Wednesday, June 12, 2013

.:: 10 Benda ::.

Assalamualaikum & goooooooooood afternoon. 

Wallaweh. Dapat update vlog lagi meh. Hari ini kita nak update 1 benda yang kita rasa macam geli tapi sebenarnya logik. Ini untuk pengetahuan suami & isteri. Bukan pakwe & makwe. Atuk & nenek sangat2 tak mengapa. Hahaha. jahatnyer.

Kita jalan-jalan tengok newsfeed Fb then terjumpa ini statement from Bercinta Selepas Nikah
Memula baca macam geli geleman tapi memang logik kalau kita compare diri kita ni ada kat tempat lelaki. Kita sebagai pompuan pon haishh..malu menebal kot tapi it we cannot do it every time, but at least once in a while we can practice this. Why not.

10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU:

1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"

2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.

3. "Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"

4. "Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"

5. "Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"

6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"

7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"

9. "Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"

10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."

Mohonlah kepada bakal suami bagitahu yang mana no. dia rasa nak isteri tukar/buat. OK. Tak dapat update banyak. Kita nak buat kerja even kerja tak banyak. Tapi setiap minit itu dibayar. Nanti tak berkat pulak. Nanti ada lagi report mereport. Ntah pape.


No comments:

Post a Comment