Tuesday, September 4, 2012

.:: honeymoon kat spital ::.

Assalamualaikum...

Hai kita baru ada masa nak update vlog kita nin. Kita kat spital PPUM sebab doktor suruh kita sambung 4x kimo lagi sebab kanser kita mengecik la awak awak semua. Alhamdulillah... Rasa sangat beruntung. Kali ni kimo kita berteman. Terima untuk pasangan kita Muhamad Hafiz Bin Mohd Halid. Blup3x! Jangan jeles...

Nin sebelah nin pic kawan kita snap sebelum majlis. Ngee, berdeborla. Ahaks! <-- Gediks. Ok. Tau dah. Kita meme tak cantik tapi kita bersyukur sebab cukup sifat. Hidung tertenggek orang kata. Mujur tak penyek. Wakaka. Majlis ni kecik2 jerk. Kita rancang kecik2 tapi jadi besor la pulak. Rezeki. Alhamdulillah. Betullah. Benda baik selalunya ALLAH tolong. Eh silap, bukan selalunya tapi PASTInya ALLAH tolong beri jalan. Terima kasih En.Hafiz sebab sudi amik kita jadi pasangan hidup awak even kita nin selalu kena reject. Yer takpe. Bukan kita yang rugi tapi orang yang reject kita tuh rugi sebab dia kehilangan orang yang betol2 sayang dia. Bwekkkk! Kita nak ucap terima kasih tak terrhingga kat ibu kita, Puan Fauziah dengan mak kita Puan Rahimah. Kalau takde dua orang nin, tak jadik jugak majlis kitorang. Haaa, followe by thanks to ayah, En. Mohd Halid dengan abah kita En. Roslan. Bukan apa, abah yang sambut ayah datang. Ayah lak yang tolong himpun orang ramai datang memeriahkan majlis kita kat kampung. Kita ingat kalau buat kat kampung tak meriah tapi lagi meriah sehhhhh. Sebab time raya, ramai kat kampung. Untungla buat majlis masa raya. Pakej orang kata. Ok la lettew kannn...

Masa majlis tuh, semua orang busy botak. Ayah ngah kita yang pendiam2 tuh tibe2 jerk macam kena rasuk. KEcoh habis. Dia lah yang panjat bumbung sebab nak passang langit2 kat bilik pengantin.Kalau tak, mau nampak atap yang rompong2 tuh. Wkaka. Rompong2 tuuuu.. Rumah pusaka weh..mestilah rompong2. Tapi cantik lolz. Korang ade ke? Kalau takde, diam2.

Nin sebelah kanan ni orang tua kita. Eh silap. Bukan orang tua tapi sedara muda. Wakaka. Taklah....nin mak abah kita. Abah kita muka garang kan? Auuumm. Kecik2 dulu kalau pukul kompom dengan getah paip. Jangan haraplah nak dapat tali pinggang selalu. GETAH PAIP k. Sedap sikit. Tapi kita last kena pukul mase darjah 3. Time tu kita ponteng sekolah agama sebab nak g mandi sungai. Itu last. Pastu meme taubat nasuha tak nak abah pukul. Kita baik je depan abah tapi belakangggg..malaslah nak cite. Rahsia! <-- gedik lagi. Ramai kawan2 kata muka kita macam Serina Redzuan? Sape Serina? Dia anak Chef Wan. Kita tengok langsung takde pun rupe dia. Kesian kita. Kita rasa kita lagi cute. Wakaka. Tolonglah puji saya. Tolonnnn. <-- gedik lagi. Sebelum majlis, kita gedik2 depan kamra. Banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tengok, meh la datang umah kita kat Taman Sri Manja, PJ. Tapi umah kita kecik. Kalau datang ramai2 secara berjemaah, mau ade yang kena dok kat tangga dari tingkat 8 bersusun sampai tingkat G. Wakaka. Melampau imaginasi kita kan? Kreatif sebenanrnyer.

Kita tau ada orang yang setiap hari baca blog kita. Tarraa!! Mesti tertunggu2 post kita yang baru nin kan? Cakk! Dah update pon. Suke tak? Sila komen yer. Hahaha. Encik Hafiz, awak bila mau update sama itu blog? Kita tunggu jerk ninnn. Cepatan sehhh. Sila update pic passal Roselle sekali. Kita lupa nak mintak awak pic tuh ler. Tulun3x!

  

OK. Gambo last ni saje letak besor2. Kita suke pic nin. Mak kita kata tak sopan. Kita rasa cute. Wakaka. Cute la sangat. Alaaa, biarlah. Kita tak pedulik apa orang len kata. Kita nak cakap jugak kita cute. Pedulik3x.  Actually, post nin kita draft 30hb tuh kat sepital. Tapi kita guna gtab Encik Hafiz. Kemain payah nak menaip. Nak insert ga,bo pon payah. Last2 gune netty jugak. Baru ade masa masa nak update nin. Btw, thanks for reading this post. Please leave your comment & please forgive me if I said something that hurt your feeling. Selamat hari raya, maaf zahir & batin.

~ salam sayang untuk kamu ~


 



1 comment: