Wednesday, July 18, 2012

.:: beware dengan rasa PELIK::.

Assalamualaikum.

Pepagi lagi kita dah update vlog. Gile rajin kan? Rajin tak? Rajin tak? Hehe. Umm, nak post pasal hati2 dengan perasaan PELIK terutamanya dengan lelaki. Kita bangun2 tadi, lepas tengok mak abah dengan muka adik2 kita, kita teringat encik tunang kita. Awak OK tak sayang? Hahaha, sayangla sangat. Awak OK tak sekarang? Umm, kita nak bagitau kes suami orang ni actually. No secret.

Yesterday, tengah kita bersemangat mengait untuk encik tunang, si suami orang ni sms kita. It's OK. Tapi kita tak paham ape motif dia sesaja salah hantar SMS after sms yang ok2 sebelum tuh. Ke dia kantoi jadi playboy ntah. Ayat dia 'Radndu sgt dh yunk.. jgn la tdo g.." Apekah ini? Sms ni masuk pkol 2250. Last sms dia no kat kita pukul 2128. Watta &^%*???? So, kita reply ??? je. Kita rasa tak selesa lah. Bukan apa, si suami orang buat gitu, mana respect dia pada isteri dia yang SETIA dengan dia. Kita tak rasa dia salah sms sebab kalau seorang suami betul2 sayang isteri dia, dia takkan silap hantar sms. Kita tau sebab lately kita dah tak tersalah hantar sms sebab asal kita nak sms encik tunang jerk, kita cari nama Hubby. Wah, cute tak? Cute tak? Kita tau encik tunang suka kita letak nama dia Hubby kat phone. Awak letak nama kia apa erk? <-- sebok nak tau jugak. Sila letak nama Chenta hati k. Wakaka. Gedik.

Haaa, kita rasa si suami orang ni saja nak buat kita cemburu bagai. Awak silap suamiorang. Kita takde perasaan. Asal sms awak masuk jerk, kita mesti buat muka dulu. Awak kena tau tuh. Tolonglah ubah niat awak tu. Kita dapat rasa masa awak sms malam tadi "Yuuhhhuuuu.... wife dah bl! :D ". Yang kita pelik tuh, semalam awak dengan confident bagitau isteri awak balik lusa which is today. Kenapa malam tadi tiba2 balik? Lolz. Kantoi sudah tipu kat situ. Pastu kita tak paham kenapa perlu sms kita? Motif? Nak bagi jeles? Silap lagilah awak. Awak yang jeles kita dengan tunang kita sekarang. Asal awal tahu jerk kita buat something (mengait) untuk tunang kita, awak rasa tak sedap hati, sakit hati & CEMBURU. Kita kenal awak, awak akan buat kita rasa apa yang awak rasa. Bila awak nak buat kita jeles, sebenarnya time tu la awak cemburu kat saya. Awak akan buat kita marah bila awak tengah marah. Please be informed I was 21 last 5 years. I do understand what you are facing right now. 

bila awak nak share kegembiraan konon2nya wife awak balik, it supposed not to be like that "adik". Dahlah awak salah hanta sms. Kita tak rasa itu tersalah. Itu bermotif. Sama ada awak salah hantar kat mangsa baru or nak bagi kita cemburu. Awak silap besar kat sini. Kenapa saya perlu nak rasa cemburu pada awak? Awak pun tahu saya ada siapa sekarang. Awak tahu apa jurangnya perbezaan awak dengan dia. ALLAH dah atur cantik2 untuk saya. Bukan dengan awak tapi jauh lebih baik. Sama jugak dengan awak. Saya tak mulia sangat then awak dapat seorang isteri yang mulia. Walaupun awak TERMENIKAH tapi bahgia jugak kan? Haaa, TERMENIKAH pun boleh bahgia. Hikmah perkahwinan ler tuh.  InsyaALLAh kita camtu jugak nanti yer encik tunang. Even kita jauh terpisah dengan Laut China Selatan, cukuplah kita saling doa untuk disatukan secepat mungkin. Dugaan makin hari makin banyak. 

Kepada suami orang, henti2kanlah buat perkara camni. Takde faedah. Apa kata awak buat hal awak, saya buat hal saya. Saya takda terkejar2 awak or ganggu rumahtangga awak. Mintak tolong sangat2 kalau awak baca post ni. Kirim salam pada si isteri yang yang kononnya bukan pilihan hati tu. Dia yang jaga awak kat hospital & layan kehendak awak dah. So, sila bertanggungjawablah yer. Even isteri jauh pergi outstation, tunggulah dia dengan hati yang setia, bukan mencari kepuasan kat luar. (-.-) mintak maaf sebab taip camni kat sini sebab kita rasa PELIK yang teramat bila ada satu sms yang awak tersalah hantar. Terkedu sekejap sambil mengucap panjang dalam hati. <-- tengok balik sms hai Jumaat awak kalau still simpanlah. 

Kepada encik tunang, woot woot. Kita tunggu awak balik nanti. Kita sentap sekejap sebab awak tak turun kat LCCT. Huarghhh. Jumpa lepas raya je kat Melaka k. Baru betul sejarah. Wakaka. Awak tau tak, Acik Imah dah plan nak bawak hadiah besday awak bagi kat kita tuh ke kampung. Gile la. Mana ler kita nak sorok benda alah gedabak besor tu. Kita tak nak rasmi lagi. Nak rasmi dengan awak nanti. Hukhuk. Helppppp!! <-- gedik. jangan layan. 

Hari ni kita kimo la awak. Terima kasih sebab tolong jaga kita. Yela, kalau bukan sebab awak, kita dah lupa makan ubat untuk kimo hari ni. Jenohlah dengor nurse 2 orang tu bagi ayat2 merisokan. Takot fainted, takot alah, takot muntah, takot vavavavava. Asal makan jerk, awak mesti jemput kita. Kita kalau makan, bace doa terus sumbat dalam molot. Nak comel la konon. Dah habis barulah bagitau. Hebat tak? Hebat tak? Wakaka. Haa, kita dah aktifkan akaun FB balik. Isk. Tapi dah seaktif dulu lah. Dah kija skang. Susah jugak rupenyer jadi junior exec merangkap customer service. Tapi I do love my job. Rezeki ALLAH bagi. Bertambah baik kijenya walau ade sikit celanya tapi I dont bother.

Kita nak siap2 pergi sepital. Kita nak naik scoot WQA kita. Nama dia Abam Atam. Dia ni abang kepada Cik Puteh. Nanti kita kenalkan pada awak2 semua k. Kepada tunang, dah nikah nanti kita naik moto ni yer. Kita ronda2 kat taman. Sekarang tak boleh sebab Pak Lan gemuk dah. Buncit lak tuh. Kalau dia dok tengah2, kita kompom dok kat hujung2. Asal awak langgor lobang, kita terus tercicir. Menonongla awak berdua jerk jauh tinggal kita. <-- i'm laughing once my imagination cross my mind. Do you?

K lah. Nak siap2. Hello, encik tunang. Kita rindu awak melangit2 ni. Sila jangan sms, kedit tuh kasik expired k. Wakaka. Opposite meaning actually. Btw, please pray for both of us kengkawan sekalian alam. Tak lupa jugak kepada semua binantang kat hutan tuh. Kita tak pernah memuburu awak. Awak patut bersyukur. Tapi untuk nyamuk yang nyonyot darah kita tuh, jaga kau. Minggu depan, meme teruk ko. Berani2la hinggap kat kulit kita, meme makan asap atau spray. Siyeshit awak kena. Takde delay dah2. Famili kita semua dah plan hapuskan awak minggu depan. Padan muka. Baik lari sekarang. K la. Tatata. Lebiu awak awak awak awak semua. Muaahhhh!


No comments:

Post a Comment