Thursday, April 26, 2012

.:: my 100th posts ::.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Masih menghirup udara ALLAH bagi tanpa kena bayar sesen pun. Sayangnyer ALLAH kat kita kan? Ke korang kena bayar? Takde kan? Kan? Kan? Free jerk. Tapi sebagai balasan kena lah solat. Solat tuh tanda kita berterima kasih pada ALLAH. 

Ahha, lupa pulak post nih adalah post yang ke 100. Hurray. Dulu kita ingat kita tak sempat update blog sampai 100 posts. Belum sampai waktunya untuk pergi. Belum lagi. Alhamdulilah. Hehe. Kita saja letak ltest pic kita neh untuk tatapan kawan-kawan yang ambil berat pasal kita. Asyik asyik asyik tanya je bila nak jumpa bagai. Tak payah jumpalah. Kalian sudah ada tanggungjawab yang lagi penting. Hidup berkeluarga tak sama dengan yang bujang macam kita. Ngeee.. (sengih cute). Tapi memang cute pun kan muka kita? Baik mengaku sekarang. Aitcheh. Paksa-paksa orang lak kan? =) (sengih lagi)

Hari ni, 1st day masuk kerja after a month. Hebat tak? Cuti sebulan dengan gaji berjalan-jalan? Wakaka. Berjalan-jalan tu der. Lepas nih, ada lagi banyak cuti-cuti Malaysia. Tak tahu dah nak pergi mana. Apa yang bermain kat kepala ni nak ikut Alang Sya'arani Supandi g kelas agama & join ceramah para ulama'. Lately Malaysia dibanjiri kunjungan ulama' dari tanah Arab. Macam Habib Umar. Kita tak kenal siapa dia. Nak sangat kenal & tengok sendiri depan mata. Belum ada rezeki. Tapi perancangan terdekat, nak pergi masjid Taman Medan 28hb ni sebab Ustaz Azhar Idrus nak datang. Wahhhh!!! Finally, dapat jugak datang. Takkan ade aktiviti lain aritu selain iktikaf dari Asar sampai majlis habis. Permudahkan segaanya Ya ALLAH. Aminn.

Eh, dah masuk 3rd paragraph. Hebatlah. Sambil chat kat FB sambil update. Even dah 1 jam baru masuk perenggan 3. Hebat apekebenda la kan? Tak hebat.... Err, nak bagitau, kita dah pandai tulis skrip. Hehe. Nanti kita bagi link aftr dah habis shooting drama pendek ni. Kita tak berani nak bagi sekarang sebab nanti takde seri. Eh, boleh ke taip gini? Halal jela kan. Dan muka cute ni jugaklah pelakonnya. Wah! Promot diri sendiri. Takpe. Kalau bukan diri sendiri, takkan ada siapa yang sudi promot kan. Macam ikan kat pasar lak nak promot-promot. Haishh. (sengih lagi)

As usual, bila dah menaip, kita takkan baca balik selagi tak post. Normally bila dah post then kita akan baca. Pastu kita akan gelak sendiri sebab kita taksangka kita boleh update blog dengan kata-kata gini. Wakaka. Selalunya banyak gelak dengan typo dan monolog-monolog yang ntahpapentah. Kita dah mengantuk. Sila baca dan gelak dan gelak dan gelak. Padahal takde menda lucu pun kat post nih.

Suka hadith nih. Nak share kat sini jugak.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud
 ~ wassalam~



No comments:

Post a Comment