Saturday, February 26, 2011

.:: kenapa mesti kat ghumah?? ::.

Hai, hehehe, terlupe pulak nak tengok bile last update blog.Macam dah lame jerk tinggal. <-Yela tuh, sekeh kang. Menagda lebih. Euuww.

Ngeee..(^__^) Balik kije hari neh, terus menempek dok hgumah. Kenapa mesti dok ghumah? Kenapa bukan kat tepi jalan ka? Kafe ka? Tolong mamak kat kedai tebaq roti ka? Tolong Cik Minah juai nasi lemak ka? Haaa...sebab ghumah saya bessssstttt... Ghumah korang best ke? <--berlagak jerk tanya. Macam la ghumah dia besaq.

Memangla ghumah saya tak besaq. Tapi kalau depa depa (adik adik lelaki yang besaq gajah) suma tak dak, sebok pi ke hulu ke hilir ghumah saya rasa macam lueh (luas) tuh. Kemain lagi luehhh. Tapi bile adik adik yang 2 dua orang lagi neh ada, ghumah besaq pon jadi sempit kemain. Tau dak sapa depa 2 orang yang kecik tuh. Kecik tak kecik sangat la. Jap...jap..jap..


Hamizah Rashidi, 8 tahun.

Neh had tang last. Asik saya la neh. Nakai kemain lagi. twngok tuh ha. Tudung Acik Imah dok bawak main. Kecoh habeh pastu. Gigi dah la rongak (dulu la..skang dah ade gigi tapi berteraboq). Dah kaki perli saya. Apa orang dok buat dia pon nak buat. Orang beli sticker Chelsea tempek kat pintu dia pon sebok jugak lukis logo sendiri tapi last last kene ejek. Boo..logo hang burok. Tak cantek langsung. pastu macam besa. Sentap nanges dan teros tido. <--Besa sangat tuh. Aiippp.. Sayang sama kamu tapi mengada lebey memang kena.

Neh yang lagi sorang nak cerita. Dia neh kalau main sepak takraw, saya rasa dia kot paling kecik. Terbantot orang kata. Tapi ntah la. Suara dia selalau buat telinga saya bingit. rasa nak lesing p jauh. Biar latak situ tergolek. <--bapakla ganas. Andaian je k.

Sat na nak cari gambaq dia sat.

Fakhruddin, lahir tahun 1997 kot. (^__^)

Neh, kalau main kompang semangat gile melempang kompang tuh. Kalau kompang tuh hidup mau dia kene kompang balik dengan kompang yang dia lempang tuh. Budak lahir tahun 1997 neh selalu conquer mic kalau g karok. I dont really know whats going to happen if the mic is alive. Mau kene kompang kot. <--dari tadi esek hal kompang. Ape kaitan dia dengan ghumah haa?

Haa..dia neh kalau ada kat ghumah, suma apa yang Acik Imah masak licin. Habeh suma tuh. Apa pun tak dak dah. L.I.C.I.N... kalau pi mamak tuh, kompom mamak tuh syok ja tengok dia makan. Megi kalau tak 2 pinggan bukan Fakha ar. (Geli jerk Fakha...padahal Acik Imah panggil dia neh Kudin..hahaha..nama kampung..booo..) <--saje jerk cakap camni.

Bukan apa, kalau depa 2 orang neh dok ada kat rumah, riuh. Sora depa ja dok hingaq. Leteh la dok nagadap depa ja. balik kerja, ngadap buku depa. Ajaq itu ini. pastu ternaik sora sikit...sentap. Dok biaq la buku tuh berkulat atas meja. Tak boleh nak tegoq sikit. Sentap ja. Macam sipot sedut. <-- Kenapa mesti sipot sedot? Sebab sedot la..takkan hangpa makan sipot sedot dok tiup tiup kot..

Kenapa mesti kat ghumah? Sebab ghumah tuh tempat paling best. Ada sofa boleh golek golek. tunggang terbalik kot mana pun bukan orang len dok nampak. Jatuh p la aih....bukan sapa dok kesah pon. Sebab apa mesti kat ghumah? Sebab kat rumahla ada....ada....ada....ada.... 

Ada RUBIX..taraa!!!
 Haa...rubix neh salah satu aktiviti masa dok kat ghumah. Kat tempat len tak best la nak main. Kat MPH or warung mamak can. But, mamak always borrow then lebuh (lesap). Neh the first rubix yang saya dok beli. Sekarang neh, dah tak nampak batang hedong. (memang la tak nampak ingat dia manusia ka?) Err..maksud saya ketul ketul dia la. Mengikut penjelasan Acik Imah, rubix neh dah tak wujud lagi. (T_T) Nanges terus. Wuwuwuwuwu..

KEnapa mesti kat ghumah?? Sebab kat ghumah ada Acik Imah. Sapa Acik Imah hang neh. Dari hari tuh kot hang dok sebot Acik Imah. Sapa Acik Imah hang neh??? Ok. Meh sini nak habaq. Neh la Acik Imah...

Acik Imah aka MAK dgn...adik. =)

Erm, neh la mak saya, Pn. Rahimah Binti Yusof, 45 tahun. Kat ghumah ja boleh jumpa mak. Tapi dalam pic neh kat mamak. Tuh pun mak ajak pi minum after penat g beli barang dapoq kat pasar. <--memang habit mak, kalau keluar rumah kene ade pakej minum luaq. Mak kita boleh carik kat ghumah ja. Tak dak kat supermarket, tak dak kat atas puncak Bukit Broga, tak kat tempat len la. Kat ghuma ja kot. Kot la mak hangpa kerja. During worling hours you may find them at the office but most of mother in the world akan spend masa kat ghumah. nama pun ghumah. Dok ghumah la..len la ghumah tuh kuboq. Gila ka pa cakap ghumah tuh kuboq???

 24 Febuari lepas, bufday mak. Kami adik beradik pakat neh buat tak tau kat mak. Sebok la Acik Imah neh SMS tot tet tot tet kat tipon "Hangpa suma tak ingat ka arini besday mak?" Alaa Acik Imah neh, suka bagi ayat tragis. Nak jerk reply tapi tamo lah. Kang tak surprise. Biarkan ajerk. Pastu adik ( Dak Abang) lak tot tet tot tet SMS. "Hang dapat tak msg mak? Ko tak rasa sedey ke beb? Boleh tak aku reply ckp selamat ari rye ke ape?" Aku tak reply jugak. Tak reply tanda tak setuju. Maka, plan diteruskan. Balik kije pick up sister in law g beli kek. Secret recipe kek tak best. Dah muak makan. G kedai bese2. Memandangkan my sister in law tengah pregnant. Saya ikutkan jerk selera tekak kek dia. Dapatla kek coklat. Sedap beb. jap erkkk..


Cakkk!! Neh la bufday kek mak kami.

Buat kecik kecik jerk. Dak abang goreng nugget kat ghumah diua. Haa..tengok..kat ghumah boleh main masak masak. Kat taman mainan mane boleh main masak masak. Sebab tuh kat ghumah best. Dak abang goreng dengan bini dia. Sebagai kakak, rilek ja. Ok la tuh, dah kuaq bajet untuk beli nugget, murtabak, koktel dan buah. Eh silap, buah tuh my sister in law beli. Bukan saya. Haa..kan? Best tak kat ghumah? Best gila. Kalau tak, mat saleh takkan cakap HOME SICK. Takmo la dok merantau jejauh.

Mengantuk tetiba. Chow dulu la naa. Esok la kot kalau tak busy dengan kelas, saya dok sambung balik ngadap blog neh. Kembali aktif. Cett..Harapan jerk aktif aktif. <--jangan percaya. Tipu. Booo..


No comments:

Post a Comment