri. Ape ke punya cuak muke dia pastu. Tau takot. Haaa..tau..tau..tau..wakaka. Macam ler Bosingwa akan baca post nih. Takkan adenyer. Bosingwa celup bolehlaa...

By the way, Bayern Munich adalah satu kelab gergasi dari German. Hebatkan? Kalau awak2 semua tengok camne lajunyer dorang ni bawak bola, korang mesti kagum. Dahla hensem (ni untuk awek2 yang suke tengok bola sebab muke2 kacak) ditambah pulak dengan penampilan atas padang yang gah. Naaaa. Ternganga. Kalau kalah pom malam pagi tuh, puas hati sebab memang pemainan yang terbaik. Good passing from Bayern itu paling dikagumi. Macam ada magnet jerk la kat kasut dorang tuh. Tak puas hati pulak rasa. Taktikal serangan from Bayern pom best. Bayern punya captain, Lahm, naaaa mamat nin bawak bola laju gile, good passer as well. Kagum!!!

Super Lampard + Great Terry
Naa, tade Terry as captain in that match wasnt a problem. Kita ada Cahill & David Luiz yang aku nak label dia sebagai gile. Panjat tiang gol bukan sesuatu yang menairik k. Rasa terseksala tengok awak dok kat situ. Ishhh, malula nak cakap. Wakaka. Terry takde masa final UCL sebab dia dapat kad merah masa lawan Barcelona. Ivanovich pom tade sebab dah kumpul 2 kad kuning dalam liga. Nasibla si gile tu baik dari injury. Gila2 dia pom, tuah kot. Rambut dia. Naaaa, musti rambut je jadi isu. Spesel seh orang rambut gini. Takyah pk nak beli sikat jarang2 ke ape. Tak payah sikat.

Heroes of the match
Umm. Rasa nak nangesla bile tengok muke Petr Cech masa last tendangan penalti yang dia selamatkan. Kita tutup telinga masa tu tapi mata tengok. Wakaka. Takde kaitan langsung. Dalam hati kita harap dia boleh tepis bola tuh. Finally. He did it. Best performance ever in his victory I think. Untungla kan awek dia. Harap2 dia takde awek lagi sampai kita sempat cakap alebiu kat dia. Wakakaka. Berangan lagi. FYI, dat day was his birthday. Watta wonderful besday present haa? Untungla. Dengki sehhh. Sila post kat umah saya hadiah nanti.

Pride of London
Bukan senang nak tukar nombor 0 kepada 1. Bukan senang. Dan kita nak ingatkan awak2 yang tak suke team kita menang tuh, setiap perkiraan bermula dari SATU bukan TIGA. Paham? Sebab fan fanatik yang lebey2 dari playerla team korang jadi camni. Fergayson tuh bongkak sangat. Tuhan baru tarik nikmat seronok tuh sikit. Cubalah cakap mengalahkan Tuhan. Mau putus nyawa kot nanti. Jangan. Bola...bola jugak tapi janganla sampai korang memaki orang sesuke hati. Kalau kita nak buat, kita dah lama buat tapi, dosa dengan Tuhan boleh mintak ampun/taubat. Kalau dengan manusia, kalau tak mintak ampun, azab sehhhh. So, kalau kita perli, its general. Itu hanya sipi2 sebab pengajaran itu penting. Niat nak mengajar. Dan nak mengajar ye NR? Sebelum ni memang suke bagi dorang panas je kan??? Haruslah. <--monolog

Ok, dah habis. Tak tau nak taip ape dah. Harap semua orang takde nak pertikaikan apa2. Kepada awak2 yang tak boleh komen or komennya kita tak publish untuk post sebelum ni, mintak maaf. Korang punya bahasa tu akan menunjukkan akhlak korang. So, better kita tak post. Kita delete. Now, nak komen...silakan. jangan terasa kalau tibe2 komen kalian takde. kita terpaksa delete awak. Sorry.

p/s : harap takde typo2 lagi. Wakaka. Malas nak check la awak. Mana dan jerk. Tapi rasenyer takde. Bye.

~ trimas semua~





2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. KTBFFH... Ader lg typo... Tapi ignore jeh, bkn x bleh phm pn, kan??? Kan???? Gambate nee...

    ReplyDelete