Sunday, April 29, 2012

.:: Fenomena UAI ::.

Assalamualaikum. Haiiii.. (gembira dapat update blog lagi) Alhamdulillah. Boleh lagi hirup udara ALLAH ni tanpa kena bayar.

Ingata lagi tak post kita yang lepas? Alaa, pasal kita cakap nak pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Taman Medan.. Haa...Kita dapat pergi tengok dan dengar ceramah beliau. Takbir! ALLAHu Akbar! Alhamdulilah, perancangan kali ni menjadi. Nak dapat parking pun senang. Even kena jalan sikit dan berpeluh-peluh tapi syukur. Masih hidup. Thanks juga untuk my cousin, Siti Zulaikha because she accompanied me. Kita selalu baak dia ni pergi majlis-majlis agama. At least dia tahu nanti kat mana dia boleh basahkan hati dia.

Kita dapat tengok skrin je baris kedua. Yela, takkan nak duduk depan ustaz kot. Gile? Ikhwan yang lain nak campak mana. Dorang je penuh dalam masjid tuh. Padat gile semalam. Hebatkan ustaz ni. 2 jam duduk terjelepuk kat masjid. Sikit pun tak bosan. Rasa beruntung. Tajuk ceramah semalam 'Anak kunci ke Syurga'. Ustaz kaitkan dengan rukun iman. Sangat seronoklah. Kata ustaz lagi, kalau orang puji "Untung kamu, ada anak gaji ribu-ribu." Kata beliau ini bukan rahmat tapi nikmat. Kalian tau tak rahmat tuh macam mane? Rahmat tu macam kita sebagai anak-anak, buat ibadah, secara tak langsung mak ayah dapat pahala. Itulah rahmat. Point kat sini, kita boleh post pahala pada mak ayah kita kalau mereka dah jadi arwah. Inilah yang dikatakan anak kunci ke syurga. Untungkan ada anak. (berangan) Tapi tak paham kenapa sesetengah tak mahu anak (merancang dengan paling baik supaya tidak dapat anak), buang anak (anak luar nikah). Kalian tahu tak, anak-anak kecil yang mati aau dibuang ini yang bawa kita masuk neraka. Camne? Sebab mase ALLAH hantar anak-anak ni pergi syurga, dorang akan berhenti depan pintu syurga. Dorang tunggu mak ayah dorang. Crita ini ustazah pernah cerita tapi tak ingat dari hadith ke apa ke. Tak ingat sanadnya juga. Maafkan saya. Kalau ada update, saya betulkan kemudian ye. Sama-samalah kita update. InsyaALLAH.

Ustaz sebut semalam ada 80 soalan. Gile? Memai je kot. Tapi yang tak bestnya, tak banyak soalan yang kontroversi (mantap maksud saya). Since takde soalan yang menarik atau kekeliruan yang ketara, nampak sangat Islam itu mudah. Agama kita bukan agama terrorist (pengganas) macam warga Barat label kat kita. We are not. We're just better than them. Kpukulita kena jaga hati. Ingat, kita yang boleh bantu maka ayaha kita masuk syurga. Anak-anak kita yang bantu kita nanti. InsyaALLAH. Kalau nak anak-anak bantu kita, kita kena didik anak-anak kita dengan betul. Tak salah pukul, tapi berpada-pada. Bukan sampai cedera. Hairan tengok newspaper sokmo ada kes penderaan budak-budak. Kes culik yang terbaru. Kenapa mesti libatkan budak-budak. Yang comel pulak tuh. Bila bercakap pasal comey, budak-budak nih comel sebab takde dosa lagi. Budak-budak mane yang tak comel? Even berkulit gelap pun dorang tetap comel sebab dorang budak-budak. Kata ustaz lagi, budak-budak belum ade cas. Siapa yang pergi dengar atau pernah dengar ceramah beliau mesti tahu ape maksud cas ni. (tergelak sensorang weh).

Umm, macam dah takde ape nak update dah pasal semalam. Just nak share ape point menarik. Siapa ingat penenrangan ni? "Ibu-ibu melahirkan tuannya sendiri.." dai hadith kan? Maafkan saya, saya tak ingat sanadnya lagi. Tapi inilah yang terjadi. Anak-anak jadi tuan kepada orang tuanya sendiri. Nauzubillah. Peringatan untuk diri sendiri jugak. InsyaALLAH. Maafkan saya mak abah sebab bila saya buat dosa, mak abah tanggung sama. Harap ALLAh terima taubat kakak so that I wont send you to the place both of you not belong to.

~wassalam~



No comments:

Post a Comment