Friday, December 10, 2010

.:: Cabot ::.

Alangkah indahnya hidup aku dua hari ni (semalam dengan hari ni). Perlu ke nak tulis tarikh dia? Tulis la. Semalam 9/12/10 dan hari ini 10/12. Ke nak tulis hari jugak? Oklah. Semalam Selasa 9/12/2010 dan hari ini Rabu 10/12/2010. <--bengong. Siap letak tahun. Ngahaha.

Erm, aku cabot balik. Tepat pukul 5pm beb. Cayalah! Selama ni masuk opis pagi hari da gelap waktu mambang mambang merayau la aku nak balik. Dah time dah balik boleh lagi plan nak menyinggah tuh. Makanlah, wayang la, lepak lepak mapley la, borak borak bergosip gosip la. Haishhh. So, bila balik waktu siang, aku nak state kat sini spesifik time dia. Siang tuh pukul 5pm la, sangat seronok. Seronok sebab boleh tengok abang polis trafik pakai baju kaler putih dengan spec hitam (gile macho dan kacak) tahan beratus kereta dengan satu tangan jerk. Dengan spesifik lagi abang polis baju putih spek hitam sarung tangan putih. Hebat sungguh. Teringin nak buat. Esoklah nak cakap dengan abang polis tuh pinjam uniform dia.

Tpi paling tak best bile abang polis tuh suke sangat tahan lelama. Ingat boleh sampai umah pkol 5.05pm tapi sampi 5.55pm. Same jerk kalau jalan kaki dari opis. <-- macam rajin jerk nak jalan kaki. Naik moto pon bising neh nak jalan kaki. Boleh blah.

Sebenarnya, aku saje jerk update blog nih. Sebab bosan. Balik umah jerk tade orang. Macam nak amek adik beradik part time jerk kat rumah neh. Buat kawan orang kata. <--kepala hangguk ko la adik beradik part time.

Haishhh..(mengeluh tuh tak elok tapi aku tap. Taip tak salah.) Serabotlah dok opis. Dulu macam bahagia jerk dok sane. LAtely, nak Cristmas. Ngaaaa, memacam hal. Dengan Negro hitam Zimbabwe cakap english yang sepatah haram aku tak paham, dengan Philipino cakap kalot nak mampos, tak masuk lagi Indian (from India) yang tak boleh sebot A dengan betol. Dorang sebot Yey. Contoh:- kalau dorang sebut nombor akaun 9A4723 akan jadi nine-yey-four-seven-two-three. Haru biru hidop aku. Tak senang duduk. Nak g toilet pun tak menyempat. Bangun jerk berdering. Berdering jerk bangun.

\Sambil sambil update blog sambil tengok Cinta Kirana. Macam nak tempeleng jerk pelakon dalam cite neh sekor sekor. Geram aku. Galan g nak bagi Kirana kat Raka. Haishhh. Pastu nanti last last dapat kat dia bagi. Saje nak panjangkan cerite. Geramlah aku. Tibe tibe rasa macam nak emo. Hahah.

Ok. Dah pukul 7pm tepat. Nak post ini entry. Ade masa update lagi. Sharing is scaring. Woot woot woot. Grrrr....

♥♥♥ Dia untuk aku ♥♥♥


Wednesday, December 8, 2010

.:: Budak gemok + shomey momey = B.U.L.I ::.

Erm, macam tak boleh tido lah ini malam (tipu padahal memang gedik nak update). Erm, tibe macam dapat idea ting ting ting (ade lampu lampu kat atas kepala) nak update blog tentang budak. Meh aku cerite jahat & kejamnyer aku terhadap makhluk Tuhan plaing cute manje manje shomey momey neh.

Mangsa pertama:


Ainul Jannah

Budak gemok neh, kazen aku. Anak Ayah Busu (adik Paklan yang kecik sekali) kecikla sangat kan? GEmok tak? Gemok tak? Haaa..baik korang angguk. meme dia gemokkkk...geram aku. Asal balik Parit Perawas jerk, aku cari budak neh. Aku panggil dia Janet. Pastu dan dan mak dia cubit molot aku sebab panggil anak dia Janet. Yela, barulah urban kan? kan? kan? Kepala hotak ko la kan urban.. jannah tuh syurga la. Sesedap molot jerk nak tukar tukar nama anak orang. Erm, budak neh dah cop muka aku muka manusia paling tak selamat bile jumpe. Tau sebab ape? Sebab aku selalu peluk dia kuat kuat sampai nanges pastu tak pujuk terus bagi kat mak dia. Mak dia aku panggil Maksu Noni. Cute jerk name mak dia kan? Tapi meme cute lah weh mak dia. So time aku amek pic neh sebab aku nak umpan dia la..time neh orang dok sebok dok nyuci daging kambing sempena akikah aku kat kampung. Jap, ayat aku tadi macam tak tepat. Bukan akikah aku, tapi aku buat akikah sempena sembuh dari sakit yang hampir hampir ragut nyawa aku. Pastu, Janet tak nak weh, bijak budak neh. Mesti mak dia bagi susu Fernleaf...bijak..bijak..

PAstu dia lari g kat ayah dia. Aku takot sikit dengan Ayah Busu aku. So, tak dapatlah nak geget & pelok budak neh. Selamat ko..tapi aku sempat tengok dia ejek aku & aku amik pic dia mase diaaa..........tengok pic bawah...



Mana aku tak kate bijak. Paling licik ini anak. Korek hedong. Tunggu. Nanti Kak Cha ( name geli2 dorang bg kt aku) balik kampung, Janet jadi bantal busuk k. Jage jage. Dendam & hutang banyak neh. After dia nanges sebab aku cobet dia & lari..bapak dia cari aku. Hamek ko. Kene ceramah pastu kene denda cuci periuk besar. Hitam hitam muke aku. Huduh gile. nasib tade Farid Kamil tengok.

Mangsa kedua:


Anak sape ntah?

Budak neh aku jumpe merayau rayau dalam surau kt KLCC. Tatau mak dia sape. So, dalam dok tunggu 2 orang lagi member, silap lagi 3 orang habis solat, aku culik jap budak neh. Bukan culik tapi pinjam. Dari dia merayo tak tentu hala kan? Bek aku jage. Tak jage sebenarnyer, buli jerk. Geram aku. Saje aku pedajal. Dia merangkak ke kanan aku halang, ke kiri aku halang. Lelama fedap budak neh pastu nanges. Tapi ade sape pujuk ntah. Tak ingat, Kak Imah ke Kak Ummu ntah. Pastu aku pun try try la pujuk sebab dia tunjuk aku weh. Macam bagitau kat mak dia (baju merah kt belakang tuh) yang aku buat dia. Mesti mak deni pon bagi minum susu Fernleaf...bijakkk..bijakkk.. Pastu Kak Imah snap pic aku dengan budah neh.. Habis camtuh jerk.

Mangsa ketiga:-


Siti

Ini Siti. Nama penuh aku tak tau. Aku dah kerah adik aku yang kecik tuh ingat nama panjang dia tapi dia tak ingat ingat jugak. Ingat Siti jerk. Tapi yang pasti neh kawan adik aku masa sekolah tadika. Budak neh asal aku jemput adik aku dari tadika 2 tahun lepas mesti aku usik dia. Macam perkara wajiblah. Tak buat rasa dunia sangat sangat tak bererti. <--Gile melampau. Tempeleng kang sia sia jerk hidup. Ape aku selalu buat ialah aku selalu follow dia balik. Pastu...pastu..pastu..akutarik beg dia. Lepas tarik buat buat macam tak buat. Aku borak boraklah dengan adik aku si Mijan. Dia toleh depan jerk aku tarik lagi. Ngahahaha.. Suke aku tengok mata besar dia. Macam katun Sailormoon..bertukar!!! Tapi harituh masa aku g tadika tuh balik (bulan lepas) sebab ada konvo. Aku meme sukerela g tadika tolong tolong ape yang ptut( tipu lagi, Acik Imah suh datang k..tak cukup orang katanya). Acik Imah AJK ke ahlijawatankuasa ntah kat tadika tuh. Aku tak pasti. Malas nak hamek tau. Aku ada jumpa Siti neh. Makin cantik. tapi tak sempat snap pic dia sebab W705 aku kene habuk Gunung Merapi (tipu lagi padahal kene airmata ko nanges nanges cakap kat tipon). Aku serikla nak kaco Siti neh, sebab last day sekolah, aku tarik tarik beg dia tapi ntah camne ntah tertarik kuat..terlentang anak orang. Huarghhhh...aku bukan sengaja. Terrrr..... Yang adik aku lak molot celupar. Cepat jerk menyampai roger roger mak aku. Kene bebel aku lepas tuh. Hamek ko setempek kene. "Umo dah lanjut, perangai macam budak budak. Elok sangatla. Bla..bla..bla... Kalau tak berubah ubah jugak..bla..bla..bla..".<--ini jerk yang aku dengar sebab aku masuk bilik katop telinga dengan bantal. Menyesal kaco Siti. Isk..isk.. Sori dik. Kakak geram tengok adik. Shomey momey sangatlah.

Mangsa ke empat:-

Wan Nor Batrisya (Eisya)

Nih anak buah aku. Anak kazen aku. Kazen aku tuh anak kepada Ayah Uda aku sebelah Paklan. Abang Paklan lah kirenyer sebab Paklan Ayah Uteh. Cute kan abah aku? Ayah Uteh tuh...hahaha. Erm, deni mase kecik lagi gebu. Jap aku cari pic dia.....ntah mane mane ntah..tunggu jap..


Tettt..dah jumpe. Yeay!

Haa..kang aku da cakap. Cute kan? Capang jerk telinge. Yang pakai tudung merah mak ngah tuh mak sedara dia paling cute dia akan ada. Percayelah cakap aku. Tak caye sudah. Nama hang Bedah. Wekkk! Aku suke kaco budak neh. Sekarang la. Bile dia dah boleh jalan. Hisap puting koyak dia tuh. geram aku. Disebabkan aku geram tengok dia terkedek kedek jalan, aku mesti curik puting dia sorok kat mane mane yang aku sempat campak la. Sape tak geram. pakai pampers Drypers, tonggek semacam, jalan terkedek kedek. Geram aku. tepok montot kang baru tau. Hahaha. Aku dah terbayang bayang weh.. Geram. Lepas puting hilang, mesti dia nangeslah. Melalak macam kene penampor terok bebenor. Siyes. Bukan nak kate ar. Pastu Mak dia akan datang tanya aku. mesti cari aku dulu la kalau dengar budak budak nanges. Macamlah budak budak lain tak reti kaco anak dia. So, nak tutup salah sendiri aku bagi alasan..."Aku bukan ape, kang gigi anak ko jongang weh isap puting sane sini. Ko tak takot ke??" <--Vodo punyer alasa tetapi logik kan? Kan Kan? Bile mak dia angkat angkat kening tanpa bergerak tengok aku, aku mengalah. CAri balik puting Eisya neh. Talpe ko budak kecik. Ko menang Eisya. Tunggu Mummy dah kaya sikit, Mummy beli kete kontrol, jangan sentuh k.

Mangsa kelima:-

Syafikah binti Ismail

Momok kecik kaler hijau neh anak Mak Ngah aku. Adik kepada Acik Imah. Deni...jelmaan Lisa Surihani kalau kat taman dia cakap. Yela tuh, bernanah telinge aku orang dok sebut sebut kalau bawak dia g kedai area umah dia. JEles sebenarnyer. Kecik kecik dah ade peminat. Elok aku tak bawak same g kedai. Semak & tambah bengkak kat ati jerk. Disebabkan aku dengki dengan kefemesan budak kecik neh, tapi sebelum tuh..aku nak bagitau. Minah hijau neh, pantang nampak kamera, kosmetik, telefon, lappy, cermin....aku tatau la ape dosa mak ayah dia..asal jumpe barang barang yang aku sebot tadi..meme dia takkan bergerak seinci. So jangan lepa barang barang korang. Cermin akan retak telefon & lappy akan habis bateri, kamera pon same..dia akan posing gile gile punyer. Aku tatau lah kenan dengan sape minah hijau neh. nak marah kang, dia jerit mau satu lorong kat taman tuh boleh dengar. Aku cari pic dia tapi tak iangat folder mana. Sorry beb. Sape sape berkenan kat dia, hantar resume kat aku dulu.

Ok sambung balik. Disebabkan aku dengki dengan dia neh & tak tahan sebab dia selalu kerjakan tipon aku dengan kamera ak beserta barang barang mekap aku, aku selalu tarik rambut dia. Paling suke kalau mak dia suruh aku ikat rambut dia. saje aku tarik kuat kuat. sampai dia terjerit. Jahatkan aku? Peduli la. Bukan mati pon. Hahaha. Kalau time sikat tuh, aku selalu tekan sikat kuat kuat kat kepala dia. padan muke. Bajet cun ar tuh. Jeling aku kemain lagi. Ko nagdu mak ko...aku tak bawak ko g taman main boyan. lantaklah ko nak teriak melalak. Hahaha. Puas weh dapat buat dia marah. Sebab dia susah nak pukul pukul orang. Paling teruk pon dia bebel. "Kak Cha neh pasai pa ntah. Suka buat kami lagu neh."<-- Ayat dia yang paling aku suke. Suara serak serak basah. InsyaALLAH nanti aku upload video dia nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Hahaha. PEcah perot. BErterabur lirik. Sesuke hati dia jerk. Janji nyanyi.

Ok. Aku dah penat sebenarnya nak menaip. Nak upload lagi, pastu nak mencari pic pon susah. berpinau mata nengok skrin. Aku tak jahat sangat dengan budak budak. Tapi aku geram tengok budak kecikla. Ntah, laju jerk tangan nak dokong, nak cubit pipi, kalau tak boleh handle aku gegget pp terus. Hahaha. Puas hati dapat buat cenggitu. hahikatnyer, aku Cinderella yang suke budak budak. Korang takkan menyesal lah hantar anak korang kat aku kalau aku bukak taska or rumah asuhan kanak kanak. Sebab bagi aku, jage dorang neh satu amanah. yela, kalau kita yang dah besar nih tak tunjuk contoh yang baik, camne dorang nak jadi baik. YA ALLAH, peliharalah budak budak kecik. Sape yang nak buang anak tuh, tolonglah cari aku dulu weii.. After aku dah kasik pelempang bertalu-talu baru korang boleh blah. Anakkorang tuh bak kat aku. Korang tak layak jadi mak bapak dia. Vongok. <--teremosi tetibe. Erm. Macam mengantokla pulak. Tengoklah. Nak stop dulu. Later on aku update lagi. 3.30am jap g ade match. Chelsea vs Marseille. Hails The Blues!! KTBFFH !!! <--tp kompom kompom tv tengok aku. Percayelah. Nunite, oyasu minasai, selamat malam. Gosok gigi sebelom tido k. Kang mimpi momok aku tatau.


♥♥♥ Mummy POKO tido lena tiada bocoran ♥♥♥


Monday, December 6, 2010

.:: Ketawe dan isk..isk..isk.. ::.

Ok, tetibe rajin nak buat 2nd post untuk hari nih. Kali nih aku tak janji tak nak buat salah ejaan mcm post sebelum td. Tak remaja ar kalau tak salah ejaan..korang kan ade minda yg cerdas..kalau salah eja..korang mesti patah balik 1 page semata2 nak bace balik. Betol tak? Betol tak? hahaha..kantoi sudah..

Sebenarnya aku tinggal sorang jer kat umah time neh..sekarang pukul 11.15pm..Acik Imah dengan Pak Lan bawak jenglot kecik (adik2 aku) g mandi kolam air panas kt Selayang. Ntah ape yang best ntah. Macamla tak boleh masak air gune periuk pastu taruk dlm baldi then camput air paip mandi gitu gitu jerk. Nak jugak turun Selayang. Acik Imah sebenarnya nak g tp dia sengaja heret nama aku cakap kat Paklan yang aku yang beria2 nak g. Mak aih..jual nama aku tuhhhh..dah bese dah. Sebabnyer aku jarang mintak mintak nak kuar dengan Paklan. So, bile aku mintak nak g tuh maknenyer memang aku betol betol nak g la..tapi sumpah, kali neh bukan aku yang nak g...dorang esok cuti (awal muharam). Aku esok kena cari rezeki. Mane bley sesuke ati nak join dorang..mau dorang berjimba jimba men tepuk tepuk air..aku tido tepi kolam. Jangan cari pasal..nak pulak kolam no.3 (paling panas) matiiiii....jadi steamboat kat situ jugak. Naya je wehhh..

Acik Imah meme sengaja. Dia punya nak paksa aku ikut, sanggup ajak 1 umah g konon konon aku takot tinggal sorang then akan ikut jadi teman dia. Hahaha..silap besar, aku siap bagi cik puteh kat Paklan. Meme aku tanak g. Layan blog lagi bagus. memula aku macam nak g, tapi lepas solat Isyak, macam berat jerk nak g. Takot esok time thumbprint tetibe lampu merah lak..pastu bunyik teetttt..kuat gile tanda "ko lambat datang kije..ko lambat datang kije..padan muke!" <--aku bygkan mesin thumbprint tuh ckp cmnih time dia nek lampu merah..siyes..rse mcm nak hempuk jerk..malu vodo...

Yang adik aku jenglot 2orang tuh..ntah ape merasuk..bersorak gile time aku bg kunci kt Paklan..macamla dapat tawan Everst..laju je tangan nek tempeleng..geram betol la..siap ejek ejek aku yang buat aku rasa nak jadi Incredible Hulk. Panas hati betol. Tak sedar kot dah pkol 11lbh dok terkinja kinja..g Selayang je pon...bukan kena nek kapal terbang pun..lek lek sudaaaa... tapi yang aku tak tahan bile aku bau wangi jerk dari bilik aku. Lagi tak tahan tengok adik aku..nak g mandi kolam pun pakai minyak wangi..sembur 1 badan macam body spray...Paling paling tak tahan minyak wangi Red Delicious DKNY aku lak tuhhhhh....hangen jerk aku rseeee...tuhan jerk yang tahu..kenapa la aku ade adik camni..nasib Paklan ade..kalau takde..meme aku tempeleng siap backhand if u smellll...no wonder la aku cari takde..siap sorok kt celah celah baju dorang lak tuh..takpe..esok aku nak tukar perfume tuh dengan minyak tanah..bior dorang rse..saket ati jerk terus nyala mancis..hahaha...<--ingat aku berani ke nak buat?? mau kne hempuk dengan Paklan dengan Acik Imah..tak cukup dengan hempuk..sah sah kne tido jel..tak nak la.. Saya tak nak jadi Mona Fendi..takottttt....

Sekarang dorang dah lesap dipandangan..meme tak cakap babai langsung,,tibe2 jerk senyap..sonok sangat kot..macam la dapat jumpe Katty Perry kat Selayang tuh.. Biarlah, yang penting dorang happy. Korang tau tak? sambil sambil taip blog ni..aku tengah belek belek pic aku zaman budak budak..ngaaa..aku isap puting susu la dulu..no wonder la pic mse kicik kicik jongos jerk gigi..nasib tak jadi macam Mr. Os (apela dosa dia aku ngutuk dia gini rupe). sejongos jongos dia..masuk tv..tapi aku setakat berlakon cerite Elly kat NTV7 jerk bek tak payah. Haa..mesti korang tertanya tanya betol ke deni berlakon. Yup, aku berlakon dalam cerite tuh. Season 2 tapi tak ingat la start dari episode berapa. Hehe..tak femes mana pong. Malas lah. Kalau nak berlakon pon, aku akan try dengan teater dulu. Anytime boleh calling calling auntie (Siti Rohaya Atan) nak masuk teater. tapi jangan harap, mak long Yah aku tuh akan gegile suh aku fokus. Ckupla tolong dia mase kecik kecik buat ilan hari raya utk RTM. Menanges aku nak hafal skrip "Kalau atok takde, raya Oja tade makne.." Pendek jerk pong..tapi..gugup depan orang kampung yang dok nengok..gugup.. Dah dah..kang terkantoi pulak identiti aku. Kang kecah 1 Planet Kacang.

Neway, rase macam mengantuk la tulis blog neh. Tipu jerk. Tak sampai lagi zone tangkap leleh mata layu layu.lek luuu, minom teh O takse gule dulu..baru betol O.<--padahal meme lupe bubuh gule. Teh dah sejuk pong. Fries pong kejang dah neh. Blog punya pasal. Korang ar neh... Aku bukan ape, time tulis blog aku rasa macam aku tengah bercakap dengan someone yang aku boleh borak borak. Senang, takde orang sampuk, takde orang tanya tanya, takde nak cover cover bahasa, nak gelak golek golek tertunggang langgang pong bukan orang nampak. Hakikatnyer, mase menulis, aku tulis jerk..pastu post. Then baru aku bace balik ape aku tulis. Time tuh aku gelak sorang sorang sebab aku sendiri tak caya aku boleh sejujur camni menaip cerite cerite hal aku. Takpela. Ntah, macam tak susah pon jadi minah Bean kat rumah neh. Aku mana kaco orang. Adik2 aku yang jenglot tuh jerk suke ganggu aku. Ade jerk cari pasal. Dahla pernak korek korek album time aku kecik kecik. Pastu ejek ejek. Aku sakit ati la bile kenangkan balik hal tuh. Macam nak turun Selayang sekarang dan tolak dorang masuk kolam no.3..bior dia rase jadi steamboat. Puas hati. <--aku cakap jerk. Sejujurnya, kakak sayang adik adik kakak. <<--Saya kakak yang garang tp cute. Gelak la..tapi hakikatnyer mana ada kakak sanggup angkat buku adik adik dia sampi terkentut kentut time nak pulangkan buku SPBT. Ngahaha..aku tipu jerk. Takdenyer aku kentot..kalau yer pon aku diam diam sudaa. Gile nak bagitau. tak remaja dan menjatuhkan saham sendiri jerk. Tapi tatau la korang kan. Selagi boleh tak nak ngaku. "Bukan saya, bukan saya..maybe dia."..siap tunjuk orang tuh lagi..

Ok, cukuplah untuk lawak malam nih.Kang oksigen terlebey kat otak krem lak perot korang. Aku jugak yang susah nak buat CPR kat korang. Aku dah la fobia comolot neh. <--ayt macam pernah kene cium dengan gorila jerk..yakksss..geli jerk..dahla gorila tak reti gosok gigi..arghhhgeli la bayangkan cenggitu..iyeekkk..dahlah korang ..esok sambung yerk..kite men FB la pulak. Bercanda canda kat fesbuk sebab aku dan runsing mamat A & mamat B dah start SMS. Macam aku kawen dua pulak. Sini nak jaga, sane nak jaga. Last last aku yang sengsara. Jadi Cinderella lagi...lagi Cinderella di abad ini. ..sob..sob..

♥♥♥ que passo?? ♥♥♥


.:: Ahlan Wasahlan Muharam ::.


Assalamualaikum..(tak jawab dosa..itu korg dah tau kan?kan?kan?)


Sebelum saya mula, saya nak bagitau azam saya (hanya utk entry nih jerk). Saya nak tulis entry ni tanpa ada sebarang salah ejaan, sebab ade orang suke komen komen aka komplen saya suke taip ikot dan..tak ape..nanti nanti sebelum post saya baca proof sebelum post yer.(bajet macam nak buat majalah Anjung Seri).

Ya, dalam sedar tak sedar dah masuk tahun baru islam iaitu 1 Muharam 1432H. Dulu mase kite umur kanak kanak Ribena tengah makan Nini cekelat celop celop time baru jerk 1416H la neh dahsekejap jerk dah 1432h. Owh, saya dah tua. Maka, wajib bagi saya mengingat akan mati. Ya. MATI. Dalam pada kita mengingat mati, ada terselit satu maksud (minor) iaitu titik perubahan dimana persediaan sebelum mati. Amal? Iman? Ade cukup??? (Berdebar weh bile tanya soklan nih banayk kali kat diri sendiri) Malaikat kiri kanan dok catit. Mana mau lari bro??

Masa balik kerja, adik saya tanya saya " kakak, Abang Kudin cakap Muharam tuh hari mati. Betol ke? Tak kan? Memandai jerk tipu. " Macam biasa, saya selagi boleh tak nak adik saya yang kecik neh tuduh abang dia pentipu. Dan dan jer tereka cerite " Betol la dik. Tapi kan Abg Kudin cicir 2 perkataan. HAri mengingati mati." Dapat agak dah. Mesti dia tanya lagi. Maka saya pon pergi dapur amik air masak gelas mesarrr munyerrr sebab kompom bertubi tubi soklan dia akan tnaya. Budak budak baru nak membesar. Segala macam dia nak tau. Padan muka. Reka cerite lagi.

"Nabi Muhammad dulu mana cakap pasal mati. Cik Mimah tak cakap camtu pon kat adik. Akak saje kelentong adik.." Acik Mimah tneh guru ngaji adik aku. Dia duduk kat tingkat 6. Saya bukan taknak ajar adik mengaji tapi saya geram kalau dia taknak dengar cakap saya. Kita ajar dia pastu dia ajar kite balik. Mulalah tangan tuh laju jerk kt peha. " Betol dik, adik dengar sini. Hijrah tuh bukan macam lagu maal hijrah yang adik nyanyi miming miming kat radio mak tuh..(saje aku tegas sikit bg mak dengar..) tp hijrah tuh mcm insaf. " Sebenarnyer nak cakap berubah perangai tapi kang dia tanya lagi. " Insaf? Insaf tu ape?" Pulak dah....tak kan nak bukak kamus kot cari bahasa paling sesuai. Aduh..

Anatomi.." yela, konon konon la adik nakal, macam adik selalu buat, akak tengah landing katil adik gusti akak. Pastu akak sakit, adik tetibe jerk diam tengok akak nanges. Time tuh adik nanges jugak kan?" " Memangla dah akak cubit adik." Sape suruh adik nakal sangat. Time aku landing men lompat lompat..senak perot aku. Dapat sebijik. " Tapi adik mintak maap balik kan?" "Haaa, tuh la dia insaf. Rasa macam sedar buat akak nanges tuh dosa kan?" Dia nagguk angguk. nasib tak geleng. Kalau geleng memang mintak penampor. "Bile adik ingat dosa, adik ingat ape?" " Neraka." "Haa..cmtuh la..cmne nak masuk syurga kalau tak nak dok bertempek kat neraka?" " Errr...buat pahala." "Erm..cari pahala. Salah tatabahasa tuh. Adik tau tak bile adik nak mati?" " Tak tau." "Sama macam akak, akak mana tau akak mati bile. Entah entah esok adik tak jumpa akak dah. Time mesti adik rindu kat akak kan?" Dan dan dia pelok lengan saya pastu pelok kuat kuat lak tuh. Kebas wehhh..

" Sebab kita tak tahu bile kita mati la kita kena ingat bile kite mati dik. Sebab tu sekarang adik kena berubah. Hati adik neh lembut lagi. kalau macam ABANG KUDIN tuh..liat..nak kene smackdown dulu baru nak dengar kata." Saje caplslock sebab time neh saya jerit kuat dari radio mak kat dapur. bagi bahasa sikit kat adik yang second last tuh. "Hahaha, padan muka. Kene setempek dengan akak. Dah la kantoi jumpa awek anak Cik Minah jual nasi lemak kat tingkat 2 dengan mak semalam." Ngaaa??? Ermm..malas nak sambung cerite dah sebab bab dengan adik yang meningkat remaja neh kena cakap slow slow..kang dia sentap kang payah. Dahlah hensem adik saya sorang neh. Raja kompang, raja boria, raja nasyid. Semua terlambak dia hamek.

Dialog kat atas sebenarnya bagis aya memang ada kaitan. YES! Berubah. Berubah untuk masa depan. Masa depan nih banyak, tapi yang kekal MATI la. Takde saape sape yang akan kekal kt muka bumi neh. Termasuk Planet Kacang sekalipon. Kalau budak kecik boleh paham erti berubah, malu la kita yang dah dah meningkat tua neh. Apa apa pun Salam Maal Hijrah. Kita belum terlambat untuk berubah. Moga ALLAH permudahkan. InsyaALLAH. (sebaik baik janji tau..)

--<@ sayang kamu @>--

Sunday, December 5, 2010

.:: Ye saya lagi. Lagi lagi saya ::.

Awal mula pertama mula..Bismillahirrahmanirrahimmmm...(korang tau tak..aku eja siap bace terkumat kamit molot aku neh). Takot tersalah eja kang maksud lain lak kan...

Erm, emtry kali neh aku buat sebab jiwa aku kacau gile la..nak nagdu lebey2 kt ngah aku..kang dia pon ade prob dia senirik. Kesian pulak(hakikatnyer aku dah ngadu kt dia pong) saje gedik nak tulis lg..sebab ati neh xtenang..YA ALLAh tabahkanlah hati hambaMu..hati hambaMu ini tersangat2 tisu. Rapuh..isk..isk..isk..(aku tgh cover tamo nanges..ape brg nenanges..tak macho olgsg..lempang lelaju kang..

Aku tgh SMS ngah aku neh sambil update blog..boleh ke? voleh la kan..suke ati aku la..dr aku berjurai air mata pd benda2 yg sptutnya aku mengharap pada Yang Esa..ok2..back to the real story..

cedrite neh ttg dua org lelaki..yg selalu la jd menerjah kepala otak aku neh..dlu aku doa mintak jmpe org yg aku xknl..xpernah jmpe..then blh knl2 tp xkn jmpe..bile dah dpt..dua sekaligus..haaa..hamek ko..da pening nak buat keputusan..dah cite kt Acik Imah tp memula dia buat dekk..siap cakap aku gile lg..mak aihhh..nak kawen pon ckp aku gile?? Bukan salah acik Imah..tp slh aku sebab aku selalu memainkan orang tua tuh..teraniaya jerk mak aku sorg tuh dgn ank tunggal pompuan deni..haishh..kenapa ko kejam sangat ni Nur Roslan..Sini kau..aku tempeleng kasi sedar sikit..bese erkk..

Erm..cite neh betol beb..aku bukan ape..bertubi2 la ujian dtg kat aku..bersyukur dengan ujian tuh..selamat dtg ujian..positivenyer aku terime sebab nih salah satu cara aku nak tingkatkan keimanan aku yg dah lame sgt rapuh & hati pon da semakin kering..sampai Acik Imah bebel pong dah tak melekat kat hati neh..yela..analogi: kritikan, teguran tuh mcm habuk..hati lak mcm kapas..kalau kapas kering cmne habuk nk melekat kn?kn?kn? (tetibe teringat usrah DL2)..

Aku dah bgtau amat A dengan mamat B psl hal dorang masing2.Malas aku nak play safe..aku bukan tamak sangat atau desperate nak kawen even Acik Imah acapkali perli2 aku time umo dia baya aku dah ade adik aku no.2 yg dah kawen tuh..aku neh bukan jenis nak kelentong..dua2 jejaka neh..(aku anggarkan sedap mata memandang) actly..aku tgk muke sornag jerk..tu pon kt fb..tp lg sorang kt Jitra (bukan Farid Kamil k) mmg xprnh jmpe lgsg..dgr sore pon xpernah..memang jge adab sungguh...tp dalam islam xde pon istilah msg2 tuh blh..still kire zina hati kalau tak kena pada niat dan caranya. Aku tau tp bt jgk..kekadang aku neh mkn ati jerk..dua2 neh bt aku rse mcm Alice in the Wonderland.. Mimpikah???

Dugaan hebat aku bile aku bgtau dua2 jejaka neh..mcm tak best gune jejaka..mamat la..sempoi sket..tak reti aku skema skema..geli jerk..eeiii..*ayt along aku..terjebak dah aku dengan bdk2 sri Lalang..hebat betol dorang neh..sume lelaki sampi aku terikut2 cara dorang. rosak..rosak...

Prob aku skg..bile dah aku bgtau dorang..mamat A tolak aku kt Mamat B..bile aku g kat Mamat B..dia tolak aku kat Mamat A..aku pon pening..mcm Barbie doll jerk aku neh..pass2 antara dua orang bdk sutun..(aku dah tak boleh handle..) sori ar terkuar ayt cenggini. Korang tak tau betapa serabutnyer aku. Allah jerk tahu. So aku dah tekad aku akan teruskann istikharah aku..meme itu yang terbaik..tp mlm td dah lebuh dah qiam aku,..xde qiam pon..xleh tido..ni sume gara2..mamat nih punya pasal..SMS aku..chat kt inbox fb..nak marah tak boleh sebab aku meme tak boleh tdo pong..neway thanks ya teman aku mlm td..fobia pmpn la sgt...ceyh...

Kepada kawan kawan kat luar sane..tolong doakan aku yerk..kekadang aku neh dan macam Cinderella pon ade..tp ngah dgn kwn dia yg tmean aku mlm td selalu ckp capairela..caparela..sendalrela..ntah..aku tatau apa itu..lantak korang korang..aku dah penat menaip..nak minom vitagen..baik untuk perot..setiap hari..pastu nak men gme DOTA..(tipu..) nk tukar weapon pon tak igt..) bajet bagus2 jerk ko..

Ok..nanti2 aku sambung lagi..dah bce jgn bayak bunyik nak SMS2 aku tya memacam..silent reader tuh..silent jerk..aku tak larat nak jawab soklan membunuh korang..saya bukan Lisa Surihani ok...


daaaa...