Thursday, May 3, 2012

.:: Menghafaz dan memahami ::.

(sila baca dalam loghat oghang utagha supaya post neh lagi menarik)<---hekkkk...boleh??
 
Assalamualaikum. Tettt. Post hari ni nak habaq kat hangpa suma, aku nak cuba hafal hadith yang 40. Tau tak pasai pa tiba2 aku nak hafal? Sebab aku selak2 balik buku kecil yang terselit kat tafsir aku. Dahsyat kan? Nampak sangat dah lama tak bertadabbur & tengok tafsir.

Nin dia tafsir & buku kecik cenonet ringan tak sampai 100 gram pun (gile la siap ade penimbang). Hangpa tau dak? Kompomla hangpa tak tau sebab aku belum ceghita. Buku kecik cenonet nin membukukan 42 hadith. Aik, sat tadi aku taip 40 kan? Tapi buku nin ade 42 hadith. Takpa2, sat...dia kata lagi, buku nin disusun bersandaqkan pada hadith yang bersumberkan dari sahabat Ali Bin Abi thalib (menantu kesayangan Nabi), Abdullah Bin Mas'ud, Mua'dz Bin Jabal, Abu Hurairah dan Abu Sa'id Al-Khudriy ra., bahawa Rasulullah saw telah bersabda:-

"Barangsiapa dari umatku hafal 40 hadith tentang agamanya, maka pada hari Kiamat nanti dia akan dibangkitkan dalam kelompok fuqaha dan para ulama." - riwayat Al-Baihaqi

Ada banyak lagi riwayat tapi yang membawa maksud sama dimana akan dibangkitkan dari kalangan orang yang syuhada,faqih dan alim. (kalau salah tolong perbetulkan, jangan segan2 na..). Ramai tak tau sangat faqih tuh apa ke benda kan? Meh sini nak habaq kat hangpa, faqih ni orang yang sedikit ilmu agamanya tapi diamalkan. Boleh kaitakan dengan hadith logam. Haish, mana pi erk post pasai hadith neh. Sebenaqnya aku ada satu lagi blog tapi dah lama tak update. Sebab blog tuh suma aku update pasai benda yang boleh buat aku rasa tenang. Banyak mengingatkan aku pasai kehidupan selepas dunia nin takdak dah aka Kiamat. Tett.... seram bulu roma tegak bila pikiaq pasai Kiamat. Eeeiii.. ALLAHU AKBAR. Itu janji dan PASTI jadi. Tak boleh nak pi mana dah. Ehh, melalut. Ok. Nin link untuk hadith logam.

Back to buku kecik nin. Aku tau ramai dari kita jarang nak jengah Muqaddimah. Alaa, page memula depan buku tuh, yang penulis bagi sepatah dua kata tapi selalunya lebih. (kantoi...hangpa tak baca had tu). Sebenaqnya, aku pun tak baca. Tapi tadi ALLAH gerakkan hati lantas tangan membelek2. Wah, ayat...mengancam kan? Ayat kena power beb. Ehh, silap. Kena cakap loghat utagha.

Untuk pengetahuan hangpa, buku kecik cenonet nin, harga (ghega) dia RM3 masa aku dok beli dulu. RM3 tu lagi murah dari dari beli jajan kat kedai Ah Leong. Beli kat Fajar Ilmu kat Masjid India nun. Masjid India KL k. Jangan dok melalut haruk MAsjid India kat India nun. Bila masa ntah aku p sana. Mengarot ja hangpa nin.

So kepada kawan2, hangpa doakan aku berjaya menghapai hadith 40 nin. Sebelum tahun baru hijrah datang menjelma mengubah menjadi 1407. Eh betoi ka tahun ni 1406? Eh, eh...pi tengok kelendar sat. Pi la.. Umm. 

terima kaseh na sebab hangpa tolong baca post nin. Hidup Nur! <--tau la dah boleh mengundi tahun nin...tak sabaq weh nak mengundi. Hehe. Undi adalah rahsia, walaupun hangpa sokong parti yang tak sama, jangan dok berkelahi bertombok bagai. Hangpa tau dak? Sure hangpa tak tau, meh sini nak habaq, menjaga ukhuwah tu WAJIB. (sila click untuk tau ceghita penuh).

12/5 ari last aku bekerja. So, menghapai hadith2 nin adalah cara untuk mensibukkan diri. Haa, hadith ke-12 iaitu menyibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Meh baca sat.

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda,

"Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang  adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna baginya." - hadith riwayat At-Tirmidzi dan selainya.

Sampai sini saja untuk kali nin. Next post kita cakap longhat len lak. Kalau bolahla... InsyaALLAH.

~wassalam~



2 comments:

  1. Replies
    1. bru hafal 2.yg btol2 hfl la. yg len hfl je tp sanad pyhnyer nk igt..cmpur aduk..isk9..

      Delete