Wah, berhabuk berapa inci dah nih blog ni. Adeh. Hai semua. Tahukah anda bahawa saya kurang sihat & kekurangan masa untuk mengupdate blog terchenta ini? Ya, benar. Kita dah start kimo lagi kengkawan. Tapi best. Effect tak kuat sangat tapi still loya meh. Tak muntah je. Demam tu pekara biasa.
Post arini just nak bercerita pasal habit kita recently. Ahaks. Kita suka nyanyi lagu iklan weh. Tak tau pasaipa. Esek esek dok kuaq lagu iklan. Status kat FB pun kuaq lagu iklan. Siyes. Kita rasa lagu iklan sangat menarik. Memang superb la kan komposer dia. AJL pun kalah. Kita rasa k. Bukan Orang lain rasa. BErikut di bawah kita nak list lagu- lagu iklan yang kita tau.
1. Iklan Zaitun
♫♪♪ ZAITUN, kukenali kesucianmu..Aneka jenis
barangan bermutu...Dari dulu sampai sekarang keunggulanmu tetap
berkekalan...Penuh dengan keyakinan..ZAITUN suci, ZAITUN segar, ZAITUN
tetap sejati...ZAITUN memelihara diri barangan bermutu kekal abadi..♫♪♪
2. Iklan Ubat BAtuk Ibu & Anak
♫♪ Ini kisah seorang anak yang duka nestapa
kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan
obattt KOHOK KOHOK" ♫♪♪
3. Iklan Nini Cekelat Celup
♫♪♫ NINI cekelat celup (celup celup),
NINI cekelat celup (celup celup), rasa kacang stoberi, sungguh enak
sekali....NINIIIIIIIIII..NINI! !!! ♫♪♫
4. Iklan Nanonano
♪♫ NANOnanananaNANO..nanananaNANO ..nanananaNANO...oh
NANO NANO saya tak sabar, saya gemar, rasanya sedap, manis, masam
masin, (nana) NANO NANO..(nana) nananana..NANO NANO!!!!♫♪♫
5. Iklan Adabi (nasi gorang)
♫♪♪ hey nasi goreng, hey sungguh
lazat..sungguh sedap..sungguh enak.. sungguh cepat..sungguh
mudah..dengan perencah goreng ADABI.. ♫♪
6. Iklan Scout's Emulsion
♫♪ sungguh riang waktu membesar...badanku
jadi...sehat & segar...ibu menerangkan kami ada kawan, bernama
SCOUTS EMULSION..♫♪♫
7. Iklan Axion (sabun pencuci pinggan)
♪♫♫ mari mari puan dengar ini cerita, suami
saya asyik balik awal saja, ada pembantu baru katanya, tentu dia
perempuan muda..♪♪♫
8. Iklan Oligo
♫♪ OLIGO KOKO minuman yang hebat, ceria
gembira nikmati bersama, OLIGO OLIGO OLIGO KOKO, panas & sejuk
menjadi hidangan, lazat diminum bersama tersayang, OLIGO OLIGO..♫♪♫
9. Iklan Adabi (rempah ratus)
♪♫ ADABI melazatkan...ADABI menyelerakan..mengandungi berbagai rempah, melazatkan kari & kuah..ADABI....♫♪
10. Iklan Adabi (cucur)
♪♫ kami dah pulang emak buat cucur, mudah saje tambah air, adun sebati goreng dan sedia..tepung cucur ADABI rahsianya...♫♪
11. Iklan McDonald
♫♪ Mc D O N A L D S, Mc D O N A L D S, good time great taste, at McDonalds.
Taraa..Best tak pada korang? Hohoho. Kita suka gila lagu iklan. Lepas ni nak kumpul lagu iklan raya lak. LAma-lama punya best meh. Actually, I'm in the office. Ambil masa sekejap update blog. Later on jumpa lagi yer. Mintak maaf sebab kita bukan 24hrs depan pc kije nak mengupdate blog je.
No comments:
Post a Comment