Tuesday, June 19, 2012

.:: Cik Roketchenta ::.

Assalamualaikum.

Tett. Status telah bertukar. Cik Roketchenta has been taken. Ngee. Malu nak mngaku tapi betol. Nantila Cik Roketchenta tunjuk muka incik yang bertuah tuh. Bertuah ke? Malang kot. Wakaka. You know who you are. 

Cantik tak sirih junjung ni? Ngee, dari pihak lelaki kepada perempuan. Maaflah. Dari pihak perempuan tak secantik ni sebab bertunang mengejut. Orang tak sabar konon takot Cik Roketchenta kena kebas. Wakaka. Bajet hot je Cik Roketchenta ni kan? Bila tengok sirih junjung ni, rasa macam terrbang sekejap. Sirih jek kot. Kalau tengok cincin? Mak aiiihh. Mata duitan betol la deniiii. Weekkk. Bile ade majlis macam ni, benda pertama terlintas kat otak, bersedia ke nak pikul tanggungjawab bila tempoh bertunang tuh habis? Ni jerk yang selalu bermain kat otak Cik Roketchenta. Orang lain Cik Roketchenta tak tau la. Mungkin dah tak boleh fikir sebab terlalu kaget kot. Kaget ke? Bukan sonok? Ehhh ntah. Lain orang, lain rasa. Mana boleh sama. Kalau sama maknanya genetik sama. <--memandai jerk. *senyumsenget Dalam masa negotiate (perkataan tak boleh blah, macam proses jual beli anak lak) Cik Roketchenta dalam bilik dok diam jerk. Macam nak nangis lak weeeiiii. Dalam hati doa, janganlah mahal sangat sampai kesian incik tuang nak simpan duit. Alhamdulillah, mak abah tak jual anak. Biarla lelaki yang taruk bape nilai hantaran. Lagipun, Cik Roketchenta ni sakit. Nak letak mahal pun takot nanti membazir. Kesian kat incik tunang. 




Cik Roketchenta sangat menghargai incik tunang ni. Saat mak abah takde sebab uruskan hal2 umah, Cik Roketchenta kat sepital sensorang. Incik tunang ni temankan. Saat Cik Roketchenta frust dengan ex yang dah jadi suami orang, incik tunang tenangkan. (T_T) terharunyerrrrr.  Incik tunang ni sebenannya dah lama suke kat Cik Roketchenta tapi Cik Roketchenta tak suke dia. Bukan tak suka ape. Takde perasaan time tu. Untuk incik tunang, mintak maaf banyak2 sebab reject awak dulu. Sekarang orang dah tau & paham, terima orang yang sayang kita BUKAN kejar orang yang kita sayang. Macam ayat kat bawah ni.


Mungkin sekarang saling tak kenal. Kenal camtu2 jerk. Tapi lepas kawen, boleh kenal rapat. Lagi best kot. Kitorg tak macam orang lain, bile dah hati tersentuh rasa sayang, baru nak belaja cintun2 dah incik tunang kena transfer ke Sabah. Tapi takpe. Jarak itu dah selamatkan kitorg. Kalau dah dekat kang, mau ke laut lak hanyutnyer. Cukupla cakap kat tipon sekejap, sms ape yang patot. Nak kata dugaan tu takde, tipulah takde. Manusia punya hati. Bile cakap pasal hati ni, boleh bolak balik. Cemburu? haruslah. Minah Sabah cantik2 kot. Putih gebu. Cik Roketchenta ni apela sangat. Tapi Cik Roketchenta syukur sangat sebab incik tunang ni setia. Tak berkira itu satu hal. Kekadang tuh lurus pun satu hal. Oh tidak, maafkan saya incik tunang. Gurauan saya kekadang awak pandang siyes. Tu maksud lurus pada saya. Memang kitorang ada gado. Tapi incik tunang dah pesan jangan melampau sangat. Umm. Pengajaran pertama. Jangan melampau. Pengajaran kedua, kalau gado jangan sampai mintak putus tunang. Takot terbiasa nanti2 mintak cerai. Nauzubillah. Saya tau, saya memang kadang2 tak dapat kawal marah. Tapi sumpah, kalau saya marah orang, at the end saya yang nanges. Marah orang pun menanges, kena marah tak payah cakaplah. Macam orang kena pukul sedu sdannyer. Tu la Cik Roketchenta.

Untuk incik tunang. terima kasih. Saya tau awak banyak makan hati sebelum ni. Banyak sangat2. Saya tau kat wall saya sebelum ni bersayang2 dengan dia buat awak terasa & mintak maaf jugak buat awak menangis. Tak tahu nak cakap camne. Mintak maaf sangat2. Saya mampu ucap terima kasih setakat ni. Kalau sekarang mungkin kita tak bercinta & bersayang2 macam pasangan kekasih yang lain tapi INSYAALLAH bila ALLAH dah tentukan jodoh saya dengan awak, dah jadi tangungjawab si isteri mencintai suami dia. Syurga bawah tapak kaki suami. Saya ingat tuh. Dalam kursus kawen pun esek dok mengingatkan benda ni jerk. Just jangan buli saya macam awak buli saya masa saya study dulu la. Rumah kita nanti bukan padang kawad yer. Awak buli saya, saya kenekan awak balik. Wakaka. Ugut comel. 

Urm, untunglah siapa2 yang dah kawen sekarang. Banyak pahala dah korang dapat. Nanti masa Cik Roketchenta pulak. Haa, yang bertunang sekarang ni, korang mesti senang nak bincang sebab dok dekat2. Huarghhh, korang tau tak camne payahnya berurusan di telefon dan skype? Tak puas nak bincang. Bayangkan, nak beli cincin pun kene bagi size kat incik tunang. Tak dapat nak beli sesama. Kesian kan? Takpe. Susah sekarang orang kata. Senang2 kemudian. Untuk pengetahuan kalian, Cik Roketchenta lepas majlis akad nikah, Cik Roketchenta akan berpindah ke Sabah. Yela, takkan nak biar suami jejauh. Haishhhhh, tak boleh. Cik Roketchenta sayang suami Cik Roketchenta. Ececececeh. Nak muntah yer bace? Muntahlah. Tak heran. Weeekkk. (^^,)

Rumah kat Lahad Datu

Ruang tamu tempat main kejar2 nanti. Wakaka.
Ni Cik Roketchenta upload umah yang bakal Cik Roketchenta duduk dengan bakal suami Cik Roketchenta. Rumah ni bukan rumah sendiri tapi yang pasti ni rumah pertama kami nanti. Biarlah tak besar macam rumah Cinderella tapi rumah ni akan dihiasi dengan kegembiraan & yang pasti, rumah ni akan dapat berkat dari ALLAH. Kete Myvi hitam tu takkan jadi labu kalau kitorg kuar lebih dari pukul 12 sebab kita dengan putera raja. Ewah2. Berangan bagai. Nampak tak banyak pokok kiri kanan tuh? Depan belakang pun pokok. Kawan dengan monyet2 la nanti. Wakaka. Incik tunang kata, takdenyer monyet. Jangan nak buat cerite. Ok. Yang kat sebelah kanan ni pulak, ruang tamu depan. Mestilah ruang tamu. Takkan tandas awam kan? Gile hebat tandas awam ade sofa tapi takde mangkuk tandas. Tandas apekah ini? Wakaka. Esek gelak sensorang je Cik Roketchenta ni bile buat post ni. Macam kelakar lah. Tak percaya satu hal. Sebab incik tunang ni dulu adalah orang yang paling Cik Roketchenta tak bekenan. Wakaka. jangan terasa incik tunang. Awak sendiri tahu kenapa. Sebab awak buli saya. Tu jerk. Itu perkara lepas. Allah dah atur yang cantik2 untuk kita. Takpelah kita kurang dating sekarang, lepas kawen kita honeymoon sampai hujung hayat yer. Kalau awak sakit, saya nak jaga awak lak. Umm, kalau sempat. Kalau saya tak sempat, saya minta maaf. Awak tahu kekurangan saya, tapi awak still nak saya. Saya hargai. (T_T) <--nanges. Sebak sehhh. Yang terlibat jerk akan tahu camne hidup Cik Roketchenta. Ditinggalkan sebab sakit tapi incik tunang cakap dia terima & pilih Cik Roketchenta bukan sebab sakit or kesian. Cik Roketchenta selalu fikir camtu & Cik Roketchenta tau bile Cik Roketchenta cakap camtu, Cik Roketchenta dah buat incik tunang terasa & sedih. Actually, ni perasaan normal orang yang sakit. Bile dia tau kat mana dia mampu bertahan. Kepada yang kat luar sana, doakan kitorang bahgia selama mana kami hidup.

Untuk incik tunang, terima kasih yang tak terhingga sebab bagi saya masa. Awak tak pernah memaksa saya. langsung tak. memangla kekadang kita tak boleh terima sesuatu pasal pasangan kita, but we can overcome it rite? We have faced it before & it was tough for both of us.Hope dugaan lepas ni takkan buat kita perang besor. Datang cara baik, nak pergi pun cara baik. ni ros untuk awak @}--

P/s : Tahnks untuk kad besday & hadian besday awak tu incik tunang. Will wait for the moment raya ni. Kekeke. Malu lak rasa. (-.-)

~ sekian ~

3 comments:

  1. bia tol ko ni ecah
    tunang senyap2 jerk yek..
    majuk aku
    sentap mak baca tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulp..hehehe..bertunang xperlu kecoh2 la weii..tahun dpn insyaALLAH..aku jmput ko..jgn rso k..

      Delete