Thursday, December 6, 2012

.:: cerita benda lepas2 ::.

Taraa! Assalamualaikum. 

Lama gila tak update blog. Sangat2lah membizi botak kat sini. Tahukah anda bahawa kita dah ada kerja tetap yang sangat2 penat. Kerja dari 9 pagi sampai 7 malam. Kalau ada nak2 sure kesian kurang kasih sayang ibu dia yang somey momey. Eeceh. Bajet jerk. 


Ini Pak Lan diapit oleh adik-adik dia. Picture nin amik time bila pun tak ingat. We all pergi makan satey Kajang tapi bukan kat Kajang tapi kat R&R Puching Kinrara ke Awan BEsar ntah. Tak sure.Tapi satey Haji Samuri tu ler. Takde koje den nak g Kajang padahal dia punya cabang (cawangan) ada dekat dengan umah kita. Ni dorang ni berlakon jerk perot kempis. Tahan nafas seh. Sangat2 la mentipukan mata kita kan??? Tapi kita tahu. Sebab dorang suruh kita kira 1,2,3 sebelum click snap.

Otai Sungai Rambai, Melaka ni bai. Langsi sikit, tau ar apa jadi kemudian. Tengok perot ar beb.

 Sebeah kanan ni adik kita. Nama dia Muhammad Rashidi Bin Roslan. Mereng sikit budak nin. Tengokla, itu piala bapak kita dia bawak memain nak salute bagai. Konon nak bajet anak askar. Ini piala abah kita bawak kawad rasanya. HEbat wooo bapak kita ajor kawad. Tengoklah anak dia. Komander siswi terbaik Uitm intake 38 tu beb. Hebat kan?????? Hebat tak? Hebat tak? Tak kira, kita nak awak angguk jugak. Cepat anggukkkk!!!! <-- bagus.="bagus." gedik.="gedik." je="je" p="p" pelempang="pelempang">

Adik kita ni cita2 dia nak jadi abam askar tapi kita nak suruh dia dia jadi abam juruteralah sebab macam hensem je dia nin besor nanti. Tengok nama pun dah macam smart bergya kan? Wahahaha. PErot kita kremmmmmm. Adik kita ni banyak molot. Tak suke dia kalau dia nak menyibuk tido dengan kita. Rimassssss. TEngah2 malam ajak main UNO, tak ke gile namanya tu. Alasannya tak dapat tido. Mme haru. So, kita takkan bagi dia makan makanan yang ada gula selepas pukul 11 sebab dia takkan tido sampai pkol pagi kalau makan gula. Meme gile!!!!

Ni kije adik kita. Pantang nampak PC kosong. Pantanggggggggg. Tau nak main FB jerk. Kita datang sini nak tompang rint sebenarnya. Print apa pun kita tak ingat sebab rumah kita takdak printer meh. Dasat kan? Kija macm slave tapi print pom tak mampu nak beli. Bukan kita tak nak beli, tapi kita takot jenglot baju kuning ni esek nak print semedang. Tengok ar muke dia tuh. Senyum sokmo sampai telinga ke dahi bagai. Tapi kita sayang adik kita nin. Kita yang bagi nama dia. So, kita rapat dengan dia. Masa dia lahir, kita baru form 5. Kita mandikan dia semua pagi2 kalau cuti sekolah. Sampai masuk matrik & Uitm kita rapat. Tipon & bla abah datang Uitm kat Kolej Teratai, dia ni panggil kita dengan nyanyian maut dia. Chorus lagu Kenangan Terindah. Nyanyi kat tepi tingkap beb. Abah akan park Vanette (masa tu cik puteh takdak lagi) hijau dia (askar) betol2 kt tingkap kita sebab bilik kita ngadap dataran cendekia (DC). Sweetkan? Macam cerita Repunzel (tak sure ejaaan) jerk kita rasa. Time tu rambut kita meme panjang. Hensem dowhhh...

 Nin sebelah kanan, meme pecah rekod. Tak pernah2 kita merayau KL kat Jalan Petaling pepagi gini. Dalam pukul 7.30 pagi beb kita kat sini. Gilalah. Ni kerja Abang Elmy dengan CC Liana. Dorang ni lah yang culik kita kat sini.Wahaha. Tak culik tapi kita overnight tolong Rafi berniaga kat Danau Kota. Best beb. Pastu Rafi banja breakfast dengan dinner malam sebelum tuh. Sedp beb sebab makan FREE. Menda free ni selalu tak pernah tak sedap. Kan? Kan? Kan? Kita memang suka kalau kawan2 kita banje ni. Sebab nanti kita nak banja dorang makan kenduri besar lak. Ececeh. Kenduri sapa ntah dia nak banja ni. Kenduri sendiri pun tak ajak....

On the left side is my family. They were doing what? Guess what? Mesin air tebu meh.... Hebat kan adik 2nd last kita. Nama dia Fakhruddin. Orang ramai kata dia nin paling hensem dalam adik beradik kita. Entah pape. Bajet je budak nin bila ramai dok kata dia lagu tuh. Kita tak puas hati ni. Tak puas hati. Muka dah jadi etak [>.<]

Dia ni tak lama lepas ni kena sound dengan abang dia. Ntah pasai pa ntah. Kita tak ingat. Buat kija memain kot. Yang kecik tu sepupu kita. Yang perempuan tu mak kita. Tengah kupas kulit tebu tuh abah kita. Whoooop!!! =)


 Kita saja jer besarkan gambar ni sebab kita suka tengok muka tomboy kita ni. Ni masa darjah 6. Henem siottttt. Jangan jeles. Awasilah awek anda sebelum budak hensem ni kebas. Okaip? Is that understood or not? Wahahaha. Kita hensem tak? Hensem kan? Sebab tu lah arwah tok dengan abah hantar kita masuk sekolah maahad semua perempuan. Maahad Al-Khair Lil Banat. Kita rindu maahad kita tuh. Kita nak berbakti tapi macam payah je nak masuk sekolah tuh sekarang sebab dah bukan status sekolah rakyat lagi sebab kerajaan dah ambil alih. Maka, staf disitu mestilah dari kalagan mereka2 jugak. Saya bukan anti kerajaan tapi demi kebaikan sekolah tu, memang ada baiknya kerjaan ambil sebab macam dah berterabur jerk bila kita dengar pentadbiran tu diambil alih oleh orang2 yang ada niat kotor dengan cara yang kotor. Pakaian tidak menjamin hati seseorang itu. Harta ni berhantu beb. Yang alim warak pun boleh terpedaya.

Ok. Actually kita jumpa benda alah ni masa kemas umah. Kita kemas laci meja komputer kita. Jumpa lah segala macam keradak dalam laci tuh. Kotak2 bawah katil pun kita godeh2. Habis katil2 sekali kita runtuhkan sebab bilik kita kecik. Macam semak je ade katil. Maka, tidurla atas lantai. Nabi pun takda katil selesa kan. Ok ler tuh. At least ada toto. K la. Setakat ni, ni cerita lama. NExt post pasal aktiviti minggu lepas. Jeng jeng jeng. nanti baca k. Tata semua. Mmmuah~~. 



  

No comments:

Post a Comment