Saturday, February 19, 2011

.:: Super busy ya kamu ?? ::.

Tarraa!!! ♫♪♫ Shanana..na..na..na..na..♫♪♫ Penat weh..neh pon baghu ja dok habeh mengajaq. Dulu masa dak keja, sebok sangat nak p keja. La neh, dah ade dua keja dok mengeluh ja aku. Tapi bersyukoq la.. La neh takdak la tensen sangat dok ngadap 1 keja. Lagipon keja aku kat opis tak perlu kot bawak balik kendong balik ghumah. Wat ja kat opis. Habeh masa berdesup balik terus shoot p mengajaq kat Damansara sana tuh. Sana mana? Sana laaa...tunjuk arah utara....

La neh, balik keja ja, mana ada masa sangat ngada fesbuk macam selalu. Macam dadah nun. Tak tegnok sekejap macam oghang gila nun.. Bapakla addicted. U knw me. <--sape ntah tau dia..cett..

Erm, dulu pepagi kalau tak dak kelas nak p mengajaq, aku slalu la p teman Acik Imah p pasaq. Dok main teka teka nama ikan. Best woo..nama paling kelakaq mak aku dok sebut..ikan nyok nyiok..ntah apa benda ntah punya ikan. Gedabak besaq. Nak makan pon takut..bukan nak makan ja, tengok pon ngeri dah weh. Besaq kemain. Tapi time tuh aku tengok time dia besaq la. Time dia baby aku tak pernah p tengok lagi. Nantilah kalau tersangkut kat jala pakcik nelayan kemendian terpampang dalam tong ikan kat pasaq adala aku dapat tengok. Harap2 ada la..boleh tunjuk kat hangpa suma.

Erm, barghu aku perasan la. Aku cakap bahasa aku. Ya ka baha sa hang Nur? Ini longhat la sengal. Longhat utagha hang yang dulu hang dok sebok cakap. Bahasa bandaq hang pon tak tau lagu mana sangat. La neh, hang ghindu kemain kan.? Kan? Kan? <--angguk lelaju. Windu la ngok. Mana p hangpa suma yang len naaa??

Esok ari Ahad, 20/2/2011. Tak dak kelas. Yebeda bedu..woot woot!!! AKu plan macam neh. Nak p main game dengan adik aku, p swimming kuak lentang kupu kupu rama rama, main bandminton, main teka teki, main main....main..main...ah malas. Sebab aku plan bukan suma dok jadik pon. Masa dok pegha beh tang mana pon aku tak tau. Habeh berlalu gitu ja. Pastu menyesal macam tak dak buat apa. Sob sob.. Cepatnya la neh masa berlalu. Dulu masa habeh sekolah pagi, sempat tuh dok p main galah panjang sampai baju basah habeh dok berlari sepenuh hati nak dapat 1 game. Perghhh..la neh, nak memerot pon tak dan. KEsian adik aku. Lahir lambat. Tuh la hang..kesiannnnn....<--tunjuk muke dia..pastu gelak..hahaha

Satu lagi aku tak dapat nak buat kat tempat aku dok mengajaq tuh. Aku nak amek gambaqqqqqq....tapi tak sempat bukan tak sempat..tapi bila aku mai suma budak budak dah ada. Aku dahla tak bagi depa dok main tipon. Takkan aku nak guna tipon jugak kot.Takpa. Nanti ade function apa2 aku buat la. Budak budak neh suka sambut besday. Semalam budak kelas sebelah dok ada makan makan. Pening kapla dok nengok. Falas sana sini. Dia nak fly g mana ntah. So ade bt amende ntah. Maleh nak amek tau sebab aku tengok student aku pon berteleku dok buat kira kira. Sikit pon dak pedulik apa oghang dok kecoh kat luaq. Hebatkan? Time belajaq depa belajaq. Time makan, sungguh sungguh depa makan. Ade sekali aku beli buah mata koceng. PErghhh..sonok tengok aih depa makan.

Erm, dah..habeh bab mengajaq. La neh aku dah busy. Kalau aku tak reply SMS, MMS, email, apa2 ja yang hangpa dok bagi kat aku, sorila. Aku letey dowhh..aku bukan gila dok cari duit. Duit bukan segala galanya tapi segala galanya memerlukan duit. Aku buat kija part time neh pon sebab aku rasa banyak masa aku dok terbuang kat mana pon aku sendiri tak tau. Hangpa selalau ada dalam doa aku. cuma kekadang tak tersebut suma nama. Gil. Hangpa dah la nama dok pelik2. Yang kat fesbuk nama betoi pon susah hangpa nak tarok. Maleh aku nak sebot nama pelik pelik hangpa dah. Cukupla aku pendekkan kepada "kawan kawan/sahabat sahabat/ rakan rakan" ja dalam doa. Kira suma termasuk la. Takdak sorang pon tercicir kat belakang. Ok.

Selamat bercoti kepada diri sendiri dan diri anda pembaca setia. Thanks.

1 comment:

  1. Time Kasih Siti Noor Aishah bt Roslan kerana kenang daku dalam doa mu.. =)

    ReplyDelete