Thursday, December 16, 2010

.:: Sekodok untuk minum petang ::.

Yaaa....rasa puas lah dapat tengok blog sendiri even tak cantik macam blog orang lain. Lepas tensen sini. Dikala petang yang indah ini, saat saat orang sebok makan sekodok, mak mak sedang sebok goreng sekodok dan korang korang tengok mak mak goreng sekodok, meh la dok tang neh kongsi cite dengan aku. Bosan weh. MC satu hari macam takde function. Bukan lagi sihat, kata Acik Imah " Lagi demam lagi gila anak dara aku sorang neh. Tak dok diam". Pasa dosa akak kat mak?? Akak pi beli paemboq dengan apam balik kat depan Mydin jerk kot. Tak dakla pi jauh ke baroh sane nun.

Erm, aku admit wad. Tuh la buat dosa lagi banyak banyak dengan Acik Imah. Kena tahan wad pastu doktor bagi ubat tidor terus. Pastu nurse pulak macam tau tau jerk. Tipon Acik Imah. Dah kabut orang tuh mai datang sepital heret adik aku yang tak tahu beza malam ke siang. Ingat sepital macam taman maina ke ape? Sesuka ati menjerit jerit main shuffle. Nasib Paklan ade, kalau takde. Memamg dah kene hempuk. Sia sia jerk usia kanak kanak kang. <--macam berani jerk. Cakap pandai ar ...buat tengokkkk... Sekodok.

Haaa..nape aku suke sangat cakap sekodok? Ntah. Macam cute jerk cakap sekodok. Acik Imah cakap orang lidah pendek jerk cakap cenggini. Sentap betol la. Baru nak feel jadi kanak kanak planet kacang cakap sekodok sekodok. Dan dan jerk kuar lidah pendek. Potong stim betol la. Takpe. Asal dorang paham aku gune jugak sekodok. Lantaklah. Acik Mah isteri Pakcik Maarof dok tingkat 6 pon paham aku cakap nak beli sekodok kat dia. Takkan mak senirik tak paham kan? By hook or by crook dia paham jugak. Demam panas nih sangatlah seksa. Dok sepital tuh yang seksa. Lsgi seksa pakai baju sepital. Dah macam Kluangman dok kene kurung kat sepital Tampoi. (saje pilih Kluang sebab meme ramai budak Kluang skodeng blog aku.) Isk..isk..dah la berbotol botol air masuk, ke toilet semedang. Leceh jerk. nak heret botol tuh lagi. kalau paling tak boleh tahan..sorong stand yang tinggi macam antenna tv tuh..melampau betol.

Laa ni aku dah balik umah. Bahagianyer rasa. Makanan sume mak masak ade garam tapi aku tak boleh rasa. hedong sombat. Mencik...>.< Dok sepital meme dah takde garam dengan gula. Ade gule pon 1 sachet jerk dia bagi. Kedekkkkk...takkan nak suh Aciki Imah bawak garam gule kot g sepital? Melampau. Macam nak dok sebulan. Gile ke ape.

Erm, nak cakap something laa..ade orang tuh dah blocked saya dari fesbuk dia. Takpe. Tak nak kawan takpe. Macamlah aku takde kawan lain kan? Tapi ape salah aku ntah. orang lain tak macam kau pon. Lek lek jerk. Ko yang menggelabah gile. Tak payah takot. Aku tak tag ko kat sini pon even aku blh tag. Tapi aku just nak cakap something, seburuk buruk mana pon kawan kita...satu hari kita akan cari dia jugak. Kalau bukan kita...anak cucu kita akan cari keturunan dia. So, jaga ukhuwah. Ustazah aku cakap, menjaga ukhuwah tuh wajib. Kalau bergolak kampung sebab bergaduh satu kampung tuh punya amal pon ALLAh tak amik kire.

Dah tanak cakap dah. Ko senirik tahu ko sape. Aku tak rasa aku ade buat salah. Kalau ada, aku mintak maaf. Aku pun bukan lama hidup. MAti tuh pasti. Just aku tak tahu bile. Harap ko maafkan aku. Tak gune unblocked sebab meme aku takkan approve kalau ko add aku balik. sampaila aku tahu ape sebab ko blocked aku tetibe. Erm. OK. Sekian. MAsa sentap sentap dah tamat. Lek lek sudaaaa...


♥♥♥ Tak heran ♥♥♥

Saturday, December 11, 2010

.:: Kenapa kau still sayang dia haa?? ::.

Erm, post nih aku pernah buat dulu kat fesbuk. Kirenyer nih aku copy paste baliklah. Sharing is caring. For those yang baru frust (tak payah mention name). Aku rasa korang perlu kuat. Bukan aku yang patut korang jadikan idola sebab aku hanya Cinderella (sempat lagi tuh nak perasan). Tapi korang harus tahu, bile putus sesuatu hubungan percintaan tuh, tak selamanya korang tak boleh hidup atau hilang hak untuk rasa cinta kat orang lain (nasihat untuk aku jugak).

Korang tahu tak betapa seksanya aku lalui semua tuh, sampai mak aku menanges2 tiap tiap hari dok bersila depan aku. macam mayat hidup. Makan tak nak, minum tak nak. Sampai kulit kering. menages jerk kije aku. Sampai satu tahap, rasa macam betol betol kelam dunia neh. Untungnya ALLAh bagu CAHAYA. YES!! Nur, aku kuatkan diri bangun dalam keadaan sangat sangat letih. Time tuh aku tak pernah menyesal ape yang dah jadi. Aku yakin aku lagi menyesal kalau percintaan aku tuh sampai ke jinjang pelamin. Masaklah hidop aku kan after tuh? Nauzubillah. TErime KAsih untuk insan yang ALLAh dah temukan dengan aku tuh. MEmang aku sayang kau lagi tapi aku dah tak boleh p[ercaya kat kau. Maka aku lepaskan kau (takde talak k). Harap kau bahagia dengan sedara kau yang dah jadi tanggungjawab kau sekarang. TEntang aku, kau tak payah tahu. Aku tahu kau baca blog aku ni. (kalau kau tak baca lagi bagus. Boleh aku sebut nama penuh kau kan?)

Aku tulis nih sebenarnya kat dalam note pad. Pastu tibe2 rasa nak share kt FB..then aku rasa nak abdikan dalam blog. Benda nih sebenarnye ada jugak dalam diari aku yang hilang kt MPH tuh. Tulisan terakhir kalau tak silap aku dalam diari tuh. Erm. Untuk yang lain, thanks for the support. Tak payah kesiankan aku sebab aku cun cun jerk kat sini. Aitcheh.



Naper ko still syg dia, walau dia dh tinggal ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh buang ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh hancurkan ht ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia dh pijak cinta ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia runtuhkan mahligai ko ??
Naper ko still syg dia , walau dia pergi tanpa belas ??
Naper ko still syg dia , walau ko menangis dia pandang ko penuh benci ??
Naper ko still syg dia , walau dia tak pernah pikir susah ko ??
NAPER?NAPER?Naper ko still sayang dia ??? !!~
SEBAB ......
bila dia tinggal aku ... aku sedar kelemahan diri aku
punca dia pergi ...

bila dia buang aku .. aku makin dekat dengan Tuhan ,
dan aku tahu ujian ini utk aku baiki diri .. bukan merosakkan diri aku dgn kebencian

bila dia hancurkan hati aku .. aku teringat betapa byk hati dia aku hancurkan ,
tanpa aku sedari ..

Bila dia pijak cinta aku .. aku tahu cinta tuh dh lamer x berkembang tak d baja ..
atas kelalaian dan kealpaan aku ..
bila d pijak baru aku tercungap untuk bernafas ,
dan cuba bangun dan kembang semula

Bila dia runtuhkan mahligai aku .. saat tuh , ia hanya mahligai kaca .. yg pudar sinarnya
hanya tiang cinta yg mmbuat ia terus berdiri ..

Bila dia pergi tanpa belas ...
Aku kenal dia , aku tahu dia berperang dengan diri ...
mencari kekuatan untuk berlalu

Bila dia pandang aku penuh benci ... itu kerana dia sayang aku , walau dia cuba nafikan

Bila dia tak pernah pikir susah aku .. sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan aku ..

dan kerana itu ,
aku still sayang dia ..
dan mengharapkan peluang dari Tuhan untuk perbaiki segalanya .. !!~
dan aku berjanji ,
walau sesaat aku takkan sia kan ...

endless love



Ello there all d darlinggss .............
so , ader sape2 yg penah di tinggalkan ????
jeng
jeng
jeng
jeng
soklan cepumas cket
jawab dlm hati sudahh ... kalo malu , he2

stended procedure la ..
biler kena tinggal ..
dia curang ..
ade org lain ..
kita akan sedeyyy sesangat100X ....
nangess berkilo2
semangat hilang
jiwa mati
xder mood
hati tak menentuu
pikiran sasau ..
antara simptom2 la .................he2

then ,
terbitlah rase mencikkk
marah.
geram.
dendam.
macam2 rase la kans ...
dia tinggal kita ,
mmg dia sgt2 la bersalah kan.
mcm org yg dia pilih tuh sgt2 cantik
sgt2 baik.
itu ini itu ini.
kita penuhkan diri dgn rs kebencian yg meluap2 ..
rasa marah yg membakar2

sebab ???
kita nak ubati hati kita kan ..
konon2 kalo wat mcm tuh ,
kita akan cepat lupa kan dia
kita paksa diri tuk benci dia
kita dok kata kat semua orang,
aku mencikkkkkkkkkk dia ..............!!!!~

tp,
bila dok sorang .
bila malam.
mula la ............... SOB SOB SOB .
nangesss ,
nangesss ...
nangess ..
sbb , kita tertanya2 ,
" naper u buat i mcm nih "
dan
sebab
rindu dia ..........................

TAPI ,
ahaaaaaaaaaaa !!~ ... ahaks
ader tak , kita pikir ..
naper dia pergi ?
adakah semua salah dia ?
some yess ,
dh dpt yg baik , tip top , mantap ... still pergi pd org lain.
tp , ade gak certain cases,
kalo kita renung diri .... renung dalam2
muhasabah diri .
renungkan segala2 nya ..
jgn terkejut ,
kalo kita d temukan dengan salah kita ..
kelemahan kita .
then ..
hepp heppp .... jgn salahkan diri
tp, perbetulkan kesilapan
be a better person .
thank to God
atas ujian. dugaan ini .
kita makin mengenal diri .
ingat.
setiap yang berlaku ade hikmahnya.

d hardest part.
buang rasa benci. marah.sakit hati.dendam kesumat. segalanya
buang perasaan
bila ingat dia , hati membara dengan amarah.
kerna ingat.
in order to be a better person.
in order to live ur life happily .
kita kena penuhkan diri dengan rasa CINTA. SAYANG.
pada semua
pada sekeliling.
learn to memaafkan.
seperti mane kita ingin di maafkan .. kita mesti memaafkan.
learn to smile .
learn to dance in the rain.
then,
kita akan nampak how wonderful da world is.
Setuju tak???


Nur Aishah,
14/7/2010
0323


♥♥♥ I'll be your NUR ♥♥♥

Friday, December 10, 2010

Melastik Bintang - Buatku sempurna



Beruntung diriku memiliki
kasih darimu yang tak terbanding
menyinari bila-bila saja setiap masa
tak pernah kuhirau takku bimbang
adanya dirimu aku riang
sinari hariku malam dan siang

dan telah kunyatakan rasa cintaku padamu
sesungguhnya menarilah dimalam yang cerah
sesungguhnya..

kumahu terus melihat bintang
dalam dakapanmu ku tenang
dari jendela kamar kita, begini selama-lamanya

takkanku siakan hidupmu

teruslah mencintai diriku
itu saja kuperlu darimu
kau buatku sempurna
dari luar dan dalamnya


♥♥ dah lame bebenor dengar lagu nih kat fanpage Melastik Bintang. Best weh. Dengar jerk rasa macam terbang melayang tak jejak bumi. Pendek kata berangan. Itu aku la. Bukan korang. Korang mana layan jiwang kan? Kan? Kan? Ke same jerk sepesen dengan aku jugak? Teettt..korang angguk. Maka korang pun same macam aku. Macamlah aku tak tahu. Huh! Ok. Nih tetibe jerk terlintas nak post lagu neh kt blog. Download letak dalam W705. Dengar saje ar. Boleh hafal. hehe. Pastu lirik kasi kat buah hati.

p/s:- Dedicated this song to Mohd Hafifi Bin Mohd Hafizi, Polimas Jitra. From Nur with love. Tak nak tag. maluuuu.. Ececeh..


♥♥♥ cinta kamu selalu ♥♥♥

.:: Cabot ::.

Alangkah indahnya hidup aku dua hari ni (semalam dengan hari ni). Perlu ke nak tulis tarikh dia? Tulis la. Semalam 9/12/10 dan hari ini 10/12. Ke nak tulis hari jugak? Oklah. Semalam Selasa 9/12/2010 dan hari ini Rabu 10/12/2010. <--bengong. Siap letak tahun. Ngahaha.

Erm, aku cabot balik. Tepat pukul 5pm beb. Cayalah! Selama ni masuk opis pagi hari da gelap waktu mambang mambang merayau la aku nak balik. Dah time dah balik boleh lagi plan nak menyinggah tuh. Makanlah, wayang la, lepak lepak mapley la, borak borak bergosip gosip la. Haishhh. So, bila balik waktu siang, aku nak state kat sini spesifik time dia. Siang tuh pukul 5pm la, sangat seronok. Seronok sebab boleh tengok abang polis trafik pakai baju kaler putih dengan spec hitam (gile macho dan kacak) tahan beratus kereta dengan satu tangan jerk. Dengan spesifik lagi abang polis baju putih spek hitam sarung tangan putih. Hebat sungguh. Teringin nak buat. Esoklah nak cakap dengan abang polis tuh pinjam uniform dia.

Tpi paling tak best bile abang polis tuh suke sangat tahan lelama. Ingat boleh sampai umah pkol 5.05pm tapi sampi 5.55pm. Same jerk kalau jalan kaki dari opis. <-- macam rajin jerk nak jalan kaki. Naik moto pon bising neh nak jalan kaki. Boleh blah.

Sebenarnya, aku saje jerk update blog nih. Sebab bosan. Balik umah jerk tade orang. Macam nak amek adik beradik part time jerk kat rumah neh. Buat kawan orang kata. <--kepala hangguk ko la adik beradik part time.

Haishhh..(mengeluh tuh tak elok tapi aku tap. Taip tak salah.) Serabotlah dok opis. Dulu macam bahagia jerk dok sane. LAtely, nak Cristmas. Ngaaaa, memacam hal. Dengan Negro hitam Zimbabwe cakap english yang sepatah haram aku tak paham, dengan Philipino cakap kalot nak mampos, tak masuk lagi Indian (from India) yang tak boleh sebot A dengan betol. Dorang sebot Yey. Contoh:- kalau dorang sebut nombor akaun 9A4723 akan jadi nine-yey-four-seven-two-three. Haru biru hidop aku. Tak senang duduk. Nak g toilet pun tak menyempat. Bangun jerk berdering. Berdering jerk bangun.

\Sambil sambil update blog sambil tengok Cinta Kirana. Macam nak tempeleng jerk pelakon dalam cite neh sekor sekor. Geram aku. Galan g nak bagi Kirana kat Raka. Haishhh. Pastu nanti last last dapat kat dia bagi. Saje nak panjangkan cerite. Geramlah aku. Tibe tibe rasa macam nak emo. Hahah.

Ok. Dah pukul 7pm tepat. Nak post ini entry. Ade masa update lagi. Sharing is scaring. Woot woot woot. Grrrr....

♥♥♥ Dia untuk aku ♥♥♥


Wednesday, December 8, 2010

.:: Budak gemok + shomey momey = B.U.L.I ::.

Erm, macam tak boleh tido lah ini malam (tipu padahal memang gedik nak update). Erm, tibe macam dapat idea ting ting ting (ade lampu lampu kat atas kepala) nak update blog tentang budak. Meh aku cerite jahat & kejamnyer aku terhadap makhluk Tuhan plaing cute manje manje shomey momey neh.

Mangsa pertama:


Ainul Jannah

Budak gemok neh, kazen aku. Anak Ayah Busu (adik Paklan yang kecik sekali) kecikla sangat kan? GEmok tak? Gemok tak? Haaa..baik korang angguk. meme dia gemokkkk...geram aku. Asal balik Parit Perawas jerk, aku cari budak neh. Aku panggil dia Janet. Pastu dan dan mak dia cubit molot aku sebab panggil anak dia Janet. Yela, barulah urban kan? kan? kan? Kepala hotak ko la kan urban.. jannah tuh syurga la. Sesedap molot jerk nak tukar tukar nama anak orang. Erm, budak neh dah cop muka aku muka manusia paling tak selamat bile jumpe. Tau sebab ape? Sebab aku selalu peluk dia kuat kuat sampai nanges pastu tak pujuk terus bagi kat mak dia. Mak dia aku panggil Maksu Noni. Cute jerk name mak dia kan? Tapi meme cute lah weh mak dia. So time aku amek pic neh sebab aku nak umpan dia la..time neh orang dok sebok dok nyuci daging kambing sempena akikah aku kat kampung. Jap, ayat aku tadi macam tak tepat. Bukan akikah aku, tapi aku buat akikah sempena sembuh dari sakit yang hampir hampir ragut nyawa aku. Pastu, Janet tak nak weh, bijak budak neh. Mesti mak dia bagi susu Fernleaf...bijak..bijak..

PAstu dia lari g kat ayah dia. Aku takot sikit dengan Ayah Busu aku. So, tak dapatlah nak geget & pelok budak neh. Selamat ko..tapi aku sempat tengok dia ejek aku & aku amik pic dia mase diaaa..........tengok pic bawah...



Mana aku tak kate bijak. Paling licik ini anak. Korek hedong. Tunggu. Nanti Kak Cha ( name geli2 dorang bg kt aku) balik kampung, Janet jadi bantal busuk k. Jage jage. Dendam & hutang banyak neh. After dia nanges sebab aku cobet dia & lari..bapak dia cari aku. Hamek ko. Kene ceramah pastu kene denda cuci periuk besar. Hitam hitam muke aku. Huduh gile. nasib tade Farid Kamil tengok.

Mangsa kedua:


Anak sape ntah?

Budak neh aku jumpe merayau rayau dalam surau kt KLCC. Tatau mak dia sape. So, dalam dok tunggu 2 orang lagi member, silap lagi 3 orang habis solat, aku culik jap budak neh. Bukan culik tapi pinjam. Dari dia merayo tak tentu hala kan? Bek aku jage. Tak jage sebenarnyer, buli jerk. Geram aku. Saje aku pedajal. Dia merangkak ke kanan aku halang, ke kiri aku halang. Lelama fedap budak neh pastu nanges. Tapi ade sape pujuk ntah. Tak ingat, Kak Imah ke Kak Ummu ntah. Pastu aku pun try try la pujuk sebab dia tunjuk aku weh. Macam bagitau kat mak dia (baju merah kt belakang tuh) yang aku buat dia. Mesti mak deni pon bagi minum susu Fernleaf...bijakkk..bijakkk.. Pastu Kak Imah snap pic aku dengan budah neh.. Habis camtuh jerk.

Mangsa ketiga:-


Siti

Ini Siti. Nama penuh aku tak tau. Aku dah kerah adik aku yang kecik tuh ingat nama panjang dia tapi dia tak ingat ingat jugak. Ingat Siti jerk. Tapi yang pasti neh kawan adik aku masa sekolah tadika. Budak neh asal aku jemput adik aku dari tadika 2 tahun lepas mesti aku usik dia. Macam perkara wajiblah. Tak buat rasa dunia sangat sangat tak bererti. <--Gile melampau. Tempeleng kang sia sia jerk hidup. Ape aku selalu buat ialah aku selalu follow dia balik. Pastu...pastu..pastu..akutarik beg dia. Lepas tarik buat buat macam tak buat. Aku borak boraklah dengan adik aku si Mijan. Dia toleh depan jerk aku tarik lagi. Ngahahaha.. Suke aku tengok mata besar dia. Macam katun Sailormoon..bertukar!!! Tapi harituh masa aku g tadika tuh balik (bulan lepas) sebab ada konvo. Aku meme sukerela g tadika tolong tolong ape yang ptut( tipu lagi, Acik Imah suh datang k..tak cukup orang katanya). Acik Imah AJK ke ahlijawatankuasa ntah kat tadika tuh. Aku tak pasti. Malas nak hamek tau. Aku ada jumpa Siti neh. Makin cantik. tapi tak sempat snap pic dia sebab W705 aku kene habuk Gunung Merapi (tipu lagi padahal kene airmata ko nanges nanges cakap kat tipon). Aku serikla nak kaco Siti neh, sebab last day sekolah, aku tarik tarik beg dia tapi ntah camne ntah tertarik kuat..terlentang anak orang. Huarghhhh...aku bukan sengaja. Terrrr..... Yang adik aku lak molot celupar. Cepat jerk menyampai roger roger mak aku. Kene bebel aku lepas tuh. Hamek ko setempek kene. "Umo dah lanjut, perangai macam budak budak. Elok sangatla. Bla..bla..bla... Kalau tak berubah ubah jugak..bla..bla..bla..".<--ini jerk yang aku dengar sebab aku masuk bilik katop telinga dengan bantal. Menyesal kaco Siti. Isk..isk.. Sori dik. Kakak geram tengok adik. Shomey momey sangatlah.

Mangsa ke empat:-

Wan Nor Batrisya (Eisya)

Nih anak buah aku. Anak kazen aku. Kazen aku tuh anak kepada Ayah Uda aku sebelah Paklan. Abang Paklan lah kirenyer sebab Paklan Ayah Uteh. Cute kan abah aku? Ayah Uteh tuh...hahaha. Erm, deni mase kecik lagi gebu. Jap aku cari pic dia.....ntah mane mane ntah..tunggu jap..


Tettt..dah jumpe. Yeay!

Haa..kang aku da cakap. Cute kan? Capang jerk telinge. Yang pakai tudung merah mak ngah tuh mak sedara dia paling cute dia akan ada. Percayelah cakap aku. Tak caye sudah. Nama hang Bedah. Wekkk! Aku suke kaco budak neh. Sekarang la. Bile dia dah boleh jalan. Hisap puting koyak dia tuh. geram aku. Disebabkan aku geram tengok dia terkedek kedek jalan, aku mesti curik puting dia sorok kat mane mane yang aku sempat campak la. Sape tak geram. pakai pampers Drypers, tonggek semacam, jalan terkedek kedek. Geram aku. tepok montot kang baru tau. Hahaha. Aku dah terbayang bayang weh.. Geram. Lepas puting hilang, mesti dia nangeslah. Melalak macam kene penampor terok bebenor. Siyes. Bukan nak kate ar. Pastu Mak dia akan datang tanya aku. mesti cari aku dulu la kalau dengar budak budak nanges. Macamlah budak budak lain tak reti kaco anak dia. So, nak tutup salah sendiri aku bagi alasan..."Aku bukan ape, kang gigi anak ko jongang weh isap puting sane sini. Ko tak takot ke??" <--Vodo punyer alasa tetapi logik kan? Kan Kan? Bile mak dia angkat angkat kening tanpa bergerak tengok aku, aku mengalah. CAri balik puting Eisya neh. Talpe ko budak kecik. Ko menang Eisya. Tunggu Mummy dah kaya sikit, Mummy beli kete kontrol, jangan sentuh k.

Mangsa kelima:-

Syafikah binti Ismail

Momok kecik kaler hijau neh anak Mak Ngah aku. Adik kepada Acik Imah. Deni...jelmaan Lisa Surihani kalau kat taman dia cakap. Yela tuh, bernanah telinge aku orang dok sebut sebut kalau bawak dia g kedai area umah dia. JEles sebenarnyer. Kecik kecik dah ade peminat. Elok aku tak bawak same g kedai. Semak & tambah bengkak kat ati jerk. Disebabkan aku dengki dengan kefemesan budak kecik neh, tapi sebelum tuh..aku nak bagitau. Minah hijau neh, pantang nampak kamera, kosmetik, telefon, lappy, cermin....aku tatau la ape dosa mak ayah dia..asal jumpe barang barang yang aku sebot tadi..meme dia takkan bergerak seinci. So jangan lepa barang barang korang. Cermin akan retak telefon & lappy akan habis bateri, kamera pon same..dia akan posing gile gile punyer. Aku tatau lah kenan dengan sape minah hijau neh. nak marah kang, dia jerit mau satu lorong kat taman tuh boleh dengar. Aku cari pic dia tapi tak iangat folder mana. Sorry beb. Sape sape berkenan kat dia, hantar resume kat aku dulu.

Ok sambung balik. Disebabkan aku dengki dengan dia neh & tak tahan sebab dia selalu kerjakan tipon aku dengan kamera ak beserta barang barang mekap aku, aku selalu tarik rambut dia. Paling suke kalau mak dia suruh aku ikat rambut dia. saje aku tarik kuat kuat. sampai dia terjerit. Jahatkan aku? Peduli la. Bukan mati pon. Hahaha. Kalau time sikat tuh, aku selalu tekan sikat kuat kuat kat kepala dia. padan muke. Bajet cun ar tuh. Jeling aku kemain lagi. Ko nagdu mak ko...aku tak bawak ko g taman main boyan. lantaklah ko nak teriak melalak. Hahaha. Puas weh dapat buat dia marah. Sebab dia susah nak pukul pukul orang. Paling teruk pon dia bebel. "Kak Cha neh pasai pa ntah. Suka buat kami lagu neh."<-- Ayat dia yang paling aku suke. Suara serak serak basah. InsyaALLAH nanti aku upload video dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Hahaha. PEcah perot. BErterabur lirik. Sesuke hati dia jerk. Janji nyanyi.

Ok. Aku dah penat sebenarnya nak menaip. Nak upload lagi, pastu nak mencari pic pon susah. berpinau mata nengok skrin. Aku tak jahat sangat dengan budak budak. Tapi aku geram tengok budak kecikla. Ntah, laju jerk tangan nak dokong, nak cubit pipi, kalau tak boleh handle aku gegget pp terus. Hahaha. Puas hati dapat buat cenggitu. hahikatnyer, aku Cinderella yang suke budak budak. Korang takkan menyesal lah hantar anak korang kat aku kalau aku bukak taska or rumah asuhan kanak kanak. Sebab bagi aku, jage dorang neh satu amanah. yela, kalau kita yang dah besar nih tak tunjuk contoh yang baik, camne dorang nak jadi baik. YA ALLAH, peliharalah budak budak kecik. Sape yang nak buang anak tuh, tolonglah cari aku dulu weii.. After aku dah kasik pelempang bertalu-talu baru korang boleh blah. Anakkorang tuh bak kat aku. Korang tak layak jadi mak bapak dia. Vongok. <--teremosi tetibe. Erm. Macam mengantokla pulak. Tengoklah. Nak stop dulu. Later on aku update lagi. 3.30am jap g ade match. Chelsea vs Marseille. Hails The Blues!! KTBFFH !!! <--tp kompom kompom tv tengok aku. Percayelah. Nunite, oyasu minasai, selamat malam. Gosok gigi sebelom tido k. Kang mimpi momok aku tatau.


♥♥♥ Mummy POKO tido lena tiada bocoran ♥♥♥