Saturday, May 12, 2012

.:: Err... kisah semalam dan kelmarin ::.

Assalamualaikum.

Urm, mari update lagi blog yang tak ramai kaki kipas ni. Wakaka. Biarla kan takde kaki kipas. Kita bukan artis macam Nora Danish. Tak layak pun jadi artis. Apela sangat rupa macam begini. Tapi, kita jadi artis kat bumi ALLAH ni. Bukan ke kita ni pelakon atas pentas Dia? Setuju? Haaa, nak tak nak dah jadi pun kita semua. 

Khamis lepas kita last day kerja dengan kompeni yang dah 2 tahun genap kita kerja. Kontrak tamat. Jangan tanya kenapa tidak disambung. Yang penting saya antara pekerja terbaik mereka. Hehe. Itu kata mereka Tapi nak buat macam mana. Kesihatan perlu diutamakan dalam keadaan sekarang sebab saya nak gnna badan saya ni lagi. Alhamdulillah. Rezeki ALLAH dimana-mana. Sini tamat kontrak, kompeni lain dah call tanya-tanya bila kontrak kita habis kat kompeni lama ni. Wah, bertambah keyakinan ni. Baikkan ALLAH. Tu la, bila kita redha, ALLAH bagi yang lebih baik.

Tapi yang best, dapat hadiah la weii, dapat anak patung. Advanced besday present from Praveena. Ini hadia ketiga kita dapat toy. Mase matrik, kawan kita hantar patung Barney, then awal tahun ni Abang Apis bagi teddy bear besar, pastu Praveena, pun bagi bear. Even bear Veena kecik, but she was the only one in the office yang menangis teresak esak bila kita nak balik. Dia sangat baik, alway bring me vitagen kaler ungu. Gila kanak kanak kan kitorg?? Vitagen ni baik untuk sistem penghdaman yer. Bukan susu kultur biasa biasa. Same jugak macam sustagen. <--mak kita selalu beli untuk kita dengan adik kita yang kecik tuh. Haa, lagi satu Yakult. Kita bukan duta susu kultur yer. Harap maklum. Kita nak share jerk. Testimoni kunun kunun.


Left : Air garam, Right: Docetaxel (drug)
Erm, mintak maaf. Kita cakap malam tadi nak update, tapi semalam kita kimo, balik dah petang pastu tido jerk kije. Lepas Isyak, ada recording/dubbling kat umah tuan pengarah. Sampai pukul 1 pagi. Gila la. Padahal nak record tuh ada 3 paragraph yang pendek je. Nak yang terbaik kenala amek mase panjang. Bagi sokongan kat kitorg nanti yer. Tajuk cerita tuh Kasih ke Syurga. Kita sebagai Nur. Skrip tuh kita yang tulis. Suara latar pun kita. Masa kita shoot benda ni, Kita baru lepas kimo. Bengkak habis muka. Kusam. Tak cantik. Nak kata, katalah. Tapi ini hakikat orang yang sakit bila kena lalui kimoterapi. (drip kat tangan) Benda tu kita tak publish lagi sebab ada satu scene tangan pelakon utama berdarah kitorg takde amek. So, tunggu lagi beberapa hai sebab kitorg baru nak buat fake blood. Baru belaja buat kat youtube. Huhu. Marvellous!

Dexa + Maxalon + Famotidine = 18 biji x 3kali mkn x 1 hari
Erm, petang ni ade besday party anak buah kawan kita. Nama dia Aiman. Budak ni anak kepada mualaf. Chinese married Malay. Maknanya ayah dia la. Mestilah lelaki kahwini perempuan dengan akad kan? sentence treat. Aiman ni ade facebok weh. Baru tadika ke darjah standard ! Ntah. Tak sure. Facebook dia di sini. Meme macam muka cina la deni. Nek kete kita kan, macam nek bas je dia buat. Macam nek bas nak pergi sekolah. Sabr jela. Ape ape pun, budak ni pernah belaja chat dekat FB dengan kita. Kita yang ajar. Mengamuk auntie dia. Wakaka.

Tapi kne g office dulu jap lagi sebab kawan mintak tolong teman g beli hadiah budak cina neh. Kang g tangan kosong tak sedapla. Budak budak kan... Budak. Maknenyer, kita pun budak2 la sebab dapat hadiah. Wakaka. No wonder asal g sepital jerk, mesti staf PPUM panggil kita adik. Paling tak tahan siap tanya, tak g sekolah arini kan? Nak MC? Wakaka. Dress lagi baju macam budak sekolah. Kannnn...

K la, sekarang dah pukul 1058 kat netty kita neh. Kita nak tolong mak kita masak masak. Kita nak goreng pisang. Wakaka. Pisang gorang untuk lunch? Actually untuk kita. Perot kita tak boleh nak terima makanan keras after kimo. Can cause kepayahan untuk passing motion. Hehehe. Kita tak sihat macam awak awak semua. Dengki sangat. Tapi, mak cakap, orang sakit ni seikit sikit dosa dia terampun. InsyaALLAh. Kita harap sangat. Terima kasih ALLAH.

~Thanks for read~


No comments:

Post a Comment