Tuesday, July 10, 2012

.:: whooooppp ::.

Assalamualaikum.

Pintu masuk lolz.
Woot woot. Ini 1st post kita kat opis lolz. Datang awal. Start kije pukul 9 tapi pukul 8.10 pagi dah terpacul. Orang kedua lolz sampai arini. Hebat tak? Hebat tak?  Ngeee.  sebelah ni office kita la awak. Haaa. kecik2 jerk kompeni nin. tapi nanti bile dah besar gedabak, payah lak. For the time being, HR Manager dok depan meja kita jerk. Hamek ko. Ko lambat seminit jerk HR tau. Kantoi. Tak leh nak lari mana la kan?? Wakaka. Kita suka dengan kija kita sekarang. Ntahlah. Tak pressure. Team leader yang memahami ggile la. Time makan dia tak kaco langsung. Kalau hujan, dia suh HR g beli makan sehhh. Semalam makan McD. Whooop. KEnayang gell. Macam orang mnegandung dah perot kita. Hahaha. Paling tak boleh blah. Training 30 minit pun trainer sediakan subway. Gile. Gemok makan jerk kat sini. Alhamdulillah. Kije kat sini, boleh pakai baju ape jerk. Wah!! Tauhukah anda, jeans dan T-shirt lengan panjang jerk pakaian kita. Dengan tudung ar. Gile tak pakai tudung. Kita mana ade rambut sangat. Kan kimo arituh. Kening pun dah nipis. Segala rambut luruh tapi bulu hidung tak pulak. Wakakaka.


Office (pepagi cleaner tak mai lagi)
Sebelah nin opis kita la. Ngee. Keruri kaler hijau tuh. Kaler febret kita...ngeee. SUKE!!!! Haa nin yang nak taip huruf besar ni. DMinggu lepas kita pergi kije saing dengan Pak Lan. Alaaa, Pak Lan tu abah kita lah. Kita mana ade driver. Gile. Kalau kita anak Datuk Bandar pun kita tak nak pakcik drebar. Tak bebas. Kang nak melencong pergi tempat len tak boleh. Tak remaja ar kalau lepas kija terus balik rumah. Eh eh eh. Kalau Acik Imah baca nin mati ar.. Kantoi ar anak dia merayau lepas kija. Konon habis kija pukul 9 malam. 2 jam dok melangut kat subway. Wakaka. Kita lambat woo makan. nasib la sape kuar makan dengan kita. Awak tunggulah kita habis makan berjam2. Paling tidak 1 jam setengah. Maaflah yer, saya ada masalah menelan makanan. Kalau nak cecepat, sila datim dengan orang len. Bukan dengan Siti Noor Aishah Binti Roslan. Lepas ni sape2 nak ajak datim, sila offer diri nak teman kita makan sampai habis. Kalau tak, kita takkan order makanan. Hekkkk...<-- Boleh camni??

My workstation. Woot woot.
Okaip. Nin tempat duduk kita. Kat sinilah tempat berdengkur, tempat gosip (cerita pasal diva dengan akak2 senior), tempat ngadap assessment, tempat kija. Pendek kata, ini taman permainan kat pejabat ninn. Wakaka. Esok ingat nak bawak bubbles lah pergi kija. Latihan pernafasan. <-- konon2. Wakakak.

Erm, since dari hari pertama kija, kita esek bekpes roti kosong dengan teh ais. Setiap pagi lolz. Hebat tak? Hebat tak? Hahah. Kita dah gemuk sikitla awak. Tak naklah upload pic. Maluuu. <--bongok jerk ayat. Haaa, kita nak bagitau, aircond kat sini apaklah sejuk mengikut ckap2 orang kat sini. Tapi kita selamber kodok  jerk duduk bawah aircond. hebat tak? Hebat tak? Hahaha. Camnilah keadaan orang yang menjalani kimoterapi. Dia tak rasa sejuk even suhu bilil tuh cecah 16 darjah. Gile kan??? Boleh hanter pergi mendaki Gunung Everest denii.. wakaka. Tapi betul la awak. Sekarang nin, boss kita dah turunkan kepada 20 darjah. Angin aircond tu dok tala kat kita jerk. Sebab orang len sume tak nak. Takpela. I'd rather cold than panas. Kalau sejuk boleh selimut. Kalau panas? Takkan sambil menaip sambil kipas diri sendiri. Hahah. Hebat gile kalau mampu buat.

K lah, ramai dah datang ninn. Kita malu nak nak update blog depan kengkawan kita. Wakaka. haaa, untuk orang jauh yang rindu2 kita tuh, kalau dah bace blog ni....sila lah komen. Kita bosan lah esek tengok trafik jerk. SILA KOMEN!!!!! Capslock tanda siyes. Ngeeeee.... K tata awak. Tatataatatatatata.

1 comment:

  1. Selamat bkeja... Keja rerajin ye awak... Keep blogging, hohoho

    ReplyDelete